Kembali ke Dunia Fantasi

Kaizo berlari dari bilik istana Lynna terus ke bahagian makmal milik Kidi. Tubuh badan Lynna semakin lama, semakin sejuk dan muka dia semakin pucat. Dia perlu cepat. Jikalau tidak, dia akan kehilangan Lynna selama-lamanya. Dia tidak begitu ingat bagaimana hendak ke makmal Kidi tetapi selamat ada seorang pengawai istana membawa dia ke makmal tersebut. Setelah dia sampai di sebuah makmal yang besar dan luas, Kaizo terus memanggil nama Kidi

"KIDI!"

Kidi keluar dari sebuah bilik dengan senaskah buku terbuka di tangan kanannya. Dia terpandang Lynna dalam keadaan lemah. Lalu dia menyuruh Kaizo baringkan Lynna di atas katil yang ada di bahagian tepi makmal itu. Katil itu adalah milik Kidi sendiri. Makmal itulah tempat tidur dia dan tempat dia membuat kerja-kerjanya

"Kenapa dengan Lynna?" soal Lynna sambil pegang pengelangan tangan kanan Lynna "Selamat kau bawa dia ke sini kerana aku ada penawarnya"

"Lynna terminum air racun" balas Kaizo "Jadi, Lynna akan selamatlah"

"Yea" Kidi terus ke almari botolnya. Dia membuka almari itu dan lalu dia mencari ubat yang sesuai untuk Lynna "Tapi macam mana dia boleh terminum air racun?"

"Kawan dia sendiri yang bubuh racun itu" jelas Kaizo "Tapi aku dapat rasakan kawan dia telah dipergunakan oleh Lady Poisen. Dia yang mengawal kawan Lynna selama ini untuk membuat kerja terkutuk ini tapi akhirnya, nyawa dia telah dimusnahkan oleh Lady Poisen sendiri. Itu kerana dia cuba selamatkan aku dan Lynna daripada serangan Lady Poisen"

"Lady Poisen" Tangan Kidi berhenti pada sebuah botol kecil berwarna biru "Aku kenal dia" Lalu dia kembali ke sisi Lynna "Dia memang terkenal dengan ubat racunnya. Dia pakar dalam pembuat air-air beracun" Lalu dia membuka mulut Lynna sedikit dan berikan beberapa titisan ke dalam mulut sang puteri itu

"Macam tak jadi apa-apa pun" kata Kaizo

"Kau kena bersabar, ianya memakan masa untuk pulihkan Lynna" balas Kidi "Cuba tengok wajah dia.."

Lalu Kaizo perhatikan wajah Lynna. Sedikit demi sedikit wajah sang puteri itu tidak lagi kelihatan pucat. Kaizo rasa lega kerana nyawa Lynna dapat diselamatkan. Pernafasan Lynna sudah kian pulih

"Tapi aku tak faham... kenapa sebelum ini Lynna langsung tak dapat firasat tentang kawan dia tu?"

"Hmmm..." Kidi pergi kembalikan botol itu di dalam almari tadi "Mungkin semua ini ada hikmahnya. Jikalau dia dapat firasat tersebut, mungkin kau tidak dapat mengambil peluang di sini untuk melamar dia"

"Eh.. ba-bagaimana kau tahu.." Lalu Kaizo berhenti berkata dan berikan renungan dia kepada Kidi. Lalu dia berkata "Tak perlu tanya sebab kau memang jenis yang tahu segala-galanya tapi kau silap.. jikalau kuasa firasat dia dapat bertindak dengan lebih awal, sudah tentu kawan baik dia si Nick tu dapat diselamatkan. Dia yang gadaikan nyawa dia sendiri untuk melindungi diri aku dari serangan Lady Poisen"

"Hmm..." Kidi kembali ke sisi Lynna "Di dalam dunia ini, ada bermacam-macam persoalan yang kita tidak jawab dan kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kuasa firasat Lynna, bukan selalu akan tunjukkan kepada dia apa yang berlaku pada masa hadapan ataupun pada masa lampau. Dia tidak dapat mengawal kuasa itu. Begitu juga dengan kematian, kita tidak dapat tahu bila hari terakhir kita"

"Tapi kau.."

