62
.
.
.
"Keadaan pesakit langsung tak menunjukkan sebarang improvement,.. Harap awak sedia dengan segala kemungkinan. Beritahulah ahli keluarga awak yang lain, bawa mereka ke sini untuk berjumpa dengan dia.. Maafkan kami.."
Perlahan-lahan dirinya menunduk, menangis dengan tangannya menekap kuat mulutnya sendiri, menahan diri dari teresak-esak menangis.
Lambat-lambat dirinya menoleh, melihat adiknya yang terlantar di katil berhampirannya.
Cha Eunwoo.
Luluh hatinya tika melihat keadaan adiknya tika ini, terlihat cukup lemah.
Langkahnya kini diatur berat mendekati katil itu. Sesampai saja di sisi katil, tangan adiknya digenggam lembut.
"Adik,.." Panggilnya perlahan sebelum matanya kembali terpejam, menahan sebak.
Jarang sekali dirinya menggunakan panggilan itu untuk adiknya sendiri. Teringat setiap momen-momen manis bersama adiknya, hatinya dirasakan pilu. Di depan adik lelakinya itu, jarang sekali dia menyatakan rasa sayangnya pada lelaki itu dan kini, dia tak berpeluang lagi..
Gurauan, usikan, sifat manja dan periang adik lelakinya itu begitu meluluhkan hati jika diingat kembali saat menatap wajah lelaki itu tika ini. Seringkali dia menyatakan adiknya itu menyakitkan hati namun jauh di sudut hatinya, dia terlalu sayangkan lelaki itu, satu-satunya adik buatnya.
"Kakak.."
Perlahan-lahan matanya dicelikkan tika mendengar suara halus itu menegurnya.
Hatinya diruntun rasa sebak tika sepasang matanya disapa lembut dengan renungan mata milik Eunwoo yang menatapnya lemah. Terukir senyuman halus di bibir lelaki itu buatkan hatinya turut merasa hiba.
"Kakak panggil doktor ya?"
"Jangan..."
Terhenti langkah Eunha. Wajah Eunwoo yang tampak bersih itu ditatap lama.
"Adik nak kakak temankan adik.." Pintanya buatkan Eunha tersenyum namun laju saja air matanya mengalir.
Jarang sekali adiknya itu menggunakan panggilan 'kakak-adik' dengannya.
"Yalah, kakak tak pergi mana-mana. Kakak ada dekat sini dengan adik."
Atas kepala Eunwoo yang berbalut kini diusap lembut dan perlahan. Sengaja dirinya mengelak dari bertentangan mata dengan adiknya itu. Tak sanggup hendak menatap lama sepasang mata adiknya yang tampak ralit memerhati setiap inci wajahnya.
"Madam okay?"
Perlahan-lahan Eunha mengangkat kepala, memandang sepasang mata milik Eunwoo yang mula terlihat berkaca.
"Eunwoo tak sempat tolong madam.. madam baik-baik saja kan?"
Tak mahu adiknya itu risau, dengan senyuman, dirinya mengangguk. Sebak hatinya tika melihat terukir senyuman halus di bibirnya.
"Kakak boleh tolong Eunwoo?"
"Apa dia?"
"Tolong bagitahu Madam, Eunwoo sayang dia,.."
Terdiam sejenak Eunha tika mendengar permintaan adiknya yang satu itu. Terlihat air mata adiknya itu mula menitis, satu per satu membasahi pipi.
"Melihat dia gembira dalam hidupnya pun dah cukup buat Eunwoo.. Tahu yang tika ini, ada seseorang yang menyayanginya lebih dari rasa sayang Eunwoo pada dia pun dah lebih dari cukup.." Suara adiknya itu mula tenggelam timbul di dalam tangisan namun cukup jelas di pendengarannya.
"Bagitahu dia, sampai bila-bila Eunwoo sayang dia.. Teruskanlah hidup dengan gembira, jangan sedih-sedih lagi.."
Walau dirasakan sukar, lambat-lambat Eunha mengangguk. Sekali lagi, terukir senyuman halus di bibir adik lelakinya itu.
"Kakak.."
"Ya?" Jawabnya dengan senyuman walhal ingin dirinya menangis semahu-mahunya.
"Maafkan Eunwoo sebab selalu sakitkan hati kakak, menyusahkan kakak.. Terima kasih sebab jaga Eunwoo.. Maaf sebab adik tak sempat nak balas semua.."
