53
.
.
.
Sudah hampir seminggu Jungkook tak ke kolej, cuma adalah sekali dua dia ke kolej sebentar, itu pun hanya untuk urusan penting. Alasannya ingin menjaga aku di rumah, selain menjaga Heeseung dan Jake.
Aku membuat kelas online di dalam bilik, dia pula membuat kelas online di ruang tamu. Pantang saja ada waktu terluang, terus dia masuk ke bilik berkepit dengan aku. Segala makan, minum aku semua dia yang uruskan. Begitu juga kerja rumah yang dulunya adalah tugas kami bersama.
Makan pun dia yang suapkan sedangkan yang cedera hanyalah bahu aku. Katanya biarlah dia sekali-sekala manjakan aku. Sampaikan kalau ada peluang, mesti dia nak mandikan aku.
Sekali dua sajalah aku berjaya halang dia dari mandikan aku tapi selalunya tak berjaya, layankan jelah bila dia sibuk nak mandikan aku macam budak-budak.
Seperti petang ini, di saat Heeseung dan Jake masih nyenyak tidur petang, Naeun dan Jungwon masih belum pulang dari sekolah, senyap-senyap dia dukung aku bawa masuk bilik mandi.
Katanya sementara anak-anak tak ada ni, baik mandi sekarang. Tak pasal-pasal aku menahan gelak dengannya tika aku didudukkan di dalam tub mandi.
"Saya boleh mandi sendirilah."
"Ya? Siapa tanya? Baby ke?" Balasnya selamba buatkan aku mencebik.
"Bukalah baju." Tanpa segan silu dia memberi arahan buatkan laju saja tangan aku silangkan di atas dada, konon-konon nak melindungi kesucian diri dari dia yang padahal dah berkali-kali ternodai oleh dia sendiri.
Tergelak dia tengok reaksi aku.
"Eleh, semalam elok je. Hari ni malu-malu pula. Kan baby kan?"
Naik merah muka aku bila dia mention semalam punya cerita. Semalam aku tak tahan sangat nak mandi, melekit satu badan, tak fikir panjang, terus aku buka baju depan dia. Menjerit aku bila toleh-toleh dia tengah sengih tengok aku, tak berkelip kau!
"Gatal. Pandang dinding sana, jangan curi-curi tengok saya eh, bentan mata nanti!" Ugutku seraya menunding jari tepat ke hujung hidung mancungnya.
Tergelak dia mendengar ugutanku.
"Kalau tak nak, awak nak buat apa?" Bisiknya seraya merapatkan bibirnya ke telinga aku buatkan aku mengeliat geli.
"Saya gigit nanti." Mata aku kecilkan, merenungnya garang buatkan dia tertawa perlahan.
"Alah, macam tak biasa kena gigit dengan dia. Macam kena gigit semut je."
Makin membahang-bahang rasa muka ni bila dia tak habis-habis mengusik aku! Tersenyum dia tengok aku yang malu-malu kucing.
"Yalah, yalah. Buka baju lepastu pakai kain ni. Kalau dah siap panggil saya, nanti saya mandikan awak. Jangan mandi sendiri, merajuk saya nanti."
Tersenyum aku bila dia bangun seraya menghulurkan kain pada aku yang selalu aku guna untuk berkemban setiap kali dia mandikan aku.
Kini tirai keliling tub ditarik, menjadi penghadang dari dia terus melihat aku. Cepat-cepat aku buka pakaian aku dalam keadaan masih duduk sebelum kain aku sarungkan ke tubuh, tahu dia setia menunggu.
Setelah selesai, tirai aku selak sikit. Tersenyum aku bila melihat dia betul-betul mendengar kata aku, menunggu aku sambil berdiri menghadap dinding.
"Awak." Panggilku dengan kepala aku jengukkan dari tirai. Terus dia toleh. Tersenyum dia melihat aku.
"Dah?" Tanyanya lembut buatkan aku laju mengangguk. Dengan senyuman masih terukir di bibir, dia kembali menghampiri aku. Tirai ditolak dari terus mengelilingi tub mandi.