"Aku tahu.." Kidi memeriksa nadi Lynna di pergelangan tangannya sambil berkata "Aku boleh nampak bermacam-macam perkara tetapi bukan semuanya aku boleh nampak. Kuasa aku, jauh lebih kuat daripada Lynna kerana itu, aku mahu tinggal di dalalam istana ini. Jika tidak, aku boleh nampak masa depan mereka" jelas dia. Lalu dia bersambung lagi "Jadi aku bersyukur dapat tinggal dan kerja di sini. Lagipun, kalau aku tinggal di luar sana dengan pelbagai jenis manusia yang ada, aku rasa.. aku boleh jadi gila kerana aku dapat lihat apa yang akan terjadi dengan mereka dan mungkin aku akan cuba hendak menyelamatkan setiap nyawa yang dalam keadaan bahaya"

"Jadi kau lebih selesa tinggal di sini sahaja"

"Betul tu, Kaizo" Kidi tersenyum sedikit "Lynna tidak pernah bertanya apa yang bakal berlaku nanti walaupun aku sendiri tahu apa yang akan berlaku. Aku tidak akan beritahu dia kerana aku mahu dia berusaha sendiri bersama dengan kawan-kawan dia. Jika aku beritahu dia, dia tidak akan belajar dengan kesilapan sendiri. Semuanya menjadi terlalu mudah bagi dia dan aku takut dia boleh menjadi seseorang yang angkuh tapi apabila keadaan menjadi terdesak, aku terpaksa beritahu dia"

"Ohh begitu..tapi.. jika kau boleh lihat masa depan kami, kau juga dapat melihat masa depan kau sendiri?"

"Ya, betul tu, Kaizo" Senyuman Kidi hilang di wajahnya. Riak wajah dia berubah menjadi serius "Aku boleh lihat masa depan aku sendiri. Aku tahu bila hari terakhir aku tapi... aku tidak mahu fikirkan tentang itu kerana jika aku fikirkan, mungkin aku boleh jadi gila. Jadi kau tak usah risaukan tentang aku. Sekarang ni, kau risaukan tentang bagaimana hendak melamar Lynna"

"Bukan ke aku patut risaukan tentang nyawa dia?"

"Itu kalau kau nak risaukan, silakan" Kidi mula berjalan ke sebuah meja kecil yang terdapat bola crystal "Sebenarnya, kau tidak perlu risaukan sangat kerana, dia tidak lagi dalam keadaan terancam tapi kau dan dia harus berhati-hati selepas ini. Lady Poisen akan kembali lagi untuk hapuskan Lynna ataupun kau tapi.. aku yakin, kamu berdua dapat mengatasi Lady Poisen bersama" Tapak tangan dia menyentuh bola crystal itu. Lalu terdapat sebuah image di sebalik kabus-kabus putih

"Apa yang kau nampak?"

"Masa depan kau dan Lynna" balas Kidi "Aku boleh katakan, kau dan dia memang ditakdirkan bersama tetapi bagaimana, itu adalah usaha kau sendiri. Kau kini berada di dunia ini. Terdapat banyak tempat istimewa yang kau boleh bawa dia. Sementara menunggu dia bangun, apa kata kau pergi cari tempat yang sesuai untuk berikan hadiah istimewa kau kepada dia"

"Tapi..." Mata Kaizo melirik ke arah wajah Lynna "Aku tidak mahu terburu-buru. Bagaimana jikalau dia menolak kerana terlampau awal sangat"

"Sebenarnya dia sudah lama bersedia cuma dia kecewa kau tinggalkan dia tanpa berikan penjelasan kepada dia"

Kaizo menggenggam kedua tangannya kerana menyesal dengan tindakan dia tetapi semua itu sudah berlalu. Lynna sudah maafkan diri dia. Jadi mereka perlu maju ke hadapan dan tidak ungkit balik perkara yang sudah berlalu

"Kau tahu tempat yang menarik di sekitar istana ini?"

Kidi terus berikan senyuman dia kepada Kaizo. Dia tahu tempat-tempat kegemaran Lynna dan juga tempat rahsia yang Lynna suka bersembunyi apabila dia ingin berseorangan

"Sebenarnya terlalu banyak tempat yang menarik di sekitar dunia ini tapi apa kata, kau pergi menerokai dunia ini bersendirian. Mungkin kau akan jumpa tempat yang sesuai tapi kau jangan sampai tersesat pula" Kidi ketawa kecil tetapi riak wajah Kaizo tetap serius seperti biasa

"Kalau begitu, aku akan bawa Lynna ke bilik dia supaya dia boleh berehat di biliknya sendiri"

