57
.
.
.
Hari ini, seorang diri aku ke hospital. Melakukan pemeriksaan kandunganku yang usiannya sudah hampir mencecah sembilan bulan.
Selesai check up, aku terus masuk ke dalam kereta, duduk termenung di situ. Seorang diri, aku melayan perasaan aku sendiri.
"Jangkaan tarikh baby untuk lahir makin dekat, sepatutnya ada peluang untuk posisi placenta berubah dari terus menutupi laluan cervix tapi maafkan saya, Yerim.. It seems like your baby's placenta still remains over the servix.."
"Our last solution is for you to go through a c-section during delivery later."
"Minggu depan Puan boleh bawa suami Puan sekali ke sini untuk kita bincangkan prosedur selanjutnya dan tetapkan tarikh bagi pembedahan nanti."
"Jangan risau Yerim,.. Saya akan pastikan awak dengan baby awak selamat.."
Perlahan-lahan mata aku pejamkan, cuba menenangkan hati sendiri. Mata kembali aku celikkan bila terasa pergerakan baby.
Semenjak kandungan hampir sembilan bulan ni, memang dah tak ada ruang untuk dia menendang, jadi yang aku rasakan hanyalah pergerakannya setiap kali dia menukar posisi.
Tersenyum aku sambil tangan mengusap lembut perut bahagian bawah aku, tahu posisi kepalanya ada di situ.
"Tak sabar eh nak keluar jumpa omma? Selalu dengar suara omma je kan, mesti nak tahu muka omma macam mana." Dah jadi rutin harian, mesti ajak dia berborak. Lagi-lagi lepas kes dia mogok tak nak gerak dulu.
"Tak apa, kejap lagi kita jumpa. Omma tak adalah cantik mana pun, comel je." Gurauku sambil tersengih.
"Duduk dalam tu elok-elok tau, kejap lagi kita jumpa. Ya sayang?" Pintaku seraya tersenyum halus.
Tiba-tiba saja suasana dirasakan cukup hening, rasa sebak kembali menyelubungi hati.
Perlahan-lahan mata aku pejamkan, membiarkan air mata aku melurut jatuh membasahi pipi aku, satu per satu. Dada dirasakan sesak menangis tanpa suara.
Hujung lengan baju aku gunakan untuk mengelap air mataku sendiri. Tak henti-henti tanganku menghapus air mataku sendiri, mengharapkan rasa pilu di hati ini pergi namun sebaliknya, rasa sebak semakin mencengkam dada.
Pertama kali, aku merasa keseorangan, sama seperti sebelum aku mengenali dia, Jungkook..
.
.
.
"Comelnya mak buyung!"
Tergelak aku bila dari jauh Somi dah menjerit tengok aku yang terkedek-kedek menghampirinya yang sudah sampai di kafe ini lima belas minit lebih awal dari aku.
"Diamlah. Macam first time pula tengok aku pregnant." Omelku seraya mengambil tempat duduk di depannya. Hampir tersangkut perut aku dekat bawah meja, nasib tak terberanak aku dekat sini.
"Bomi mana?" Soalku. Rindu pula dengan anak buah aku sorang tu.
"Dekat rumah mertua akulah. Cucu kesayangan kan."
Terangguk-angguk aku. Maklumlah, cucu pertama.
"Kenapa nak jumpa aku?" Soalnya buatkan laju saja aku mencebik.
"Asal? Tak boleh ke? Dahlah aku nak balik." Soalku pula, sentap. Pada masa yang sama berura-ura hendak bangun buatkan Somi kelam-kabut menghalang.
"Ish, bukanlah! Aku tanya jelah. Duduk diam-diam."
Tersengih aku bila kedua-dua tangannya menggenggam tangan aku di atas meja. Takut betul aku lari. Tak tahu ke dia aku sekarang ni nak jalan pun susah.
"Yerim."
"Hmm."
"Rindu kau."
Dua patah saja namun cukup menyentuh hati. Tergelak aku bila melihat matanya yang berkaca tika menatapku sekarang.
Padahal itulah alasan aku hendak bertemu dengannya hari ini, rindu.
"Kau sihat?" Soalnya perlahan. Dengan senyuman aku hanya mengangguk. Tak perlulah dia tahu lebih tentang aku, cukuplah dia tahu yang aku baik-baik saja.
"Budak kecik tu sihat?"
Tergelak aku, tahu dia bertanyakan tentang bayi di dalam kandunganku.
"Sihat, dah siap packing baju dah pun nak keluar tengok dunia." Gurauku, mengundang tawanya.
"Mesti dia comel macam Naeun kan nanti?"
