67
.
.
.
Seperti kebiasaan rutin harianku selama beberapa hari ini, awal pagi aku sudah bangun dari tidurku yang taklah lena mana, bersiap-siap hendak berjumpa dan menjaga Yerim di hospital.
Sudah menjadi kebiasaan juga buatku untuk menjenguk anak-anak yang masih nyenyak tidur sebelum berangkat pergi.
Setelah itu barulah aku akan turun, berpamitan dahulu dengan omma yang pastinya sudah sibuk di dapur, menyiapkan bekalan makanan buat Naeun dan Jungwon untuk dibawa ke sekolah nanti.
Sampai saja di dapur, seperti yang aku duga, omma sedang sibuk di dapur, menyediakan bahan-bahan basah untuk dimasak sebentar lagi.
Saat tatapan mata kami saling bertaut, terukir senyuman halus di bibir tuanya buatku. Bibirku turut sama mengukirkan senyuman untuknya, senyuman yang tak akan pernah terlihat seceria dulu.
"Awal kamu bangun?" Soal omma seraya kembali mundar-mandir di hadapan kabinet dapur, tangannya cukup tangkas mengambil bahan dan perkakas dapur untuk kegunaannya sebentar lagi.
Tersenyum lagi aku tika mendengar soalan omma sebelum aku mengambil tempat duduk di salah sebuah kerusi di meja makan, memerhati omma.
"Tak boleh tidur, asyik teringatkan Yerim dekat hospital. Tiba-tiba rasa rindu sangat dekat dia. Tak sabar tunggu pagi, tu yang siap awal pagi ni, nak ke hospital." Ceritaku dengan senyuman.
Terlihat omma tak lagi sibuk mencari perkakas dapur di dalam kabinet, hanya diam, berdiri membelakangkanku.
Perlahan-lahan dirinya memalingkan tubuh menghadapku, merenungku dengan tatapan mata yang terlihat sayu, menahan air matanya dari jatuh di hadapanku.
"Kook.." Panggilnya perlahan, ada getaran hiba pada suaranya tika menyebut namaku itu. Langkahnya pula diatur perlahan menghampiri aku sehinggalah dirinya berada betul-betul di hadapanku.
Kepala aku dongakkan sedikit, menatap wajah omma penuh keliru. Terkedu tatkala melihat air matanya mengalir perlahan membasahi pipi tika menatapku sekarang. Pipiku diusap lembut dan perlahan sebelum tubuhku dibawa ke dalam pelukannya.
"Dah hampir seminggu Yerim tinggalkan kita, Kook.."
Tersentak tika suara perlahan omma berbisik perlahan di telingaku, menyedarkan aku..
"Dah tiga hari kamu macam ni, Kook.. Sedarlah.." Rayunya dengan esakan halus pada hujung katanya. Tangannya masih mengelus lembut belakang tubuhku.
Pastinya hatinya turut sama hancur sepertiku, melihat aku, anaknya sendiri yang perlahan-lahan.. hanyut di dalam dunianya sendiri..
"Yerim dah tak ada, Kook.. Yerim dah tak ada.." Bisiknya lagi, mengingatkan aku berkali-kali.
Tanpa kata, aku hanya diam, termenung kosong di dalam pelukan omma. Tidak membalas pelukannya bahkan memberikan apa-apa respons.
Sehinggalah panahan mata aku perlahan-lahan beralih dan tertumpu pada sepasang mata seseorang yang sejak tadi hanya memerhatiku dari belakang dinding berhampiran.
Menatapku dengan matanya yang berkaca, menahan benteng air matanya dari pecah di hadapanku. Dia yang berkongsi rasa yang sama denganku, sebak dan hiba.
Naeun..
.
.
.
Perlahan-lahan belakang tubuh aku sandarkan pada palang katil, duduk berlunjur sebelum kedua-dua kaki aku tongkatkan, membiarkan Yena terbaring di atas pehaku, menghadapku.
Lantas kedua-dua tangan Yena terangkat keluar dari bedungnya, menggeliat suka dia tika aku menukarkannya ke posisi seperti sekarang. Tak pasal-pasal aku dan Naeun tertawa halus melihat reaksi spontannya.
Tersenyum aku seraya menunduk, menatap wajah anak Naeun tika dirinya mengambil tempat duduk lebih dekat denganku sebelum dirasakan kepalanya direhatkan di bahuku. Lambat-lambat kepala turut aku rehatkan di atas kepalanya, posisi yang sering aku lakukan bersama ibunya dulu..
Untuk seketika kami hanya diam namun dirasakan cukup tenang dan selesa, hanya kami bertiga.