Kidi mengangguk kepalanya sedikit. Kaizo mengangkat Lynna dari katil Kidi. Lalu dia membawa sang puteri itu keluar dari makmal itu dan terus ke bilik Lynna. Kidi hanya memerhatikan Kaizo keluar dari makmal itu dengan hatinya mengucapkan semoga berjaya kepada sang kapten itu. Dia berharap semuanya akan berjalan lancar dan tiada gangguan dari Lady Poisen. Dia terus pergi ke bahagian bilik belakang iaitu perpustakaan milik dia bersendirian. Dia ingin mencari satu ubatan untuk melemahkan Lady Poisen. Ketika Kaizo dalam perjalanan ke bilik Lynna, pemikiran dia melayang ke tempat lain. Dia asyik fikirkan apa yang dia perlu lakukan jikalau dia jumpa tempat yang sesuai. Adakah dia terus melamar ataupun duduk berborak atau bersiar-siar di tempat itu. Alangkah mudahnya jikalau dia seperti Momoki, seorang alien yang penuh dengan romantisnya

"Kapten Kaizo hendak ke mana?"

Mata Kaizo terkebil-kebil seketika. Dia tersedar bahawa dia sudah tersasar jauh dari bilik Lynna. Salah seorang dayang istana itu sempat menyedarkan Kaizo sebelum sang kapten itu berjalan entah ke mana

"Maaf.. saya sepatutnya membawa puteri ini ke bilik dia"

"Hehehe... Kapten Kaizo banyak sangat fikir tu" gelak si dayang istana itu "Mari.. saya akan bawakan kamu ke bilik tuan puteri"

Kaizo tidak menolak. Lalu dia ikut dayang istana itu terus ke sebuah pintu besar yang penuh dengan ukiran floral. Di tepi kanan dan kiri pintu itu, terdapat sebuah langsir berwarna ungu kebiruan. Dayang istana itu membuka pintu itu dan lalu dia membawa Kaizo masuk ke dalam bilik tersebut. Bilik itu dipenuhi dengan perabut-perabut kayu yang tersusun dengan cantik. Lantai bilik itu dihiasi dengan sebidang karpet bercorakkan floral. Sang kapten itu membawa Lynna ke sebuah katil diraja yang luas itu. Dia baringkan sang puteri itu di tengah katil. Lalu dia selimutkan Lynna sehingga ke paras dada. Dia biarkan Lynna tidur di sini dan dia pula, menuju ke balkoni untuk menghirup udara segar. Jam dia berbunyi dan lalu dia menjawab panggilan itu

"Abang" Muka adik dia muncul di skrin kecil

"Kau nak apa, Pang?"

"Bagaimana dengan keadaan kak Lynna? Dia ok tak atau abang tak sempat nak selamatkan dia"

"Dia selamat" jawab Kaizo dengan tenang "Kau dekat mana tu?"

"Dekat rumah.. kawan-kawan adik semuanya ada dekat sini" kata Fang "Tapi kita orang tak dapat nak tewaskan Lady Poisen sebab dia dah larikan diri. Kita juga sudah serahkan Nick kepada ahli keluarga dia. Dia orang nampak sedih dan kita orang sendiri tak tahu macam mana nak terangkan kepada mereka"

"Hmm... nanti aku dan Lynna akan terangkan kepada mereka. Abang tak nak berahsia dengan keluarga Nick" kata Kaizo dengan perasaan marah. Hati dia memang geram dengan perbuatan Lady Poisen. Dia memang tidak boleh dimaafkan, bisik di hati Kaizo "Kau jaga diri elok-elok dekat sana dan berjaga-jaga dengan sekeliling kau. Aku tak nak si Lady Poisen tu cuma menyerang kau secara mengejut"

"Bila abang nak balik?"

"Mungkin lambat sikit" balas Kaizo "Lynna masih belum terjaga lagi. Jadi abang tolong tengok-tengokkan dia dekat sini. Kau jangan nak buat nakal dekat sana semasa ketiadaan abang"

"Hehehe... abang jangan risau, adik tidak akan buat nakal. Cuma adik akan mengadakan PARTI BUIH!" Kedengaran jeritan dari suara Lily di belakang Fang "Oklah abang, adik nak pergi enjoy dekat parti buih ni"

"PANG!" Tidak sempat Kaizo menggunakan suara garangnya terhadap adik dia, Fang sudah pun menamatkan panggilan itu "Tak guna punya adik. Pandai yea nak sakat aku. Takpe, nanti aku akan kenakan dia balik"

Kaizo sebenarnya tahu, adik dia tidak akan mengadakan parti buih. Dia cuma hendak main-mainkan abang dia yang garang itu. Kaizo mula kembali menikmati permandangan di balkoni itu. Dari balkoni itu, Kaizo boleh lihat beberapa cahaya menyinari sebuah perkampungan yang berdekatan dengan istana itu. Terdapat sebuah jambatan menjadi pemisahan antara perkampungan itu dan juga istana tersebut. Di jambatan batu itu terdapat segelintir penduduk-penduduk di situ keluar masuk ke dalam pekarangan istana untuk melihat kemewahan istana itu ataupun untuk pergi bersiar-siar di taman bunga yang terletak di sebelah istana. Di bawah jambatan itu pula, terdapat sebuah sungai yang jernih mengalir dari timur ke barat

