59

.
.
.

Tanpa mempedulikan soalannya, lantas aku mengundur sebelum langkah aku atur laju  mendekati tangga. Menggigil seluruh tubuh aku bila merasakan dirinya sedang mengejarku.

Belum sempat kaki aku hendak menapak pada anak tangga yang pertama, dirasakan tanganku ditarik lalu direntap kuat agar berhadapan dengannya.

Aku menjerit kuat dan cemas, rasa jijik mengalir dalam tubuh aku tika dirinya memeluk aku erat, melemaskan aku dalam dakapan tubuhnya.

Meronta-ronta aku minta dilepaskan. Tangan aku memukul kuat tubuhnya namun dirasakan sia-sia, malah pelukannya pada tubuhku diperkemaskan.

"Lepaskan akulah!"

"Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau? Sebelum ni aku tak dapat kau, kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu saja malam ni?!"

Dengan sekuat tenaga, tubuhnya aku tolak sehinggalah aku jatuh terduduk di hadapannya.

Perlahan-lahan aku menunduk dengan mata terpejam, menahan rasa ngilu di bahagian pinggang dan pinggulku. Dengan mata yang masih terkatup rapat, dapat aku dengar tawa sinisnya.

"Cantik juga kau ni."

Lantas mata aku celikkan seraya mengangkat kepala, memandang tepat sepasang matanya yang kini sedang duduk bertinggung di hadapanku.

Senyuman dan lirikan matanya pada tubuhku cukup menjijikkan.

Sumpah, aku tidak mengenali lelaki tua ini namun melihatnya sekarang cukup mengundang trauma di dalam diri aku.

Aku ingin bangun dan melawan namun bahagian pinggul dan bawahku dirasakan cukup ngilu.

Sekali lagi mata aku pejamkan tika bahagian bawah perutku dirasakan bagai ditusuk-tusuk dengan jarum halus, nyerinya aku rasakan hingga kaki mula merasakan seram sejuk. Peluh dingin mula aku rasakan mengalir di dahi.

Namun lantas mata aku celikkan seraya tangan berpaut pada pemegang tepi tangga tika dirinya hendak menarik aku masuk semula ke dalam bilik.

"Lepaskan akulah! Kau siapa?! Apa kau nak dari aku?!" Lantang aku bersuara walau hakikatnya air mata mula mengalir membasahi pipi tanpa aku sedari, menahan sakit dan takut.

"Diamlah, perempuan! Jangan sampai bisu kau aku kerjakan!"

Mata aku pejamkan seraya meraung kesakitan tika rambutku digenggam kemas lalu direntap kuat, hingga terlepas genggamanku dari terus berpaut pada pemegang tangga.

Dalam sekelip mata, aku diheret masuk ke dalam bilik tidur. Teresak-esak aku menangis seraya meronta-ronta minta dilepaskan.

Dengan penglihatan yang dikaburi dengan linangan air mata, dapat aku lihat wujudnya garisan cecair merah pekat di atas lantai, disepanjang arah aku diheret, yang mengalirnya dari celahan pehaku.

Merah darah.

Darah aku..

Hati mula dipagut pilu, lantas tangan aku memegang perutku, memeluknya dengan sebelah tangan seolah-olah dengan cara ini aku dapat melindunginya.

Sampai saja di dalam bilik, tubuh aku ditolak kuat ke sisi katil, menghentakkan belakang tubuhku pada palang katil.

"Tolonglah jangan sakitkan kami, tolonglah.." Pintaku dengan tangisan seraya perlahan-lahan mengundur walau aku tahu, aku tak akan boleh lari darinya.

Tangan masih memeluk erat perutku sendiri walau hati dirasakan pilu saat aku dapat merasakan sendiri darah yang tak henti-henti mengalir. Rasa ngilu dan nyeri semakin menguasai, melemahkan aku untuk bergerak walau seinci.

"Tolonglah jangan apa-apakan kami.." Rayuku lagi dengan mata yang terpejam, air mata semakin deras mengalir.

Andai aku mati sekali pun malam ini, jangan aku bawa anak aku sekali..

Cukuplah aku gagal melindungi Eunwoo dulu..