Tersenyum aku tika mendengar nama Naeun. Mungkin cinta pertamanya adalah ayahnya. Namun bagi aku, dialah cinta pertamaku. Pertama kali tubuh kecilnya diserahkan padaku, terus aku jatuh cinta padanya.
"Somi.."
"Hmm?"
"Boleh aku minta tolong kau?"
"Tolong apa?"
"Kalau satu hari nanti, Naeun perlu membesar tanpa aku, tolong ajarkan dia semua benda yang sepatutnya menjadi tanggungjawab aku.. Jangan bagi dia rasa kurang sikit pun hidup tanpa seorang ibu.. Boleh?" Pintaku dengan senyuman walhal penglihatanku mula dirasakan kabur.
"Yerim.."
"Aku risaukan semua anak-anak aku tapi aku palingkan risaukan dia.. Dia satu-satunya perempuan.. Sampai masanya dia akan tetap perlukan aku.. Aku tahu, sebab aku sendiri hidup tanpa seorang ibu.. Tolong jangan bagi dia rasa macam apa yang aku rasa dulu.. Tolong aku ya?"
.
.
.
Sedar tak sedar, sampai ke malam aku dan Somi meluangkan masa bersama. Sempat kami singgah ke mall tadi selepas makan, tak membeli apa-apa sebaliknya aku hanya menemani Somi membeli barang dapur dan sedikit pakaian.
Setelah itu, sekitar jam sepuluh malam, barulah aku pulang ke rumah. Badan mula terasa letih namun cuba aku tahan. Sepatutnya aku dengar saja cakap Somi untuk terus pulang ke rumah selepas makan di kafe tadi cumanya aku yang berkeras hendak mengikutnya membeli barang dapur.
Kereta aku parkir di sebelah kereta Jungkook. Sudahlah aku tak memberitahu dia yang aku hendak keluar hari ni, appointment hari ni pun tak aku ceritakan pada dia. Seharian juga aku tak check phone, mesti penuh notifikasi telefon aku sekarang dengan mesej dan panggilan darinya.
Dan sekarang, aku balik lambat pula. Pasti Jeons semua sudah lena di katil masing-masing. Teruknya aku sebagai seorang ibu. Semua tanggungjawab aku, aku lepaskan pada Jungkook dan omma.
Tanpa berlengah, kereta aku kunci sebelum langkah aku atur ke pintu utama rumah. Tatkala sedar pintu rumah tidak berkunci, tahulah aku dia sedang menunggu aku.
Sebaik saja daun pintu aku tolak perlahan, terlihat susuk tubuhnya sudah berdiri tegak di depan pintu, menunggu aku masuk ke dalam rumah.
Seperti biasa, pandangan sekilas aku berikan padanya sebelum pantas aku menunduk. Pintu rumah aku tutup kembali dan kunci.
"Dari mana?"
Sebaik saja aku memalingkan tubuh dan hendak menapak pergi, terdengar suaranya cukup mendatar bertanyakan soalan itu kepada aku. Pandangan aku lurus ke depan namun dirasakan panahan matanya tepat pada sepasang mataku.
"Pandang saya bila saya tanya awak, Yerim." Tegas dia menegurku namun aku masih diam, enggan membalas renungan matanya.
"Kenapa tak jawab call saya? Awak keluar tak bagitahu saya tak apa, abaikan je saya tapi tolong, jawab bila saya call awak. Awak bukan pergi sendiri Yerim, awak bawa baby kita sekali. Apa-apa jadi pada awak, same goes to our baby. Saya risau awak faham tak?"
"Maaf." Balasku tak berperasaan. Sekali lagi langkah hendak aku atur meninggalkannya namun pada masa yang sama juga, pantas dirinya menghalang.
"Sampai bila awak nak layan saya macam ni, Yerim? Sampai bila awak nak abaikan saya? Pandang saya bila saya ada di depan awak, Yerim! Jangan buat saya macam tak ada dekat depan awak!"
Tersenyum aku tika suaranya cukup lantang menyapa pendengaranku.
Dia dah berputus asa dengan aku..
"Saya cuba bersabar dengan awak, saya dah cuba macam-macam untuk kembalikan kita yang dulu tapi kenapa, kenapa seolah-olah awak tak nak buat perkara yang sama, Yerim.."
Dapat aku rasakan kelelahan di dalam suaranya tika kata-katanya itu diungkapkan padaku namun aku masih diam tak berperasaan di hadapannya.
"Awak cakap awak percayakan saya. Awak cakap awak tak marahkan saya. Awak tahu semuanya bukan salah saya. Tapi kenapa ini layanan yang awak berikan pada saya? Berminggu-minggu awak tak bercakap dengan saya, pandang saya pun awak tak nak, Yerim.."
