60
.
.
.
[FLASHBACK]
Enjin kereta sudah dihidupkan, pintu rumah di hadapannya juga sudah terkatup rapat namun entah kenapa, hati kecilnya dirasakan enggan hendak berlalu pergi, meninggalkan madam kesayangannya itu sendirian.
Akhirnya keluhan berat terlepas dari belahan bibirnya. Nak tak nak, dengan hati yang terasa berat, perlahan-lahan keretanya mengundur keluar dari perkarangan rumah itu.
Kini kereta milik Eunwoo mula bergerak meninggalkan rumah itu jauh di belakang. Hatinya masih dirasakan gusar, semakin jauh dirinya pergi meninggalkan rumah itu, semakin resah dia dibuatnya.
Sehinggalah dia diganggu dengan bunyi deringan telefon pintarnya yang terletaknya di kerusi penumpang bersebelahan dengannya. Tanpa menunggu lama, telefon pintarnya dicapai.
Sanha
Sedar panggilan telefon itu datangnya dari rakan karibnya merangkap rakan sebiliknya, tak tunggu lama terus panggilan itu diangkat.
"Eunwoo, kau masih dekat rumah Madam Yerim?"
Berkerut dahi Eunwoo tika mendengar soalan itu. Keliru dengan suara cemas kawan baiknya tika itu.
Kerana mereka ada terserempak di dalam bilik tadi, tahulah Sanha yang tadinya Eunwoo keluar untuk ke rumah Madam Yerim mereka.
"Aku dah on the way balik kolej. Kenapa?"
Semakin resah Eunwoo dibuatnya bila mendengar keluhan berat datangnya dari kawan baiknya itu.
"Kau patah balik sekarang. Aku risaulah apa-apa jadi dekat madam."
Dengar saja jawapan dari Sanha itu, terus kereta diberhentikan di bahu jalan.
"Kau ni kenapa sebenarnya? Cuba cerita elok-elok dekat aku." Dengan separuh suaranya ditahan dari terus meninggi, Eunwoo bersuara. Bengang namun rasa cemas lebih menguasai.
"Sara bagitahu aku dia ada dekat sana! Dia cakap dengan aku pun tak lama, aku risau dia nak buat apa-apa dekat madam!"
Membulat sepasang matanya tika mendengar penjelasan dari kawan baiknya itu.
Sara.
Bukannya dia tak kenal perempuan itu.
Teman wanita kawan baiknya sendiri, Sanha.
Terus panggilan telefonnya dengan Sanha diputuskan lalu tanpa berlengah, terus dia membuat pusingan U, berpatah balik ke rumah itu.
Pada masa yang sama, dirinya sibuk mendail nombor telefon seseorang.
Yerim.
Namun tak satu pun berjawab buatkan dirinya semakin gelisah dan cemas.
Kini nombor telefon lain pula dicarinya. Setelah jumpa, terus nombor itu didail.
.
.
.
"Tak nak angkat call tu ke?"
Tegur Seokjin tika iPhone milik Jungkook itu tak henti-henti berbunyi di atas meja tapi si tuan empunya telefon hanya buat tak tahu, diam membisu dengan wajahnya yang jelas kusut.
"Angkatlah. Mana tahu Yerim. Dia dahlah tengah pregnant, kau biar dia sorang-sorang dekat rumah. Suami jenis apa kau ni?"
Akhirnya rasa marahnya tak dapat dibendung, rasa nak saja Seokjin halau kawan baiknya yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri itu keluar dari rumahnya.
"Bukan Yerim." Balas Jungkook malas namun ada terselit riak bengang pada wajahnya.
"Angkat jelah, apa susah? Memekak jelah." Rungut Seokjin. Pada masa yang sama, tanpa izin, terus iPhone milik Jungkook itu diambil.
Eunwoo
Entah siapa pun Seokjin tak kenal namun tanpa mempedulikan jelingan maut dari Jungkook, terus panggilan itu diangkat.
"Bukan, saya kawan Jungkook, Seokjin. Kenapa call Jungkook? Cakaplah. Nanti saya sampaikan pada dia." Cukup tenang Seokjin bersuara tapi pada masa yang sama, jelingan maut diberikan pada Jungkook yang turut sama menjelingnya.
