54

.
.
.

Hujung minggu ni, aku dan Jeons duduk di rumah omma. Atas arahan Jungkook, terpaksalah aku menurut. Ikutkan hati nak saja aku duduk di rumah macam biasa tapi katanya risau tak ada siapa yang nak tengok-tengokkan aku dengan anak-anak nanti waktu dia tiada selama dua hari.

Jumaat dan Sabtu nanti Jungkook akan ke Daejeon, menjadi pengiring pasukan bola sepak kolejnya untuk kejohanan di sana.

Pada mulanya dia pun enggan hendak meninggalkan aku dengan anak-anak sendirian di sini namun kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, akhirnya dengan berat hati dia meninggalkan kami pagi ini.

Bila malam, semua dah tidur, mulalah aku rindukan dia. Termenung sendiri. Baru sejam lepas kami berbual di dalam telefon tapi aku dah rindu balik. Entah-entah dia pun dah tidur, penat seharian menguruskan pelajar-pelajarnya.

Tiba-tiba terdengar bunyi getaran telefon pintarku yang sejak tadi aku letakkan di sisi kepala. Tanpa menunggu lama, terus aku capai telefon pintarku. Sempat aku mengerling Heeseung dan Jake yang berkongsi katil denganku malam ini, tampak lena sungguh.

Terlihat pemberitahuan mesej masuk dari group chat yang selalu aku gunakan sebagai catatan berapa kerap baby gerak setiap hari.

<👣👣🍼
Snowball🐰,You

Snowball🐰
Baby tak gerak hari ni?

Berderau darah aku. Baru tersedar yang hari ini aku langsung tak perasan atau check berapa kerap baby gerak atau kick aku. Paling risau bila aku rasa, baby langsung tak gerak hari ni.

Tak tunggu lama, terus tangan aku mengusap perlahan perut sendiri. Mula-mula perlahan, lama-lama aku yang cuak sendiri bila masih tak ada respons dari dia di dalam sana.

Kali ni atas perut aku tepuk-tepuk sikit, goncang-goncang sikit kasi baby dekat dalam cuak sekali ingatkan gempa bumi tapi geram pula rasa bila dia masih diam.

Tidur dah ke?

Tak gerak pun
😭😭

Aku dah mula cuak. Rasa menggeletar je tangan waktu menaip tika ini.

Snowball🐰
Dah cuba borak dengan dia?

"Baby, dah tidur ke?"

Terus aku ikut cadangan Jungkook, ajak baby borak dengan tangan masih sibuk menyentuh perut sendiri.

"Merajuk dengan omma ke sebab sehari tak ajak baby borak? Alah, janganlah." Pujuk aku sedih tapi masih diam buatkan laju saja mata aku dikaburi dengan genangan air mata.

Snowball 🐰
Tak gerak lagi?

Tak
😭😭

Snowball🐰
Cuba makan aiskrim ke jajan
Mana tahu dia bangun
Macam omma dia,
pantang orang buka jajan ke aiskrim mesti laju je dia bangun

Tak lawaklah
Saya risau ni
😭😭

Snowball🐰
Sayang jangan panik dulu
Dia tengah tidur tu

Tapi sehari dia tak gerak
Macam mana niii
😭😭😭

Snowball🐰
Jangan panik dulu sayang
Sekejap

Air mata yang mencurah-curah aku kesat bila ada panggilan masuk dari Jungkook. Tak tunggu lama terus aku angkat. Tersedu-sedan aku, menyedut hingus yang ikut sama meleleh.

"Lah, sayang nangis ke ni?"

"Taklah, mana ada." Balas aku walaupun terdengar jelas betapa sengaunya suara aku dengan suara sedu-sedan aku menyedut hingus.

"Dah, dah. Jangan nangis, nanti saya drive balik malam ni juga nanti."

"Janganlah, bahaya."

Tergelak dia dengar balasan dari aku.

"Tengah nangis pun sempat risaukan saya ya? Dahlah, jangan nangis. Sedih saya dengar dekat sini. Baby okay tu. Jangan risau ya? Mungkin dia ada gerak tadi tapi awak yang tak perasan. Awak kan lately ni pelupa. Kiss saya pun kadang-kadang awak lupa. Lagi pun space baby dalam tu dah sempit, dah tak muat dah dia nak guling-guling macam dulu. Dah ya?"

Akhirnya aku hanya mengangguk sambil menggosok-gosok mata sendiri.

"Awak letak speaker phone awak dekat dengan baby sekejap."

Pintanya buat dahi aku berkerut.

"Buat apa?"

"Nak marah dia sebab buat awak menangis."

