Kembali

https://youtu.be/QEdPe1SxitI

Moon river, wider than a mileI'm crossing you in style some dayOh, dream maker, you heart breakerWherever you're going, I'm going your way

Two drifters, off to see the world

There's such a lot of world to seeWe're after the same rainbow's end, waiting, round the bendMy Huckleberry Friend, Moon River, and me

Moon river, wider than a mile

I'm crossing you in style some dayOh, dream maker, you heart breakerWherever you're going, I'm going your way

Two drifters, off to see the world

There's such a lot of world to seeWe're after that same rainbow's end, waiting, round the bendMy Huckleberry Friend, Moon River, and me


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah 2 tahun Kaizo tinggalkan bumi untuk pergi jalankan tugasnya sebagai seorang kapten. Pelbagai misi dia yang dia perlu lakukan demi menyelamatkan power-power sphera yang masih lagi di dalam genggaman alien-alien durjana. Kaizo termenung jauh sambil fikirkan tentang adiknya yang masih lagi tinggal di planet bumi. Bukan adik dia seorang sahaja yang terpapar di dalam pemikirannya, malah ada seseorang lagi yang bermain-main di dalam pemikirannya. Apakah orang itu marah atau kecewa dengan dia? fikir Kaizo

"Mungkin dia marah dengan aku" bisik Kaizo sambil tergelak kecil di dalam kapal angkasanya

"Kapten, kita sudah menghampiri planet bumi"

"Terima kasih Lahap" balas Kaizo "Kau pun lepas ni, pergilah bercuti"

"Tapi saya kena minta izin dari Kommander dulu" Lahap rasa sedikit kecewa "Harap-harap dapatlah tapi kalau tak dapat pun, saya redha ajelah"

"Semoga berjaya"

"Terima kasih kapten" Lahap tersenyum sedikit "Bila sudah sampai di bumi nanti, kapten nak pergi mana dulu? Balik rumah atau ke rumah dia dulu? Manalah tahu kapten nak pergi buat kejutan dekat Lynna ke"

"Yang kau nak tahu sangat kenapa?" Tiba-tiba riak wajah Kaizo berubah menjadi serius "Itu urusan aku, kau tak perlu tahu"

"Baiklah kapten"

"Tapi kau mesti akan tahu nanti sebab adik aku mesti cerita dekat kau"

"Hehehe... jadi kapten nak berikan hukuman kepada dia?"

"Hmm... rasa rindu pula nak berikan hukuman latihan tempur dekat dia tapi kapal angkasa ni, mesti kau dah bawa ke tempat yang jauh tapi takpe.. latihan tempur dekat planet bumi pun ok juga" Kaizo tersenyum sinis sambil terbayangkan diri dia berikan latihan tempur tahap ganas kepada adiknya

"Kapten, kita sudah sampai"

Kaizo bangun dari kerusinya untuk melihat permandangan luar tingkap kapal itu.

Dia kini sedang menuju ke planet bumi. Kommander Kokoci telah berikan dia cuti berehat setelah dia habis menjalankan misi pentingnya. Power-power sphera yang dia perlu selamatkan, semuanya selamat di dalam stesen TAPOPS. Kini dia boleh berehat di bumi. Dia amat merindui bergaduh, beramas mesra, pergi mengembara dengan adik dan rakan-rakan adiknya. Apa khabar mereka semua agaknya? fikir Kaizo

"Lahap, kau jaga kapal angkasa ini dengan baik"

"Baik kapten" kata Lahap "Nampaknya, saya akan mendaratkan kapten di sini"

Kapal angkasa itu sudah berada di tempat yang lapang dan agak jauh sedikit dari rumah Kaizo yang tinggalkan itu. Kaizo angguk kepalanya dan lalu dia keluar dari bilik kawalan itu

"Kapten!"

"Kau nak apa, Lahap?" Kaizo menoleh kebelakang

"Err.. kirim salam dekat si budak kecil tu, si Rizu tu"

"Yelah maskot ungu"

"Dah lama tak dengar panggilan tu" Lahap tersengih sedikit "Semoga berjaya kapten!"

