Berjuang
Fang ternganga luas apabila dia melihat seorang gadis berputar-putar di udara seperti sebiji bola. Kedua-dua tangan gadis itu akhirnya disambut oleh seorang lelaki. Fang bertepuk tangan kerana teruja melihat persembahan itu. Gadis dan jejaka tampan itu menghayunkan diri mereka di udara dan akhirnya, lelaki itu lepaskan tangan gadis tersebut. Gadis itu mendarat di atas lantai tanah dengan begitu sempurna sekali. Fang bertepuk tangan lagi tetapi kali ini tepukan dia agak gemuruh. Ramai para penonton agak teruja dengan persembahan tadi. Fang, Faye dan rakan-rakan mereka duduk di dalam satu barisan. Manakala Kaizo, Lynna, Rizu dan Ochobot, duduk di barisan belakang mereka
"Dasyatnya dia orang" kata Boboiboy sambil menikmati jelly perisa lavender itu "Aku sendiri pun tak boleh buat begitu"
"Boboiboy, aku nak rasa jelly tu"
"Nah" Boboiboy berikan jelly tersebut kepada Gopal tanpa mengalihkan pandangan dia "Agaknya, lepas ni ada persembahan apa pula"
"Biar Lily teka!" Lily mula mengusap dagunya sambil berfikir "Hmmm... mungkin... hmmmm... mungkin... hmmm... hahahaha! Lily pun tak boleh nak teka.. miahahahaha!"
Lalu Fang menoleh kebelakang untuk katakan sesuatu kepada abangnya
"Abang! Suruh si katak pili ni duduk dediam"
"Lily! Duduk dediam, jangan nak buat bising" kata Kaizo dengan nada tegas "Puas hati kau, Pang?"
"PUAS!" kata Fang sambil bertepuk tangan
Lily hampir hendak menangis di situ tetapi Gopal telah menghulurkan jelly lavender kepada dia. Lily tersenyum semula. Dia tidak jadi menangis dan lalu mengambil jelly itu dari tangan Gopal
"Haih.. kau buat aje apa yang si Fang tu suruh yea"
"Biarkanlah dia, Lynna" kata Kaizo "Apa dia nak, aku akan buatkan tapi bila dia dah jadi remaja balik.. tahulah apa akan terjadi nanti"
"Kau nak buli dia lah tu"
"Yea" Kaizo angguk kepalanya "Sementara ni, biarlah dia berseronok dulu. Lagipun aku rindu nak bermanja-manja dengan si budak kecik ni. Aku terkenang balik sewaktu kami masih kecil lagi" Dia bertepuk tangan apabila melihat sekumpulan penari sedang menari di pentas bulat yang berada di tengah-tengah khemah itu
"Hehehe.. saya pun terkenang balik semasa saya kecik-kecik dulu. Selalu ikut abang Fang pergi sana sini"
"Masa tu Rizu budak comel" kata Lynna. Mata dia terpandang seorang penari sedang menari dengan bebola apinya. Lalu mata hitamnya melirik ke arah Boboiboy yang sudah berubah menjadi Boboiboy Blaze "Hehehe... jangan dia keluarkan api sudah" bisik dia
Boboiboy Blaze tidak keluarkan bebola apinya. Dia hanya menonton sahaja persembahan itu. Adakalanya, dia akan berubah menjadi salah satu pecahan dia. Mata Lily asyik melihat Boboiboy sahaja dan setiap kali Boboiboy bertukar menjadi Gempa, mata Lily akan menjadi bersinar-sinar. Fang mula tidak tenang dengan Boboiboy. Semasa persembahan pertunjukkan bunga api dari seorang gadis, Fang terus menoleh kebelakang
"ABANG! Marahlah si Boboiboy tu!"
"Apasal kau tak puas hati dengan dia?" soal Kaizo
"Adik bukan tak puas hati tapi mana boleh guna kuasa sesuka hati! Betul tak Ochobot?"
"Err... hehehe..." Ochobot tidak tahu hendak menjawab apa "Tapi Boboiboy bukan guna kuasa dia. Boboiboy hanya bertukar-tukar sahaja"
"Sudahlah tu Fang. Baik Fang menonton pertunjukkan circus tu dari asyik tengok apa yang si Boboiboy buat. Nanti kamu rasa tak seronok" tegur Lynna
Fang mula bermasam muka sambil bersilang tangan kerana tidak berpuas hati. Kaizo malas hendak menegur adik. Jadi dia biarkan Fang bermasam muka. Tidak sampai 5 minit, Fang mula bergembira apabila dia menyaksikan persembahan badut-badut di pentas bulat. Gopal menyorokkan dirinya di bawah kerusi kerana dia tidak begitu gemar dengan badut. Seterusnya adalah persembahan terakhir untuk malam itu. Para peserta circus berkumpul di pentas dan bernyanyi sambil menari. Ada sebahagian dari mereka terbang ke udara sambil mengeluarkan confetti yang berwarna-warni. Ramai yang bangun untuk menangkap confetti yang kecil itu. Tangan mereka terkapai-kapai untuk menangkat confetti yang kecil itu. Fang, Faye dan rakan-rakan mereka cuba menangkap confetti tersebut tetapi gagal. Walaupun gagal, mereka tetap senyum dan ketawa kerana semuanya terlalu indah pada diri mereka
"BESTNYA! PANG NAK TENGOK CIRCUS LAGI!"
