Kebahagiaan

Donut lobak merah Fang terlepas dari tangan dia secara tidak langsung. Donut itu jatuh di atas permukaan bumi bersama dengan air mata dari sang anak kecil itu. Hati dia dapat merasakan bahawa abang dia dalam bahaya. Kawan-kawan dan juga sepupu dia tidak sedar dengan kesedihan di air mukanya. Mereka terlalu sibuk bermain kejar-mengejar di sekitar taman bunga. Kidi telah membawa mereka di situ untuk bermain dan juga berkelah

"Abang" bisik Fang "Abang.."

"Fang.. kamu ok ke?" Kidi mula menyedari nada sedih dari sang anak kecil itu

"Mana abang? Fang mula mencari abang dia "ABANG! ABANG DEKAT MANA?" Dia bangun dan terus melihat sekeliling dia "ABANGGG!" jerit dia sekuat hati

Boboiboy dan kawan-kawan dia terus berhenti bermain. Mereka melihat Fang menjerit-jerit nama abangnya. Lily mula menangis kerana tidak tahan melihat kesedihan Fang

"Aik, Lily pun menangis sekali?"

"Yelah Gopal. Lily sedih sebab landak tengah sedih" Lily mengesat air matanya "Landak cari abang itik dia tapi... mana abang itik dia? Kasihan landak"

"Kita sama-sama cari abang dia" kata Boboiboy "Lagi ramai, lagi cepat jumpa"

Mereka angguk kepala satu sama lain. Lalu mereka pergi mencari Kaizo di sekitar taman itu. Fang menangis sambil mencari abang dia di sebalik pokok, di celah-celah pokok-pokok renek di dalam pelbagai bentuk, merata-rata tempat di pergi mencari. Kidi rasa kasihan dengan si kecil itu

"Fang.. abang kamu pergi kerja sekejap"

"Kerja?" Fang berhenti mencari abangnya "Abang ada kerja apa? Kenapa abang tak beritahu adik? Abang tak suka dekat adik ke?"

"Kenapa cakap begitu. Dia suka adik dia yang comel dan nakal ni" Kidi mengambil sebiji donut lobak merah dari bakul makanan. Lalu dia berjalan ke arah Fang untuk berikan donut itu "Dia cakap, kalau Fang cari dia, abang kena bagi donut ni supaya kamu tak rasa sedih"

"Betul ke?"

"Betul" Kidi hulurkan donut itu kepada Fang "Makanlah.. jangan bersedih lagi"

"Tapi.." Fang mengambil donut itu dengan kepalanya tertunduk ke bawah "Siapa nak jaga saya kalau abang dah takde? Saya takde ibu, takde ayah.. kalau abang dah takde, nanti saya tinggal sorang"

"Jangan risau, saya boleh jaga kamu" Kidi melutut di hadapan Fang sambil mengusap kepala si anak kecil itu "Kamu tidak akan keseorangan. Fang masih ada keluarga lagi. Atuk dan nenek kamu. Faye pun ada lagi. Kawan-kawan kamu pun sudah seperti keluarga kamu sendiri"

Fang gigit donut itu sedikit demi sedikit. Kepala dia angguk sahaja dengan setelah dia dengar kata-kata dari Kidi tadi. Fang mahu senyum sedikit tetapi hati dia tidak mahu mengukir sebuah senyuman itu. Air mata dia masih lagi mengalir keluar

"FANG!" panggil Boboiboy "FANG!"

"LANDAK!" panggil pula Lily kali ini "KAMI DAH JUMPA ABANG LANDAK!"

"ABANG?!" Fang menoleh kebelakang dengan sebuah senyuman "Mana abang?"

"INI DIA!" Lily angkat tangan dia kedepan dan tunjukkan seekor anak itik kepada Fang "ABANG ITIK! Itik gebu-gebas!"