"Semoga berjaya?" Kening sebelah Kaizo terangkat sedikit

"Err.. maksud saya, semoga hubungan kapten dan Lynna akan menjadi semakin baik. Manalah tahu, tiba-tiba dia marah sangat dengan kapten, sampai dia sanggup pergi tendang ke tampar ke, tak pun dia dah kahwin ke..hehehe.." Terus Lahap berhenti bercakap dan hanya tersengih sahaja

Kaizo berikan renungan maut kepada Lahap. Sang alien ungu itu terus berpeluh-peluh kerana takut dengan renungan dari kapten dia. Kaizo tidak berkata apa, dia melangkah keluar dari bilik itu

"Aku sudah pulang" bisik Kaizo

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang terkejut dengan beberapa ketukan di pintu rumahnya. Dia melihat jam dan terfikir, siapa yang datang rumah dia pada lewat malam begini? Hantu ke? fikir Fang

"Mana ada hantu ketuk pintu" bisik Fang "Entah-entah orang jahat datang nak menyerang. Isk, aku kena bersiap sedia untuk mempertahankan rumah ni! dan juga diri aku"

Fang mengambil langkah berjaga-jaga sambil berjalan menuju ke pintu rumahnya. Dia pegang tombol pintu itu dan terus memulaskannya secara perlahan. Kuasa bayang dia mula timbul di pergelangan tangan kiri dia

"PANG! BUKALAH PINTU NI!"

Terkejut Fang dengan jeritan suara yang dia sudah lama tidak dengar. Kuasa bayang dia terus hilang. Dia membuka pintu itu dengan secara pantas. Hati dia meloncat naik kerana terlalu teruja melihat kepulangan abangnya tetapi idea nakal dia terus terpacar di dalam pemikirannya

"Pak cik nak apa?" soal Fang sambil tersenyum manis seperti orang tidak bersalah

"PAK CIK? Kau panggil aku pak cik!"

"Yelah, pak cik kan lagi tua daripada saya" jawab Fang dengan penuh sopan "Pak cik datang sini waktu malam-malam kenapa? Pak cik nak jual sesuatu dekat saya ke?"

"Yea, aku nak jual KAU DEKAT PLANET ORANG GILA!"

"ABANGGGG!" marah Fang "Berani abang nak jual adik dekat planet tu!"

"BERANI KAU NAK BUAT NAKAL DEKAT AKU!"

"Ala, adik bergurau aje" Fang terus bersilang tangan. Dia seperti seakan-akan dirinya kembali sewaktu dia masih kecil lagi "Apasal abang tak beritahu adik yang abang nak datang sini? Lepas ni abang nak pergi balik ke?"

"Tak, kommander Kokoci berikan cuti rehat kepada aku"

Fang angguk kepalanya sebagai tanda faham. Lalu dia ketepi sedikit untuk memudahkan abangnya masuk ke dalam rumah. Sudah lama Kaizo tidak menjejaki rumah itu. Ianya kelihatan berlainan sebelum dia tinggalkan rumah itu. Perabut-perabut rumah itu kelihatan baru, malah television pun ditukar baru dan semua susunan sudah berubah kedudukan. Tiada lagi meja makan di tepi ruang tamu. Ianya telah digantikan dengan almari buku dan juga meja belajar. Gambar-gambar di dinding penuh dengan gambar Fang yang penuh bergaya. Tiada satu gambar pun tentang kawan-kawan dia ataupun ibu bapa dia

"Mana gambar aku?"

"Gambar abang adik simpan dekat dalam bilik abang" jawab Fang

"Hmm.. jadi kau buatkan rumah ni seperti istana kau sendiri"

Fang angguk kepalanya dengan tangkas sekali. Dia bangga dengan dirinya sendiri kerana dapat mengubah suai hiasan rumah itu seperti rumah dia sendiri

"Baguslah tu tapi sekarang aku sudah pulang, bolehlah aku ubahkannya nanti"

"Abang jangan nak ubah balik!" marah Fang sedikit dengan nada amarannya "Adik bersusah payah jadikan rumah ni milik adik sendiri!"

"Yelah tu.. mana si Faye? Idoli mana? kucing-kucing kita mana?"

Kaizo duduk di atas kerusi sofa yang berwarna hitam itu. Kerusi sofa itu jauh lebih lembut daripada kerusi sofa sebelum. Dia bagaikan ingin baring di atas sofa tersebut. Lalu Fang menjawab pertanyaan abang dia tadi

"Faye tinggal dekat rumah Bella"

"Kenapa pula?" soal Kaizo

"Sebab Yaya tegur kita orang, jadi Faye terpaksa tinggal dekat rumah Bella dan adik tinggal seorang diri dekat sini" Lalu Fang sambung menjawab soalan-soalan abang dia tadi "Idoli dah balik planet dia selepas sahaja abang tinggalkan kita orang dekat sini. Lepas tu kucing-kucing kita semuanya adik hantar dekat tempat pusat penjagaan kucing-kucing tua. Itu pun adik berbincang dengan Rizu dulu tapi abang jangan risau, kita orang selalu melawat dia orang dekat sana. Adik siap dermakan makanan kucing lagi"

"Hmmm.. bagus. Si budak kecik Rizu tu apa khabar?"

