Cemburu?

Boboiboy dan Gopal rasa hairan apabila Fang masuk ke dalam kawasan sekolah secara perlahan. Wajah Fang kelihatan pucat sedikit. Lalu mereka pergi bertanya untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya

"FANG!" Boboiboy tepuk bahu Fang sedikit "Kau ok ke?"

"Kau macam nampak hantu aje" kata Gopal

Riak wajah Fang berubah menjadi sedih dan lalu dia menangis di dalam kawasan sekolah itu. Ramai pelajar terkejut melihat Fang menangis seorang diri sambil didampingi oleh kawan baiknya. Lalu dia bercerita apa yang berlaku semalam

"Abang aku buli aku lagi!"

"Lerr.. itu pun kau nak menangis" Boboiboy gelengkan kepala

"Entahnya... ingatkan kau kena kejar dengan hantu ke apa. Rupanya kena buli dengan abang sendiri" Gopal gelengkan kepala dan lalu berkata lagi "Budak gila populariti boleh menangis sebab kena buli dengan abang sendiri"

"Wei, kau nak kena dengan aku ke?" Riak wajah Fang terus berubah menjadi marah "Aku sudah lama tak mengamuk ni. Kau nak jadi mangsa aku yang pertama ke?"

"Sudahlah tu Fang, Gopal bergurau aje tu"

Gopal tersengih sambil angguk kepalanya

"Selamat kau ada, Boboiboy. Kalau tidak, sudah lama aku kerjakan si Gopal ni" kata Fang sambil bersilang tangan "Sudahlah semalam abang aku suruh aku habiskan sup yang aku buatkan untuk dia semalam. Dia langsung tak makan sup yang aku buatkan tu"

"Mungkin dia dah kenyang kot" Boboiboy mula tersengih kecil

"Kenyang makan apa? Lagipun aku sudah bubuh biskut Yaya dalam sup tu dan aku tuang entah berapa banyak garam dalam sup tu juga tapi dia langsung tak makan. Geram betul aku"

"Hmmm... kau dari dulu sampai sekarang, memang suka betul nak buat abang kau mengamuk. Sudahlah abang kau tu garang macam singa. Kau tak pernah rasa serik ke?"

"Aku mana pernah rasa serik, Boboiboy" Fang terus bangga dengan dirinya sendiri "Aku tidak pernah mengalah dan tidak akan kalah selagi aku tidak dapat sumbatkan biskut Yaya dekat mulut abang aku tu!"

"Kenapa biskut aku dengan abang kau?"

Fang terkejut beruk dengan kemunculan suara Yaya secara tiba-tiba. Lalu dia menoleh kebelakang dan berpura-pura tersenyum manis. Boboiboy dan Gopal hanya menahan gelakan mereka sahaja

"Kenapa dengan biskut aku?" soal Yaya lagi

"Tak, maksud aku..." Fang mula tersenyum sinis dan lalu berkata "Abang aku sudah lama tak rasa biskut kau yang sedap tu!"

"WAH! ABANG KAIZO RINDU BISKUT AKU YANG SEDAP TU!" Fang angguk kepalanya kepada Yaya "Kalau begitu, hari ini juga aku buatkan khas untuk abang kau. Lagipun aku ada resepi baru! Bolehlah abang menjadi orang pertama merasai biskut aku tu"

"Err.. ok" Fang tersengih lagi

Boboiboy dan Gopal terbayangkan Kaizo pengsan di rumah selepas dia makan biskut yang berbisa itu. Menggigil mereka berdua

"Nanti aku buatkan banyak-banyak supaya korang semua boleh rasa sekali"

"Hah! Idea yang bagus tu" Fang tersenyum sinis sambil melirik matanya ke arah Boboiboy dan Gopal "Tak adil lah kalau abang aku sahaja yang rasa. Dia orang pun mesti nak rasa sekali"

"Kau pun mesti nak rasa jugakan"

"Hah! Betul tu Yaya. Si Fang ni sentiasa simpan biskut kau dekat rumah dia. Manalah tahu, dia kempunan nak rasa biskut kau. Jadi dia belilah extra dekat kedai Tok Aba atau dekat kantin sekolah kita. Betul tak Fang?" Giliran Boboiboy pula yang tersenyum sinis