"Kaizo"

Datang satu panggilan dari seseorang yang dia pernah dengari tetapi suara itu bukanlah dari seorang perempuan, ianya datang dari seorang lelaki. Lalu dia pusing kebelakang dan terkejut melihat roh dari seorang lelaki yang dia kenali iaitu Nick. Riak wajah dia kelihatan berseri dan senyuman dia seperti dia berada di dalam sebuah alam yang tenang

"Apa kau buat dekat sini?" soal Kaizo

"Aku ke sini kerana ingin meminta maaf dengan buatan aku terhadap kau dan Lynna. Aku memang ikhlas untuk berkawan dengan kau tetapi Lady Poisen telah menggunakan peluang itu untuk meracuni kau tapi malang.." Air mukanya Nick berubah menjadi sedih "Lynna sendiri yang terminum air itu. Setelah aku nampak apa yang berlaku, aku terus tersedar dari bawah pukauan dia. Dari saat itu, aku hanya mahu selamatkan kau dan Lynna dari serangan Lady Poisen. Jadi aku bersedia untuk gadaikan nyawa aku demi kebahagian korang berdua"

"Kau memang sangat berani" balas Kaizo sambil berjalan dekat dengan roh itu "Aku maafkan kau kerana aku tahu, ini bukan salah kau. Aku tidak akan sia-siakan kematian kau. Aku akan hapuskan dia"

"Terima kasih" Roh Nick menjadi samar-samar. Sudah tiba masanya untuk dia menghilangkan diri dan pergi ke alam lain "Terima kasih kerana berikan aku berkawan dengan kau walaupun sekejap sahaja. Semoga kau dan Lynna bahagia buat selama-lamanya"

Roh Nick hilang dari pandangan Kaizo. Sedikit kesedihan menusuk di hati Kaizo. Dia tidak dapat bayangkan jikalau Lynna terjaga dan mengetahui salah seorang kawan rapatnya sudah tiada. Dia mula terfikir, adakah ini masa yang sesuai untuk melamar Lynna? Sudah tentu Lynna akan marah kerana tidak menghormati perasaan dia sekarang ini. Dia tidak mahu hati Lynna terguris kerana tindakan dia tanpa berfikir terlebih dahulu. Mungkin dia boleh ceriakan Lynna sementara mereka berada di sini dan dari situ, dia akan mengambil peluan untuk melamar Lynna. Lalu dia menatap sang puteri sedang baring dengan tenangnya di atas katil

"Kapten Kaizo"

"Ya" Kaizo tersedar dengan panggilan dari seorang dayang

"Kapten boleh pergi berehat" kata dayang itu dengan sopannya "Bilik kapten sudah lama tersedia dan tentang puteri, kami akan jaga dia di sini sehingga dia terjaga"

"Baiklah.." Kaizo tidak membantah. Lalu dia keluar dari balkoni itu dan melangkah masuk semula ke dalam bilik itu "Jikalau ada perkembangan apa-apa tentang dia, beritahu aku dengan segera"

"Baik Kapten" Dayang itu tunduk hormat kepada Kaizo "Pengawal istana kami akan bawa kapten ke bilik itu"

Sebelum dia keluar dari bilik itu, dia menatap wajah Lynna seketika. Dia sebenarnya risau jikalau Lady Poisen datang menyerang Lynna semasa ketiadaan dia nanti. Dia melangkah keluar dari bilik itu dengan hati tidak tenteram tetapi dia harus yakin bahawa istana ini dilindungi dengan sesuatu supaya Lady Poisen tidak dapat masuk ke dalam istana sesuka hati. Dia menutup pintu bilik itu secara perlahan dengan mata dia masih lagi menatap wajah Lynna. Seorang pengawal istana berikan tabik hormat kepada Kaizo dan lalu dia membawa kapten itu ke sebuah bilik yang sama luas dengan bilik Lynna. Jarak dari bilik Lynna ke bilik Kaizo, tidaklah sejauh mana. Hanya selang beberapa bilik sahaja. Pengawal istana itu berhenti di hadapan sebuah pintu bilik dan ianya sama seperti pintu bilik Lynna, cuma warna langsir sahaja berlainan. Ianya berwarna merah. Pengawal istana itu membuka pintu bilik tersebut dan lalu Kaizo melangkah masuk ke dalam biliknya. Bilik itu sudah tersedia khas untuk Kaizo. Ianya seolah-olah seperti bilik dia sendiri. Dia menoleh kebelakang dan dapati pintu bilik dia sudah ditutup oleh pengawal istana tadi

"Bolehlah aku berehat" bisik Kaizo sambil berjalan ke sebuah katil yang luas

Lalu dia baringkan dirinya sambil melihat siling bilik itu. Lama-kelamaan, mata dia tertutup dan Kaizo terlelap tidur

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Fang, apa abang kau kata tadi?"