"Itu pun kalau ada peluang lagi" bisik Kaizo "Marilah kita balik. Circus dah habis. Budak-budak ni mesti dah penat"
"Tapi adik tak nak balik"
"Aku kata balik.. baliklah!" Suara Kaizo agak tegas pada ketika itu "Hari dah malam, masa untuk korang semua masuk tidur"
"Alaaa..." Muka Fang berubah menjadi sedih
"Fang dengar cakap abang ok" Lynna cuba memujuk Fang "Esok esok, kita pergi ke tempat lain pula. Tempat yang kamu semua mesti suka"
"Wuuuu.. adakah tempat itu adalah DISNEYLAND!" Mata Lily sudah bersinar-sinar "YEAH! KAKAK LYNNA NAK BAWA KITA ORANG PERGI DISNEYLAND ESOK!"
Lynna menepuk dahinya sendiri. Kaizo tergelak melihat Lynna pada ketika itu
"Jom balik semua" Ochobot dukung Boboiboy yang sudah menguap besar "Nanti aku beritahu Tok Aba yang kau ada dekat sini"
"OK" Boboiboy mengosok matanya kerana terlampau mengantuk sangat "Jangan lupa ajak Tok Aba sekali pergi Disneyland" Lalu dia memeluk badan bulat Ochobot "Boboiboy nak tidur dah.." Terus terlelap si anak kecil itu
"Abang... nak dukung" Tangan Fang terkapai-kapai ke arah abangnya "Pang tak larat nak jalan"
Lynna melihat seorang demi seorang sudah menguap besar. Dia cadangkan guna kuasa teleportasinya untuk sampai terus ke istana dia. Ianya lebih mudah untuk membawa si anak-anak kecil itu pulang ke istana. Kaizo mengangkat adiknya dan lalu dia dukung. Masing-masing sudah berpegang tangan dan Lynna menggunakan kuasanya untuk pulang ke istana
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sampai sahaja di hadapan bilik Lynna, mata Fang masih belum pejam lagi. Dia telah dibawa masuk ke dalam bilik Lynna. Budak-budak perempuan, Yaya, Ying, Faye, Bella dan Lily, berjalan ke arah katil dengan mata kuyu mereka. Masing-masing memanjat katil itu. Lily suka dengan katil tersebut kerana tilam katil itu terlalu lembut. Entah bagaimana dia membawa tenaga balik, dia terus melompat-lompat di atas katil tersebut. Bukan dia sahaja, kawan-kawan dia yang lain pun turut ikut melompat juga. Boboiboy yang sudah terlena tidur, dia terjaga dengan serta merta
"Nak join! Nak join!" kata Boboiboy
Ochobot turunkan Boboiboy supaya sang anak kecil itu boleh pergi melompat di atas katil
"Bukan ke dia orang nampak mengantuk tadi. Apasal tiba-tiba kembali aktif" merungut Kaizo
"Pang nak lompat-lompat juga boleh?"
"Tak boleh" jawab Kaizo dengan tegasnya
"ALAAA! NAK JOIN DIA ORANG! NAK JOIN DIA ORANG! NAK JOIN DIA ORANG!" Fang mengamuk dan Kaizo tidak tahan dengan ragam adiknya ketika itu "PANG NAK JOIN! PANG NAK JOIN! ABANG TAK BEST!" Dia tarik rambut abang dia sehingga tercabut sehelai rambut
"Yelah yelah!" Kaizo turunkan adiknya "Pening kepala aku dengan perangai dia orang ni"
Fang lari ke arah katil tetapi muka dia terkena sebiji bantal yang telah dibaling oleh Bella. Fang melempar balik bantal itu ke arah Bella tetapi tidak kena sasarannya
"Hehehe.. abang Paizo kena sabar" Rizu tersenyum sambil berkata sesuatu "Macam tulah kita jaga budak-budak kecik. Kesabaran kita kena tinggi dan kita kenalah layan karenah mereka yang comel tu"
"Yelah, aku layanlah dia orang tu tapi lepas tu.. hehehe" Kaizo tersenyum nakal sambil perhatikan adik dia sedang menaiki katil itu "Pandai-pandailah dia bila aku kena hukuman latihan tempur dekat budak tu"
Lynna terus bersilang tangan sambil berikan renungan maut kepada Kaizo. Sang kapten itu tidak sedari renungan dari sang puteri itu. Rizu dan Ochobot hanya tergelak sahaja. Mereka berempat terpaksa menunggu budak-budak itu berhenti melompat dan bermain kejar-mengejar di dalam bilik yang luas itu. Selama 10 minit Kaizo terpaksa bersabar dan akhirnya, budak-budak itu sudah kelihatan penat. Satu per satu sudah terduduk di atas lantai bilik sambil menguap. Lynna mengangkat budak-budak perempuan untuk dibaringkan mereka di atas katil. Ochobot dan Rizu pergi menolong Kaizo untuk menghantar budak-budak lelaki ke bilik Kaizo
"Lepas Rizu dah hantar dia orang, Rizu akan pulang ke dunia sana dengan Ochobot" kata Rizu secara perlahan
Lynna angguk kepalanya. Dia selimutkan budak-budak perempuan itu. Selepas itu, dia cium dahi mereka satu per satu. Setelah Kaizo, Rizu dan Ochobot keluar dari bilik dia, Lynna terus menukar pakaian dia untuk masuk tidur. Dia terpaksa bentangkan tilam di atas lantai kerana katil dia sudah penuh. Semasa dia sedang siap-siapkan tempat tidurnya, pintu bilik dia diketuk oleh seseorang
"Masuk" panggil Lynna
Pintu itu dibuka dan lalu Kaizo, Rizu dan Ochobot masuk kembali ke dalam bilik itu
"Rizu dan Ochobot nak balik dah" kata Rizu "Kalau saya ada masa, saya akan datang ke sini lagi. Itu pun kalau dia orang masih baby lagi. Kalau tak, Rizu tunggu sahaja dekat sana"
"Ok" kata Lynna "Pastikan Rizu terus pulang ke rumah. Jangan merayap ke mana-mana"
"Baik kak Lynna!"