Bangku kecil yang selalu dia duduk tika memandikan aku di tub mandi, ditarik ke sisi tub mandi sebelum dia duduk di situ. Sebelum duduk tadi, sempat dirinya memasang shower di atas kepalaku.
Gayung juga diambil, dipegang pada tangan kirinya. Bakul mandi aku diletakkan di sisinya.
"Nah pegang ni." Pintanya seraya menghulurkan gayung di tangannya kepada aku.
"Buat apa ni?" Mulut bertanya tapi tangan tetap ringan menyambut hulurannya.
"Buat tutup muka kalau awak malu dengan saya." Usiknya sebelum kami sama-sama tertawa.
Tangannya kini memutar perlahan pili air pancut, mematikan shower seketika, tak mahu aku kesejukan.
Pencuci muka aku di dalam bakul mandian aku diambil lalu dioleskan sedikit ke telapak tangannya, digosok-gosok sedikit sebelum siap sedia hendak disapukan ke wajahku.
"Tutup mata."
Arahannya aku turuti. Dengan lembut dan berhati-hati, tangannya menyapukan pencuci muka ke wajahku.
Dari mencuci muka, syampu rambut, semua dia yang lakukan, cukup santun dan berhati-hati, memastikan aku cukup selesa dengan caranya memandikan aku.
Sesekali aku tertawa saat mata aku pejamkan tika dirinya hendak mencurahkan air ke wajahku, dirinya akan mencuri peluang mengucup lembut pipi, hidung dan bibirku silih berganti.
"Suka dia eh?" Usiknya bila aku tertawa sendiri setelah diciumnya.
Berbeza dengan membersihkan badan, semua aku lakukan sendiri. Segan dengannya. Aku akan menyabun badan di dalam kain dengan dia memejamkan mata, atas kemahuan aku. Namun sebagai syarat, aku beri jugalah dia peluang merasakan sabun di bahu dan leherku. Kemudian, dialah yang akan mencurahkan air ke badan aku, membilas badan dari sabun.
"Dah wangi dah."
Tergelak aku dibuatnya, gaya dia macam aku ni Heeseung dan Jake yang baru lepas mandi pula bila dia cakap macam tu.
Tak mahu aku kesejukan, lantas sehelai tuala dililitkan di atas bahuku, menutupi atas badanku. Sempat dia menunduk, mengucup lembut ubun-ubun rambut aku yang masih basah.
"Ihh, wanginya dia." Sekali lagi dia mengusik aku setelah melepaskan kucupan di ubun-ubun rambutku buatkan aku tertawa lagi.
"Jom pakai baju." Ajaknya seraya siap sedia hendak mendukung aku namun sengaja aku memberatkan badan, enggan.
"Kenapa? Sakit?" Soalnya risau buatkan aku tersenyum sebelum aku menggeleng perlahan.
"Awak tak mandi?" Tanyaku buatkan dahinya berkerut.
"Lepas saya pakaikan awak baju, saya mandilah, macam selalu. Kenapa?" Soalnya pula buatkan aku tersengih.
"Saya nak mandikan awak boleh?"
.
.
.
Tak nak aku kesejukan, sempat aku bertukar kain kemban dahulu dengan tuala aku lilitkan menutupi bahu dan atas badan aku, giliran aku pula memandikan dia.
Mula-mula dia tak nak bagi, lepas aku cakap aku mengidam nak mandikan dia, akhirnya setuju juga dia lepas dua, tiga kali kena pujuk rayu dengan aku.
Kali ini aku pula yang duduk di bangku kecil di tepi tub mandi dan dia pula yang duduk di dalam tub mandi.
Katanya buat syarat je, dia bagi aku mandikan bahagian atas tubuh dia je. Bahagian bawah biar dia cuci sendiri katanya. Ikutkan sajalah.
Dengan dirinya masih berpakaian lengkap, dirinya duduk berlunjur di dalam tub mandi sebelum t-shirt yang sejak tadi tersarung di tubuhnya dibuka, mendedahkan tubuhnya yang aku rasa tak jauh beza, sama macam kami mula-mula kahwin dulu. Masih berotot.