Akhirnya tergelak juga aku sebelum loud speaker aku hidupkan. Rasanya Heeseung dan Jake pun tak kisah, dua-dua kalau dah tidur, sama macam aku. Hidupkan mercun roket sebelah kami pun belum tentu ada yang bangun.

Setelah itu phone aku letakkan di tepi perut aku, dekat dengan baby.

"Adik."

Tergelak lagi aku bila bagaikan member, selamba dia panggil baby kami dengan panggilan 'adik'.

"Bangunlah. Kesian omma nangis risaukan adik. Bangun eh. Sekejap pun jadilah, lepastu adik sambunglah tidur. Mimpi indah-indah dalam tu sebab sekejap lagi pun adik dah nak keluar. Tak kan ada tempat yang lebih selesa dari dalam lindungan ibu, kan?"

Pantas saja mata ini dikaburi dengan air mata tika mendengar ayatnya yang terakhir itu. Hati diselubungi rasa sebak sendiri namun bibir masih mampu mengukirkan senyuman walau dirasakan cukup hambar.

Semakin lebar senyumanku tika merasakan tendangan baby tepat di telapak tanganku yang sejak tadi mengusap lembut perutku sendiri.

Sekali, dua kali, diikuti dengan pergerakannya yang seolah-olah sedang mengubah posisinya di dalam sana.

Rasa senak dan tidak selesa setiap kali merasakan pergerakannya namun setiap kali itu juga, dada dirasakan lapang. Tahu yang dia baik-baik saja di dalam sana, itu sudah lebih dari cukup buat aku.

"Awak.."

"Hmm?"

"Baby gerak lepas dengar suara awak."

Dapat aku dengar dirinya menghembuskan nafas lega di talian sana. Tahu yang tadinya pun dia turut sama risau dan cuak seperti aku namun tak nak aku semakin cemas, dia cuba terlihat biasa agar aku turut sama bertenang.

"Merajuk dengan saya agaknya sehari tak dengar suara saya. Selalu kan setiap malam saya berborak dengan dia sampai awak suruh saya diam, halau saya tidur luar."

Bergegar bahu aku menahan tawa mendengar rungutannya. Hujung-hujung tu sempat pula dia mengadu kasih ya.

Sepanjang Jungkook bersuara, sepanjang itulah baby galak bergerak di dalam sana buatkan aku tersenyum lega.

"Awak kalau dah ngantuk, pergilah tidur."

"Tak apa. Biar saya temankan awak. Baby pun mesti tak puas lagi dengar suara saya tu. Ke ibu dia sekali?"

Sekali lagi tawa aku tercetus saat dirinya mengusik aku.

"Awak tak penat ke?" Soalku.

"Taklah, rasa penat saya terus hilang setiap kali saya mendengar suara awak. Lagi-lagi bila dengar awak gelak. Comel."

Tersengih aku bila kena puji dengan suami sendiri. Yalah tu comel. Aku gelak dahlah macam monyet nampak sedara.

"Yalah tu comel. Tipu."

"Kalaulah awak boleh lihat diri awak sebagaimana saya melihat awak, pasti awak akan jatuh cinta dengan diri awak sendiri, Yerim.."

Akhirnya, tersenyum juga aku. Makin rindu pula aku dengannya.

"Sayang saya?"

"Sayang.."

.
.
.

Hujung minggu ini, sengaja aku mengajak Jungkook ke Busan. Menziarahi kubur halmeoni, sekali gus tidur di rumah halmeoni.

Tak larat hendak bermain dengan Jeons di tepi pantai, akhirnya aku hanya memerhati mereka dari jauh yang seronok bermain air bersama Jungkook di gigi air.

Heeseung dan Jake turut sama serta dengan pelampung dan pastinya sentiasa diawasi oleh Jungkook serta abang dan kakaknya. Punyalah gembira dua bujang kecik tu dapat bermain dengan air.

Aku lebih memilih untuk duduk di tempat kegemaran Jungkook setiap kali berada di sini, di batu besar yang terdampar berdekatan persisiran pantai ini.

Seperti biasa, sebatang pen dan sebuah buku nota yang hampir separuhnya sudah terisi dengan catatanku sentiasa ada di atas ribaku.

Baru saja tadi, aku menghamparkan nukilanku di dalam buku ini. Air mata yang menitis di hujung catatanku aku biarkan mengering dengan sendiri.

Sekarang ini, biarlah aku menghayati dan mengamati pemandangan indah di hadapanku tika ini. Memerhati senyuman, tawa anak-anak dan suami aku. Lima Jeon kesayangan aku.