"Dia ok, masih lagi suka berceloteh panjang" balas Fang "Kita orang semua ok lagi cuma Harraz sahaja yang tiada dengan kita orang. Dia dapat masuk sekolah asrama masa form 3. Time cuti sekolah sahaja kita orang dapat jumpa"

"Macam-macam betul berlaku dekat sini"

"Macam-macam abang" Fang duduk di sebelah abangnya "Kalau boleh, adik nak cerita segala-galanya dekat abang tapi adik rasa malas pulak.. hehehe... yelah, masa awal-awal dulu, abang adalah juga hubungi adik tapi lama-lama macam tu, langsung tiada khabar berita dari abang"

"Maafkan abang sebab abang diberikan tugas penting untuk laksanakan misi abang" jelas Kaizo "Sebab itu abang tidak boleh nak hubungi kau"

"Hmmm... adik faham" Fang angguk kepalanya. Hati dia terasa gembira kerana abang dia sudah pulang "Kalau abang nak tahu, masa abang lama sangat tak hubungi adik, adik cuba hubungi kommander. Dia cakap, abang ok cuma sibuk dengan misi penting tapi ada kalanya, adik akan cuba hubungi ayah Faye, dia pun cakap benda yang sama juga. Adik rasa legalah juga tapi adik sebenarnya tak berapa puas hati sebab tak dapat nak berbual dengan abang"

"Sekarang kau tak perlu risau tentang aku" Kaizo mengusap kepala adiknya "Aku sudah pulang dan kau, sudah besar panjang. Tak sangka adik aku makin lama makin tak handsome"

"ERK!" Fang terus bersilang tangan "ADIK HANDSOME LAH! LAGI HANDSOME DARIPADA SI BOBOIBOY TU!"

Kaizo ketawa kecil kerana dia sudah lama tidak melihat adiknya mengamuk. Dia akui, adik dia memang kelihatan kacak, bukan lagi seperti seorang kanak-kanak. Bukan sahaja makin kacak, malah semakin tinggi dan hampir sama tinggi dengan diri dia

"Abang"

"Kau nak apa?"

"Abang lapar tak? Adik boleh buatkan sup lobak merah untuk abang"

"Terima kasih tapi abang sudah makan dekat kapal angkasa tadi" Lalu Kaizo bertanyakan sesuatu kepada adiknya "Pang.. Lynna apa khabar?"

"Abang nak tahu ke?"

"Kenapa dengan dia?" Jantung Kaizo berdebar-debar ketika itu. Dia takut kalau dia sudah kehilangan Lynna "Dia ok ke? Ada apa-apa yang berlaku semasa ketiadaan abang?"

"Dia ok dan abang perlu relax ok" Fang berkata lagi "Kak Lynna sebenarnya kecewa dengan abang sebab abang takde pun nak hubungi dia dan langsung tak beritahu dia yang abang tinggalkan bumi dan pergi balik jalankan tugas sebagai anggota TAPOPS"

"Dia menangis tak?"

"Entah" kata Fang "Abang tak nak pergi pujuk ke? Yelah, abang pergi tanpa ucapkan selamat tinggal. Manalah dia tak marah, merajuk, kecewa, sedih, termenung dekat tingkap, makan pun tak lalu, rasa nak menangis dan bermacam-macam lagi"

"Betul ke dia rasa begitu?"

"Itu adik tambah aje"

Kaizo terus ketuk kepala adiknya

"Abang pergilah pujuk kak Lynna" kata Fang lagi "Boleh dikatakan dia selalu juga tanya adik pasal abang tapi semenjak ni, kak Lynna senyap aje. Langsung takde hubungi adik. Mungkin dia dah putus asa dan penat tunggu abang pulang. Ada juga dia cakap, bagaimana kalau abang tak pulang ke bumi buat selama-lamanya"

Kaizo hanya diam sahaja. Dia tahu dia telah melukai hati Lynna. Dia tahu ini semua salah dia. Kaizo tidak mahu ucapkan selamat tinggal kerana dia tidak mahu melihat wajah Lynna yang kecewa itu. Jadi dia pergi secara senyap. Dia sendiri sebenarnya tak tahu dia boleh kembali ke bumi untuk bercuti dari misi-misi TAPOPS

"Malam ini juga abang akan pergi minta maaf dekat dia"

"Errr.. abang"

"Kenapa Pang?"