"Aku ikut mereka pulang" kata Kaizo
"Eh" Lynna terkejut "Kenapa pula? Kau nak tinggalkan adik kau dekat sini?"
"Bukan" Kaizo sebenarnya sedang marah dengan seseorang "Aku nak pergi belasah si Adudu tu sebab buat adik aku jadi bayi. Berani dia kacau mereka semasa ketiadaan aku!" Dia menggenggamkan kedua tangannya "Aku akan kembali. Kau tak perlu tunggu"
"Baiklah kapten.. tapi siapa jaga dia orang dekat sana?"
"Aku suruh orang lain jagakan tapi aku tak lama pun pergi" kata Kaizo
"Ok tapi kau pastikan Rizu dan Ochobot selamat sampai ke rumah mereka dan kau pula" Lynna mengusap pipi Kaizo dengan tangan belakangnya "Jaga diri kau elok-elok. Lepas kau sudah selesai misi belasah Adudu, kau terus ke sini"
"Baiklah tuan puteri. Aku akan terus ke sini" Hati Kaizo tersentuh dengan kelembutan tangan Lynna di pipinya "Risau betul kau, takut aku kena serang dengan musuh kau ke?"
"Kau janganlah bergurau begitu. Aku takut nanti kau pula dia pergi pukaukan"
"Jangan risaulah. Aku takkan biarkan dia pukau aku"
"Hehehe.." Lynna ketawa kecil
Rizu dan Ochobot hanya perhatikan mereka dengan sebuah senyuman yang terpapar di wajah mereka. Hati Rizu berbunga-bunga melihat kemesraan mereka berdua. Sebenarnya, bukan Rizu sahaja yang rasa begitu, rupanya Bella, Lily dan Faye tidak tidur lagi. Mereka secara senyap, melihat kemesraan Lynna dan Kaizo. Mereka bertiga ketawa kecil di sebalik selimut
"Kapten Kaizo sudah bersedia ke?"
"Sudah"
Lynna membuka pintu portal di permukaan cermin berdiri dia. Ochobot masuk ke dalam cermin itu dan seterusnya adalah Rizu. Kaizo dan Lynna bertentangan mata seketika. Lynna kelihatan risau sedikit tetapi Kaizo pula, dia sedikit pun tidak risau dengan diri dia. Kaizo terlalu yakin yang diri dia tidak akan diserang oleh Lady Poisen. Kaizo berikan senyuman kecil kepada Lynna untuk mengatakan dia tidak perlu risau. Kaizo masuk ke dalam portal cermin itu tanpa berkata apa
"Kak Lynna jangan sedih"
"Eh" Lynna menoleh ke tepi "Korang tak tidur lagi"
Bella, Faye dan Lily gelengkan kepala. Mereka bertiga turun dari katil dan lalu menarik tangan sang puteri itu untuk pergi baring di atas tilam. Mereka temankan Lynna tidur di situ untuk kurangkan kerisauan di hati puteri itu. Lily baring di tepi Lynna sambil menarik selimut. Bella dan Faye memeluk tubuh badan Lynna
"Abang Kaizo pasti ok. Kak Lynna jangan risau. Dia cuma pergi belasah abubu aje" kata Bella
"Hehee.. abubu.. kelakar nama tu" Lynna tersenyum kecil "Terima kasih kerana sudi membuatkan hati akak hilang perasaan risau ni"
"Kami pun nak tolong juga" muncul Yaya dengan bantal di tangan kanannya "Yaya dan Ying nak tidur sini juga boleh?"
"Boleh" kata Lynna
Maka mereka tidur beramai-ramai di atas tilam yang terbentang luas di dalam bilik itu. Masing-masing tidak mahu tidur di atas katil. Semuanya hanya ingin menemani Lynna. Tepat pukul 12 malam, Kaizo sudah pun pulang ke dunia fantasi. Dia dalam keadaan baik sahaja. Dia melihat Lynna sudah terlena tidur bersama dengan budak-budak perempuan itu. Tubuh badan Lynna, semuanya di peluk oleh mereka. Kaizo menatap wajah Lynna seketika. Entah apa yang Lynna sedang mimpikan kerana wajah dia kelihatan tenang. Kaizo berjalan secara perlahan dan berhati-hati. Setiap langkah dia ambil, semunya dalam keadaan berjaga-jaga. Dia tidak mahu membuat bunyi ataupun terlanggar sesuatu yang boleh membuatkan mereka terjaga. Sebaik sahaja dia tiba di pintu bilik itu, Kaizo membukanya secara perlahan. Lalu dia keluar dari bilik itu sambil mengucapkan selamat malam kepada mereka
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu, Lynna terjaga lebih awal daripada Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily. Separuh badan dia masih di dalam selimut. Dia bangun dari situ dan terus ke bilik mandi untuk bersihkan dirinya. Setelah dia habis puas bermandi-manda, dia bersiap-siap memakai pakaian yang bersih. Selepas itu dia pergi menjenguk si anak-anak kecil yang lagi masih dibuai mimpi tetapi peliknya, muka mereka seperti didalam ketakutan. Lynna cuba hendak mengejutkan mereka
"Bella, Yaya.. bangun" Lynna sentuh sedikit bahu Yaya "Eh.. kenapa panas ni" Lalu dia merasai dahi Yaya. Ianya agak panas
Lynna menjadi cemas. Dia merasai satu per satu dahi mereka. Muka mereka kelihatan merah sedikit
"Demam panas?" Lynna menjadi cemas "Yaya.. Bella.. Ying.. Lily.. Faye.. bangun bangun!"