Kini panahan mata aku terhenti lama pada wajahnya;

Jungkook.

Sama seperti aku, terlihat renungan matanya cukup lembut memerhati anak-anak kami bermain, terukir senyuman halus di bibirnya.

Hanya dari tatapan matanya buat anak-anak kami cukup untuk membuktikan betapa sayang dan kasihnya dia pada mereka.

Tak risaulah aku jika apa-apa jadi pada aku nanti..

Namun ada sesuatu yang merisaukan aku..

Dia..

Jungkook..

Bagaimana dengannya tanpa aku nanti?

.
.
.

Waktu sudah menginjak tepat satu pagi. Persisiran pantai ini juga mula dirasakan sunyi sepi, hanya angin malam yang menderu lembut menemani aku. Seorang diri aku duduk di atas batu besar berhampiran pantai ini.

Tiba-tiba saja aku suka duduk di atas sini. Dulu aku tak faham kenapa Jungkook suka sangat duduk melepak dekat sini tapi sekarang, aku mula faham kenapa. Rasa tenang setiap kali ada di sini.

"Ya tuhan, dekat sini rupanya dia. Yerim!"

Dari jauh dah dapat aku dengar bebelan seseorang yang cukup aku tahu siapa.

Toleh saja, terus aku sengih bila susuk tubuh Jungkook sudah sampai di tepi aku. Mendongak dia melihat aku di atas batu ini, bercekak pinggang menahan marah saat merenung aku sekarang.

"Awak buat apa dekat sini malam-malam? Satu rumah saya cari awak tahu? Tahu tak bahaya duduk sini sorang-sorang?"

"Mana ada sorang-sorang, ada ba—"

"Apa? Baby? Ha memang dia boleh tolong awak kalau-kalau ada dugong merangkak naik atas darat ni kejar awak."

Mulut yang masih terbuka nak menjawab ni terus terkatup rapat bila dia dah mula membebel gaya pakcik-pakcik dia.

"Saya tak boleh tidurlah." Sekian cerita sedih dari aku. Macam biasa, nak tambah sedih, aku tunduk tengok perut sendiri.

"Habis tu tak boleh tidur, datang sini, jadi boleh tidur ke?"

Aku jeling dia, berlinang air mata kena perli. Dulu-dulu sebelum kahwin tak apa ah dia dok loyar buruk dengan aku. Ni lepas anak dah masuk tujuh ni, emosi lak aku dengan dia ni.

Mungkin sengaja nak memujuk aku cara halus, senyap-senyap dia duduk sebelah aku. Aku masih jual mahal, duduk tengok perut sendiri sampailah terasa bahunya cukup lembut, menyenggol bahu aku. Nak bagitahu akulah tu dia ada dekat sebelah aku.

Terdengar tawa halusnya bila kena jelingan maut dari aku.

"Pandai eh sekarang, tukar tempat dengan bantal. Ingat saya tak perasan? Boleh terjaga tau saya dari mimpi kalau tidur tak peluk awak."

Aku hanya diam seraya menjelingnya sekilas saat mendengar runguntannya sebelum dia turut sama diam seperti aku namun dapat aku panahan matanya ada padaku. Dengan senyap, dia membaca riak wajahku.

"Kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak, awak boleh kongsi dengan saya, Yerim.."

Perlahan-lahan aku menoleh seraya mengangkat kepala, membalas renungan matanya.

"Apa yang mengganggu fikiran isteri saya ni, hmm?"

Soalnya seraya tangannya mengelus lembut atas kepalaku buatkan aku lantas tersenyum. Kepala aku gelengkan perlahan.

"Tak ada apalah."

"Tak baik tipu."

"Mana ada saya tipu awak."

"Dah hampir sepuluh tahun kita hidup bersama, saya dah hafal semuanya tentang awak, sayang.."

Tersenyum lagi aku buatkan dia turut sama tersenyum. Pergelangan tangannya yang masih mengusap lembut atas kepalaku, aku genggam perlahan. Sekali lagi aku menggeleng.

"Saya okay."

Renungan matanya kini terhenti lama pada sepasang anak mata aku. Seolah-olah mencari kepastian di situ sebelum akhirnya dia hanya tersenyum pasrah.

"Saya percayakan awak." Di hujung katanya, sempat dia kusutkan rambut aku sebelum laju saja dia tarik tangan dia sambil gelakkan aku bila aku acah nak gigit tangan dia. Tahu takut!

Kini masing-masing diam. Dengan masing-masing masih tersenyum halus, kepala aku sandarkan di bahunya.