"Abang nak pergi kacau dia tengah tidur ke? Bukan ke tak elok kacau anak dara orang malam-malam begini. Unless abang nak baling batu kecil dekat tingkap dia, dan lepas tu abang nyanyi lagu romantik dekat kak Lynna.. hehe"

"Apa yang kau merepek ni?" Kening sebelah Kaizo terangkat sedikit "Lagipun abang bukan nak kacau dia, abang cuma nak minta kemaafan dari dia sahaja"

"Sama aje abang. Itu namanya tetap kacau orang tengah tidur. Jadi, abang pergilah berehat dan jalankan misi abang esok pagi ajelah"

"Yelah"

Kaizo bingkas bangun dari kerusi sofa itu

"Katil abang ada lagikan?"

"Masih ada lagi abang" kata Fang "Cuma cadar sahaja yang tiada. Nanti adik pasangkan khas untuk abang"

"Bagus" Kaizo terus tersenyum sinis "Esok pagi, abang akan terus ke KL!"

"Adik nak ikut boleh?"

"Kau nak kena tendang ke?"

Fang terus bersilang tangan. Muka dia kelihatan merajuk pula. Kaizo berpura-pura tidak nampak. Dia terus naik ke tingkat atas untuk pergi melihat bilik lamanya. Lalu Fang menjerit

"ALA! ADIK NAK TENGOK ABANG KENA TAMPAR DENGAN KAK LYNNA!"

"APA KAU CAKAP!" Kaizo terus keluarkan pedang tenaga "Kau nak kena latihan tempur ke?"

"Errr... nak ke tak nak?" Fang garu-garu kepalanya sambil berpura-pura fikir "Kalau cakap nak, mesti kena latihan tempur tapi kalau cakap tak nak, abang tetap bagi adik latihan tempur juga. Susah juga nak buat pilihan ni"

Berkerut dahi Kaizo

"Sudah! Malas aku nak layan sesi merapu kau!" Kaizo terus masuk di dalam bilik dia dan menghempas pintu bilik itu

Fang ketawa terbahak-bahak sehingga dia berguling di atas lantai. Sudah lama dia tidak bergurau nakal dengan abang dia dan bagi diri dia, ini adalah perkara paling indah buat dirinya. Hati Fang rasa lega abang dia sudah pulang dan bolehlah mereka kembali seperti dulu iaitu suka cari pasal sesama sendiri. Fang tersenyum seorang diri di ruang tamu rumahnya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu, Fang sudah pun siapkan makanan kegemaran abang dia iaitu sup lobak merah. Dia merasai sup itu terlebih dahulu sebelum dia memanggil abangnya turun ke bawah untuk menjamu selera. Selepas sahaja dia merasai sup itu, dia angguk kepalanya sebagai tanda sedap

"ABANG!"

Pintu Kaizo masih lagi tertutup rapat. Fang tunggu beberapa saat dan lalu dia memanggil abangnya lagi

"ABANG!" Jerit Fang sambil naik ke tingkat atas "ABANG! SARAPAN PAGI DAH SIAP!"

Dia berhenti di depan pintu bilik abangnya. Lalu dia ketuk. Masih lagi tiada sahutan dari abangnya. Fang membuat keputusan untuk terjah masuk ke dalam bilik itu. Dahi Fang mula berkerut apabila dia melihat katil abang dia kosong

"Ataupun sebenarnya semalam tu aku mimpi sahaja?" bisik Fang "Isk, tak mungkinlah... entah-entah abang aku pergi KL sebab nak kena tamparan wanita dari kak Lynna.. hehehe"

Memang benar kata Fang, Kaizo kini berada di Kuala Lumpur. Awal pagi lagi dia sudah bergerak pergi ke sana. Dia rasa agak gementar apabila dia menjejak kakinya di Kuala Lumpur. Hati dia berdebar-debar tetapi dia sudah bersedia dan terima apa sahaja, terutama sekali kena tampar ataupun kena karate dengan Lynna. Kaizo tidak dapat bayangkan diri dia ditampar oleh seorang perempuan tetapi dia tahu, dia memang patut kena dapat. Jadi, dia tidak akan merungut kerana ini adalah salah dia. Sewaktu dia tiba di hadapan pintu sebuah rumah apartment, dia teragak-agak untuk mengetuk pintu itu ataupun beredar dari situ dan datang ke situ lagi pada hari lain

"Aku tidak boleh berpatah balik" bisik Kaizo "Tapi bagaimana kalau dia marahkan aku dan aku sendiri tak dapat nak redakan kemarahan itu atau lagi teruk, dia benci aku"

Kaizo menarik nafas dan terus hembus. Dia tenangkan diri dia dan lalu dia berikan beberapa ketukan di pintu rumah itu. Beberapa saat kemudian, seorang perempuan membuka pintu itu dan perempuan itu bukanlah Lynna tetapi kawan baik kepada Lynna

"Kau?!" Nada Juria agak marah sedikit "Baru sekarang kau nak munculkan diri"

"Err.." Kaizo tidak tahu apa yang dia perlu katakan

"Hmm... kalau kau datang ke sini untuk cari Lynna, dia takde" kata Juria lagi "Kau boleh datang esok sahaja, itu pun kalau dia ada" Dia hendak menutup pintu rumah itu semula tetapi Kaizo sempat menghalang dengan meletakkan tapak tangannya di permukaan pintu itu

"Dia pergi mana?"