"Appa okay?"
Perlahan aku menunduk tika soalan itu ditujukan padaku, berbalas tatapan mata dengannya sebelum aku tersenyum. Untuk kali ini, senyuman ini dirasakan cukup ikhlas dari hati. Yakin aku mengangguk.
"Mestilah okay. Naeun?"
"Naeun okay selagi Naeun masih ada appa.."
Senyuman masih terukir di bibirku namun mata dirasakan berkaca tika mendengar jawapan jujurnya. Pipinya aku usap lembut sebelum atas kepalanya aku kucup perlahan.
"Naeun mimpi omma malam tadi.."
Sebaknya hati tika melihat senyuman cerianya tika bercerita soal ibunya tika ini. Tahu hanya di alam mimpi, dirinya mampu bertemu dengan ibunya, melepaskan segala kerinduannya.
Aku juga ingin merasakan benda yang sama tapi sayang, sampai ke saat ini, dirinya langsung tidak menjengukku di dalam mimpi.
"Ya? Mimpi apa? Share lah, appa pun rindu omma." Bodek ku sebelum kami sama-sama tersengih.
"Naeun mimpi sehari tu Naeun buat semua benda dengan omma, berdua je. Buat homework, masak, omma ajar Naeun buat kek."
"Yeke? Omma mana reti buat kek, jadi ke?" Usikku sebelum kami sama-sama tertawa.
"Naeun ada mimpi juga, Naeun nampak omma dukung adik.. Main dengan adik.. Tak sesaat pun omma tak senyum bila tatap adik.."
Perlahan-lahan aku mengalihkan pandanganku dari terus menatapnya tika penglihatanku mula dirasakan kabur dengan bahang air mata.
Dapat aku bayangkan dengan jelas mimpi itu. Pilunya hati tika memikirkan hingga ke saat akhirnya, dirinya tak berpeluang mendukung anak bongsu kami..
Lambat-lambat aku kembali menunduk, memandang Naeun tika dirasakan tangannya merangkul erat dan lembut lenganku. Kepalanya masih direhatkan di bahuku.
Kadangkala aku punya rasa bersalah padanya. Melihatnya yang jauh lebih matang dari usianya membuatkan hatiku terdetik, adakah dirinya merasa terabai?
"Naeun.."
"Hmm?"
"Terima kasih.." Tuturku perlahan. Lantas kepalanya diangkat, menatapku keliru namun aku masih tersenyum.
"Appa tahu bukan senang ada di tempat Naeun, appa pun anak sulung.. Tak mudah kan? Tapi tu tak bermakna Naeun perlu sentiasa nampak kuat.. Kalau Naeun sedih, bagitahu appa.. Kalau rindu omma, boleh cerita dengan appa.. Okay?" Lembut aku bersuara dengan senyuman.
Dapat aku lihat tubir matanya perlahan-lahan sarat dengan genangan air mata, membiarkan tatapan mata kami masih saling bertaut.
Aku tahu perasaannya, suatu ketika dulu, aku pernah ada di posisinya.
Sehinggalah akhirnya, dirinya tewas.. Menangis di bahuku dengan mata terpejam, membiarkan aku melihatnya menangis di hadapanku.
Air matanya aku usap lembut dan perlahan.
"Naeun rindu omma.." Rintihnya perlahan dengan mata yang terpejam, menangis.
"Tak apa, appa pun.." Balasku perlahan, sisi kepalanya aku usap lembut.
"Appa janji, selagi anak-anak appa perlukan appa dekat sini,.. Appa akan sentiasa ada untuk anak-anak appa, untuk Naeun.. Appa tak kan boleh gantikan kasih sayang omma buat Naeun dengan adik-adik tapi appa akan pastikan, Naeun dengan adik-adik tak kan merasa kurang walau sedikit pun.."
.
.
.
Semua barangnya di dalam rumah ini, di dalam bilik tidur kami, masih aku biarkan di tempat yang sama, seakan-akan dirinya masih ada di sini.
Bantal-bantalnya masih aku biarkan di atas katil, di sisi tempat tidurku. Barang-barang di meja kerjanya aku biarkan tak bersentuh. Pakaiannya masih di dalam almari bersama dengan pakaianku. Berus giginya masih kekal di sisi berus gigiku, begitu juga peralatan miliknya yang lain.
Cincin perkahwinan dan pertunangan kami yang dulunya milik Yerim, aku jadikan sebagai loket rantai. Satu aku berikan pada Naeun dan satu lagi pada Yena.