Pelik macam mana badan dia boleh maintain. Masa aku tidur dia pergi gym senyap-senyap ke?
"Tak berkelip dia tengok kita." Usiknya sebelum selamba t-shirt nya di tangan ditonyoh ke mukaku, cukup lembut tapi cukup buat aku menjerit kegelian.
Tergelak dia melihat reaksi aku.
Bajunya aku letakkan di tepi tub mandi.
Shower aku hidupkan sebelum gayung aku letakkan di bawahnya, mengisi air di dalam situ sebelum aku curahkan perlahan-lahan di atas kepalanya.
Tersenyum aku melihat dia bagaikan kanak-kanak kecil, memejamkan mata seraya tersenyum saat aku mencurahkan air di atas kepalanya.
Kemudian bermulalah sesi memandikan dia. Syampukan rambut dia, cuci muka dia, gosok badan dia. Tersenyum suka dia dengan cara aku memandikan dia. Sama seperti cara dia memandikan aku, seperti itulah aku lakukan padanya, cukup lembut dan berhati-hati.
Sesekali, sengaja dia mengusik aku, laju saja bibirnya mengucup tanganku buatkan aku tertawa, sesekali mengeliat geli.
"Kan best kalau tiap hari macam ni." Luahku saat membilas badannya. Tersenyum dia mendengar luahan hatiku.
"Kalau awak nak, saya ikutkan saja. Hari-hari kita macam ni.. Anything for you."
Tergelak aku mendengar balasannya.
"Tak akan ada satu pun di dunia ni yang kekal.."
Perlahan aku bersuara, membiarkan tatapan matanya yang berubah saat menatapku sekarang tatkala kata-kataku itu menjengah pendengarannya. Sengaja aku mengelak dari bertatapan mata dengannya.
"Sebab tu saya nak hargai setiap masa kita bersama, selagi ada.."
Dengan diri yang masih enggan berbalas tatapan mata dengannya, sekali lagi aku bersuara perlahan. Membiarkan hati yang dirasakan sebak dengan biasan kata sendiri.
"Kenapa cakap macam ni, Yerim.. Awak tahu kan saya tak suka.."
Tersenyum aku saat bagaikan anak kecil, dia bersuara perlahan.
Kepala aku angkatkan, berbalas renungan mata dengannya. Dapat aku lihat matanya yang berkaca saat menatap aku sekarang.
"Apa yang akan terjadi nanti adalah sesuatu yang tak pasti, tapi apa yang terjadi sekarang dan sebelum ini akan jadi memori buat kita nanti, saya akan gunakan sebaik-baiknya dengan awak, untuk awak kenang semula nanti.."
.
.
.
Hari ini rasa sunyi pula duduk rumah dengan hanya Heeseung dan Jake sebagai peneman aku. Jungkook perlu ke kolej hari ini untuk menilai presentation students secara semuka.
Habis saja kelas aku, Heeseung dan Jake awal-awal dah tertidur atas katil. Punyalah lama mereka menunggu aku habis kelas sampai tertidur. Nak kacau tak sampai hati, baik aku kacau bapak diorang dekat kolej sana.
Sengaja aku menyelit, baring di antara Heeseung dan Jake sampai merengek dua-dua bujang kesayangan aku ni bila kena kacau dengan aku tapi masing-masing masih tak nak buka mata buatkan aku tergelak halus.
"Sorry."
Bisik aku pada mereka seraya sempat aku mengucup lembut atas kepala mereka. Tersengih aku bila elok saja Heeseung mengangguk sementara Jake tersenyum tika kucupan bibirku singgah di atas kepala mereka. Padahal masing-masing masih memejamkan mata.
Bila yakin si kembar kiri dan kanan aku ini sudah kembali lena, tumpuan aku kini sepenuhnya pada skrin telefonku.
Ruangan chat antara aku dengan Jungkook kini terpapar di skrin telefon. Tak tunggu lama, terus aku membuat pesanan suara untuknya.
"Awak, dah habis kelas ke?"
Sent!
Sepatutnya sekarang kelas dia dah habis.