"Dia pergi ke kelas mempertahankan diri. Rasanya kelas muay thai kot" jawab Juria "So, dia boleh kick your ass"

"Aku memang patut dapat pun"

"Yup, kau memang patut kena tendang dengan si Lynna but i don't think she will kick you. Maybe dia bagi penampar sahaja" Juria rasa simpati sedikit melihat Kaizo seperti orang ada masalah "Kaizo, apa-apa terjadi selepas ini, harap kau boleh terima ok"

"Kenapa kau kata begitu?"

"Sebab beberapa minggu ni, aku selalu nampak Lynna keluar jalan-jalan dengan seorang lelaki tapi aku tak pasti hubungan mereka sebagai kawan atau lebih daripada aku. Aku pun tak nak paksa-paksa dia untuk memilih kau. Bagi dia fikir dulu dan ikut kata hati dia. Jikalau dia pilih kau, jangan sesekali hilang begitu sahaja. Jangan tinggalkan dia lagi"

Kaizo angguk kepalanya. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berbadan besar tetapi nampak comel, di sebelah Juria

"Itu siapa?" soal Kaizo

"This is my husband" jawab Juria "Kita orang kahwin tahun lepas and dia tahu rahsia kita orang dan of course dia tahu kau tu bukan dari planet bumi"

"Ohh.. inilah Kaizo yang dia orang selalu katakan" Lelaki itu hulurkan tangan dia kepada Kaizo. Mereka berjabat tangan di situ "Aku nasihatkan kau, jangan mengalah tetapi kalau dia sudah tawar hati, kau lepaskanlah dia supaya dia bahagia. Jangan buat dia merana"

"Terima kasih" Kaizo menghela nafas sedikit "Aku balik dulu. Esok aku akan kembali lagi"

"Aku akan beritahu dia yang kau datang" Juria berikan sedikit senyuman kepada Kaizo "Kalau dia nampak marah, aku dan kawan-kawan aku akan cuba tenangkan dia. Jangan risau, kita orang semua suka kalau korang berdua bersama.. cuma tak suka kau tinggalkan dia tanpa penjelasan"

"Jangan risau, aku tidak akan pergi ke mana-mana lagi"

Kaizo terus beredar dari situ tanpa mengucapkan selamat tinggal. Juria dan suami dia hanya perhatikan sahaja Kaizo turun dari tangga apartment itu. Air muka Kaizo kelihatan sedih tetapi dia tetap nampak tenang sahaja

"Aku harap, Lynna maafkan dia dan selesaikan masalah mereka" bisik Juria kepada suami dia

"Masalah dia orang takdelah sebesar mana. Aku yakin, mereka dapat selesaikan dengan baik. Sudahlah sayang, kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Jom kita sambung makan"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy, Yaya, Ying dan Faye sibuk membuat kerja sekolah mereka di rumah Fang. Sang tuan rumah pula, sedang sediakan air untuk kawan-kawan dia. Gopal tiada bersama mereka kerana dia terpaksa menolong ayah dia menjual ice cream. Sebenarnya dia bukan dipaksa pun tetapi Gopal sendiri yang nak tolong kerana dia nak elakkan dirinya daripada sertai study group mereka

"Yaya, tolong aku" Faye tersengih sedikit "Aku masih tak faham lagi soalan matematik ni"

"Haiyaa... bukan ke aku sudah ajar lu semalam. Macam mana boleh tidak faham lagi maaa"

"Ala, janganlah marah Ying. Otak aku ni bukannya super sangat macam korang" Kepala Faye terus terbaring di atas meja ruang tamu "Aku tahu aku lemah tetapi aku sudah berusaha!"

"Hmm... kau dan Gopal sama sahaja"

"Tau takpe Yaya" kata Boboiboy "Faye, kenapa Bella tak join kita orang?"

"Bella ada hal dengan family dia dan aku pula ada berita gembira untuk Fang"

"Berita apa?" Fang sudah pun berada di ruang tamu dengan sedulang makanan dan minuman untuk dihidangkan kepada kawan-kawan dan juga sepupu dia "Berita kau nak kahwin ke? atau berita kau jumpa boyfriend baru?"