Fang melemparkan donut lobak merah dia ke arah kepala Lily. Kuasa bayang dia mula timbul dan tiba-tiba sahaja, dia menjerit dan menangis di situ. Lalu dia mengamuk sehingga dia mengeluarkan harimau bayang untuk menerkam Lily. Anak itik mula berbunyi bising kerana takut melihat harimau bayang itu. Ibu itik yang berada di belakang Lily, mula menyerang sang harimau bayang

"Wuuuuu... ibu itik sangat berani" kata Lily

"Fang! Ja-janganlah mengamuk. Lily main-main aje tu" pujuk Yaya "Kita cari abang kau lagi ok.. mungkin dia tengah sorok dekat tempat lain"

"Tapi.. tapi... DIA CAKAP ABANG AKU SEEKOR ITIK! UWAAAAAAAA!"

Harimau bayang itu mula menggesel kepala dia di tubuh badan Fang yang kecil itu. Dia rasa kasihan melihat kesedihan pada si kecil itu. Fang memeluk badan sang harimau bayangnya. Kawan-kawan dan juga sepupu dia terharu melihat mereka berdua. Ibu itik tadi tidak jadi untuk menyerang harimau bayang itu. Lalu dia hanya perhatikan sahaja

"Hehehee... baiknya harimau tu" kata Ying "Aku cemburu pula si Fang kena pujuk dengan harimau dia maaa.."

"Ala.. ala... aku pun nak macam tu juga tapi aku nak abang aku peluk aku.. UWAAAA.. BELLA RINDU ABANG!" Bella mula menangis "UWAAAA!"

Secara tidak langsung, mereka semua menangis sambil memanggil nama-nama orang mereka sayangi. Kidi tersengih melihat mereka. Dia terpaksa pergi memujuk seorang demi seorang supaya berhenti menangis. Picu yang berada di situ, hanya perhatikan mereka sahaja sambil kunyah buah oren. Dia sendiri pun tidak tahu hendak buat apa, lalu dia makan sahaja

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lady Poisen mendarat di dalam asap-asap putih itu. Dia tersenyum sinis kerana dia berjaya menghapuskan Kaizo dan Lynna. Kabus-kabus itu mula hilang sedikit demi sedikit. Senyuman dia mula berubah apabila dia melihat dua orang yang disangka sudah mati, sebenarnya masih hidup lagi. Kaizo dan Lynna berada di dalam kubah pelindungan kuasa mereka. Kaizo menggunakan dinding tenaga dia dan Lynna pula, menggunakan kuasa pelindung dia

"Cis, tak guna!"

"Kenapa? Tak suka tengok kita orang masih hidup lagi?" Kali ini Lynna pula tersenyum sinis "Mari Kaizo, kita sama-sama hapuskan dia"

"Mari" kata Kaizo dengan nada sinisnya

"Korang ingat korang boleh menang!"

Lady Poisen baling salah satu botol racun dia ke arah mereka berdua. Lynna terbang ke atas dan Kaizo pula, sudah keluarkan pedang tenaganya. Dia melibas botol racun itu sehingga ianya terpelanting ke tempat lain. Lynna mendarat di belakang Lady Poisen

"Marilah lawan kami" kata Lynna dengan penuh keyakinan

Lady Poisen melihat kebelakang dan lalu melihat di hadapan dia. Lalu dia terbang untuk menyerang mereka dari bahagian udara. Dia angkat kedua-dua tangannya dan lalu menghalakan tangan kanan dan kiri dia ke arah Kaizo dan Lynna. Dia berikan tembakan secara serentak untuk menyerang mereka. Kaizo sempat melompat ke arah apabila bebola api bercahaya itu hampir terkena dia. Lynna pula, dia menggunakan kuasa letupannya untuk musnahkan bebola api itu. Lady Poisen masih tidak berpuas hati. Dia mengendahkan Lynna, lalu dia menyerang Kaizo. Kuku dia menjadi panjang dan tajam. Dia terbang ke arah Kaizo untuk menerkam sang kapten itu. Kaizo menghalang cengkaman Lady Poisen dengan menggunakan pedang tenaga dia. Lady Poisen cuba menolak pedang tenaga itu tetapi kekuatan Kaizo sangat menakjubkan. Lalu kuku dia mula panjang lagi sehingga berada di hadapan anak mata Kaizo