"Wah! Tak sangka pula aku, kau simpan biskut aku sebab kau suka sangat! Terharunya aku!" Yaya terapung sambil berpusing-pusing di langit kerana terlampau gembira sangat "Tapi aku tak tahulah kenapa orang lain tak suka dengan biskut aku"

"Ala, biasalah Yaya. Setiap orang ada taste yang berlainan"

"Betul tu Gopal! Lagipun... si Fang ni PEMINAT NOMBOR 1 BISKUT YAYA!"

"WOI!" Fang tidak melengahkan masa, dia keluarkan harimau bayangnya "Korang nak kena belasah dengan harimau aku ke?"

"Ehem..." Yaya bersilang tangan sambil berikan renungan tajam kepada Fang "Kau nak kena denda dengan aku ke? Mana boleh belasah orang di dalam kawasan sekolah sesuka hati"

"Ohh.. kalau macam tu, tunggu aje sekolah tamat, siaplah korang berdua.. hehehe" Fang melenyapkan harimau bayangnya "Satu langkah keluar dari kawasan sekolah, aku akan belasah korang secukup-cukupnya!"

"Amboi! Sesuka hati nak belasah kawan sendiri!"

"Kenapa? Tak boleh ke, Yaya?" soal Fang dengan angkuhnya

"Tak boleh tapi apa alasan kau nak belasah dia orang?"

"Ha ah Fang, apa alasan kau?" Boboiboy tersenyum sinis semula "Jawablah soalan Yaya tu.. hehehe"

Fang menelah ludah kerana takut jikalau Yaya tahu perkara yang sebenarnya. Dia perlu fikirkan sesuatu untuk selamatkan diri sebelum diri dia pula yang kena belasah dengan Yaya

"Sebab.. sebab... aku bukanlah peminat nombor 1 tetapi peminat nombor 1 biskut Yaya yang sebenarnya adalah LAHAP!" Jawab Fang dengan penuh yakin "Dialah yang selalu order biskut Yaya dulu-dulu"

"Cheh, pandai pulak dia menjawab" bisik Gopal yang tidak berapa puas hati dengan jawapan Fang

"Wah! Aku sudah lama tak nampak Lahap. Kalau dia datang ke sini lagi, suruh dia ambik biskut kegemaran dia dari aku yea"

"Baiklah Yaya. Aku akan beritahu dia nanti" kata Fang sambil tersenyum manis "Biskut untuk abang aku tu, esok kau berikan kepada aku yea dan sudah tentu kawan-kawan kita yang lain pun nak rasa biskut kau yang terbaru tu!"

"Mestilah! Aku tidak pernah lupakan kawan-kawan aku! Nanti korang rasa ok" kata Yaya dengan perasaan gembira "Aku kena pergi dulu. Jumpa lagi!" Lalu dia terbang pergi

Fang bersilang tangan sambil berikan senyuman sinis dia kepada Boboiboy dan Gopal. Kedua-dua kawan baiknya kelihatan marah tetapi Fang buat-buat tidak tahu sahaja

"Kalau korang kenakan aku, dengan korang-korang sekali aku akan heret bersama"

"Yelah tu Fang" kata Boboiboy "Entah-entah kita orang yang terselamat, kau juga yang pengsan sebab biskut tak sedap dia tu"

"Apa-apa ajelah" Fang terus beredar dari situ dengan sikapnya yang sombong itu

Fang tidak mahu menjadi mangsa biskut Yaya berulang lagi. Malam tadi sahaja, dia sudah beberapa kali ulang-alik ke bilik air akibat makan sup yang bercampur dengan serbuk biskut Yaya. Boleh dikatakan juga, dia ada pengsan sebanyak dua kali. Dia bagaikan diri dia sudah berada di ambang maut tetapi dia bersyukur kerana pagi tadi, diri dia sudah kelihatan elok. Cuma wajah dia kelihatan pucat sahaja