Mereka tidak terjaya. Ianya seperti mereka tidak dengar panggilan dari Lynna. Lalu sang puteri itu bingkas bangun untuk memanggil dayang-dayangnya. Lynna bergegas ke pintu biliknya. Sebelum sempat dia membuka pintu itu, pintu tersebut telah dibuka oleh seseorang. Kaizo berlari masuk ke dalam bilik itu sambil mendukung Fang
"Lynna!" suara Kaizo dalam nada ketakutan "Kenapa dengan adik aku? Bukan adik aku sahaja, kawan-kawan dia pun sama"
"Mereka pun demam panas juga" Lynna mula menangis "Aku tak tahu bagaimana boleh terjadi. Aku.. aku.. aku kena panggil Kidi. Mungkin dia boleh bantu kita"
"Tapi tuan puteri, tuan Kidi masih belum pulang lagi" kata salah seorang dayang yang berada di belakang Kaizo "Saya rasa, dia masih mencari herba-herba untuk pulihkan mereka semua"
"Terima kasih kerana beritahu. Nampaknya kita kena cari ubat mereka sendiri" kata Lynna sambil mengesat air matanya "Tapi.. aku bukan mahir dalam perkara ini"
"Kau mesti tahu sesuatu, Lynna. Cuba kau fikirkan balik"
Lynna bermundar-mandir di sekitar biliknya. Dia cuba ingatkan balik apa yang dia baca balik sebelum ini. Dia tahu, itu bukanlah demam biasa sahaja. Ini mungkin mereka menjadi mangsa Lady Poisen. Tapi bagaimana ianya boleh berlaku? fikir Lynna. Dia teringat balik tentang mak cik semalam yang menjual jelly. Mungkin mak cik itu secara senyap berikan jelly kepada budak-budak itu, fikir Lynna lagi
"Abang... abang..."
Lynna menoleh kebelakang. Mata Fang terbuka sedikit dengan tangannya memegang erat tangan abangnya. Badan dia mula menggigil sedikit. Kaizo terus memeluk adiknya dengan erat. Lynna tidak sanggup melihat keseksaan Fang dan rakan-rakan dia. Apatah lagi kalau Kaizo kehilangan adiknya. Dia harus bertindak secara pantas. Mungkin dia perlu pergi ke makmal Kidi dan mencari ubat penawar di sana ataupun dia membuat ubat itu sendiri
"Pang.. kuatkan semangat kau" kata Kaizo "Aku tidak benarkan kau tinggalkan aku bersendirian"
"Tapi..." Fang mula menangis "Abang... abang.. ti-tinggalkan Pang. Aaa... adik.. sayang.. abang"
"Maafkan abang" Kaizo mengesat air matanya "Bukan kemahuan abang meninggalkan kau. Cuma abang ingin kembali untuk menjaga galaxy ini supaya kita semua dapat hidup dengan aman dan bahagia. Sekarang aku telah kembali dan aku tidak akan tinggalkan kau"
"Ini semua salah aku" bisik Lynna "Aku terlalu emosi sangat sampai tak terfikir langsung nak balik dunia sana. Sekarang Fang dan rakan-rakan dia jadi mangsa"
"Ini bukan salah kau" Kaizo berjalan menuju Lynna sambil mendukung adiknya lagi "Kita tidak tahu apa yang berlaku. Semua ini terjadi mesti ada sebabnya"
Lynna mengetip bibirnya. Dia tetap rasa bersalah walaupun ini bukan salah dia. Lynna tidak boleh buangkan perasaan itu begitu sahaja. Dia harus mencari jalan. Lalu dia terfikirkan tentang sesuatu. Tentang kuasa kristal apabila dia dan Kaizo bergabung. Kuasa kristal itu pernah melindungi mereka berdua sebelum ini. Ianya bertindak sebagai pelindung dan juga sebagai penyembuh. Mungkin itu adalah jawapannya
"Kaizo" Lynna cepat-cepat pegang tangan Kaizo "Ingat tak lagi kristal gabungan kau dan aku. Kuasa kristal itu sangat menakjubkan sehingga ada orang lain ingin mengambil kristal itu"
"Ya, aku ingat lagi tapi adakah kristal itu dapat menyembuh Pang?"
