65
.
.
.
"Yerim.."
Di dalam kegelapan yang tak berpenghujung ini, dapat aku dengar suaranya memanggil lembut namaku. Setiap hari, aku amat menantikan suaranya memanggil namaku, berbual denganku.
Dapat aku rasakan tangannya mengelus lembut atas kepalaku sebelum dirasakan bibirnya mengucup lembut dahiku dan berakhir lama pada kening kiriku.
Hati dirasakan sebak tika sayup-sayup kedengaran rengekan halus seorang bayi di telingaku.
"Saya bawa Yena jumpa awak hari ni.."
Yena..
Ingin sekali aku menatap wajahnya, membawanya erat di dalam dukunganku.
Dapat aku rasakan tubuh kecilnya dibaringkan di sebelahku, dirasakan begitu dekat denganku. Sebak menyelubungi hati tika merasakan tangan kecilnya bersentuhan denganku.
"Lekanya dia tengok omma dia.."
Terdengar suara Jungkook cukup perlahan menyapa pendengaranku. Hiba tatkala mendengar tawanya perlahan, terdengar cukup hambar, tawa yang dihamburkan hanya untuk menghiburkan hatinya sendiri.
"Kalau awak nak tahu sekarang ni, dia tengah leka merenung awak.." Tuturnya perlahan. Dapat aku bayangkan senyumannya tika bersuara tika ini.
"Omma kata malam tadi, Yena menangis sampai tertidur sebab lapar.. Omma cuba bagi susu formula tapi dia tak nak.. Bila dibagi baju awak, baru dia berhenti menangis.."
"Apa saya perlu buat Yerim?"
"Saya buntu tanpa awak Yerim.."
Sebaknya hati tika mendengar luahannya yang jelas menahan tangisan.
"Saya masih perlukan awak di sini, Yerim.." Separuh nadanya jelas merayu, menyesakkan dada.
Dirasakan jari-jemariku digenggam lembut sebelum kepalanya direhatkan di atas tanganku dan dapat aku rasakan air matanya menitis satu per satu membasahi tanganku.
"Saya masih belum sempat minta maaf pada awak Yerim.."
"Kenapa bukan saya saja yang berada di tempat awak sekarang ni Yerim?"
"Biarlah saya yang pergi, jangan awak.."
Tangisannya mula terdengar jelas, sesekali terdengar rengekan halus Yena buatkan dada semakin dihimpit rasa hiba.
"Semua kata dah sampai masanya untuk melepaskan awak pergi.. Tapi saya tak mampu, Yerim.. Saya tak nak awak pergi.."
Bagaikan anak kecil, dirinya merayu dengan suara yang bergetar menahan tangisan.
"Apa lagi yang saya perlu buat Yerim? Bagitahu saya.."
"Kalau memang tiada harapan untuk awak terus ada di sini dengan saya.. Sekurang-kurangnya berjumpalah dengan saya untuk kali yang terakhir.."
"Berilah peluang pada saya untuk menatap mata perempuan yang paling saya cintai untuk kali yang terakhir.. Berilah kesempatan pada saya untuk mendengar suara awak untuk kali yang terakhir.."
"Berilah saya peluang untuk meminta maaf pada awak Yerim, untuk kali yang terakhir..."
Walau tiada air mata yang mengalir, dada dirasakan perit, menangis tanpa suara dan air mata. Tanpa dia tahu, aku turut menangis dengannya.
.
.
.
[JEON JUNGKOOK'S POV]
Perlahan-lahan mata aku celikkan tika dirasakan rambutku sejak tadi dielus lembut, berkali-kali, cukup perlahan.
Dengan kepala masih direhatkan di atas katil, kepala aku angkatkan sedikit.
Terkedu saat sepasang mataku bertaut lembut dengan sepasang matanya.
Choi Yerim..
Tatapan lembut matanya menyapaku dengan senyuman halusnya yang jelas masih terlihat lemah. Tangannya masih membelai lembut rambutku, penuh kasih dan sayang.
Perlahan-lahan aku bangun, tak percaya. Pada masa yang sama, mata mula dirasakan panas dan membahang. Wajahnya yang sedang tersenyum melihatku mula terlihat kabur di pandanganku.
Tanpa menunggu lama, tubuhnya yang masih terbaring aku peluk erat. Menangis semahu-mahunya di bahunya.
Andai benar ini hanya mimpi, biarkanlah aku terus di sini..