Sebelah tangan aku berpaut kuat pada palang katil, menahan sakit yang mula dirasakan tak tertanggung. Membiarkan dirinya memerhati aku dengan senyuman tanpa belas kasihannya.

Sehinggalah lelaki tua itu perlahan-lahan duduk bertinggung di hadapan aku. Pantas aku mengelak, memalingkan kepalaku ke sisi kiriku tika dirinya hendak mengusap lembut rambutku.

"Tak payah nak berlagak sucilah. Sedangkan pakcik kau pun pernah merasa kau. Perempuan kotor. Bodohnya suami kau, masih mahu memperisterikan perempuan seperti kau. Tak lebih dari tin kosong, ditebuk sana sini."

Kepala aku angkatkan, menatapnya tajam. Untuk seketika, hilang rasa sakit aku tika dirinya selamba menghina aku dan suami aku.

"Kau kenal Sara?" Soalnya perlahan. Sekali lagi aku mengelak tika dirinya hendak menyentuh daguku.

"Dia anak saudara aku."

Berderau darah aku tika mendengar pengakuannya itu.

"Kau mesti dah dapat agakkan kenapa aku ada di sini?" Soalnya lagi sebelum tawanya tercetus.

"Dia nak kau rasa apa dia rasa dan aku berbesar hati nak tunaikan hasrat dia. Aku sayang dia, aku akan buat apa saja untuk dia. Walaupun aku perlu rogol kau!"

"Kau dah gila ke?! Aku lagi sanggup matilah!" Jerkahku sekuat hati. Menggigil seluruh tubuh aku menahan jijik dengan kata-katanya yang diakhiri dengan tawa puasnya.

Naik turun nafas aku tika dirinya menghampiri aku lalu tanpa amaran leherku dicengkam kuat, menyesakkan saluran pernafasanku.

"Aku tak perlukan kau, aku perlukan badan kau. Mati atau tak, aku akan tetap teruskan."

Meremang seluruh tubuh aku tika mendengar ugutannya yang dibisikkan perlahan di telinga aku.

Gila. Lelaki tua di hadapan aku ni cukup gila.

Dengan keadaan aku sekarang, dia masih dikuasai dengan rasa dendam dan nafsunya.

"Pilih sekarang, kau nak hidup atau mati? Mak macam apa kau ni biarkan anak kau mati sebelum lahir?"

Air mata tak dapat aku tahan tika dirinya menggertakku. Bukan kerana takut namun terasa pilu. Mengingati anak sulung aku yang pergi tanpa sempat melihat dunia.

Semuanya salah aku..

"Tolonglah, apa saja asalkan bukan anak aku, tolonglah.."

"Kau nak pukul aku, pukullah tapi jangan apa-apakan anak aku.."

Tersenyum dia tika mendengar rayuanku yang silih berganti dengan tangisanku.

"Kau pasti?" Soalnya dan tanpa gentar, aku mengangguk.

"Tak takut kalau aku rogol kau nanti?" Soalnya sinis dan kali ini aku terdiam.

"Apa kata kau bagi aku bersihkan diri dulu? Tak kan kau nak sentuh aku dengan aku berdarah macam ni, kan?" Soalku perlahan, kali ini dia pula terdiam. Menunduk, melihat seluar aku yang sudah berlumuran dengan darah.

Kalau berhadapan dengan psycho sepertinya, aku harus berfikiran sama dengannya.

"Bagi aku bersihkan diri dulu, baru aku layan kau, boleh?" Soalku lagi, kali ini aku akhirinya dengan senyuman.

Spontan bibirnya turut sama mengukirkan senyuman.

"Okay."

Tanpa disuruh, dia membantu aku untuk bangun. Mata aku pejamkan, menahan sakit yang tertanggung dan semakin mengilukan namun riak wajah kembali aku hamparkan setenang mungkin di hadapannya.

Kini dia mengambil peluang berjalan-jalan di keliling bilik tidur ini sementara aku berura-ura hendak ke tandas namun mata ligat mencari sesuatu.

Telefon pintarku.

Namun langsung tak aku lihat. Pastinya dia terlebih dahulu menyembunyikannya dari aku.