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Awal pagi lagi, Kaizo sudah pun berada di kedai Tok Aba sebaik sahaja dia habis menjalankan sesi senaman pagi. Dia sudah memesan sarapan paginya dan melihat sahaja Tok Aba sediakan makanan yang dia pesan sebentar tadi. Sementara dia menunggu makanannya siap, datang seorang lelaki tampan bersama dengan sebuah kotak besar berwarna putih

"Tok Aba, saya sudah bawakan chocolate cheesecake"

Lalu Kaizo menoleh ke tepi. Dia terkejut melihat Nick ada di situ dengan senyuman dia yang menawan. Perasaan cemburu dia mula timbul. Dia tidak tahu apa yang Nick buat di situ

"Hah, terima kasih" kata Tok Aba "Letak sahaja dekat atas meja tu. Nanti atuK tolong jualkan kek tu"

"Harap-harap adalah yang beli kek yang saya buat ni"

"Mesti ada yang beli punya. Kek kamu buat tu memang sedap" kata Tok Aba sambil berikan senyuman bangga kepada Nick

"Kau buat kek?"

"Eh, Kaizo ada dekat sini" Lalu Nick duduk di sebelah Kaizo tanpa dijemput "Ha ah, aku buat kek sebab itu kerja aku"

"Kau kerja dekat kedai kek ke?"

"Bukanlah Kaizo" Nick ketawa sedikit "Aku bekerja di sebuah hotel restaurant sebagai pastry chef. Kau pula kerja apa?"

"Aku bekerja sebagai seorang kapten" balas Kaizo dengan penuh bangga

"Wah, seorang kapten rupanya. Patutlah kau menghilangkan diri selama 2 tahun" kata Nick melirik matanya ke tubuh badan Kaizo dari bawah hingga ke atas "Ada ciri-ciri seorang kapten"

"Terima kasih" Kaizo menghirup air teh hijaunya sedikit

"Bagaimana kau kenal Lynna?"

"Dari sini" jawab Kaizo secara ringkas. Sebenarnya, dia tiada mood untuk berborak dengan Nick. Dia lebih suka, berdiam diri sahaja

"Oh.. jadi kau kenal dia dekat kedai Tok Aba lah ni"

"Ha ah, memang dia orang kenal dekat kedai atuk ni" Tok Aba terus hulurkan makanan sarapan pagi kepada Kaizo "Dan atuk juga yang jadi saksi pertemuan mereka"

"Menarik tu. Saya kenal si Lynna pula dari kawan baik dia. Masa tu wedding kawan dia, dan kawan dia pula tempah kek dari saya. Time tulah kita orang berkenalan but don't worry, tiada cerita romantic untuk di ceritakan"

"Hmmm..." Kaizo kunyah sandwich chocolate dia sambil mendengar kisah-kisah dari Nick

Kaizo seperti rasakan kehidupan Nick begitu sempurna sekali. Nick lahir di Kuala Lumpur dan pindah ke luar negara kerana pekerjaan ayahnya. Dari situ, dia belajar pelbagai jenis makanan di merata dunia tetapi makanan yang dia paling minat sekali adalah pastry. Akhir dia menjadi seorang pastry chef di sebuah hotel yang terkemuka di Kuala Lumpur

"Kau tunggu Lynna ke? Tadi aku hantar cupcake kegemaran dia tapi dia takde pula"

"Dia ada urusan penting hari ni" Perasaan cemburu Kaizo makin lama makin mendalam. Dia mana pernah buatkan kek khas untuk Lynna sebelum ini. Kalau ada pun, itu semua bantuan daripada kawan-kawan adiknya

"Oh, kau seorang sahaja dekat sini. Nak aku temankan ke?"

"Tak perlu. Aku boleh makan seorang diri dekat sini"

"Kau memang jenis suka buat kerja sendiri yea" Nick meneliti riak wajah Kaizo yang serius itu "Agaknya, apa yang membuatkan Lynna tertarik dengan diri kau"

"Kau nak tahu sangat kenapa?"