"Kita harus cuba" Lynna sentuh tepi kepala Fang "Kita harus bergabung, kau jangan lepaskan tangan aku"
Kaizo angguk kepala mereka. Tangan sebelah kanan dia dukung Fang dan sebelah kiri dia pula, dipegang erat oleh Lynna. Mata dia melirik ke arah Lynna. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan kuasa kristal itu. Mata Lynna tertutup rapat. Kaizo ikut sekali. Dia tumpukan untuk sembuhkan adiknya. Dia mahu adik dia sihat seperti biasa kerana dia sayangkan adiknya. Tangan kanan dia terasa hangat seketika. Dia membuka matanya dan ternampak tangan dia mula pancarkan sebuah cahaya putih. Tangan Lynn pun sama juga. Muka adiknya yang kelihatan merah, sedikit demi sedikit warna merah itu kembali menjadi warna kulit asal. Demam panas itu mula beransur pulih. Fang mula tertidur seperti biasa
"Adik kau, sudah pulih" Lynna membuka mata sambil tersenyum "Kita berjaya sembuhkan dia"
"Jadi kita dapat pulihkan yang lain" Kaizo tidak mahu lepaskan tangan Lynna "Kau berjaya Lynna. Kau berjaya sembuhkan Pang. Kini tinggal yang lain sahaja. Mari kita sembuhkan mereka"
"Terima kasih kerana berikan keyakinan kepada aku"
Kaizo baringkan Fang diatas katil Lynna. Mereka berdua terus pergi pulihkan yang lain. Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily mula beransur pulih. Seterusnya mereka ke bilik Kaizo untuk pulihkan Boboiboy dan Gopal. Sementara mereka ke bilik Kaizo, sang puteri itu menyuruh dayang-dayang dia menjaga si anak-anak kecil buat seketika
"Kita kena hapuskan Lady Poisen secepat mungkin" kata Lynna
"Tapi kau tahu ke dia berada dimana ketika ini?"
"Aku tak pasti" Lynna sudah pun tiba di hadapan sebuah pintu bilik bersama Kaizo "Aku tidak mahu duduk diam sahaja di sini, sementara si Lady Poisen tu sedang mengatur strategi dia untuk kalahkan kita"
"Jadi, apa cadangan kau?"
"Itu aku akan fikirkan. Sekarang ni kita selamatkan Boboiboy dan Gopal" Lynna membuka pintu bilik itu
Lynna ketawa kecil apabila dia ternampak Picu sedang menjilat pipi sang anak kecil iaitu Gopal. Picu bersungguh-sungguh untuk bangunkan Gopal dan Boboiboy tetapi malangnya, mereka berdua tetap tidak bangun. Muka mereka kelihatan merah seperti kawan-kawan mereka yang lain juga. Kaizo dan Lynna terus bergegas untuk pulihkan mereka berdua
"Lynna, kenapa kuasa kristal kita tidak dapat kembalikan mereka kepada umur asal mereka sendiri?"
"Sebab kuasa kristal ini hanya dapat melindungi dan menyembuhkan sahaja" Lynna sentuh sedikit tepi kanan kepala Boboiboy dan tepi kiri si anak kecil pula, di sentuh oleh Kaizo "Tapi kuasa ini atau dipanggil healing power, bukanlah sesuatu yang mudah untuk lakukan kerana ianya perlukan kasih sayang dari diri kita sendiri. Jikalau perasaan itu tiada, memang agak sukar"
Kaizo faham apa yang dimaksudkan oleh Lynna tadi. Mereka berdua terlalu sayangkan si anak-anak kecil itu kerana mereka semua pernah melalui pelbagai rintangan bersama. Jikalau kristal itu jatuh di tangan yang salah, kuasa kristal tersebut boleh disalah guna. Dia dan Kaizo akan melindungi kristal itu bersama. Sepanjang ketiadaan Kaizo di bumi, kuasa kristal mereka tidak muncul. Kristal itu hanya muncul jikalau mereka berdua bergabung tenaga
"Nak ice cream" sebut Gopal sambil mengesat pipinya sedikit. Mata dia masih terpejam lagi "Appa... anak mu nak ice cream"
"Hehehe.. dalam tak sihat pun boleh lagi minta ice cream" Lynna sudah pun sembuhkan Boboiboy. Lalu dia menyentuh sedikit kepala Gopal "Lepas dia orang dah sihat sepenuhnya, aku akan bawa mereka ke Disneyland"
"Kau nak tunaikan permintaan si pelik tu" Kaizo perhatikan pancaran cahaya di tapak tangannya. Dia dapat rasakan kehangatan di tangannya "Tapi misi kita belum selesai lagi. Si Lady Poisen tu, kita kena selesaikan dia dulu sebelum kita bawa dia orang ke mana-mana tempat"
Lynna angguk kepalanya. Mereka berdua sudah pun selesai sembuhkan Boboiboy. Si anak kecil itu mula menghisap ibu jarinya dan mimpi dia berubah menjadi sebuah mimpi indah. Kaizo alihkan kepala Boboiboy di atas bantal. Lalu dia selimutkan si anak kecil itu. Picu melompat-lompat gembira kerana kawan-kawan manusia dia sudah kembali sihat. Lalu dia muntahkan sesuatu di atas selimut katil tersebut. Kaizo dan Lynna terkejut melihat tindakan Picu
"Picu?" Lynna meneliti sebuah bekas kecil yang dimuntahkan oleh Picu "Bekas apa ni?"
"Itu.." Ingatan Kaizo terlintas kepada mak cik jual jelly di bandar semalam "Bekas tu.. jelly semalam tu.. mak cik tu yang bagi mereka makan tapi bagaimana boleh sampai di tangan dia orang?"