"Dia cakap, kak Lynna selamat" Fang menjawap pertanyaan Boboiboy sebentar tadi. Dia kini berada di dalam ruang tamu rumahnya bersama kawan-kawan dia dan juga Faye "Tapi... kak Lynna belum terjaga lagi. Jadi abang aku bermalam dekat sana sehingga kak Lynna bangun"

"Wuuuuu... adakah mereka akan berkahwin terus apabila kak Lynna sudah terjaga nanti" Mata Lily sudah bersinar-sinar sambil bayangkan majlis perkahwinan Kaizo dan Lynna diadakan di dalam sebuah istana yang indah "Bestnya..."

Mata Fang melirik ke arah gadis itu. Dia masih tidak faham, bagaimana Lily boleh berada di dalam rumahnya. Sedangkan sebentar tadi, Lily tiada bersama mereka di kedai Tok Aba. Adakah Lily senyap-senyap mengikut mereka pulang ke sini? Fang masih ragu-ragu dengan kewujudan Lily di dalam hubungan persahabatan dia dan Lily. Kadang-kala, Fang rasa ingin menghantar Lily jauh dari planet bumi dan lebih penting sekali, jauh daripada diri dia. Mesti kehidupan dia lebih aman dan tenang

"Lily, marilah makan" Faye menjemput kawan baik dia menjamu selera dengan hidangan makanan yang tersedia ada di dalam dapur rumahnya "Hehehe... tapi aku keluarkan apa yang ada ajelah. Ini pun kek lebihan dari Fang semalam"

"Kek apa si landak ni buat?" soal Bella sambil melihat sebiji kek yang telah dipotong beberapa keping yang sudah terhidang di atas meja ruang tamu itu. Kek itu berwarna hijau dan di tengah-tengah kek tersebut terdapat krim kacang merah "Hmm... dari apa yang aku nampak, kau cuba buat kek teh hjiau yang ada kacang merah"

"Wah! Hebat betul si Fang buat" puji Ying

"Hahaha.. biasalah, aku kan hebat" Fang tersenyum bangga kerana pujian yang dia dapat dari Ying tadi "Aku buatkan untuk abang aku tapi dia makan sedikit aje. Alasan dia, sebab tak rasa teh hijau"

"Betul ke?" Yaya mengambil sekeping kek itu dan lalu dia rasa sedikit "Hmm... sedap juga. Rasa teh hijau tu ada tapi apasal abang kau cakap takde?"

"Biasalah abang aku tu, suka cari alasan dia yang tak pernah munasabah tu"

"Hehehe.. sabar ajelah Fang" Boboiboy tepuk bahu Fang sedikit "So, abang kau lama lagilah dekat sana nanti?"

"Mungkin" jawab Fang "Nak duduk lama-lama pun takpe.. bolehlah aku rehat-rehatkan diri aku daripada asyik bergaduh dengan dia aje"

"Dalam mimpi ajelah" Gopal tersenyum sinis sekejap

"Apa kau cakap?" marah Fang kepada Gopal. Senyuman dia berubah menjadi masam "Takpe takpe, nanti aku suruh abang aku bagi kau latihan tempur versi ganas... hahahaha! Pasti kau dapat bertahan dalam beberapa minit sahaja"

"Eleh, macamlah kau tu hebat sangat" Gopal bersilang tangan sambil pandang ke tempat lain

Sedikit demi sedikit aura gelap Fang mula timbul di tubuh badannya. Aura gelap itu adalah kuasa bayangnya. Dia mula naik angin dengan Gopal. Tanpa disedari oleh Gopal, bayang-bayang hitam mula terkumpul dibelakangnya. Lalu ianya membentuk seekor harimau bermata merah. Boboiboy mula tersengih kepada Gopal

"Gopal.. kau jangan pandang belakang"

"Ke-kenapa Boboiboy?" Gopal seperti mahu tidak mahu melihat apa yang ada dibelakangnya. Dia menelan ludah sambil terbayangkan hantu badut sedang berdiri di belakang dia "Jangan cakap, si Fang keluarkan hantu badut bayang dia"

