6

.
.
.

Sejak tadi, enjin kereta dibiarkan tak terpasang dengan diriku masih tak berganjak, kekal di tempat duduk pemandu.

Terasa sia-sia untuk menangis, masih keliru dengan perasaanku sendiri, aku hanya termenung kosong.

Telefon pintar di atas dashboard aku renung lama sebelum ianya aku capai.

Tanpa menunggu lama, nombor telefon seseorang aku hubungi sebelum speaker aku buka lalu telefon aku letakkan semula di atas dashboard kereta.

Sementara menunggu panggilanku diangkat, aku kembali termenung kosong sehinggalah panggilan telefonku terhubung.

"Yerim?"

Terdengar suara Yoonji memanggil namaku cukup perlahan dan lembut. Semudah itu, mataku mula terasa panas dan membahang.

"Yoonji, kau sibuk ke?"

"Taklah. Lagi pun sesibuk mana pun aku, aku akan luangkan masa aku untuk kau. Bukan selalu kan kita call?"

Mendengar saja kata-katanya sudah cukup buatkan aku terasa sebak. Tawa perlahan aku hamburkan walaupun hakikatnya, di luar kemahuanku, air mataku mula mengalir perlahan membasahi pipiku.

"Yerim.. Kau okay?"

Seolah-olah Yoonji ada di sini denganku, aku cuba untuk tersenyum seraya mengangguk perlahan.

"Aku okay.." Balasku walaupun hakikatnya aku terasa cukup rapuh.

"Yerim, aku tahu kau tak okay.."

Mata aku pejamkan seraya tertawa dengan air mataku semakin deras mengalir.

"Aku nampak Jungkook dengan perempuan tu, Yoonji.."

"Dekat rumah yang pertama kali Jungkook bawa aku lepas dia tolong aku dulu.."

Kini aku mula kehilangan kata-kata saat rasa sebak mula menguasaiku, menyesakkan dadaku.

" In many places, why must it be there? A place that holds many memories of me and him. I started falling in love with him in there, Yoonji .."

Rintihku perlahan dengan rasa sebak yang menerpa, mengingati semula saat-saat itu.

"And you know what, dia bagi kereta aku dekat perempuan tu. Gila kan?" Tanyaku dengan tawa walaupun air mata dirasakan masih mengalir deras membasahi pipiku.

" Sebelum aku ikut perempuan tu sampai ke rumah tu tadi, aku terserempak dengan perempuan tu dan kau tahu apa yang aku nampak perempuan tu beli? Condom, it's a fucking condom, Yoonji.."

Ceritaku lagi dengan getaran tawa perlahan di hujung kataku walaupun hakikatnya hatiku terasa cukup sakit dan perit.

"Yerim.."

Terdengar suara Yoonji memanggil namaku perlahan, pastinya kehilangan kata-kata saat mendengar luahanku sekarang namun aku langsung tak berkecil hati kerana aku sendiri,.. masih keliru untuk menerima semua ini..

"Dulu, aku hampir kehilangan dia dan sekarang.. aku akan kehilangan dia hanya kerana seorang perempuan. "

"Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku tahu, kehilangan dia untuk aku kali ini, bukan rindu yang tak berpenghujung buat aku.."

"Itu dah cukup buat aku.."

.
.
.

Malam tadi, Naeun, Jungwon, Heeseung dan Jaeyun aku biarkan bermalam di rumah omma sementara aku sendirian di rumah, menunggu dirinya pulang.

Sehinggalah hari berganti cerah, aku masih tidak mampu melelapkan mata dan dirinya, masih belum pulang.

Tidak betah untuk terus duduk di dalam bilik, langkah aku atur keluar dari bilik tidur sebelum kakiku melangkah perlahan menuju ke ruang tamu.

Suasana di dalam rumahku sendiri kini dirasakan cukup sunyi tanpa telatah dan gelak tawa Jeon's.

Sedang aku mengatur langkah ke ruang tamu, perlahan-lahan langkahku terhenti saat terdengar pintu utama rumah dibuka lalu ditolak perlahan dari luar.

Serta merta aku menjadi kaku saat sepasang mataku bertembung dengan sepasang matanya yang turut sama menatapku dari ambang pintu.

Dengan tatapan matanya yang kosong buatku, lantas dirinya meleraikan pautan mata antara kami seraya memalingkan tubuhnya membelakangkanku sebelum pintu rumah dikunci kembali.

Kini langkah aku atur mendekatinya sebelum tubuh kami saling berhadapan. Untuk seketika, aku hanya diam, merenung tepat sepasang matanya yang menatapku tanpa perasaan.

"Awak dari mana?" Tanyaku dan terlihat dirinya hanya diam sebelum dengan jelingan, dirinya mengatur langkah meninggalkanku.

"Saya tanya awak, awak dari mana, Jeon Jungkook?" Gesaku sekali lagi dengan waktu yang sama, langkah aku atur mengikutinya.

"Saya balik bukan untuk bergaduh dengan awak." Balasnya buatkan aku tak mampu menahan kesabaranku lagi.

"Mungkin kalau awak jujur dengan saya, kita tak kan gaduh macam ni, Jungkook!"

Marahku seraya menarik lengannya agar dirinya berhadapan denganku sekarang namun serta-merta aku menjadi kaku saat dirinya merentap kuat lengannya.

"Don't you dare to raise your voice at me! Awak fikir dengan siapa awak bercakap sekarang ni? Jungwon?!"

Detakan jantungku kian dirasakan cukup laju saat intonasi suaranya mula meninggi dengan renungan matanya merenungku cukup tajam.

"Sekarang ni, awak jujur dengan saya, dua hari ni, mana awak pergi? Awak tidur mana, Jungkook?" Tanyaku perlahan dengan tekak yang terasa cukup perit.

"Tolonglah jujur dengan saya sebelum saya mula hilang kepercayaan saya pada awak, Jungkook.."

Pintaku perlahan dengan mata yang mula dirasakan cukup sarat dengan air mata saat dirinya masih diam, merenungku cukup tajam.

"Go on. Awak pun memang dari dulu tak percayakan saya kan?" Perlinya dengan tatapan matanya masih merenung tepat sepasang mataku.

"Kalau awak percayakan saya, awak tak kan mintalah budak-budak tu stalk saya! Apa teruk sangat ke saya dekat mata awak, Yerim?!"

"Stop putting everything wrong on me! Right now we are talking about you, Jeon Jungkook! Soalan saya mudah. Mana awak pergi dua hari ni? Mana awak tidur selama dua malam ni? Susah sangat ke untuk awak jujur dengan saya?! Apa yang awak sembunyikan dari saya, Jungkook?!"

"There's no point untuk saya jujur dengan awak kalau dalam otak awak, awak dah fikirkan jawapan untuk soalan awak sendiri."

Mata aku pejamkan, menahan rasa sebak yang semakin menguasaiku.

Sesukar itu, untuk dia berterus-terang dengan aku.

"Sebelum awak hilang kepercayaan awak pada saya?" Tuturnya perlahan, menyindirku dengan kata-kataku sendiri.

"You already lost it, Yerim.."  Dengan matanya yang mula terlihat berkaca saat menatapku sekarang, kata-katanya itu menyapa perlahan di pendengaranku.

Tidak mampu untuk terus bertentangan mata dengannya, panahan mata aku kalihkan dari terus berpaut pada sepasang matanya yang masih tidak lepas dari terus merenungku.

Mata aku pejamkan, membiarkan air mata yang dirasakan mula mengalir deras membasahi pipiku saat dirinya mula mengatur langkah meninggalkanku.









.
.
.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top