"Hehehehe... habislah kau kali ini"

"JANGAN KAU CUBA CEDERAKAN DIA" Lynna terbang meluru ke arah Lady Poisen untuk berikan satu tumbukan. Tangan genggaman kanan dia mengeluarkan api berapi ungu

Lady Poisen menoleh kebelakang seketika. Kaizo mengambil peluang itu. Lalu dia menggunakan kuasa tolakan tenaga dia. Lady Poisen terpelanting kebelakang. Tubuh badan dia bertempung dengan Lynna. Kuku tajam dia terkena pipi Lynna sedikit. Lalu mereka berdua jatuh bergolek di atas permukaan bumi

"LYNNA!" jerit Kaizo

Lynna bangunkan badan dia sedikit demi sedikit. Lady Poisen mengambil peluang itu dan dia tikam kaki sang puteri itu dengan kuku tajamnya. Lynna menjerit kesakitan. Kaizo berlari ke arah Lady Poisen sambil menggenggam pedang tenaga dia. Lady Poisen cuba menikam kaki Lynna lagi tetapi sang puteri itu berlawan balik. Dia melemparkan kuasa apinya ke arah Lady Poisen. Manakala Lady Poisen membalas balik dengan kuasa api bercahaya dia. Kedua-dua kuasa api itu bertembung dan menyebabkan sebuah letupan berlaku. Lynna dan Lady Poisen tercampak ke arah yang bertentangan. Kaizo berhenti berlari dan pergi dapatkan Lynna yang sudah jatuh di tepi tasik. Separuh badan Lynna ada di dalam air tasik itu

"Lynna!" Kaizo melutut di tepi Lynna "Kau jangan tinggalkan aku" Lalu dia melihat tangan Lynna bergerak sedikit demi sedikit. Tangan dia kelihatan melecur sedikit

Lynna menggenggamkan sebutir pasir di tanah itu. Mata dia terbuka sedikit. Badan dia terasa sudah tidak bermaya lagi. Kaizo menolong sang puteri itu keluar dari tasik tersebut

"Kaizo.." Nada Lynna agak lemah pada ketika itu "Kita kena hapuskan dia.. kita mesti bersatu seperti dulu"

"Aku tahu.." Kaizo berikan senyuman kepada Lynna untuk berikan semangat "Kau dan aku adalah satu pasukan"

Kaizo memimpin Lynna yang dalam keadaan lemah itu. Lynna berjalan agak terjengket-jengket sedikit. Lalu Lady Poisen muncul di depan mereka semula. Kali ini dia kelihatan sungguh marah. Dia berjalan ke arah mereka sambil mengheret kaki kirinya. Separuh daripada wajah dia ada kesan melecur akibat

"Kau ingat, kau dapat lari" Lady Poisen masih tidak berpuas hati "Aku tetap tidak akan mengalah selagi aku tidak dapat kalahkan korang berdua" Di tangan kanan dia ada sebiji botol kecil. Di dalam botol itu terdapat cecair berwarna oren kekuningan

"Kau nak buat apa dengan air tu?" soal Lynna

"Kau tengoklah sahaja nanti" Lady Poisen mencampak boto itu di hadapan Kaizo dan Lynna

Botol itu pecah dan serta merta, sebuah api membara mengelilingi Kaizo dan Lynna. Mereka berdua terperangkap di dalam lingkaran api itu. Kepala mereka terasa pening dan mula batuk-batuk

"HAHAHAHAHA! Kau tahu tak bahawa asap-asap api itu beracun. Ianya boleh membunuh korang berdua dalam masa yang singkat"

Kaizo dan Lynna menutup muka mereka dengan tapak tangan untuk menggelakkan daripada bau asap beracun itu. Malangnya, mereka sudah menjadi lemah. Tubuh badan mereka rebah di atas tanah. Lynna tidak mahu mengalah. Dia berlawan dengan dirinya untuk bangkit semula. Tangan kiri dia mula mencari-cari Kaizo. Akhirnya dia tersentuh bahu sang kapten itu. Tanpa membuang masa lagi, dia pegang bahu Kaizo dan terus Lynna menggunakan kuasa teleportasinya untuk keluar dari perangkap itu

"Kaizo.." panggil Lynna dengan suara yang lemah "Kau ok tak?"