Perlahan-lahan aku menunduk, melihat deraian kaca bingkai gambar perkahwinan aku dan Jungkook yang masih berselerakan di atas lantai.

Sempat aku menoleh, melihat lelaki tua itu. Terlihat dirinya sedang leka membelek-belek kertas kerja aku dan Jungkook di meja kerja kami.

Tanpa menunggu lama, aku menunduk, mengambil serpihan kaca yang paling besar dan hujungnya paling tirus. Genangan air mata memenuhi tubir mata tika melihat gambar perkahwinan aku dan berakhir lama pada wajah Jungkook yang sedang tersenyum, melihatku.

'Saya akan cuba, sampai hujung nyawa saya untuk pertahankan anak kita dan saya..'

"Sayang, kenapa berdiri dekat situ?"

Mata aku pejamkan, tika mendengar suara dan derapan kakinya menghampiri aku. Serpihan kaca di tangan aku genggam, mengumpul kekuatan.

"Sayang—"

Lantas aku memalingkan tubuh sebelum pantas tangan aku menekan kuat hujung tirus serpihan kaca di tanganku pada lehernya. Terbeliak matanya menatapku, tangannya menggenggam kuat tanganku yang mula dilumuri dengan darahnya.

"A—apa kau buat ni?!"

"Lelaki macam kau layak mati." Tuturku dengan suara yang bergetar.

Tak cukup itu, serpihan kaca itu aku tarik dari lehernya, membiarkan darah memancut keluar sebelum lehernya aku kelar, mengundang jeritannya.

Lantas aku mengundur tika dirinya terjelopok jatuh di atas lantai, menggelupur kesakitan dengan darah yang tak henti-henti mengalir.

Setelah yakin dirinya tak mampu lagi menghalang atau mengejarku, sedaya upaya langkah aku atur keluar dari bilik. Tangan menekan kuat perut sendiri, menahan ngilu dan nyerinya bagai disiat-siat dari dalam. Kekuatan aku kumpul dengan tangan berpaut pada dinding.

"Kau ingat kau boleh lari?"

Lantas aku menoleh tika terdengar satu suara menegurku dari belakang, suara perempuan.

Belum sempat aku menoleh, terasa permukaan keras menghentak kuat belakang kepalaku. Terdengar kaca berkecai. Aku mula hilang keseimbangan tatkala menahan sakit yang mencengkam kuat belakang kepalaku.

Sekelip mata, sekali lagi aku jatuh terduduk di atas lantai, menghentak kuat pinggul dan bahagian bawah tubuhku.

Belum sempat aku membuka mata, dirasakan hentakan yang kuat berkali-kali menghentam kepalaku. Bukan dipukul, namun disepak berkali-kali sehingga aku merasakan sendiri hancurnya wajahku.

Tak pernah lupa, tanganku memeluk erat perutku, melindunginya walau dirasakan cukup lemah untuk melawan deminya.

"Yerim!"

Sayup-sayup kedengaran suara seseorang memanggil namaku. Kini wajahku tak lagi dirasakan kebas, berganti dengan pedih dan denyutan yang menyakitkan tatkala kepalaku tak lagi disepak terajang.

"Sara, apa kau buat ni?!"

Kemudian deria pendengaranku tak mampu lagi menangkap apa-apa bunyi, pandangan aku juga mula terlihat kabur. Rasa sakit dan nyeri kini menguasai seluruh tubuhku sehingga kan aku tak mampu menangis lagi.

Terdengar esakan seseorang menghampiriku sebelum dirasakan tubuhku diangkat ke atas ribanya. Esakannya semakin jelas kedengaran. Dalam pandangan yang terlihat cukup kabur, aku cuba menatapnya namun yang aku lihat hanyalah wajahnya yang kosong.

"Yerim.. Tolong, jangan tutup mata awak.. Tolong.. Bertahanlah.." Rayunya dengan tangisan.

"Jungkook.."

Terdengar esakannya semakin jelas kedengaran tika aku menyebut namanya.

"Ya, saya sayang.."

Tersenyum aku tika mendengar suaranya. Perlahan-lahan mata aku pejamkan.

Cukuplah dengan hanya mendengar suaranya, aku merasa tenang..









.
.
.










Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top