"Isk, apa yang kau merepek ni, Fang" marah Yaya

"Ala, aku bergurau aje" Fang letakkan dulang itu di atas meja ruang tamu yang penuh dengan buku-buku latihan

"Haha.. bukan berita aku nak kahwin or aku jumpa boyfriend baru" Faye batuk-batuk sedikit untuk betulkan suara dia. Lalu dia khabarkan beritanya "Aku akan pindah balik ke rumah ini semula! Sebab abang kau dah balik kan"

Muka Fang terus berubah. Dahi dia mula berkerut-kerut. Dia bagaikan tidak puas hati dengan berita tersebut

"Apasal lu senyap aje? Tak suka ke sepupu lu sendiri kembali ke rumah ni?" kata Ying

"Ma-mana ada" Fang tersengih sambil tuangkan air jus lobak merah ke dalam cawan "Aku suka Faye pindah balik ke sini.. heheh" Sebenarnya, dia lebih suka duduk seorang diri di dalam rumah itu tetapi apa boleh buat, abang dia sudah kembali. Sudah tentu Faye ingin kembali juga. Agaknya Idoli pun akan kembali juga ke? fikir Fang

"Kalau macam tu, esok tolong aku angkat semua barang aku dari rumah Bella"

"Yelah" jawab Fang kepada Faye

"Sukalah kau sebab abang kau dah balik"

"Mestilah aku suka, Boboiboy" Fang kelihatan mengeluh sedikit "Tapi... aku mesti rindu duduk sorang-sorang dekat rumah ni. Kau tengoklah rumah ni aku jadikan seperti istana aku sendiri"

"Yea, kami tahu" balas Boboiboy, Yaya, Ying dan juga Faye

"Lepas ni, mesti macam-macam hal akan terjadi dekat rumah ni... hehehe... rasa macam dulu-dulu balik tapi..." Fang mula terbayangkan abang dia kena tampar dengan Lynna "Aku nak tahu juga reaksi kak Lynna bila nampak abang aku yang sengal tu.. hehehe... mesti best"

"Hmm... mesti kau asyik bergaduh dengan abang kau kan" kata Yaya "Tapi reaksi kak Lynna tu, aku tak dapat nak bayangkan"

"Bergaduh dengan abang aku, itu sudah tentu tapi.." Fang berubah menjadi bangga "Aku yakin bahawa abang aku mesti sibuk sangat untuk memujuk kak Lynna.. dan dia lupa nak bergaduh dengan aku.. hahahaha!"

"Aiyaaa... itu pula yang kau fikirkan"

"Mestilah Ying" kata Fang sambil tersenyum dengan lagaknya "Asyik dia aje nampak hebat, bergaya, sampai aku rasa macam nak conteng aje muka dia yang kacak sangat tu.. muahahahahaha!"

"APA KAU CAKAP PANG!" Kaizo muncul di belakang adiknya "KAU NAK CONTENG MUKA AKU!"

"ERK! ABANG KAIZO!" Terkejut mereka dengan kehadiran Kaizo yang secara mengejut itu

"Macam mana abang ada dekat sini? dan bila masa abang masuk dalam rumah?" Fang mula bersilang tangan kerana waktu untuk dia berlagak sudah tamat

"Kau aje yang tak sedar yang aku sudah balik. Korang semua pun sama aje macam adik aku ni" balas Kaizo dengan nada serius dia

Masing-masing sudah tersengih kecil kecuali Fang, dia hanya bermasam muka sahaja. Lalu dia bertanya kepada abangnya

"Macam mana tadi? Kena tampar tak?"

Kaizo terus ketuk kepala adiknya. Lalu dia duduk sambil bersandar di kerusi sofa. Muka dia berubah menjadi sedih sedikit

"Apa yang terjadi abang?" tanya adiknya lagi

"Tadi dia takde. Maknanya abang tak kena tampar" jawab Kaizo "Tak tahulah kalau abang patut kembali ke KL balik ataupun tidak"

"Jangan mengalah abang Kaizo"

"Ha ah, betul kata Yaya tu" kata Faye "Abang Kaizo yang Faye kenal bukanlah seorang alien yang suka berputus asa! Dia akan memperjuangkan hak-hak dia!"

"Memperjuangkan cinta dia kepada kak Lynna" bisik Fang kepada Boboiboy sambil tergelak sedikit "Hehehe... boleh ke abang aku buat begitu?"

"Isk kau ni, mestilah boleh. Aku yakin yang abang kau boleh tapi nampak macam rumit aje" Boboiboy garu-garu kepalanya "Kalau kak Lynna tak nak terima kemaafan dari abang Kaizo macam mana? Apa yang abang Kaizo akan buat?"

"WUUUUUUU! Kapten itik hot sudah kembali!"