"Aku.." Kaizo dapat bernafas semula "Aku ok.."

Mereka mula bangunkan diri masing-masing. Lady Poisen tidak sangka mereka boleh keluar dari perangkap beracun itu. Dia pusing kebelakang untuk kembali menyerang mereka lagi tetapi Lynna begitu pantas sekali. Dia menggunakan kuasa letupannya berulangkali. Bahu Lady Poisen terkena letupan itu berulangkali sehingga dia hilang imbangan. Bahu dan badan dia seperti ditolak oleh sesuatu yang tidak nampak. Kaki dia asyik berundur kebelakang dan akhirnya dia terjatuh masuk ke dalam perangkap beracun dia tersendiri. Lynna melemparkan api ungunya ke arah perangkap berapi itu

"Kau jangan bagi dia keluar dari perangkap itu" kata Kaizo

"Kau perangkap dia"

Kaizo angguk kepalanya dan terus dia keluarkan dinding tenaga di sekeliling api itu. Lynna mengawal kuasa apinya. Dia menutup bahagian atas dan ianya menjadi sebuah kubah. Lady Poisen menjerit di dalam perangkap dia tersendiri. Lalu Lynna kecilkan kubah itu sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah bola berapi. Akhirnya bola berapi itu meletup. Lynna terus terduduk kerana rasa lega dapat kalahkan Lady Poisen

"Lynna, kau ok?"

"Aku ok.." Air mata Lynna mula mengalir keluar "Aku cuma gembira sebab kita dapat hapuskan dia akhirnya" Dia terus tersenyum lebar

"Yea, kita sama-sama hapuskan dia" Kaizo duduk di sebelah Lynna "Kita boleh hidup dengan tenang lepas ini"

"Betul tu.. dan paling penting sekali, kematian Nick tidak sia-sia sahaja.. aku harap Nick tenang di sana" Lynna masih tersenyum lagi walaupun hati dia terasa sedih "Kaizo, mari kita pulang"

"Mari" Kaizo menghulurkan tangan dia kepada Lynna "Pang dan yang lain-lain mesti tengah tunggu kita pulang" Mata dia terpandang kaki Lynna yang luka itu "Bagi aku sembuhkan kaki kau tu"

"Sembuhkan?"

Kaizo hanya senyum kepada Lynna. Dia genggam tangan Lynna, lalu dia tunduk sedikit untuk sembuhkan luka di kaki sang puteri itu. Tapak tangan dia hanya beberapa inci daripada kaki Lynna. Lalu tapak tangan Kaizo bercahaya. Dia dapat rasakan kelembuatan cahaya tersebut. Cahaya itu mengeluarkan kuasa penyembuh. Sedikit demi sedikit kaki Lynna kembali seperti biasa, tiada kesan tikaman Lady Poisen sebentar tadi

"Pandai kau gunakan kuasa tu" kata Lynna

"Kau yang ajar aku" Kaizo kembali berdiri "Kau juga yang beritahu aku kuasa penyembuh itu adalah kuasa kita berdua. Jadi aku gunakan kuasa itu sembuhkan kaki kau"

"Terima kasih, Kaizo. Aku rasa sangat terharu" Lynna tergelak seketika "Kau tahu tak... nama Lady Poisen tu, ejaan Poisen tu bukan P.O.I.S.O.N tetapi P.O.I.S.E.N sebab dia sendir yang pergi letak. Nama sebenarnya dia adalah Pandora"

"Mana kau tahu?"