"Saja" balas Nick "Aku cuma ingin tahu sahaja tentang diri kau. Lynna ada ceritakan kepada aku yang korang berdua ada sesuatu persamaan. Aku sendiri tidak tahu apakah persamaan itu kerana kau dan Lynna sangat berbeza. Dia seseorang yang ceria dan manakala kau pula, seseorang yang serius"

"Aku dan dia memang berbeza tetapi memang benar, kami berdua ada persamaan dia" kata Kaizo

"Boleh aku tahu apakah persamaan itu?"

"Nah Nick, atuk buatkan hot chocolate khas untuk kau" Tok Aba mencelah kerana dia tahu, Kaizo dan Lynna mahu rahsiakan perkara itu dari Nick atau orang lain kecuali orang-orang di Pulau Rintis "Minumlah. Mesti kamu dahagakan"

"Terima kasih Tok Aba!"

Kaizo rasa lega sedikit. Kalau dia katakan itu adalah rahsia, mungkin Nick akan mensyaki sesuatu. Lagipun, segelintir orang sahaja yang tahu tentang kuasa Lynna. Mereka menjadi rapat adalah kerana kuasa yang mereka miliki. Walaupun kuasa dia hanyalah kuasa dari teknologi tetapi ianya rasa seronok dapat berkongsi cerita dengan Lynna. Manakala Lynna pula, dia kelihatan selesa berkongsi rahsia dan dunia dia yang sebenarnya. Kaizo begitu kagum dengan dunia Lynna yang dia sebelum ini tidak pernah lihat ataupun dengar. Pertama kali dia dapat mengetahui rahsia Lynna, hati dia bagaikan melonjak gembira

"Tapi ada satu lagi rahsia aku belum beritahu dia lagi" bisik Kaizo

"Apa kau cakap, Kaizo?"

"Takde apalah" kata Kaizo kepada Lynna "Kau lama lagi ke dekat sini?"

"Hmm... lepas habis air ni, aku pergilah. Kenapa? aku ada menganggu kau ke? Maaflah kalau aku menganggu kau"

"Tak, kau tak ganggu aku pun" Kaizo terus bangun dari bangku kedai itu "Atuk, saya pergi dulu"

"Eh, nak pergi dah?"

"Maaf atuk, saya ada hal" balas Kaizo "Nanti tengahari saya datang balik sebab nak ajar budak-budak matematik"

Kaizo beredar dari kedai itu. Nick hanya perhatikan sahaja sambil minum air hot chocolatenya

"Dia memang sentiasa macam tu ke?"

"Dia memang sentiasa serius. Senyum pun jarang nampak" balas Tok Aba "Apatah lagi nak dengar dia gelak"

"Pelik pelik... tapi betul ke dia tu seorang kapten?"

"Kenapa?"

"Yelah, saya perlu tahu kalau dia betul-betul memang bekerja sebagai kapten. Saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku dekat Lynna. Orang macam Kaizo tu, selalunya ada banyak sangat rahsia"

"Takdelah, jangan risau sangat. Kaizo tu baik dan dia selalu melindungi Lynna" Tok Aba berikan senyuman kecilnya kepada Nick

"Baiklah atuk"

Nick masih lagi tidak berpuas hati. Dia mesti siasat siapakah Kaizo itu? Kenapa hati dia mengatakan Kaizo ada simpan rahsia dan mungkin rahsia itu Lynna tahu dan tidak memberitahu kepada sesiapa, termasuklah keluarga dia sendiri. Ada sesuatu yang mereka tidak mahu diri dia tahu, tetapi apa? Nick terus merenung jauh ke dalam cawan hot chocolatenya. Tok Aba melihat kelakuan Nick pada ketika itu, dia harus berikan amaran kepada Kaizo dan Lynna agar rahsia mereka tidak terbongkar

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"ABANG! OH ABANG!"

"KAU NAK APA? ABANG TENGAH TIDUR NI!"

"MAKANAN ABANG SUDAH SIAP! KALAU TAK NAK MAKAN, ADIK BAGI KUCING MAKAN!"

"KITA MANA ADA KUCING! KAU PERGI HANTAR DIA ORANG DEKAT RUMAH KUCING-KUCING TUA!"