"Mungkin mak cik tu secara senyap berikan kepada mereka sampai kita tak sendiri tak sedar" Lynna terduduk di atas katil "Nampaknya Lady Poisen menjadikan mereka sebagai peluang keemasan dia tapi lepas ni, aku tak kan berikan dia peluang lagi. Kau dan aku perlu hapuskan dia secepat mungkin"
Kaizo melihat Lynna mengangkat bekas jelly itu. Sebaik sahaja jari Lynna sentuh bekas berkenaan, dia mendapat melihat dimanakah Lady Poisen berada sekarang. Di dalam image Lynna nampak, Lady Poisen berada di dalam sebuah rumah pondok berkayu. Di dalam rumah itu, terdapat pelbagai jenis size botol yang ada. Lalu image itu bertukar menjadi lain. Kali ini Lynna melihat keadaan luar rumah Lady Poisen. Ianya dikelilingi dengan hutan rimba. Rumah pondok nampak kemas dan terdapat daun-daun hijau menjalar di tepi-tepi dinding kayu rumah tersebut. Rumah itu berdiri di atas permukaan kolam air. Terdapat sebuah kincir air berputar-putar berhampiran dengan rumah tersebut. Image itu berhenti di situ dan Lynna kembali kepada realiti
"Apa yang kau nampak?" soal Kaizo dengan perasaan curiga
"Aku nampak dia, si Lady Poisen" Lynna memicit kepalanya untuk ingatkan kembali apa yang dia lihat di dalam image itu "Aku nampak rumah dia"
"Dekat mana rumah dia?"
"Aku rasa aku boleh kenal tempat itu" Lynna berharap dia tidak silap "Kita harus hentikan rancangan dia yang seterusnya. Aku tak nak sesiapa lagi menjadi mangsa dari dia lagi. Aku mahu menuntut bela apa yang dia sudah lakukan terhadap Nick"
"Kita sama-sama hentikan rancangan jahat dia" Kaizo sentuh tangan kanan Lynna sedikit. Lalu dia gengam tangan sang puteri itu. Mata Lynna melirik ke arah wajah Kaizo "Aku juga tidak akan sia-siakan kematian Nick begitu sahaja. Dia yang melindungi kita berdua dan sudah tiba masanya untuk kita membalas jasa budi dia"
Lynna angguk kepalanya. Air mata dia menitis sambil tersenyum
"Appa... saya nak ice cream"
Kaizo dan Lynna ketawa secara senyap kerana geli hati melihat Gopal masih lagi bermimpikan ice cream
"Mari kita bawa mereka ke bilik aku" kata Lynna "Tapi.. sebelum itu.." Dia tundukkan dirinya untuk cium kepala Picu "Terima kasih Picu kerana membantu kami untuk mencari Lady Poisen"
Badan Picu berubah warna menjadi merah jambu kerana terlalu teruja dapat satu ciuman dari sang puteri itu. Lalu Picu berguling di atas katil kerana tidak dapat mengawal emosi dia. Kaizo dan Lynna ketawa lagi. Mereka mengangkat Boboiboy dan Gopal yang masih terlena tidur. Kaizo dukung Gopal dan Lynna pula, dukung Boboiboy. Mereka membawa dua budak kecil itu terus ke bilik Lynna. Picu melompat-lompat dibelakang Kaizo dan Lynna untuk ikut mereka balik ke bilik sang puteri itu. Tubuh badan dia masih lagi berwarna merah jambu. Setelah mereka tiba di bilik Lynna, pintu bilik itu terbuka luas. Kaizo dan Lynna melangkah masuk ke dalam untuk melihat apa yang berlaku
"Kidi! Kau sudah pulang" Lynna gembira melihat kawan baik lelaki dia sudah pulang "Macam mana pencarian kau? Semuanya ok?"
"Semua ok" kata Kidi sambil memeriksa sang anak-anak kecil yang masih tidur di atas tilam "Aku dengar mereka demam panas sebab makan jelly milik Lady Poisen?"