Tersenyum aku bila terlihat laju saja dia online, pesanan aku juga sudah didengarnya sebelum tulisan 'typing' tertera di bawah namanya.
Dah
Sejak bila reti hantar voice message dekat saya ni?
Comelnya suara
Ingatkan Naeun tadi
😝
Tergelak aku membaca pesanannya namun cepat-cepat aku tekup mulut, tak mahu Heeseung dan Jake terjaga dek tawa aku namun akhirnya aku hanya tersengih.
"Awak jangan nak usik saya eh. Awak tu dahlah suka pakai emoji pakcik-pakcik."
"Awak dekat mana? Balik cepat."
Bisik aku sebelum pesanan suara itu aku hantar kepadanya. Macam tadi, laju saja dia membaca dan membalas mesej aku.
Tersengih-sengih aku bila kali ni dia pun bagi voice message dekat aku.
"Oh pakcik eh? Tunggu malam ni, siap awak saya kerjakan."
Uish, mengerikan!
Sesak nafas aku menahan gelak sekarang ni pada masa yang sama, berdebar sendiri mendengar suaranya. Jarang-jarang kami berbalas pesanan suara seperti ini.
Baby di dalam perut pun ikut sama teruja bila dengar suara Jungkook, mungkin tahu suara inilah yang sering mengajaknya berbual setiap kali sebelum aku tidur.
"Saya dekat restoran area kolej. Alah yang pernah saya bawa awak dating dulu. Ingat tak? Sekarang ni saya tengah duduk dekat meja yang sama kita duduk dulu. Betul-betul di tempat duduk yang sama, menghadap awak."
Alolololo!
Ini kalau tak ada Heeseung dan Jake di kiri dan kanan aku ni dah lama aku berguling-guling atas katil ni.
"Saya ingat nak tapau je hari ni untuk makan malam kita. Rasa tak larat pula nak masak hari ni. Kejap lagi siaplah. Tunggu kejap eh? Jangan risau, sayang awak ni tak lari mana."
Rasa kejang je pipi ni tak habis-habis melayan setiap pesanan suaranya untuk aku. Namun perlahan-lahan senyuman aku bertukar hambar.
Tak larat..
Rasa bersalah dirasakan menyelubungi hati.
"Kalau esok-esok awak nak saya masak pun boleh. Tak payahlah awak masak lagi setiap hari. Saya dah sihat dah."
Dengan kegusaran di hati, aku menunggu balasannya.
"Bukan itu maksud saya. Saya dah bosan dengan masakan saya sendiri. Jadi saya beli dekat luar pula hari ni. Lagi pun semalam Jungwon complain saya masak tak sedap. Merajuklah saya, tak nak masak hari ni."
Tersenyum aku mendengar pesanan suaranya itu.
"Okay.. Balik cepat tau, hati-hati.."
Beberapa detik setelah pesanan suara aku itu selamat sampai padanya, laju saja dia membalas.
"Rindu saya eh?"
Tersengih aku. Terbayang senyuman mengusiknya tika bertanyakan soalan itu padaku.
"Bukan saya, anak-anak."
Saja jual mahal, itu balasan aku. Dapat aku rasakan dia turut sama tertawa di sana bila dia online namun masih belum membalas mesejku.
"Yang mana satu tu? Ramai ni."
Tawa tak dapat aku tahan kali ni bila mendengar pesanan suara yang satu ini.
"Sir Jungkook."
Panggil aku dengan senyuman sehinggalah pesanan suara itu sampai padanya, aku masih tersenyum.
"Ya, Choi Yerim?"
Balasnya buatkan aku masih tersenyum namun dirasakan cukup hambar. Entah kenapa tiba-tiba dirasakan sebak.
"Awak sayang saya?"
Seringkali aku bertanyakan soalan ini padanya dan setiap kali itu, hati dirasakan cukup pilu.
"Sayang.."
Tersenyum aku saat cukup tenang, dirinya menjawab persoalanku, seolah-olah tidak pernah jemu. Tak semena-mena mata dirasakan panas dan membahang.
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top