"DIA ORANG DAH TUA! ADIK HANTARLAH DEKAT SANA! LAGIPUN DEKAT SANA ADA BANYAK KUCING-KUCING LAIN YANG DIA ORANG BOLEH KAWAN!"

"ITU ALASAN KAU SAHAJA!"

"Kenapalah dia orang berdua ni memekik time aku tengah tidur"

Faye terus tutup telinganya dengan bantal. Dia baru hendak lelapkan mata kerana penat sangat dengan aktiviti sekolah. Lalu dia bangun dan turun dari katil untuk pergi lihat apa yang terjadi di luar biliknya. Dia menjenguk sedikit. Fang ada di tangga sambil menjerit kepada abangnya yang berada di dalam bilik. Faye gelengkan kepala sahaja. Kalau dibandingkan dengan Bella dan abangnya, Ammar, mereka tidak pernah bergaduh sepanjang masa Faye tinggal di rumah kawan baiknya. Adik beradik itu lebih bertoleransi daripada Fang dan Kaizo

"ABANG TAK NAK KE MAKAN SUP LOBAK MERAH ABANG NI?"

"MESTILAH NAK!"

"CEPATLAH MAKAN! NANTI DAH SEJUK, ABANG SALAHKAN ADIK PULAK!"

"ABANG NAK TURUNLAH NI!"

Faye masuk ke dalam bilik dan cuba sambung tidur. Kaizo turun ke bawah dan adiknya sudah pun kembali ke dapur. Fang sudah pun sediakan semangkuk sup lobak merah dan hanya menunggu abangnya tiba di dalam dapur itu. Kaizo masuk ke dalam dapur dan dapati adiknya sedang tersenyum bangga bersendirian di situ

"Kau kenapa?" soal Kaizo

"Takde apa"

"Kau tak letak benda merapu dalam sup ni kan"

"Hmm.. tak" jawab Fang "Abang makanlah. Nanti kejap lagi adik nak keluar"

"Kau nak keluar dengan siapa?"

"Dengan kawan adik" jawab Fang lagi "Abang pun ada hal kan nanti kejap lagi"

"Yea, aku ada hal kejap lagi" Kaizo menarik kerusi keluar dari meja makan dan lalu dia duduk "Kau tak nak makan ke?"

"Err.. adik makan dengan kawan adik nanti"

"Siapa kawan kau tu? Setahu aku, kawan kau si Boboiboy dan Gopal ada kelas tambahan dengan aku nanti. Kau pergi berdating ke?"

"Err.. ma-mana ada" Fang tersengih sedikit "Abang sibuk sangat kenapa? Kita orang nak pergi beli barang aje"

"Boleh dipercayai ke ni?" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil perhatikan adiknya yang sudah mula gelisah "Baiklah, kalau kau nak pergi.. pergilah"

Fang rasa lega sedikit. Kaizo tidak menyoal adiknya lagi. Dia terus menghirup sup itu dengan sudunya. Mata dia melirik ke arah adiknya kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan sup tersebut. Lalu dia mencubai lagi untuk pastikan dia tidak tersilap dengan rasa sup tersebut

"Hmmm..."

"Kenapa abang?"

"Kenapa sup hari ini.." Kaizo letakkan supnya di dalam mangkuk sup tersebut "KURANG MEMUASKAN!"

"KURANG MEMUASKAN?! Bagi adik rasa"

"Cubalah rasa"

Fang terus merasai sup tersebut tetapi bagi dia, sup itu sedap seperti biasa. Apa yang kurang memuaskan? Atau abang dia sahaja nak cari alasan untuk berikan hukuman kepada dia?

"Abang! Sup ni ok lah!" marah Fang

"ABANG KATA, KURANG MEMUASKAN! KURANG MEMUASKANLAH!"

"Apa yang tak puaskan hati abang? Cuba bagitau adik" Fang masih tidak berpuas hati dengan abangnya

"Mana abang tahu! Tapi bagi abang.. sup ni tidak seperti sup lobak merah yang kau buat sebelum ini"

"HAH?! Adik tak pernah tukar resepi sup lobak merah abang! Entah-entah abang saja nak kenakan adik! Atau abang sebenarnya sudah lupa bagaimana rasa sup lobak merah yang sebenarnya!"