"Jungkook-ah.."
Terdengar suaranya cukup perlahan, berbisik halus di telingaku, menghancurkan hati. Terasa hiba tika mendengar suaranya, suara yang paling aku rindukan.
Terasa tangannya mengusap perlahan belakang tubuhku. Hanya dia, tahu cara untuk memujukku..
Mata aku pejamkan, menangis semahu-mahu di bahunya.
"Dah sampai masanya untuk awak berhenti fikirkan tentang saya.."
Perlahan-lahan mata aku celikkan, terkedu tatkala mendengar permintaannya yang satu itu. Lambat-lambat pelukanku pada tubuhnya aku lepaskan.
Wajahnya yang terlihat bersih dengan senyuman halus masih terukir di bibirnya aku tatap lama. Tangannya yang mula menyentuh lembut pipi aku, menyeka lembut air mataku aku biarkan.
"Dah sampai masanya untuk awak fikirkan tentang diri awak.. tentang anak-anak kita.."
Dapat aku lihat matanya yang mula terlihat berkaca tika menyebut tentang anak-anak kami..
"Dah sampai masanya untuk awak,.. lepaskan saya pergi.."
Di hujung katanya itu, setitis air matanya mengalir perlahan membasahi pipinya. Namun apa yang menghancurkan hatiku tika ini, dirinya masih mampu tersenyum..
Perlahan-lahan aku mengundur setapak, enggan tangannya dari terus menyentuhku. Terlihat air matanya mula mengalir deras tika dalam diam, aku menolak sentuhannya.
"Awak dah janji dengan saya awak akan terus ada dengan saya.. Awak dah janji dengan saya, di mana saya duduk, di situ awak akan ada dengan saya.." Dengan air mata yang turut sama mengalir, aku bersuara.
"Saya tak mampu Jungkook.."
Luluhnya hati tika mendengar getaran suaranya. Pastinya dia turut sama merasakan apa yang aku rasa tika ini..
Sekali lagi tubuhnya aku hampiri sebelum aku peluk erat, seolah-olah inilah peluang terakhirku untuk memeluk erat tubuhnya.
"Saya panggilkan doktor ya?" Soalku dengan air mata, mata masih terpejam rapat. Entah kenapa, aku merasakan seperti inilah kesempatan terakhirku berbual dengannya.
Dirinya menggeleng perlahan, pada masa yang sama tangannya menggenggam kuat bajuku.
"Jangan tinggalkan saya sendiri.."
Tuhan..
Sebaknya hati tika mendengar permintaannya yang satu ini.
Semua ini tak akan terjadi seandainya aku tak pernah meninggalkannya sendiri.
"Saya minta maaf, Yerim.." Bisikku perlahan dengan mata masih terpejam rapat.
"Saya minta maaf.." Pintaku berkali-kali. Hiba menyesakkan dada tika tangannya mengusap lembut belakang kepalaku.
"Semarah apa pun saya, saya tak pernah bencikan awak.. "
Sesaknya dada tika mendengar betapa tenangnya dia bersuara tika ini. Seolah-olah sudah bersedia untuk pergi..
"Saya maafkan awak.." Bisiknya perlahan buatkan air mataku semakin deras mengalir.
"Saya maafkan omma.."
"Saya maafkan semua orang yang buat saya seperti sekarang.."
"Sampaikan maaf saya pada omma,.."
Wajahnya aku tatap sebelum aku menggeleng perlahan. Kening kirinya aku kucup lembut sebelum atas kepalanya aku usap lembut. Membiarkan mata kami saling bertatapan.
"Awak maafkan semua salah silap saya sepanjang saya menjadi isteri awak ya?" Pintanya, tangannya dirasakan begitu sejuk tika menggenggam tanganku.
Lantas aku menggeleng.
"Tiada apa yang perlu saya maafkan Yerim.. Awak isteri yang baik, bahkan lebih dari sempurna buat saya, Yerim.."
Terukir senyuman halus di bibirnya.
"Anak-anak kita.. Boleh awak bawa mereka ke sini?"
Air mata kembali mengalir deras tika mendengar permintaannya yang satu itu. Tanpa jeda, aku mengangguk. Senyuman cuba aku ukirkan untuknya. Kepalanya aku usap lembut dan perlahan.
"Mestilah..." Yakin aku bersuara.
"Awak tunggu kami ya?" Pintaku. Dengan senyuman dirinya mengangguk walau biasan matanya jelas, menahan diri dari menangis semahu-mahunya di hadapanku.