"BILA MASA SI PELIK NI ADA!" jerit Fang

"Hehehee.." Lily senyum-senyum kambing di situ. Lalu dia bercerita yang membuatkan Kaizo tertidur sekejap "Ceritanya begini! Malam semalam, Lily asyik termenung aje dekat langit malam sambil terbayangkan apa yang BBB-CHAN tengah buat pada waktu itu. Mungkin dia tengah tidur ataupun, mungkin dia fikirkan tentang Lily.. hehehe... lepas tu Lily nampak macam ada shooting star dekat langit. Jadi Lily buat satu hajat iaitu ingin bersama BBB-CHAN pada hari ini! Tiba-tiba Lily teringat pula dekat kapten itik hot. Lily mula terfikir, agaknya kapten itik hot tengah buat apa dekat angkasa tu? Tengah makan tidur makan tidur makan tidur ataupun tengah buat latihan tempur dia yang sangat dasyat tu. Lepas tu, hari ini juga.. Lily buat keputusan untuk datang ke sini untuk menganggu landak-landak sekalian dan juga untuk melihat BBB-CHAN KU! Tetapi Lily tak sangka pula si kapten itik hot sudah kembali! Jadi Lily ikut kapten itik hot dari jauh tapi makin lama makin dekat sampai kapten itik hot sendiri pun tak sedar yang Lily ada dekat belakang dia. Jadi Lily ikut dia sampai dia masuk rumah.. sekian terima kasih"

"Habis dah cerita kau?" Kaizo baru sahaja terjaga. Lily angguk kepalanya sambil berkelip-kelip mata dia kepada Boboiboy "Cerita kau membuatkan aku mengantuk pula. Kau ni serupa macam si Rizu tu"

"Cheh, kapten ini hot ni memang saja nak buat Lily marah tetapi Lily ni susah sangat nak marah orang. Jadi Lily maafkan kapten itik hot"

"Wei pelik, kau takde aktiviti ke dekat universiti kau?" soal Fang yang rasa hendak ketuk kepala Lily dengan bantal

"Hmm... takde" jawab Lily "So, abang Kaizo.. ceritalah apa yang terjadi tadi? hehehe... Lily nak tahu ni"

"Apasal kau nak tahu?"

"Sebab Lily sudah lama tak dengar cerita hebat-hebat dari abang Kaizo" Lily mula memujuk Kaizo dengan membuat wajah sedih "Kami semua merindui suara abang Kaizo yang sentiasa serius tu. Bukan itu sahaja, senyuman abang Kaizo yang jarang tu pun, kami rindu"

"Kau ni melebih pula" tegur Yaya "Si Fang pun takdelah macam tu sekali"

"Biarkanlah dia Yaya, asalkan abang aku mulakan cerita dia"

"Yelah Fang. Suka hati kau lah" Yaya terus sambung menjawab soalan latihan matematik dia

"Bukan ke aku sudah cerita tadi yang dia takde tadi. Jadi kita orang tidak berjumpa tadi dan aku rasa, aku tak perlu ke sana semula"

"Sebab?" tanya Fang

"Bukan sebab malas" balas Kaizo "Sebabnya, aku nak berikan dia masa sedikit untuk redakan kemarahan dia terhadap aku"

"Bagaimana abang Kaizo tahu dia tengah marah? Padahal abang Kaizo tak jumpa dia tadi"

"Sebab kawan dia akan beritahu Lynna nanti tentang aku ingin berjumpa dengan dia tadi" balas Kaizo kepada Faye "Kalau aku datang esok, sudah tentu dia akan marah dekat aku dan.. aku pula, terpaksa menghadapinya"

Yaya, Ying, Faye dan Lily hanya menggelengkan kepala sahaja. Boboiboy dan Fang pula, hanya dengar luahan hati Kaizo tanpa berkata apa

"Abang Kaizo ni, itu membuatkan dia lagi marah" kata Faye dengan nada kemarahan dia

"Habis tu, apa yang aku perlu lakukan? Pergi cari dia balik esok?"