Namun riak wajah Seokjin bertukar drastik, tampak terkedu namun pada masa yang sama, ada riak risau terbias pada wajahnya.
"Kenapa dengan Yerim?"
Dengar saja nama itu terlepas dari belahan bibir Seokjin, lantas Jungkook duduk tegak, merenung tepat ke arah lelaki itu. Melihat riak bimbang di wajah Seokjin, dia turut sama ikut cemas.
Tanpa menunggu lama, lantas Jungkook berdiri sebelum telefonnya sendiri dirampas dari genggaman tangan Seokjin.
"Kenapa dengan Yerim?" Sekali lagi soalan itu ditanya. Jantungnya mula dirasakan berdetak laju, dunianya seakan-akan berhenti berputar untuk seketika.
Tanpa menunggu lama, lantas kunci kereta di atas meja dicapai sebelum langkahnya diatur laju meninggalkan rumah itu walau setiap langkahnya dirasakan begitu perlahan.
.
.
.
Keretanya diberhentikan tepat di hadapan pintu pagar rumah itu yang masih terbuka luas, menambah lagi kebimbangan di hati.
Tanpa menunggu lama terus Eunwoo keluar dari perut kereta. Kakinya dihayun laju mendekati pintu rumah. Semakin kuat debaran di dada saat tangannya memulas tombol pintu rumah itu, ianya langsung tak berkunci. Memberi peluang dirinya untuk menerjah masuk ke dalam situ.
Masuk saja ke dalam, terus matanya meliar ke sekeliling, mencari susuk tubuh Yerim.
"Madam?!"
Lantang suaranya bergema di segenap ruang tamu itu. Pantas kepalanya terangkat, melihat ke tingkat atas tika mendengar jeritan seorang perempuan.
"Madam!"
Derapan tapak kasutnya diatur laju mendekati tangga namun baru saja langkah kanannya naik ke atas anak tangga yang pertama, seluruh tubuhnya dirasakan tersentak saat merasakan belakang tubuhnya ditusuk dengan objek yang tajam, menembusi dadanya.
Nafasnya dirasakan tersekat-sekat, matanya tak berkelip menahan sakit sebelum perlahan-lahan dirinya jatuh terduduk dengan tangannya cuba berpaut pada palang di tepi tangga.
Dirinya mengerang kesakitan saat pisau yang menembusinya itu ditarik kasar dari belakang. Dapat dirinya rasakan sendiri darahnya yang mencurah-curah mengalir dari belakang tubuhnya.
Sekali lagi, dirinya mengerang kesakitan tika belakang kepalanya dihentak kuat dengan objek tumpul dan keras. Matanya terpejam rapat, tangannya terlepas dari terus berpaut pada palang tangga tika kepalanya dirasakan berdenyut sakit. Ngilu pada belakang tubuhnya mula dirasakan nyeri ke seluruh badan. Hampir seluruh tubuhnya menggeletar menahan sakit.
Dengan pandangannya yang mula terlihat kabur, pendengarannya masih jelas untuk mendengar setiap rintihan dan tangisan Yerim dari tingkat atas dan tanpa dirinya sedari, air matanya mula mengalir perlahan.
"Madam.."
Ingin saja dirinya merangkak naik ke tingkat atas, melindungi wanita itu namun dirinya dirasakan cukup lemah, tak mampu untuk melindungi wanita itu..
Perlahan-lahan dirinya cuba untuk bangun namun akhirnya tubuhnya kembali terbaring. Penglihatannya juga cukup kabur, merimaskan buatnya.
"Kau tak patut patah balik untuk perempuan macam dia, bodoh."
Kepalanya diangkat. Mencari dari mana datangnya suara perempuan itu namun yang dia lihat hanyalah bayangan seseorang yang cukup kabur, begitu samar di pandangannya. Tapi dia cukup kenal suara itu.
Sara.
"T—tolonglah, jangan apa-apakan madam.."
Peluh dingin membasahi dahinya, kepalanya dirasakan begitu berat, tubuhnya mula dirasakan lemah, penglihatannya yang samar-samar kini hampir menjadi gelap namun fikirannya cuma satu, ingin menyelamatkan Yerim.