Bagaikan anak kecil seperti Yena, setiap tidurku harus bertemankan bajunya, melepaskan rinduku buatnya. Sekurang-kurangnya masih terpalit walau sedikit bauannya pada baju miliknya. Setiap malam, hanya bajunya dan air mataku yang menemani tidurku.
Hanya dengan cara ini, membuatkan aku merasakan kehadirannya, seolah-olah dirinya masih hidup denganku..
Malam ini terasa sukar sekali untuk aku memejamkan mata. Hari ini, aku terlalu merindukannya. Mungkin juga kerana esok adalah hari jadinya..
Jam hampir menunjukkan pukul dua belas malam tepat, beberapa saat lagi sebelum hari jadinya.
Sempat aku mengerling Yena yang sudah nyenyak tidur di atas katil sebelum berhati-hati aku mengesot turun dari katil, tak mahu dirinya terjaga.
Langkah aku atur mendekati almari pakaian sebelum perlahan-lahan aku buka. Kini mata tertumpu pada pakaiannya yang masih tergantung kemas di sisi pakaianku. Tersenyum aku sebelum sehelai baju blouse berwarna biru cair miliknya aku bawa keluar dari almari.
Sesenyap mungkin pintu almari aku tutup. Sempat aku toleh pandang katil, takut si kecik tu bangun. Karang dengan aku sekali ikut dia nangis.
Setelah itu, di dalam kesamaran bilik yang hanya bersumberkan cahaya dari lampu balkoni luar dan meja tidur di sisi katil, langkah aku atur mendekati meja kerja Yerim.
Setiap kali rindu, aku akan duduk di kerusinya. Menilik dan menyentuh barang-barangnya, melepaskan rindu. Dengan blouse miliknya di pelukan sebelah tanganku, aku duduk di kerusinya.
Dah bosan dengan barangnya di atas meja, aku buka pula laci mejanya pula. Kadang-kadang aku terbayangkan reaksinya kalau nampak apa aku buat sekarang. Mesti dari jauh dah menjerit nama aku suruh bangun. Pantang dia kalau nampak aku duduk di kerusinya, tak nak share bontot dengan aku katanya.
Tak pasal-pasal aku tersengih sendiri bila teringat.
Menggeleng perlahan aku bila tengok banyak coklat, gula-gula dalam laci pertama. Lepas tu complain dekat aku bila nak kurus?
Tersenyum aku. Mengingat semula dirinya yang memang suka mengunyah sambil buat kerja, siap pelawa aku lagi. Tak nak gemuk sorang-sorang katanya. Hailaa, nasib sayang.
Lambat-lambat laci mejanya di sebelah kiri itu aku tolak masuk kembali.
Walaupun dah selalu melihat susunan barangnya di atas meja ni, aku masih tak jemu. Tersenyum aku tika melihat gambar aku dan anak-anak memenuhi mejanya.
Paling sweet, ada satu gambar polaroid aku, gambar candid hasil tangkapannya ketika bulan madu kami yang pertama ditampal di tepi meja. Macamlah selama ni aku tak ada dekat depan dia, buat kerja depan dia.
Satu lagi gambar polaroid aku dan dia ketika hubungan kami masih sekadar pelajar dan pensyarah. Punyalah formal kami tangkap gambar, dua-dua berdiri tegak, halal gap tak lupa. Tak pasal-pasal aku tergelak sendiri.
Mungkin juga gambar ini sangat bermakna buat aku dan dia sebab tika ini, masing-masing punya rasa yang sama, masing-masing tahu tapi malu..
Di gambar itu, satu anak panah dilukis menunjuk ke arah aku sebelum diikuti dengan caption;
Suami saya <3
Walaupun dah banyak kali aku baca tulisannya pada polaroid tu tapi aku masih juga tersenyum. Tak pernah jemu.
Pen marker di bekas alat tulis berdekatan aku capai sebelum aku juga turut melakukan perkara yang sama. Melukis anak panah menunjuk ke arahnya.
Kesayangan saya <3
Tersenyum sendiri aku tika menatap tulisanku di disisi wajahnya. Hujung jariku mengusap lembut pipinya.
Kepala aku angkatkan, melihat ke arah jam di dinding. Kedua-dua jarum jam sudah bercantum menjadi satu ke arah angka 12.
Selamat hari jadi, sayang..
.
.
.
Tak mahu lena Yena terganggu di dalam sana, senyap-senyap aku duduk di balkoni luar bilik ini, bertemankan blouse milik Yerim di ribaku.
Langit malam yang gelap tak berbintang namun terlihat indah dengan kehadiran bulan penuh aku amati. Sudah lama aku tak merasakan perasaan ini..