"Hmm... adalah" Lynna tersenyum kepada Kaizo "Tapi kalau kau nak tahu juga.. aku ternampak satu buku catatan dia.. hehehe.. aku dapatlah baca sedikit"

"Sempat lagi kau yea"

Lynna tergelak di situ. Gelakan dari sang puteri itu membuatkan Kaizo tergelak sekali. Jauh dari situ, di sebalik pokok-pokok hutan, terdapat 4 orang gadis sedang perhatikan mereka berdua. Gadis-gadis itu adalah sahabat baik Lynna. Mereka berada di situ kerana ingin menolong Kaizo dan Lynna tetapi nampaknya, semuanya sudah pun selesai

"Comelnya dia orang berdua" kata Fitrah "Hehehe.. cemburu pulak aku"

"Cemburu apa yea.. kau kan sudah bertunang" kata Sofiah sambil bersilang tangan "Hmm.. kenapa kita perlu ke sini lagi?"

"Kau ni Sora, kita ke sini sebab nak berikan bantuan dekat Lynna tapi nampaknya, dia orang tak perlukan bantuan daripada kita" jelas Juria

"Hehehe.. tak berikan bantuan takpe tapi kita dapatlah tengok dia orang berdua yang comel tu"

Masing-masing tersenyum sambil melihat Lynna gunakan teleportasinya untuk bawa dia dan Kaizo pulang ke istana

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"ANAK ITIK KAIZO MANDI DALAM KOLAM! Dekat mana Lily, bawah pokok mempelam! Anak itik Kaizo, suka renang-renang, buat apa Lily, mandi dengan riang!"

Lily bertepuk tangan sambil nyanyikan sebuah lagu untuk anak-anak itik dan juga ibu mereka. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying suka dengan lagu itu. Manakala Fang pula, tidak berapa suka sangat kerana Lily mempergunakan nama abang dia. Bella dan Faye duduk di atas tikar sambil makan buah bersama Picu. Mata Picu asyik memandang beberapa ekor rama-rama sedang berterbangan di sekitar kanak-kanak perempuan itu. Bella melihat Picu sudah menjilat jari. Lalu dia ketuk kepala Picu dengan cawan plastik. Sang alien itu sambung menikmati buah yang dia sedang makan pada ketika itu. Kidi masih menjaga mereka semua. Dia rasa senang hati apabila mereka sudah kembali ceria dan tenang. Sebelum ini, semuanya menangis hanya gara-gara Fang ingin mencari abangnya

"ABANG!"

Fang bergegas lari ke arah abang dia yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Kaizo dan Lynna sudah kembali pulang dengan sebuah senyuman. Fang rasa curiga dengan senyuman itu kerana ada sesuatu yang mereka sembunyikan. Boboiboy dan rakan-rakan dia turut gembira kerana Kaizo dan Lynna sudah pulang

"ABANG! Abang pergi mana tadi?" soal Fang sambil diangkat oleh Kaizo "Abang pergi tak beritahu adik pun?" Lalu dia peluk leher abangnya. Dia seperti tidak mahu lepaskan abangnya

"Maafkan abang tapi.. adik tengah tidur tadi. Jadi abang tak nak kejutkan adik" kata Kaizo "Lagipun abang ada kerja tadi. Jadi abang perlu selesaikan kerja abang dengan cepat"

"Hmm.. macam bukan abang aje"

"Kenapa pulak?" soal Kaizo sambil angkat kening sebelah

"Sebab tiba-tiba aje abang cakap lemah-lembut dengan adik. Selalunya abang suka guna suara garang dengan adik tapi adik tidak pernah gentar dengan suara itu sebab adik berani! Macam abang!"

"Yelah yelah, abang cakap kasar dengan kau yea"

"Hehehe.." Fang peluk leher abang dia lagi "Abang nak tahu tak.. kita ada adik beradik baru"

"Hah? Adik beradik baru?" Lynna rasa pelik dengan kenyataan Fang tadi

"Siapa pula adik beradik kita yang baru tu?" Kaizo mula rasa curiga

"Abang turunkan adik"

Kaizo turunkan adiknya tanpa berkata apa. Fang lari ke arah rakan-rakan dia sambil menjerit-jerit nama Lily

"LILY! LILY! AKU NAK TUNJUK ADIK BERADIK BARU AKU DEKAT ABANG AKU!"