"Wuuu.. itu best juga tu" kata Lily "Tapi ini lagi dasyat dari hantu badut"

"Apa yang lagi dasyat dari hantu badut?" Lalu mata Gopal melirik ke arah Yaya, yang sedang berborak mesra bersama Ying "Ja-jangan cakap ada hantu biskut Yaya dekat belakang aku ni.." kata dia secara senyap. Kali ini, dia terbayangkan biskut Yaya ada dibelakang dia. Apa yang dia gambarkan, biskut-biskut itu ada sepasang tangan dan kaki berserta dengan mata merah, mulut berdarah dan juga bergigi taring

"Kau nak tahu sangat ke?" soal Fang sambil tersenyum sinis "Apa kata kau pusing kebelakang, lepas tu-"

"ABANG FANG! Nah, donut lobak merah!"

"DONUT LOBAK MERAH!" Fang terus terkam donut itu yang diberikan oleh Rizu tadi

Harimau bayang tadi sudah pun hilang bagaikan angin. Begitu juga dengan aura-aura gelap Fang tadi. Perasaan dia yang marah itu, berubah menjadi gembira kerana donut kegemarannya

"Terima kasih Rizu!" kata Fang dengan senang hatinya

"Hehehe.. sama-sama" balas Rizu

"Fuh, selamat aku" bisik Gopal sambil mengurut dadanya "Kalau tidak, mesti aku kena belasah punya" Dia rasa lega sedikit

"Itulah kau, Gopal. Lain kali jangan buat Fang mengamuk"

"Yelah Boboiboy" mengeluh Gopal

"Rizu nak tahu tak.." Fang kunyah donut lobak merahnya dan lalu berkata "Abang sebenarnya tak sangka yang Rizu sudah besar panjang, nak sama tinggi dengan abang dah tapi kecomelan Rizu berubah menjadi handsome pula tapi jangan perasan pula, abang lagi handsome dan lagi bergaya dari Rizu.. hahahaha! Tapi paling best sekali, suara Rizu yang comel tu, berubah menjadi suara lelaki sejati"

"Ala abang Fang ni, janganlah puji Rizu lebih-lebih" Rizu sebenarnya rasa malu dengan kata-kata pujian dari abang angkatnya "Tapi abang Fang pun makin lama makin handsome dan makin matang!"

"Hehee.. biasalah. Abang memang makin handome bila dah besar panjang ni dan juga makin matang!" Fang tersenyum bangga sambil kunyah donut lobak merahnya "Abang rasa sangat berterima kasih dekat Rizu kerana mengajar abang dalam banyak perkara"

"Sama-sama" balas Rizu

"Wuuuu... sesi adik beradik angkat bermesra tapi kakak Lily pun bangga juga dapat berkenalan dengan Pizu. Walaupun nama Pizu itu sudah lama tidak digunakan tetapi Rizu tetapi Pizu akak" Air muka dia berubah menjadi bangga "Pizu dulu-dulu sangat comel sehingga membuatkan jari-jemari akak mencubit pipi Pizu. Alangkah menariknya jikalau kita dapat kembali kepada dulu, sewaktu kapten itik hot ada di bumi sebelum dia melilau di angkasa lepas"

"Wei, kau suka pula abang aku ada dekat sini yea"

"Mestilah landak" Lily angguk kepalanya "Walaupun Lily rasa aman tanpa adanya kapten itik hot tetapi hati Lily rasa tak tenteram dan rasa macam ada sesuatu tidak lengkap. Jadi Lily sedar bahawa Lily rindu dengan keamukan abang Kaizo.. hehehehe... suka dengar suara garang dia.. miahahahaha!"

"Suka hati kaulah" Fang terus mengalih pandangan dia ke arah Rizu "Rizu nak bermalam dekat rumah abang tak? Bolehlah abang ajak kawan-kawan abang yang lain"

"Itu aku setuju!" kata Gopal dengan penuh semangat "Bolehlah kita main game sampai lewat malam. Lagipun abang kau takde, bolehlah kita tidur lewat"

"Wei, malam boleh macam tu, esokkan sekolah" tegur Boboiboy "Kalau main sekejap, oklah tapi main sampai pagi esok, memang nak kena marah dengan cikgu nanti" Riak wajah Gopal berubah menjadi sedih

"Rizu tak kisah pun. Janji kita berseronok nanti"

"Hehehe... kalau semua setuju! MALAM NI KITA MAIN GAME SAMPAI LEBAM!"