Tenang..
Lambat-lambat aku menunduk, melihat cassette tape yang sejak tadi di dalam genggamanku. Hadiah hari jadinya buatku. Baru sekarang aku punya kekuatan untuk membuka dan mendengar hadiahnya yang satu ini.
Mungkin juga kerana aku rindukan suaranya..
Objek berbentuk segi empat tepat itu aku masukkan ke dalam cassette tape player sebelum earphone aku sumbatkan ke telinga.
Untuk seketika aku hanya diam sebelum punat mula aku tekan.
"Kesayangan adinda, kakanda Jeon Jungkook."
Belum apa-apa aku dah pejamkan mata. Bukan nangis, tapi menahan gelak. Senyuman menahan tawa terukir di bibir.
Dapat aku dengar getaran tawanya, seolah-olah turut sama tertawa denganku.
"Tengah buat apa tu? Fikirkan tentang saya ya?"
Mata aku celikkan dengan senyuman masih terukir di bibirku sebelum aku mengangguk perlahan. Kepala aku dongakkan, melihat hamparan langit di depan sana.
Memang pun. Tak kan pernah ada hariku tanpa memikirkan tentangnya.
"Mesti awak menyampah dengan saya kan? Ada saja pesanan yang saya tinggalkan untuk awak. Suratlah, diarilah, ini pesanan suara pula. Dah nama pun perempuan, mana pernah habis cakap? Nasib baik saya tak minfa Netflix buatkan documentary show saya untuk awak. 100 episod pun belum tentu cukup."
Sekali lagi mata aku pejamkan, kali ni tawa tak dapat aku tahan. Sungguh, aku rindukan bebelannya seperti sekarang.
"Tapi hakikatnya, memang tak kan pernah cukup.. Terlalu banyak yang saya ingin awak tahu, terlalu banyak yang saya ingin borakkan dengan awak bila waktu dirasakan mencemburui kita.. Andai saya tahu betapa sekejapnya rasa waktu berjalan setiap kali bersama awak, tak kan saya sia-siakan walau sesaat dengan merajuk dengan awak, marahkan awak.."
Perlahan-lahan senyumanku bertukar hambar menahan hiba.
"Saya tahu saya macam budak-budak kan? Kuat merajuk walaupun saya sendiri kuat menyakat awak. Suka marah-marah awak time period, time pregnant, time lapar tapi awak sayang jugak dengan saya. Kosong-kosong eh?"
Baru nak sedih, tertawa lagi aku dibuatnya seraya menunduk.
"Saya tak tahulah berapa lama podcast ni akan ambil masa tapi harap awak tak bosan sebab macam yang saya cakap awal tadi, terlalu banyak yang saya ingin bualkan dengan awak.."
Senyuman kembali terukir di bibir walau mata mula dirasakan panas dan membahang.
Tak kan pernah bosan, cukup dengan hanya mendengar suara dan bebelan awak.. Saya pun rindu, terlalu rindu untuk berbual dengan awak seperti sekarang..
"Awak sihat-sihat saja kan dekat sana? Jangan terlalu rindukan saya.."
Mana mungkin aku tidak merindukannya, bahkan terlalu rindu..
"Anak-anak kita baik-baik saja kan? Saya yakin sebab saya kenal dan saya tahu appa mereka macam mana. Penyayang, handsome.."
Walau tubir mata dirasakan sarat dengan air mata, aku masih lagi tersenyum.
"Tak naklah sedih-sedih, saya buat podcast ni khas untuk menghiburkan hati awak. Mesti awak rindu kan nak dengar saya membebel? Ha ni saya bagi podcast tiga jam, kalah pasangan-pasangan couple di luar sana yang sehari tak sleep call boleh covid."
Sekali lagi aku tertawa seraya menunduk, menatap blouse miliknya di ribaku sebelum aku bawa ke dada.
"But before that, promise me that you will live happily, live your life to the fullest and don't think too much about me. You can miss me but don't let your tears flow because of me. Saya tak nak awak sedih sebab saya.."
Sebaknya hati tika mendengar ayatnya yang terakhir itu buatku, kedengaran cukup polos dan tulus dari dasar hatinya..
"Janji dengan saya yang awak akan baik-baik saja tanpa saya.."
Aku hanya diam, menunduk, membawa dekat pakaiannya ke hidung dan bibirku. Mata aku pejamkan, menahan sebak.
"Janji ya?"
Pintanya lagi sebelum dengan mata yang terpejam, aku mengangguk perlahan.
"Saya janji.."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top