Hati Lily terus terharu pada ketika itu. Lalu dia berikan seekor anak itik kepada Fang. Secara perlahan-lahan dia tepuk kepala anak itik tersebut. Selepas itu, Fang kembali kepada abang dia sambil pegang anak itik itu dengan kedua-dua tangannya. Lalu dia tunjukkan anak itik itu kepada abang dia dengan muka cerianya

"INI DIA! Adik abang yang terbaru! ADIK ITIK! Dan dia juga abang kepada Pang! Abang itik!"

Lynna menahan gelakan dia. Rasa lucu pula melihat gelagat Fang pada ketika. Lucu tetapi ianya tersangat comel di hati Lynna. Dahi Kaizo mula berkerut dan suara garang dia mula keluar dari mulutnya

"BILA MASA KITA ADA ADIK BERADIK ITIK NI? SIAPA YANG AJAR NI?" Mata Kaizo terus melirik ke arah Lily yang sudah tersengih itu "INI MESTI SI PELIK TELAH MEMPENGARUHI KEPALA KAU NI!

Tiba-tiba Fang menangis sekuat hati kerana terkejut dengan suara garang Kaizo

"Erk! Jangan menangis.. abang minta maaf" Kaizo melutut di depan adiknya "Janganlah menangis.. abang minta maaf ok. Anak itik ni comel tapi dia bukan adik beradik kita. Kawan kau si pelik tu main-main aje"

"Tapi.. tapi.." Mata Fang penuh dengan air mata. Dia memandang abangnya dengan penuh rasa sedih "Abang itik ni comel. Dia tadi.. main dengan kita orang"

"Yea, anak itik ni memang comel.. kita main dengan anak itik ni ok tapi tak boleh main jauh-jauh. Nanti ibu dia marah pulak" Kaizo mengusap kepala adiknya "Jom, kita pergi main"

"JOM!"

Fang menarik tangan abang dia untuk pergi bermain di sekitar taman bunga itu. Lynna tersenyum sahaja melihat mereka berdua. Kepala dia tertunduk sedikit kerana dia ternampak Picu sedang berdiri di depan kakinya. Tubuh badan Picu berubah warna menjadi merah jamu. Di mulut dia, terdapat setangkai bunga berwarna kuning. Lalu Lynna duduk di depan Picu dan tadah tangan kanannya. Picu melompat naik ke atas tapak tangan sang puteri itu. Lynna angkat dan terus berikan satu ciuman di kepala Picu. Sang alien itu lalu pengsan di atas tapak tangan Lynna

"Hehehe.. Picu ni kelakarlah" kata Lynna

"Macam mana dengan pertarungan kamu berdua dengan Lady Poisen tadi?" muncul Kidi dengan kedua belah tangan dia kebelakang "Semuanya berjalan dengan lancar?"

"Hmm.. aku rasa kau sudah tahu jawapannya"

"Hehehe.." Kidi terasa malu secara tiba-tiba "Nampaknya kau dan Kaizo sudah berada di sini. Jadi aku pergi sediakan ubat untuk mereka semua kembali kepada umur yang asal"

"Terima kasih kerana menjaga mereka"

"Tidak menjadi masalah" balas Kidi

"Oh yea.." muncul pula Kaizo di sebelah Kidi "Kalau dah siap buat ubat tu, kau berikan kepada yang lain dulu. Aku nak main dengan Pang dulu, sementara dia tengah comel ni. Nanti bila dia dah besar, dah tak comel budak tu nanti"

"Boleh pulak macam tu" Lynna gelengkan kepalanya

"Bukannya apa. Aku sebenarnya terlalu rindu untuk bermanja dengan dia. Lagipun, aku tinggalkan dia dekat sini dan aku sendiri hampir lupa bagaimana kasih sayang aku terhadap dia. Jadi aku ingin mengambil peluang ini untuk bermain dengan dia. Bila dia sudah kembali menjadi remaja, aku tetap akan sayangkan dia tapi... kau tahu ajelah apa akan terjadi nanti"

"Yea, aku faham.. korang akan bergaduh manja, suka cari pasal, kau pula akan buli dia tapi apa-apa pun, korang tetap rapat seperti biasa"

Kaizo, Lynna dan Kidi tergelak seketika sambil melihat Fang sedang duduk secara mencangkung dan lalu jalan seperti itik. Anak itik itu ikut sahaja Fang dari belakang. Selepas itu, adik beradik anak itik tersebut, ikut berjalan di belakang Fang, di dalam satu barisan. Lily pun turut ikut jalan seperti itik. Semasa mereka sedang berseronok melihat gelagat si anak-anak kecil itu. Kaizo dan Lynna tersenyum diantara satu sama lain kerana di jari manis Lynna terdapat sebentuk cincin. Dia telah dilamar oleh Kaizo sebelum mereka tiba di taman bunga itu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa bulan kemudian...