Boboiboy, Yaya dan Ying gelengkan kepala. Mereka tidak sangka Fang seperti Gopal, kaki main game. Rizu cuba hendak senyum tetapi pada masa yang sama, rasa sedikit kecewa dengan abang angkat dia. Gopal sudah bersiap sedia untuk bermain game pada malam itu di rumah Fang

"Maaflah semua, aku tak join party game korang ni" kata Yaya dengan nada yang tegas "Lagipun tak elok kalau budak-budak perempuan bermalam dekat sini dengan korang. Jadi, aku balik dulu. Aku sudah janji dengan adik aku, yang kita orang nak buat kuih kapit perisa teh hijau"

"Hmm.. macam menarik aje tu" Fang mengusap dagunya "Apa kata kau bagi abang aku rasa.. hehehe.. mesti dia suka" Dia terbayangkan abang dia pengsan selepas sahaja makan kuih yang dibuat oleh Yaya

Yaya setuju sahaja. Lalu dia dan Ying meminta diri untuk pulang ke rumah. Selepas itu, Bella dan Lily pula menyusuri kemudian sambil diikuti oleh Faye. Sang gadis alien itu terpaksa bermalam di rumah Bella kerana dia tahu, hanya dia seorang sahaja gadis di rumah Fang dan Kaizo. Suasana rumah adik beradik alien itu berubah menjadi riuh-rendah dengan kebisingan dari budak-budak lelaki tersebut. Mereka menjerit, bergaduh, berseronok dan akhirnya, mereka tertidur di depan television kerana terlampau penat sangat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo membuka matanya apabila pintu bilik dia diketuk oleh seseorang. Pintu itu dibuka oleh seseorang dan lalu, masuk seorang lelaki sambil membawa dulang makanan. Makan itu ditutup dengan sebuah penutup besi berbentuk bulat. Lelaki itu letakkan dulang tersebut di atas meja bulat yang ada di depan katil Kaizo

"Sarapan pagi untuk tuan" kata lelaki itu "Baju tuan juga sudah disediakan pada almari"

Mata Kaizo memandang almari bilik itu. Ternyata, ada sepasang baju dan seluar digantung pada pintu almari berkayu itu. Kaizo turun dari katilnya. Badan dia kelihatan segar setelah dia puas tidur malam tadi. Dia tidak begitu ingat mimpi apakah yang dia sedang bermimpi malam semalam tetapi ianya adalah sebuah mimpi yang indah

"Bagaimana dengan Lynna? Adakah dia sudah sedarkan diri?"

"Belum tuan" Lelaki tundukkan kepalanya sedikit "Dia masih belum sedar lagi. Saya minta diri dulu, tuan. Selamat menjamu selera"

Lelaki itu mengundurkan diri dan keluar dari bilik itu. Kaizo membuka penutup dulang itu dan terkejut melihat seekor makhluk hijau sedang mengunyah sebiji buah apple di dalam dulang tersebut. Makhluk itu adalah Picu. Kaizo tersenyum kerana sudah lama dia tidak nampak Picu. Lalu dia mengusap kepala Picu dengan hujung jari telunjuknya

"Rupanya kau ada dekat sini, Picu"

Picu mendongak sedikit dengan matanya terkebil-kebil melihat Kaizo. Kunyahan dia semakin lama semakin perlahan. Tiba-tiba sahaja antena di atas kepalanya bergoyang-goyang dan sebuah senyuman terukir di bibir sang makhluk hijau itu. Ini pertama kali Kaizo menyaksikan Picu tersenyum, malah ini pertama kali Picu tersenyum. Picu melompat-lompat gembira kerana terlalu teruja melihat Kaizo sudah kembali. Lalu dia melompat dari tubuh badan Kaizo terus ke pipi Kaizo. Picu melekatkan dirinya pada bahagian pipi kanan Kaizo

"Kau gembira melihat aku sudah kembali?"

Picu tidak memberikan apa-apa bunyi. Dia hanya membalas dengan secara menjilat pipi Kaizo. Pipi sang kapten itu penuh dengan lendir-lendir hijau. Kaizo tidak rasa geli, malah dia ketawa kerana terlampau seronok

"Apa kata kau temankan aku makan" kata Kaizo sambil tanggalkan Picu dari pipinya dan lalu kembalikan Picu di atas meja bulat "Tapi kau perlu tunggu dulu, bagi aku mandi. Lepas tu, baru kita makan bersama"

Picu seperti biasa, dia duduk diam di atas meja itu. Dia seperti dengar arahan dari Kaizo. Picu hanya menunggu sahaja. Dia tidak membuat apa-apa kecuali mata dia asyik pejam kelip pejam kelip sahaja. Mata dia masih lagi bulat besar sebelah kanan dan bulat kecil di sebelah kiri. Selang beberapa minit kemudian, Kaizo sudah kelihatan segak dan wangi. Dia memakai pakaian yang telah disediahkan khas untuk dia sendiri. Kaizo bagai rasakan dia adalah seorang ahli kerabat diraja. Lidah Picu terjulur keluar

"Kau dari dulu sampai sekarang, macam tu juga, kerdil dan pelik" Kaizo tepuk-tepuk kepala Picu secara perlahan "Aku nampak segar tak?"