Desakannya mula dirasakan menyesakkan dada namun aku masih diam.
"Apa lagi yang saya perlu buat untuk awak maafkan dan percayakan saya? Awak bagitahu saya, Yerim. Bukan awak seorang yang terkesan, Yerim. So am I, Yerim.. Saya yang diperangkap dan apa yang lebih menyakitkan, isteri saya sendiri tak percayakan saya.."
"Berapa kali saya nak beritahu awak, saya percayakan awak, Jungkook."
"But your eyes tell me otherwise, Yerim.. Sedar tak awak Yerim yang awak tak sama macam dulu.. Awak mengelak dari saya, awak abaikan saya, ini yang awak kata awak percayakan saya?"
"Mungkin saya tak sekuat awak ketika awak melihat saya bersekedudukan dengan lelaki lain dulu.." Walau mata mula dirasakan panas dan membahang, tenang aku bersuara dengan senyuman terukir di bibirku.
"Bagi saya waktu dan ruang untuk terima semua ni.."
"Saya dah bagi, Yerim.. Saya dah bagi.. Apa lagi yang tak cukup?" Rintihnya perlahan.
"Awak dah berputus asa dengan saya?" Soalku perlahan dengan senyuman.
"You are the one who has given up on us, Yerim.."
Dada dirasakan sesak menahan pilu namun aku hanya tersenyum. Dengan penglihatan yang dikaburi dengan air mata, wajahnya yang terlihat samar aku tatap.
"Awak abaikan saya.. Awak abaikan anak-anak kita.. Awak tahu tak Naeun pernah menangis kerana kita, Yerim.."
Hati diruntun rasa sebak namun aku riak tak berperasaan masih aku tunjuk di hadapannya.
"Jaeyun demam, menangis cari awak, rindukan awak.. Awak tahu ke, Yerim?"
Genangan air mata mula dirasakan cukup sarat, memaksa aku melarikan pandanganku dari terus membalas tatapan matanya.
"Awak dah tak sama macam dulu, Yerim.." Rintihnya perlahan dan aku tahu, tatapan matanya masih terus ada padaku.
"Saya sayang awak, Yerim.. Sayang sangat-sangat.. Tapi pernah ke awak nampak semua tu? Awak tak pernah hargai usaha saya untuk meminta maaf dari awak, awak tak pernah hargai usaha saya untuk kembalikan kita yang dulu.. Saya rindukan awak, Yerim.. Saya rindukan kita yang dulu.."
Ada getaran pada hujung suaranya buatkan hati aku turut sama merasakan pilunya.
"Saya dah penat untuk terus bertahan kalau awak terus macam ni, Yerim.."
Hati dirasakan rapuh tika mendengar luahan hatinya yang satu itu. Lantas aku menoleh, menatap tepat wajahnya.
"Saya tak minta awak terus bertahan dengan saya. Saya tak pernah halang awak kalau awak nak pergi. Kalau awak rasa awak dah tak tahan dengan saya, kalau awak rasa awak dah penat dengan saya, awak boleh pergi! Tinggalkan saya! Bawa anak-anak awak sekali!"
Dengan air mata yang mula dirasakan tak tertahan mengalir membasahi pipi, cukup lantang aku bersuara. Dapat aku lihat riak wajahnya yang terkedu sebelum dalam diam berubah riak, terkilan.
"Awak betul-betul nak saya pergi?" Soalnya perlahan namun aku biarkan sepi tak berjawab.
"Saya tanya awak, Yerim. Do you really want me to leave?"
Tak mampu untuk terus bertentangan mata dengannya, pautan mata antara kami aku leraikan dengan air mata yang tak henti-henti mengalir membasahi pipi.
"See, you want me to leave.. Kalau itu yang awak nak, saya akan tunaikan. Saya akan pergi. Bukan sebab saya dah tak sayang dan cintakan awak, tapi sebab awak sendiri yang nak saya pergi dari hidup awak.."
Mata aku pejamkan, menahan tangisan yang menyesakkan dada tika dirinya mula bersiap-siap hendak pergi. Terdengar kunci kereta miliknya diambil sebelum dirasakan dirinya mengatur langkah laju melepasi aku.
Kini esakan tak dapat aku tahan tika terdengar pintu rumah ditutup rapat. Tangan aku berpaut pada sofa, menahan tubuh dari terjelepok jatuh ke atas lantai tika tubuh dirasakan cukup lemah. Teresak-esak aku menangis sendirian.
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top