"KAU INGAT AKU DAH LUPA MACAM MANA RASA SUP LOBAK MERAH AKU?" Kaizo terus menghempas meja itu dengan tapak tangannya "Aku setiap hari terbayangkan sup lobak merah kerana masa misi abang, mana ada sup lobak merah? SETIAP HARI ASYIK KENA MAKAN TELUR DAN NASI SAHAJA! NAIK MUAK AKU!"

"HAHAHAHA! Kasihan abang kena makan nasi dengan telur aje. Mesti abang rasa sup yang adik buat tu, rasa macam nasi dan telurkan"

"Tak" jawab Kaizo "Sup yang aku rasa ni, tiada rasa telur ataupun nasi tapi rasa yang tidak begitu memuaskan!"

Fang terus naik angin dengan abangnya

"ABANG! Adik dah buat yang terbaik untuk abang! Adik tidak pernah kecewakan abang! DAN ABANG JUGA YANG SELALU CAKAP BOLEHLAH BOLEHLAH, MAKNANYA SUP ADIK BUAT TU ADALAH SEDAP!"

"TAPI HARI NI KURANG MEMUASKAN! AKU NAK KAU BUAT BALIK!"

"TAK NAK!"

"BUAT BALIK!"

"TAK NAK!" Fang terus keluar dari dapur sambil menghentak-hentak kakinya dan lalu menjerit "ABANG KALAU NAK, BUAT SENDIRI!"

"Malas" kata Kaizo. Dia terus melihat jam di dinding "Tak pasal-pasal aku sudah lewat. Pang punya pasal lah ni! Nanti-nantilah aku sekeh kepala dia tu"

Kaizo buang semua sup lobak merah itu ke dalam sink. Dia tahu dia telah membuat satu pembaziran tetapi sup kegemaran dia pada hari ini, tidak memuaskan hati dia. Tiba-tiba dia terdengar pintu rumah di buka. Kaizo pergi menjenguk sedikit untuk melihat siapa yang datang. Kawan baik Fang datang iaitu Bella. Lalu Fang keluar dari rumah itu tanpa memberitahu abangnya. Beberapa minit kemudian, Kaizo pula keluar dari rumah dan akhirnya, Faye dapat tidur dengan tenang. Mata dia asyik terbuka sahaja semasa pergaduhan adik beradik alien itu tadi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Sabtu sudah pun tiba, Kaizo baru pulang dari rumah kedai Tok Aba. Pagi tadi dia mengadakan kelas tambahan lagi khas untuk Boboiboy dan Gopal. Entah kenapa pada hari itu, hati dia terdetik untuk menyelongkar bilik adiknya. Dia ingin tahu jikalau Fang ada sembunyikan rahsia daripada dirinya. Dia perlu periksa dan pastikan tiada benda merapu di dalam bilik adiknya. Lalu dia memeriksa meja belajar adiknya tersusun rapi. Semua buku-buku latihan tersusun rapi di tepi sudut meja. Gambar-gambar dia dan keluarga mereka, tergantung di dinding. Katil adiknya sudah tiada lagi anak-anak patung landak ataupun penguin. Hanya ada dua buah bantal dan sehelai selimut. Dia ternampak sebuah buku nipis di atas katil adiknya. Lalu dia angkat dan membuka buku tersebut. Dia membelek-belek buku itu dan akhirnya dia terjumpa sebuah puisi yang ditulis oleh adiknya sendiri. Lalu dia baca dengan dahinya berkerut-kerut

"KEGILAAN APAKAH INI!" Kaizo lempar buku itu di atas katil "Nak kena si Pang ni"

Jam dia berbunyi secara tiba-tiba. Menandakan seseorang sedang menghubungi Kaizo. Lalu dia mengambil panggilan itu dan skrin kecil muncul di atas permukaan jamnya. Wajah Lynna terpapar di skrin itu

"Kenapa muka kau nampak garang?" soal Lynna

"Aku tengah tak puas hati dengan adik aku. Tiba-tiba aje dia tulis puisi cinta dekat buku nota dia"

"Betul ke dia yang tulis? Bukan orang lain ke yang tulis?"