Picu melompat-lompat kecil di atas meja itu. Lalu Kaizo duduk di kerusinya yang ada di sebelah meja bulat itu. Kaizo mula mengangkat sudunya untuk menjamah makanan sarapan paginya tetapi sebelum dia sempat membuka mulutnya, pintu bilik itu dibuka oleh seorang gadis

"Kapten Kaizo"

"Kenapa? Ada kecemasan ke?"

"Errr.. bukan tapi tuan puteri sudah sedarkan diri" kata gadis itu. Lalu dia melangkah keluar dari bilik tersebut

Kaizo bangun dari kerusinya. Dia mengangkat Picu dan letakkan di atas bahu sebelah kanannya. Lalu dia bergegas terus ke bilik Lynna. Setelah dia sampai di hadapan pintu bilik Lynna, seorang pengawal istana membuka pintu bilik itu. Kaizo melihat Lynna masih lagi di dalam katilnya dalam keadaan duduk. Separuh badan Lynna masih lagi di dalam selimut. Dia sedang diperiksa oleh Kidi untuk pastikan kesihatannya dalam keadaan baik. Kaizo melangkah masuk ke dalam bilik itu

"Kaizo" Lynna tersenyum melihat kehadiran Kaizo di dalam biliknya "Terima kasih kerana membawa aku ke sini"

"Hmm.. sama-sama" balas Kaizo "Dia macam mana? Adakah semuanya dalam keadaan baik sahaja?"

"Dia ok tapi Lynna perlukan berehat kerana tenaga dia masih lagi lemah" Kidi bangun dari katil Lynna "Dayang-dayang dia, akan menjaga dia sehingga tenaga dia pulih sepenuhnya. Kau boleh pulang ke dunia sana atau tunggu sahaja sehingga dia sembuh sepenuhnya" Lalu Kidi kenyitkan matanya kepada Kaizo "Kalau kau nak bawa dia jalan-jalan dekat taman bunga pun boleh"

Kaizo angguk sahaja. Kidi berikan laluan untuk Kaizo pergi bertemu dengan Lynna. Secara senyap, Kidi keluar dari bilik itu. Kaizo duduk di tepi katil Lynna. Picu meloncat dari bahu Kaizo, terus ke katil cadar katil tersebut. Mata Picu terkebil-kebil melihat Lynna dengan lidahnya terjulur keluar

"Hehehe.. comelnya si Picu ni" kata Lynna dalam nada lemah

"Kenapa Picu boleh ada dekat sini? Aku ingatkan dia sudah hilang"

"Takdelah, Picu tak hilang pun" balas Lynna "Cuma aku rasa dia lebih sesuai tinggal di sini kerana dekat sini ada kebun buah. Bolehlah dia pergi makan dekat situ. Orang-orang istana pun tahu tentang si Picu ni" Jari telunjuk Lynna mengusap kepala Picu "Nanti kau pulang ke dunia sana ke?"

"Tak" kata Kaizo "Aku akan tunggu kau sehingga kau sudah bertenaga semula"

"Terima kasih kerana bersusah-payah tunggu aku di sini" Lynna terasa malu sedikit tetapi pada masa yang sama, dia rasa terharu

"Jadi, kau sudah dengar berita tentang Nick"

"Sudah" Kepala Lynna tertunduk. Dia mahu sembunyikan air muka yang sedih daripada Kaizo "Kidi sudah beritahu apa yang terjadi" Dia mengetip bibir bawahnya untuk menahan dirinya daripada menangis

"Kalau kau inginkan bersendirian, aku boleh undurkan diri aku dari bilik ini"

"Jangan pergi" pujuk Lynna "Temankan aku di sini"

Kaizo tidak berkata apa. Dia hanya melihat air mata Lynna bercucuran di atas tilam katil. Suasana bilik itu berubah menjadi pilu. Hanya tangisan senyap dari Lynna sahaja yang boleh didengari. Kaizo biarkan sahaja Lynna menangis. Picu dengan baiknya, dia melompat ke atas riba Lynna untuk tenangkan sang puteri itu

to be continued...

------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top