Berbunga hati saat dirinya menunduk sedikit seraya menghampiri aku agar aku berada di dalam posisi yang lebih selesa. Dirasakan sebelah tangannya memeluk erat bahuku, membawa aku dekat dengannya. Pada masa yang sama sempat dia mencuri peluang dengan mengucup lembut atas kepalaku.

Sama seperti tadi, tiada perbualan di antara kami namun aku suka keadaan kami seperti sekarang. Selesa dengan hanya keberadaan dan sentuhannya, menemani aku dalam diam.

"Tak habis lagi menulis?" Soalnya perlahan, memecahkan kesunyian di antara kami setelah beberapa minit berdiam diri.

Perlahan-lahan aku menunduk, turut sama melihat buku yang isinya saling tak tumpah seperti diari buatku. Setiap hari, akan aku lakarkan segala isi hati aku di situ. Yang tak mampu aku luah bahkan cerita pada sesiapa.

Seringkali aku meluangkan masa dengan menulis di atas buku ini sendirian sehinggakan Jungkook pun mula sedar dengan 'hobi' baru aku ini.

Tapi tak pula dia mencuri-curi melihat apa yang aku curahkan di dalam buku ini. Sejak awal perkahwinan kami hinggalah ke saat ini, dia sangat menghormati privasi aku.

Tanpa melihatnya, kepala aku anggukkan perlahan, menjawab soalannya.

"Untuk kelas ke?"

Tersenyum aku bila dia tak habis-habis bertanya. Hampir berminggu-minggu aku menulis di hadapannya, hari ini gayanya dia tak mampu hendak menahan diri lagi dari ingin tahu.

"Bukanlah."

"Habis tu?"

Kepala aku angkatkan dengan kepala aku masih terlentok elok di bahunya. Suka pula aku melihat dia dengan jarak antara kami yang begitu dekat seperti sekarang.

"Saya tulis tentang awak." Jawabku dengan senyuman.

Tersenyum dia mendengar jawapan aku, gayanya macam suka saja dengan jawapan aku.

"Tulis apa tentang saya sampai dah nak habis satu buku ni?" Soalnya seraya mencuit lembut pucuk hidungku buatkan aku tersengih.

"Rahsia." Usikku buatkan dia mencebik, tayang muka sedih.

"Alah, nak tahu." Dia punya gedik tu, kalah Jungwon!

Bila berdua dengan aku saja, aku dapat tengok sisi budak-budak dia, sisi manja dia.

Dengan senyuman halus masih terukir di bibirku, perlahan-lahan tanganku menyentuh pipinya sebelum jari-jemariku mengusap lembut pipi kirinya.

"Sampai masanya nanti, saya akan bagi awak baca." Tuturku perlahan dengan senyuman. Tak semena-mena hati dirasakan sebak saat melihat renungan matanya yang tampak keliru namun rasa itu aku buang jauh ke dasar hati.

"Tapi nanti awak jangan gelakkan saya pula. Saya merajuk nanti."

Saja hendak menceriakan semula suasana di antara kami, aku mengusiknya. Akhirnya tergelak juga dia mendengar ugutanku sebelum tenang dia mengangguk.

"Janji tak gelak." Sumpahnya seraya sebelah tangannya diangkat sebelum tawa kami sama-sama tercetus.

"Apalah yang dia bebel dalam buku tu tentang saya eh? Puji saya handsome je dah dua puluh mukasurat. Belum lagi kutuk saya lupa masak nasi."

Sekali lagi, bergegar badan kami sama-sama tergelak. Lengannya aku peluk erat, takut tergolek dari batu ni je sebab seronok sangat ketawa.

"Sukanya dia, sampai merah muka." Usiknya seraya mencubit halus hidungku buatkan aku tersengih.

"Awaklah, suka buat lawak."

"Siapa suruh nampak comel bila ketawa?" Balasnya dengan soalan, kali ni pipi aku pula jadi mangsa cuitan dia buatkan aku tersengih-sengih lagi, kalah kambing tak mandi.

Perlahan-lahan aku menunduk tika merasakan tangannya menyentuh lembut perutku. Aku hanya membiarkan tika terasa tangannya mengelus lembut di situ.

Tersenyum aku dan dia bila baby yang tadinya tidur diam di dalam sana kini menendang perlahan dan berkali-kali, tepatnya di mana telapak tangan Jungkook berada.

"Kecik-kecik dah sepak mak,bapak sendiri, biasa dia ni."

Hampir tersembur aku menahan gelak bila dengar Jungkook membebel sendiri. Dah keluar dah dad jokes dia, lately ni aura bapak-bapak dia semakin memancar ya. Risau.