"Betul" kata Kaizo. Lalu dia baringkan Gopal di sebelah adiknya "Kami berdua ingin pergi hapuskan dia hari ini juga"
"Boleh tak kau tolong jagakan mereka buat sementara"
"Boleh Lynna" balas Kidi secara ikhlas "Aku terpaksa tangguhkan persediaan ubat untuk mereka"
"Tidak mengapa. Biarkan mereka begini. Asalkan mereka selamat" kata Kaizo "Kalau adik aku sudah bangun dan cari aku, katakan aku ada misi untuk selesaikan. Kalau dia menangis, bagi aje dia donut lobak merah"
Kidi angguk sebagai tanda faham. Mata dia terpandang sang alien di tepi kaki Lynna. Kidi rasa pelik melihat Picu berwarna merah jambu. Apa yang sudah terjadi kepada Picu, fikir Kidi
"Kenapa dengan Picu tu? Tiba-tiba sahaja jadi warna pink" soal Kidi
"Hehehe.. dia suka sangat dengan ciuman aku bagi tadi tu" Lynna ketawa kecil sambil melihat Picu tersenyum lebar dengan matanya sebelah bulat besar "Tak pernah pula aku nampak dia terlalu suka macam ni"
"Nampaknya Kapten Kaizo ada persaingan baru"
"Hmm..." Kaizo mengangkat kening sebelah sambil perhatikan Picu. Lalu dia berbisik kepada dirinya sendiri "Aku humban juga si alien comel ni dekat kebun buah"
Picu terdengar bisikan Kaizo tadi. Senyuman dia semakin lebar dan air liur dia berwarna hijau, mula meleleh keluar. Kening Kaizo berkerut kerana dia rasa hendak cubit sang alien comel itu. Walaupun Picu sentiasa nampak comel, tetapi ada juga yang cemburu dengan kecomelan dia
"Kidi"
Kidi mengalih pandangan dia ke arah Lynna. Sebelum Lynna membuka mulutnya, Kidi keluarkan sesuatu dari poket jubah dia dan berikan kepada Lynna. Ianya adalah sehelai kain putih yang telah diikat menjadi bulat. Kain itu mengeluarkan sejenis bau yang membuatkan hidung mereka rasa pedih sedikit
"Apa tu?" tanya Kaizo dengan nada curiganya
"Ini adalah untuk kecemasan. Gunakan kain ini jikalau salah satu daripada korang terkena pukauan dari Lady Poisen" Kidi berikan ikatan kain bebola itu kepada Lynna "Letakkan di hadapan muka atau dekat hidung, nanti kamu akan tersedar dari pukauan itu. Hati-hati bila bertarung dengan dia"
"Terima kasih Kidi" Lynna ambil ikatan kain bebola itu dan dia masukkan ke dalam poket seluarnya "Kidi, kami pergi dulu" Dia dan Kaizo meluru keluar dari bilik itu
"Semoga berjaya"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari istana, ke sebuah perkampungan kecil, mereka keluar dari situ menggunakan sebuah jalan berbatu-batu yang dikelilingi dengan pokok-pokok yang tersusun baris. Di bawah pokok-pokok tersebut, di kelilingi dengan bunga berwarna ungu. Ada beberapa rama-rama berterbangan di sekitar bunga ungu itu. Laluan jalan itu memang sesuai untuk sesiapa yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi
"Tempat ini.." Kaizo dapat merasai kesejukan udara di situ "Sangat cantik. Aku rasa macam nak berjogging di sini pula"
"Hehehe.. kau boleh aje nak berjogging dekat sini tapi kita kena selesaikan si Lady Poisen tu dulu"
"Kau pasti ke ini laluan untuk ke rumah dia?"
"Aku pasti" kata Lynna dengan penuh keyakinan "Kerana aku pernah nampak rumah itu sebelum ini. Rumah dia tidak jauh dari rumah Smiley dan Blueish"
"Si itik tu masih ada dekat sini lagi?"
"Hehehe... sebenarnya dia orang sudah lama pindah. Mereka pindah ke tempat lain. Aku pun tak pasti dekat mana" Suara Lynna kelihatan sedih sedikit "Kalaulah mereka masih tinggal di sini lagi, mungkin kita boleh minta bantuan daripada mereka tapi sayangnya, mereka sudah pindah"
"Jangan bersedih, Lynna. Kita lakukan dengan baik untuk hapuskan si Lady Poisen tu" Kaizo picit sedikit bahu Lynna "Kalau kita hampir kalah pun, aku yakin, bantuan akan tiba"
"Kalau takde bantuan, macam mana?"
"Kita bangkit dan berusaha lagi seperti semangat kau yang sentiasa bangkit di dalam mana-mana pertarungan"
"Kau pun ada juga semangat seperti itu" Lynna berikan senyuman kecil kepada Kaizo
"Jauh lagi ke rumah dia?" Kaizo melihat kebelakang. Dia tahu mereka sudah berada jauh daripada istana dan laluan jalan itu sangat sunyi "Jalan ni nampak indah tapi jangan ingat ianya selamat"
"Aku tahu Kaizo" Lynna dapat lihat rumah Smiley dan Blueish berada jauh di depan
Rumah itu agak besar tetapi sayangnya, sudah tiada penghuni. Hanya tinggal rumah kosong dan sebuah tasik yang berada di belakang rumah. Kenangan dia bersama pasangan suami isteri itu, terlintas di ingatan Lynna. Dia mulai rindu dengan mereka dan juga anak kecil mereka iaitu Lily si anak kecil atau lebih dikenali sebagai Lily si itik. Secara tidak sengaja, Lynna ketawa kecil apabila teringatkan Lily si itik kerana nama Lily itu sendiri diberikan oleh Kaizo
"Kenapa kau gelak?"
"Takde apalah" Lynna kembali tenang "Kita akan tiba di rumah Lady Poisen tidak lama lagi. Aku tak nak teleportasi terus ke rumah dia kerana aku nak kita sana secara mengejut"
Semakin lama semakin jauh mereka berjalan. Akhirnya Lynna berhenti setelah dia nampak sebuah rumah yang muncul di dalam kuasa firasat dia. Keadaan di situ agak sunyi. Kicir air di tepi kolam tidak berputar pada ketika itu. Tingkap di rumah itu tertutup rapat, seolah-olah tiada orang di dalam rumah itu. Kaizo dan Lynna dapat rasakan suasana pada ketika itu, menjadi tegang sedikit. Mereka berjalan secara perlahan supaya Lady Poisen tidak tahu kehadiran mereka berdua. Kaizo dan Lynna menuju ke pintu depan rumah itu. Pintu itu terbuka sedikit. Lalu Kaizo menolak pintu itu secara perlahan
"Dia ada dekat dalam tak?" bisik Lynna
Kaizo gelengkan kepala. Lady Poisen tiada di dalam rumah itu. Mereka berdua masuk ke dalam. Rumah itu penuh dengan botol-botol dalam pelbagai bentuk. Bahan-bahan untuk membuat racun, semuanya tersusun di atas meja secara rapi. Lynna pergi periksa sebuah buku yang terbuka luas. Buku itu terletak di atas meja
"Dia sedang mencipta racun terbaru" kata Lynna. Hidung dia terhidu gas dari sebuah balang. Di dalam balang itu terdapat sejenis cecair berwarna hitam yang mengeluarkan gas tersebut "Aku rasa tak sedap hati pula"
"Kenapa?" soal Kaizo sambil membelek-belek botol-botol racun yang tersusun di dalam almari "Kau ada rasakan sesuatu ke?"