"Yea abang Kaizo" balas Faye "Kenalah pergi cari dia sampai jumpa. Lepas tu, biarkan dia luahkan segala kemarahan dia yang terpendam dekat dalam hati dia dekat abang Kaizo"

"Hmmm.." Kaizo mengusap dagunya seketika "Aku pasti dia akan tampar aku juga"

Fang tergelak kecil sambil terbayangkan lagi abang dia kena tampar dengan Lynna

"Tapi kapten itik hot jangan risau kerana kami.." Lily mendabik dada dan lalu berkata "Adalah persatuan kanak-kanak riang.." Fang ketuk kepala Lily dengan bantal "Akan menolong kapten itik hot untuk selesaikan masalah kapten dan juga puteri angsa. Jangan risau, kita orang akan bagi detail untuk redakan kemarahan dia.. hehe"

"Kenapalah aku perlu ikut nasihat korang? Padahal korang semua bukannya pakar dalam bab-bab ni"

"Yelah tu abang. Time dulu-dulu tu, abang ikut aje nasihat kita orang masa nak pujuk hati kak Lynna yang tengah merajuk dengan abang tu" Fang terkenang balik saat-saat abang dia seperti orang tidak tahu hendak buat apa "Abang bernasib baik sebab kita orang sebab pakar dalam bab romantik ni"

Faye dan Lily rasa hendak muntah pada ketika itu kerana mereka tahu Fang bukanlah pakar dalam hal-hal romantik. Fang hanya tahu mengamuk, marah orang, berlagak sombong, donut lobak merah dan juga mengejar populariti

"Tapi time tu Momoki ada. Sekarang aku dengar cerita dia sudah tidak lagi di bumi tetapi pergi jalankan tugas dia sebagai anggota TAPOPS. Adik kembar dia si Mimiko pun ikut sekali" jelas Kaizo

Mata Lily bersinar-sinar apabila Momoki sudah tidak lagi tinggal di bumi. Hati dia rasa tenang dan gembira kerana tiada lagi jejaka alien cuba hendak memenangi hati dia. Lily terbayangkan diri dia sedang terbang di langit biru kerana dia bebas dari kena kejar dengan Momoki. Dia tidak perlu rasa takut lagi setiap kali dia menjejak kakinya ke Pulau Rintis

"Happy semacam aje si pelik ni" Fang tolak kepala Lily sedikit dengan menggunakan jari telunjuknya

"Hmm.. biarkan dia" kata Kaizo "Jadi apa cadangkan korang? Adakah aku perlu cari dia dan jelaskan kesemuanya kepada dia, dan juga dengarkan kata-kata makian dia kepada diri aku"

"Abang Kaizo memang patut pergi cari dia maaa..." kata Ying "Tak baik biarkan dia marah lama-lama. Kalau tidak, lagi teruk jadinya"

"Ha ah, betul kata Ying tu tapi abang Kaizo jangan marah dia balik, nanti bergaduh pula" Yaya berikan senyuman kecil dia kepada Kaizo "Abang Kaizo berehat sahaja hari ni. Esok nanti, dengarkan sahaja luahan hati dia"

"Hmm.. yelah" Kaizo menghela nafas seketika "Terima kasih semua"

"Sama-sama!" kata remaja-remaja itu

"Abang, adik pergi buatkan teh hijau untuk abang ok. Biar hati abang rasa tenang dan boleh berfikir secara tenang"

Kaizo angguk tanpa berkata apa. Fang terus ke dapur untuk menyediakan teh kegemaran abangnya iaitu teh hijau. Dia teringat balik kata-kata Kid 2 tahun yang lalu. Cerita mereka akan bermula tidak lama lagi? bisik di hati Fang. Tapi kenapa mengambil masa yang lama untuk mulakan cerita itu? fikir Fang lagi

"Biarlah, asalkan aku dapat jadi saksi.. hehehe" bisik Fang sambil menuang air panas ke dalam cawan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari sudah larut malam, Kaizo menguap panjang sambil menutup television yang sedang menyiarkan movie yang rasa bosan bagi dia. Adiknya sudah lama masuk tidur. Dia rasa pelik, selalunya adik dia suka tidur lewat malam. Mungkin adik dia sudah berubah dan mula tidur awal ataupun mungkin juga, adik dia terlalu penat melayan karenah Lily si pelik itu. Siang tadi, Fang seperti hendak menyumpah-yumpah Lily kerana perangai dia yang sangat menjengkelkan. Dari dulu sampai sekarang, perangai Lily tidak pernah berubah, masih lagi pelik, hyperaktif dan sentiasa happy-go-lucky. Faye juga sudah masuk tidur dan pada hari ini, dia dapat tidur di atas katilnya yang sudah sekian lama dia tinggalkan

Ketika Kaizo menaiki tangga untuk menuju ke bilik tidurnya, dia menoleh kebelakang kerana ada orang mengetuk pintu rumahnya. Kaizo cepat-cepat turun ke bawah dan terus ke pintu rumah dia. Lalu dia membuka pintu rumah itu dan terkejut kerana orang yang dia ingin berjumpa, sudah berada di hadapan pintu rumahnya

"Lynna!"

to be continued...

---------------------------------------------------

Hehehe... macam mana? ok ke? ataupun tak ok xD kalau tak ok, maaf T_T

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top