Bajunya dirasakan melekap pada belakang tubuhnya, membayangkan betapa banyak darahnya yang mengalir keluar tika ini.
Semakin deras air mata yang mengalir tika mendengar jeritan dan tangisan Yerim yang begitu jelas di pendengarannya walau penglihatannya sudah hilang.
"Pergi mati."
Dua perkataan itu dibisik perlahan dan halus di telinganya sebelum serta-merta pandangannya menjadi gelap tika sekali lagi, kepalanya dihentam kuat.
.
.
.
Sampai saja di hadapan rumahnya, kereta miliknya diberhentikan tepat di hadapan kereta yang dia cukup pasti, kepunyaan Eunwoo.
Tanpa berlengah, terus dirinya keluar dari perut kereta. Kini langkahnya diatur laju memasuki halaman rumahnya. Semakin kuat debaran di dadanya saat melihat pintu rumahnya yang terbuka luas.
"Yerim?!"
Setibanya dia di dalam rumah, terus nama itu dipanggil. Tanpa sedar, tubir matanya mula terisi dengan air matanya sendiri.
Matanya meliar ke sekitarnya sebelum panahan matanya jatuh pada susuk tubuh seseorang yang terbaring kaku di hadapan tangga.
Eunwoo.
Terbuka luas mata Jungkook tika melihat sendiri tumpahnya darah lelaki itu di atas lantai.
Lantas tubuh lelaki itu didekati lalu bahu lelaki itu disentuh.
"Eunwoo.." Panggilnya namun dirasakan hanya bisikan halus yang keluar.
Tak semena-mena takungan air matanya semakin berat tika melihat mata lelaki itu yang terpejam rapat.
Pantas kepalanya diangkat, melihat ke tingkat atas saat mendengar bunyi kaca berkecai datangnya dari situ.
"Yerim.."
Bisiknya di dalam hati, menyadarkannya. Lantas setiap anak tangga didaki laju sehinggalah dia sampai ke tingkat atas.
Terbuka luas matanya, hatinya dirasakan hancur tika melihat isterinya sendiri, terbaring di atas lantai, berlumuran darah. Sesak dadanya saat melihat isterinya disepak terajang tepat di hadapan matanya.
"Yerim!" Sebaik saja nama itu diseru, air matanya dirasakan laju saja mengalir.
Dengan matanya hanya tertumpu pada isterinya, laju langkahnya diatur mendekati wanita itu. Semakin deras air mata yang mengalir tika melihat wajah isterinya yang berlumuran darah, tak mampu lagi membuka mata.
"Sara, apa kau buat ni?!" Bentaknya namun tangisannya semakin jelas kedengaran.
"Yerim.. Tolong, jangan tutup mata awak.. Tolong.. Bertahanlah.."
Tubuh isterinya dibawa ke ribanya. Menggeletar tangannya tika menyentuh wajah isterinya sendiri. Darah yang mengalir di wajah isterinya diusap lembut dan perlahan. Sempat dirinya menunduk, melihat sendiri darah yang tak henti-henti mengalir di hujung kaki isterinya. Matanya dipejamkan, menahan sebak.
"Jungkook.."
Luluh hatinya tika suara lembut itu memanggil namanya. Tangan isterinya yang terkapai-kapai hendak menyentuhnya, digenggam lembut.
"Ya saya, sayang.." Bergetar suaranya membalas.
Semakin sesak dadanya menanggung rasa sebak tika melihat senyuman halus terukir di bibir isterinya, seolah-olah rasa sakit tak langsung menyentuh tubuhnya walau seinci.
"Yerim.." Panggilnya perlahan tika melihat perlahan-lahan isterinya itu mula memejamkan mata.
"Yerim, jangan buat saya macam ni.. Bangun ya?" Pintanya namun hati dirasakan pilu tangan isterinya yang sejak tadi di dalam genggamannya dirasakan memberat.
Matanya dipejam rapat, wajah isterinya didekati sebelum dahinya direhatkan di atas dahi isterinya, teresak-esak dirinya menangis di situ. Tangannya masih menggenggam erat tangan isterinya.
.
.
.
100 VOTES, 100 COMMENTS FOR NEXT CHAPTER!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top