"Aku rasa macam tak kena. Mana dia sekarang ini?" Kepala Lynna terasa pening sedikit akibat terbau gas itu "Kaizo.." Dia memicit kepalanya. Tekak dia mula rasa loya
"Kau tak apa-apa ke Lynna?" Kaizo rasa cemas apabila dia melihat Lynna hampir hendak tumbang dari tempat dia berdiri "Mari kita keluar dari sini"
Kaizo pergi memimpin tangan Lynna untuk keluar dari rumah itu. Sedang menolong Lynna, tiba-tiba dia terdengar satu bisikan dari seseorang
"Kaizo, Kaizo..."
Kaizo pandang kanan dan kiri dia. Tiada siapa di situ selain daripada dia dan Lynna. Bisikan itu datang lagi. Kali ini dia tahu siapakah suara bisikan tersebut. Lady Poisen sedang cuba hendak menghasut Kaizo
"Kaizo.. aku rasa kasihan dengan kau dan adik kau. Kau nak tahu sebab apa? Sebab kau dan adik kau sudah terjerat di dalam dunia buah hati kau. Dunia yang penuh dengan kejutan yang kau sendiri tidak dapat jangkakan tetapi dunia dia ni jauh lebih bahaya daripada dunia kau. Selama ini, kau dan adik kau selalu menjadi mangsa kerana musuh-musuh Lynna, terutama sekali adik kau. Ya, sudah beberapa kali nyawa adik kau dalam bahaya akibat musuh Lynna. Kau perlu selamatkan diri kau dan jauhkan diri kau daripada dia. Jangan menyesal Kaizo apabila adik kau sudah tiada nanti. Selamatkan diri kau dan juga adik kesayangan kau. Kembalilah kau ke dunia kau untuk menjaga keselamatan kamu berdua.. lari jauh dari sini, Kaizo. Kau tidak akan menyesal nanti. HAPUSKAN DIA!"
Tangan Kaizo mula terjatuh ke bawah. Kaki dia berhenti berjalan. Dia seakan-akan ada orang sudah mengawal dirinya. Mata dia tidak bergerak ataupun berkelip-kelip. Mata putihnya mula menjadi hitam. Lady Poisen berjaya mengawal Kaizo
"Kaizo?" Lynna berundur sedikit "Kau ok ke?"
Kaizo tidak menjawab pertanyaan Lynna. Dia hanya pusing ke tepi dengan kedua tangannya sudah terangkat. Lalu tangan dia mencekam leher Lynna
"Ka-Kaizo.. kau harus la-lawan" Lynna cuba berlawan balik tetapi kekuatan Kaizo jauh lebih kuat daripada dia "K-Kaizo"
Badan Lynna mula ditolak oleh Kaizo dan akhirnya dia terbaring di atas lantai rumah itu. Dengan segala kekuatan yang Kaizo ada, dia mencekik Lynna. Tangan Lynna cuba hendak lepaskan tangan Kaizo dari lehernya tetapi diri dia semakin lama semakin lemah. Lalu dia mencuba hendak mencapai sesuatu dari poket seluarnya. Tangan kanan dia pegang tangan Kaizo dan kanan kiri dia mencari-cari poket seluarnya. Akhirnya dia jumpa dimana poket seluarnya berada. Dia mengambil keluar ikatan kain yang diberikan oleh Kidi. Ketika itu, pernafasan dia menjadi semakin sukar tetapi dia tetap berjuang selamatkan Kaizo daripada pukaun itu. Tangan kiri dia secara perlahan-lahan kerana dia sudah tiada tenaga lagi, dia baling tepat ke hidung Kaizo. Bau ikatan kain berbentuk bola itu membuatkan Kaizo tersedar. Mata hitam Kaizo kembali menjadi putih. Mata dia terkebil-kebil melihat Lynna. Dia terkejut dimana tangan dia berada pada ketika itu. Dia lepaskan leher Lynna. Sang puteri itu terbatuk-batuk di situ
"Aku.. Aku tak sengaja" Kaizo jauhkan kedua tangannya dari leher Lynna "Maafkan aku.. Lady Poisen cuba menghasut aku"
"Aku.." Lynna bangunkan diri dia "Tahu.. tadi.. diri kau dikawal oleh dia"
"Aku dapat rasakan macam ada seseorang sedang mengawal diri aku tadi" Kaizo menggenggamkan kedua tangan dia "Mari keluar dari sini. Aku rasa tak selamat"
Kaizo kembali memimpin Lynna menuju ke pintu rumah itu tetapi sebelum sempat mereka dapat melangkah keluar dari rumah itu, datang satu bebola cahaya meluru ke arah mereka. Rumah itu terus meletup setelah ianya terkena bebola cahaya tersebut
to be continued...
----------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top