"ABANG! BANGUNLAH!"

Kaizo pusingkan badan dia sambil memeluk bantal peluk. Dia sebenarnya malas hendak bangun kerana alasan dia, katil dia terlalu empuk sangat. Fang berkerut dahi. Lalu dia tarik bantal peluk abangnya. Dia campak bantal itu di kepala abangnya

"ABANG! BANGUN!"

"BAGILAH ABANG TIDUR 5 MINIT LAGI!"

"TAKDE 5 MINIT LAGI! Hari ini adalah hari paling penting dalam sejarah. Abang kena bangun awal! Atau abang sebenarnya tak bangun sebab abang tak nak kahwin dengan kak Lynna? Adik beritahu kak Lynna yang abang sebenarnya tengah malas"

"YELAH YELAH! AKU BANGUNLAH NI!"

Kaizo bangunkan diri dia dan keluar dari katilnya sendiri. Fang mencekak pinggang sambil perhatikan abangnya

"Apasal kau tengok aku macam tu? Ada sesuatu nak beritahu aku ke?"

"Mestilah ada" kata Fang. Wajah dia yang masam, berubah menjadi ceria "Abang tentu akan terkejut dengan surprise yang kita dapat hari ini"

"Apa dia? Atuk dan nenek belikan baju baru untuk kita ke?" Kaizo terus pergi mencapai tuala mandinya "Apa yang dia orang tak puas hati lagi tu?" Dia perhatikan sahaja baju perkahwinan dia yang tersindar di pintu almarinya

Baju itu berwarna putih dan ada sedikit kebiru-biruan. Dia hari ini akan memakai tuxedo yang telah dibelikan oleh atuk dia sendiri. Kaizo sebenarnya tidak berapa gemar memakai pakaian itu tetapi dia ingatkan diri dia, bahawa dia akan memakai pakaian itu pada hari ini sahaja

"Bukanlah abang"

"Habis tu, apa dia?"

"Abang tunggu ok"

Lalu Fang keluar dari bilik abangnya. Tidak sampai 1 saat, dia sudah kembali tetapi dia tidak keseorangan kali ini. Mata Kaizo seperti tidak percaya apa yang dia lihat pada ketika itu. Ibu dan ayah dia ada di depan matanya. Mereka bukan dalam bentuk roh tetapi di dalam bentuk manusia alien. Kaizo tidak terkata apa ketika itu. Lidah dia kelu kerana hati dia keliru tetapi pada masa yang sama, dia rasa gembira kerana dapat bertemu dengan ibu bapanya

"Kaizo" Ibu Kaizo memeluk anaknya, Kaizo. Bau ibunya yang wangi, menusuk ke lubang hidung Kaizo "Tahniah Kaizo" Lalu dia lepaskan anaknya

"Tahniah juga dari ayah" kata bapanya

"Tapi..." Kaizo seperti hilang untuk berkata-kata "Bagaimana? Macam mana? Adakah ini semuanya hanyalah mimpi sahaja?"

"Ini bukan mimpi, sayang" kata ibunya yang bernama Keiko "Hari ini ibu dan ayah munculkan diri, sempena khas majlis perkahwinan kamu"

"Kamu suka tak?" soal ayah Kaizo yang bernama Kai

"Mestilah suka.. tapi bukan ke Lynna hanya boleh kembalikan korang sekali sahaja?"