"Kenapa cakap macam ni? Eunwoo tak pernah sakitkan hati kakak, tak pernah susahkan kakak.. Sampai bila-bila, Eunwoo adik yang baik buat kakak.."
Air matanya tak dapat ditahan tika melihat adiknya itu turut sama mengalirkan air mata.
Perlahan-lahan dirinya duduk bertinggung di sisi katil sebelum kepalanya direhatkan di sisi tangan adiknya. Berbalas renungan dengan adiknya itu yang tak lagi menangis, menatapnya dengan senyuman halus.
"Akak jaga diri baik-baik ya nanti?" Pinta Eunwoo, tangannya mengelus lembut kepala Eunha buatkan gadis itu tak mampu lagi menahan esakan.
Lantas Eunha memejamkan mata, merasakan sentuhan terakhir adiknya itu yang dirasakan cukup lembut dan penuh rasa kasih dan sayang buatnya.
"Eunwoo sayang kakak, sayang sangat-sangat,.. Sampai bila-bila.."
Semakin deras air matanya mengalir tika dirinya tak lagi merasakan elusan lembut di atas kepalanya. Tidak sanggup membuka mata, dengan matanya yang masih terpejam rapat, dirinya menangis.
.
.
.
[JEON JUNGKOOK'S POV]
"Silakan. Encik hanya boleh melawat selama dua puluh minit saja ya."
Perlahan aku mengangguk sebelum mata aku kembali tertumpu padanya.
Yerim..
Dia yang terlalu banyak berkorban untuk aku..
Tekak mula dirasakan perit menahan sebak, mata yang hampir kering dengan air mata kembali dirasakan panas dan membahang. Sekelip mata, dirinya terlihat kabur di penglihatanku.
Tahu aku punya hanya sedikit waktu untuk berada dengannya, langkah aku atur menghampirinya walhal setiap langkah dirasakan cukup berat buatku.
Semakin dekat aku dengannya, semakin sebak rasa hati melihat keadaannya. Berselirat wayar dan tiub memenuhi tubuhnya. Kesan lebam dan luka di wajahnya masih terlihat jelas, menghancurkan hati.
Kesan calar di pipinya aku elus perlahan dan lembut. Di luar kudratku, air mata dirasakan mengalir perlahan membasahi pipi.
Kali ini, tangan aku bergerak perlahan, menyentuh lembut atas kepalanya yang berbalut. Tiada lagi walau sehelai rambut di kepalanya. Terasa sebak saat memikirkan betapa sayang dan sukanya dia dengan rambutnya sendiri.
Dengan telapak tanganku masih menyentuh lembut atas kepalanya, dahinya aku kucup lembut dan perlahan. Tak mampu menahan sebak, air mata aku biarkan mengalir perlahan membasahi pipi.
Kali ini, atas kepalanya yang masih berbalut aku kucup lembut, cukup lama. Mata aku pejamkan, menangis tanpa suara.
"Rehatlah, saya tahu awak penat.. Terlalu banyak rasa penat dan lelah yang awak lalui sendiri.. Saya akan tunggu.. tapi jangan lama-lama, ya? Anak-anak semua tunggu awak, Yerim.. Saya pun, sentiasa merindukan awak.. Bangun ya?" Bisikku perlahan dengan ibu jari aku mengelus lembut kepalanya.
Saat hati dirasakan tak terdaya, dahi aku rehatkan di atas dahinya, membiarkan hujung hidungku menyentuh lembut di antara keningnya. Terasa begitu berat untuk meninggalkan dirinya sendirian di sini..
.
.
.
Saat mendengar berita itu, terus aku bergegas ke wad yang menempatkan Eunwoo.
Perlahan-lahan langkah aku terhenti di hujung koridor ini tatkala melihat Eunha yang teresak-esak menangis di sisi katil yang baru saja diusung keluar dari bilik wad. Terlihat sekujur tubuh ditutupi dengan kain putih di atas katil itu.
Hati mula dirasakan hiba tatkala melihat kain putih itu perlahan-lahan diturunkan, menunjukkan wajah seseorang yang pucat lesi namun terlihat cukup tenang.
Eunwoo..
Wajahnya terlihat cukup tenang, seolah-olah dirinya masih sedang lena tidur, diulit mimpi yang tak berpenghujung..
Dan belum sempat untuk aku mengucapkan terima kasih padanya..
.
.
.
Hampir lima belas minit aku menunggu di luar wad ini. Resah hati tatkala menunggu doktor selesai melakukan pemeriksaan pada Yerim di dalam wad sana. Semoga ada berita baik menyusul buat kami nanti.