"Aku kena sangat tulisan adik aku tu" balas Kaizo "Entah dengan siapa dia sedang bercinta sekarang ni. Nak kena sekeh budak ni"

"Kaizo, janganlah buat begitu dekat adik kau. Cubalah cakap secara lemah-lembut dengan dia"

"Kau tahukan perangai aku macam mana? Aku bukannya seperti kau. Aku tak reti nak berlembut dengan si Pang tu"

"Hmmm... yelah Kaizo" Lynna bertenang sahaja ketika bercakap dengan Kaizo "Tapi kalau kau dengan dia tengah sedih, mesti hati kau berubah menjadi sedih"

"Dah tu, kau nak suruh aku sedih ke, baru aku berlembut dengan dia"

"Takdelah, kalau kau nak garang dengan dia pun, janganlah jadi singa sangat"

"Maaf Lynna, aku tak boleh nak kurangkan kegarangan aku" balas Kaizo "Itu sudah menjadi salah satu sifat aku. Lagipun kalau aku berlembut sangat dengan budak tu, lagilah dia buat perangai"

"Hehehe... tapi perangai nakal dia tidak pernah terpisah"

"Itu tak boleh dikata apa" Kaizo mengeluh sedikit "Aku pun boleh jadi nakal macam dia tapi aku kenalah jadi ibu dan ayah kepada Pang. Aku kena melindungi dia dalam apa jua pun, dalam keadaan bahaya ataupun tidak"

"Jadi.. dalam kes ni, kau kena lindungi dia ke?"

"Kes cinta ni?" Kaizo berkerut dahi seketika "Itu aku kena berikan nasihat kepada dia"

"Nasihat ke atau kau nak marah dekat dia?" Kening sebelah Lynna terus terangkat dengan nada sindirannya

"Hmm.. dua-duanya sekali" jawab Kaizo "Sudahlah, aku jumpa kau dekat tepi pantai nanti. Aku akan cuba datang secepat mungkin"

"Jangan lama sangat nanti"

"Yea, aku akan datang selepas aku sudah habis berikan bebelan aku kepada dia" kata Kaizo "Jumpa dekat sana nanti" Dia terus tutup skrin tersebut

Kaizo dengan pantasnya, dia terus ke kedai ice cream. Dia tahu adiknya sedang melakukan sesi ulangkaji bersama kawan-kawan baiknya. Sebaik sahaja dia tiba di kedai ice cream itu, dia terus terjah adiknya. Kebetulan pada ketika itu, Boboiboy dan Gopal fikirkan bahawa Fang bersama dengan Ying, sebaliknya bukan. Fang sebenarnya bersama dengan kawan-kawan perempuan mereka yang lain. Kaizo dengan suara garangnya, membuatkan Fang terus lari keluar dari kedai itu bersama dengan Yaya. Kaizo pergi mengekori mereka sehingga ke tepi pantai dan sembunyikan diri dari pandangan mereka. Dia mencuri dengar perbualan mereka berdua. Tiba-tiba hati dia terbuka untuk menceritakan kisah yang sebenarnya kepada Lynna

"Tapi adik aku juga yang lebih berani daripada aku"

Kaizo terus keluar sesuatu dari poket seluarnya. Dia melihat sebuah kotak kecil itu dan sudah tiba masanya untuk memberitahu Lynna. Dia tersenyum sambil melihat langit biru yang dihiasi dengan pelbagai bentuk awan. Lalu dia menghubungi Lynna kerana dia mahu Lynna tahu perkara yang sebenarnya pada hari itu. Dia ingin berjumpa dengan Lynna tetapi bukan di tepi pantai, di tempat lain yang jauh daripada adiknya

"Sudah tiba masanya untuk kau mengetahui kisah ini"

to be continued...

-----------------------------------------------------------------

Hehe.. maaf sebab update lambat sangat xD

Agaknya, apa yang nak di ceritakan oleh Kaizo tu? :P

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top