.
.
.
Dari jauh dapat aku lihat omma dan Somi, membawa anak-anakku menghampiriku. Dapat aku lihat mata Naeun yang berkaca, menatapku penuh harapan. Terukir senyuman di bibirnya.
"Omma dah bangun?" Soalnya gembira namun terselit rasa tidak percaya. Lantas aku mengangguk seraya duduk bertinggung di hadapannya.
"Omma nak jumpa Naeun dengan adik-adik." Ujarku, cuba terlihat ceria walhal tubir mata dirasakan sarat dengan air mata.
Jungwon di sebelah turut sama tersenyum suka. Tak kurang juga Heeseung dan Jake yang berada di dukungan mereka.
Lantas aku bangun tika omma semakin menghampiri dengan Yena di dalam dukungan. Dapat aku lihat omma yang mula mengalirkan air mata di depan aku.
"Macam mana dengan Yerim?" Soal omma dan aku hanya tersenyum sebelum perlahan-lahan aku menggeleng.
"Dia nak jumpa anak-anak.." Itu saja yang mampu aku ucapkan dengan senyuman masih terukir di bibir walau hakikatnya, aku ingin menangis semahu-mahunya.
.
.
.
Dengan Yena di dalam dukungan, langkah aku atur memasuki wad. Senyuman aku ukirkan padanya yang sedang memerhatiku dengan senyuman. Semakin melebar senyumannya tika melihat Yena di dalam dukunganku. Rapuhnya hati tika melihat senyumannya sekarang, cukup lemah namun masih terlihat berseri.
Sampai di sisi katil, tubuh kecil Yena aku baringkan di celah antara tangan dan tubuhnya. Sebaknya hati tika melihat air matanya jatuh tika menatap puteri bongsu kami tika ini. Air mata tak dapat aku tahan tika melihat tangannya mengusap lembut wajah Yena, sentuhan yang tak mungkin Yena ingat bila dia dewasa nanti namun itulah, sentuhan pertama ibunya..
"Jeon Yena.." Panggilnya perlahan dengan senyuman. Tak lepas matanya dari terus menatap wajah Yena. Sebak tika melihat mereka saling bertatapan mata. Hampir sembilan bulan sepuluh hari mereka menghitung hari untuk bertatapan mata, akhirnya mereka bertemu. Terlalu banyak yang mereka lalui. Terlalu banyak yang isteriku lalui hanya untuk memastikan si kecil ini ada bersama kami..
Runtumnya hati tika melihat senyuman Yerim hilang, terlihat dirinya memejamkan mata, kali ini barulah aku melihat dirinya benar-benar menangis di hadapanku. Membiarkan si kecil itu merenungnya keliru.
"Omma nak susukan Yena tapi.." Rintihnya perlahan dengan mata terpejam.
"Omma tak mampu.." Suaranya mula tenggelam timbul di dalam tangisan.
Perlahan-lahan matanya dicelikkan, menatap lembut wajah puteri bongsu kami. Jari-jemarinya mengusap lembut pipi Yena.
"Maafkan omma.."
Tersenyum dia tika Yena merengek kecil, seolah-olah memberontak, tidak mahu ibunya meminta maaf padanya.
"Omma!"
Lantas kami sama-sama menoleh, melihat ke arah empat Jeons kesayangan kami, sedang berlari-lari anak menghampiri kami. Wajahnya terlihat bercahaya tika melihat wajah anak-anak kami satu per satu. Lantas air matanya diseka. Ibu mana yang ingin anak-anaknya melihat air matanya..
Hari ini aku langsung tak menghalang tika anak-anak hendak memeluknya. Hari ini, biarlah mereka melepaskan segala kerinduan mereka.. biarlah mereka merasakan kembali pelukan dan sentuhan penuh kasih ibunya..
Dari sini aku hanya memerhati mereka. Tersenyum dengan air mata yang mula dirasakan mengering. Tika tiada siapa melihat, aku dan Yerim saling bertatapan.
Walau bibirnya mengukirkan senyuman halus namun tatapan matanya sarat dengan air mata yang ditahan.
Walau hati dirasakan berat, dengan senyuman, aku mengangguk perlahan..
Terlihat air matanya mengalir perlahan membasahi pipi namun senyumannya, cukup manis..
Sudah sampai masanya, untuk dia pergi..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top