"Jungkook."

"Hmm?"

"Awak nak nanti baby kita muka macam awak ke macam saya?"

"Tak kisah. Asalkan awak dengan baby selamat, itu dah lebih dari cukup untuk saya."

"Alah, jawapan selamat. Pilih satu."

Tak mahu sedih-sedih, laju saja aku bertanyakan semula soalan itu padanya. Terlihat dirinya hanya tersenyum.

"Macam awaklah." Jawabnya jujur buatkan aku turut sama tersenyum.

"Kenapa?" Soalku.

"Awak kan cantik."

"Ih, klishenya. Tak nak, tak nak jawapan macam tu. Reject. Bagi jawapan lain cepat." Desakku, mengundang tawanya.

"Orang bagi jawapan betul, dia tak nak pula. Okaylah saya bagi jawapan lain. Sebab lain, saya kesiankan awak."

"Kesian?" Soalku dengan dahi berkerut.

"Yalah. Anak-anak kita semua ikut muka saya. Naeun, Jungwon, Heeseung, Jake. Kadang-kadang orang ingat saya bawa anak-anak jalan dengan bibik."

"Jungkook!"

Alang-alang aku tengah peluk lengan dia, laju je aku cubit lengan dia buatkan dia menjerit sakit.

"Sakitlah, sayang!"

"Padan muka!"

Tapi tersengih juga dia kena marah dengan aku sebelum kepala dia lentokkan atas kepala aku. Eleh, nak pujuklah tu!

"Gurau jelah." Akhir sekali, dia usik hujung hidung aku dengan ibu jari dia. Cair juga aku tapi senyuman aku tahan buatkan dia tersengih.

"So, at least, biarlah ada seorang ikut muka ibu dia ni. Cantik pun cantik, manis pun ya."

Rasa dah terbang sampai ke langit kena puji dengan suami sendiri tapi senyuman masih aku tahan tapi akhirnya tersengih juga aku bila Jungkook senyum-senyum tengok muka malu-malu aku.

"Tapi Eunwoo dengan Jongseong ikut muka saya apa. Adalah juga wakil dua orang."

"Jongseong ikut muka awak?" Soalnya ingin tahu buatkan aku tersenyum. Rasa sebak menerpa hati bila bercerita tentang abang kembar Jungwon namun aku masih mampu untuk kekal senyum.

Laju saja aku mengangguk.

"Jimin ada cerita dekat saya. Walaupun Jongseong lahir tak cukup bulan tapi tubuh badan dia dah lengkap, muka pun sempurna. Kata Jimin muka dia cerah, ada iras-iras saya, macam Eunwoo. Kata Jimin kalau tengok lama-lama, dia macam tengah senyum."

Ceritaku teruja dengan senyuman. Baru hari ini aku ceritakan tentang ini pada dia dan rasa terharu tika melihat dia turut sama teruja mendengar cerita tentang anak kami yang dititipkan sementara buat kami.

"Mesti handsome." Komen Jungkook sebelum kami sama-sama tertawa walau aku tahu, dia turut merasa sebak.

"Macam Eunwoo dulu. Handsome nya dia ikut muka awak. Suka tengok hidung dengan bibir dia, sama macam awak. Kalaulah saya berkesempatan untuk melihat mata dia.."

Sebaknya hati tika mendengar luahan hatinya itu namun aku hanya tersenyum.

"Sampai ke saat ini, saya masih ingat bagaimana rupa Eunwoo di dalam mimpi saya.. mata dia sama seperti awak.. walaupun saya hanya pernah berjumpa dan mendukungnya di dalam mimpi, namun sampai ke detik ini, saya merindukan dia.."

Mungkin aku tersenyum sekarang tika bercerita tentangnya namun jauh di sudut hati, aku merasa cukup rapuh.

Dengan senyuman masih terukir di bibirnya, dirinya masih setia mendengar luahan hatiku.

"Kalau saya, saya harap baby ni ikut muka saya.." Tanpa ditanya, aku memberitahunya.

"Sekurang-kurangnya kalau awak rindukan saya nanti, awak boleh tatap muka dia.. Kalau awak hampir lupa bagaimana rupa saya nanti, awak boleh melihat dia.."

Dapat aku lihat riak wajahnya berubah tika mendengar kata-kataku.

"Yerim.."

"Jangan pernah bencikan dia kalau apa-apa jadi pada saya nanti, ya? Sayang dia sama macam awak sayang anak-anak kita yang lain.. Sayang dia untuk saya.. Awak boleh buat semua itu untuk saya kan?"






.
.
.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top