Sedang aku menunggu, panggilan telefon dari omma aku jawab.
"Jungkook.."
"Omma.."
"Dah makan?"
Tersenyum hambar aku tika mendengar soalan omma sebelum aku menunduk.
"Dah.." Bohongku dengan senyuman hambar masih terukir di bibir. Mana mungkin aku lalu untuk makan..
"Nak omma datang sana temankan kamu atau tukar tempat dengan kamu? Kamu baliklah, rehat.. Anak-anak kamu pun cari kamu.."
Menyebut saja tentang anak-anak, mata mula dirasakan panas dan membahang, dirasakan sebak.
"Tak apa, Kook nak tunggu Yerim dekat sini, sampai dia bangun.." Balasku perlahan.
"Baby dah lahir, perempuan.." Ceritaku dengan air mata yang mula dirasakan mengalir perlahan membasahi pipi.
"Nanti omma bolehlah bagitahu Naeun, dia dapat adik perempuan.." Air mata yang semakin deras mengalir aku seka perlahan. Dada dirasakan sesak menanggung sebak.
"Naeun tanya pasal Yerim dekat omma tadi.. Dia nangis, Kook.."
Mata aku pejamkan, tiada balasan dapat aku berikan. Apa yang patut aku beritahu Naeun nanti?
"Macam mana keadaan Yerim dengan baby?"
"Baby okay.."
"Yerim?"
Bibir aku ketap, menahan rasa pilu yang bertandang di hati.
"Dia masih belum sedarkan diri tapi Kook tahu, dia tengah cuba.." Perlahan aku bersuara dengan air mata dibiarkan mengering sendiri di pipi.
"Jaeyun macam mana?" Soalku menukar topik, pada masa yang sama, turut sama risaukan Jake yang masih demam di rumah.
"Badan dia dah tak panas dah tapi dari petang tadi dia merengek, menangis minta ibu dia.."
Sekali lagi aku terdiam, menunduk.
"Dah sampai masanya untuk kamu bawa anak-anak kamu jumpa Yerim, Kook.."
Perlahan-lahan mata kembali aku pejamkan.
"Bawa anak-anak kamu jumpa Yerim ya?"
.
.
.
Setelah habis panggilan telefon antara aku dan omma, sekali lagi, aku terdiam, termenung kosong dengan tubir mata yang masih sarat dengan takungan air mata.
Sehinggalah tumpuan aku beralih pada seorang doktor dan seorang lagi jururawat melangkah keluar dari wad ICU yang menempatkan Yerim. Tanpa menunggu lama, lantas aku bangun menghampiri mereka.
"Encik suami kepada Puan Yerim?"
"Ya, saya." Balas aku tanpa jeda, menjawab soalan doktor itu.
Jantung dirasakan berdetak laju tika melihat doktor dan jururawat di hadapan aku tika ini sempat berbalas renungan mata antara satu sama lain sebelum masing-masing kembali menatap aku.
"Encik boleh ikut saya ke bilik konsultasi sebentar?"
.
.
.
"Macam mana keadaan isteri saya?"
Tak mahu terus menanggung rasa resah dan risau yang menyeksakan dan menyesakkan dada, lantas soalan itu aku tujukan pada doktor lelaki di hadapan aku tika ini.
Dr.Kim yang sedang duduk berhadapan denganku tika ini aku tatap tepat, menunggu jawapan dan penerangan darinya. Dapat aku rasakan jawapan yang bakal aku terima sebentar lagi bukanlah sesuatu yang menyenangkan tatkala melihat air mukanya sekarang.
"Sudah hampir dua hari Puan Yerim tak sedarkan diri, keadaannya juga tak menunjukkan sebarang perubahan atau peningkatan. Oleh itu, kami ada membuat pemeriksaan terperinci terhadap pesakit dan ada beberapa spekulasi yang telah kami buat."
"Antaranya, Intracranial hematoma. Atau bahasa mudahnya, kami dapati ada pengumpulan darah di dalam tengkorak pesakit, sama ada di dalam otak atau di antara otak dan tengkorak. Pendarahan pada lapisan otak boleh menyebabkan koma akibat bengkak dan mampatan pada bahagian otak yang cedera."
Bagaikan ada suatu bebanan berat menghempap tubuhku tika setiap penerangan itu menyapa pendengaranku.
"Maksud doktor.."
"Maafkan kami, Puan Yerim disahkan dalam keadaan koma.."
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top