"Betul tu abang" Fang cuba jelaskan kepada abangnya "Sebenarnya ini bukan dari kak Lynna. Ini sebenarnya hadiah dari abang Kidi. Dia berikan hadiah istimewa ini kepada kita berdua tapi ada syaratnya. Ibu dan ayah kita cuma ada hari ini sahaja. Lepas pukul 12 malam nanti, mereka akan kembali ke alam sana"

"Jadi kita gunakan masa ini sebaik-baik mungkin, sementara mereka masih ada" Kaizo terasa sebak dengan pemberian itu

"Betul tu abang!"

"Pandai anak ayah ni" Kai rasa bangga dengan anak-anaknya "Mungkin kawan kamu tu, nak kami melihat sendiri hari bahagia kamu, Kaizo dan mungkin juga, dia mahu kami ada di sini sebab ingin melihat kamu tersenyum bahagia pada hari yang istimewa ini"

"Kalau kami tiada di sini pun, ibu dan ayah masih ada di sisi kamu" kata Keiko sambil mengusap rambut anaknya iaitu Kaizo "Kaizo kena sentiasa ingat, kami selalu berada di dalam hati kamu. Ibu dan ayah tidak pernah tinggalkan Kaizo dan juga Fang. Nanti bila kami sudah tiada, jaga diri baik-baik dan jaga hubungan kamu berdua sebagai adik beradik. Jangan nak bergaduh aje"

"Hehehe.. mana adalah ibu. Kita orang mana ada gaduh pun" Fang tersengih sedikit "Kalau ada pun, gaduh-gaduh manja aje.. betul tak abang?"

"Betul tu" Kali ini Kaizo pula tersengih "Hmm.. atuk dan nenek tahu ke ibu dan ayah ada dekat sini?"

"Dia orang tahu" jawab Fang "Aunty dan uncle pun terkejut juga tadi tapi adik dah jelaskan kepada mereka. Nanti Faye nak berikan solekan kepada ibu supaya keluarga sebelah sana takdelah syak sangat ibu dan ayah ada nanti. Dia orang kan tahu ibu dan ayah sudah tiada. Kalau dia orang tanya, siapa mereka.. kita jawab aunty dan uncle kita dari jauh"

Sebenarnya hati Fang terasa sakit apabila dia terpaksa menipu kepada ahli keluarga Lynna. Apatah lagi dia tidak bolehkan kata itu adalah ibu dan ayah dia dengan penuh bangga. Hati dia semestinya rasa sedih tapi ini sahaja yang membolehkan ahli keluarga Lynna tidak tahu rahsia sebenarnya

"Aik, ibu sahaja ke? Ayah takde" Kai tergelak sedikit

"Hehehe.. mestilah ada ayah" Fang terus berikan satu senyuman kepada bapanya "Nanti Faye akan uruskan ibu dan ayah tapi abang kena cepat siap ni. Abang belum mandi lagi. Kita tak naklah terlewat nanti"

"Jom Fang, ibu nak pergi rasa waffle yang Fang buat tu"

Keiko memimpin tangan anaknya, Fang untuk keluar dari bilik itu. Kai pula, dia akan menolong Kaizo bersiap. Fang berhenti berjalan sebaik sahaja dia tiba di muka pintu bilik itu

"Kenapa Fang?" soal Keiko

Fang membawa ibunya kembali ke sebelah ayahnya. Lalu dia berikan satu pelukan kepada mereka berdua. Dia dapat merasai kehangatan dan kelembutan dari mereka berdua. Fang terasa tenang pada ketika itu. Dia selama ini memang mengidamkan untuk memeluk kedua orang tua. Dia selalu bermimpi dapat memeluk mereka dan akhirnya, pada hari ini, impian dia tercapai. Dia tidak akan lepaskan pelukan itu. Lalu Fang terasa sesuatu dibelakang badannya. Rupanya Kaizo juga memeluk mereka bertiga. Ianya seperti sebuah keluarga bahagia. Pada saat itu, Fang dapat merasai kebahagiaan mereka bersama dan dia tidak akan melupakan detik-detik indah itu

THE END

https://youtu.be/YsKKuCUYUMU

------------------------------------------

Maaf sebab terlalu simple sangat T_T

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top