52
.
.
.
"Hi madam."
Dengan senyuman terukir di bibirnya, cukup mesra dia menyapa aku namun seluruh tubuh aku dirasakan meremang. Aku tahu, dia punya niat lain.
"Awak buat apa dekat sini?"
Soalku tenang atau lebih tepat, berpura-pura tenang. Tak mahu dirinya menghidu kegerunan di hati aku.
Sempat aku mengerling ke arah genggaman tangan kanannya yang seperti sedang menyembunyikan sesuatu di balik lengan bajunya yang panjang.
"Saja. Dah lama tak datang sini. Dah lama tak jumpa omma, oppa, madam.."
Air liur aku telan namun dirasakan cukup kelat. Senyuman tak lekang di bibirnya, matanya seolah-olah tak berkelip melihat aku.
Kunci kereta aku genggam kuat. Sengaja hujung besi kunci yang runcing dan mempunyai bucu aku selitkan di celah antara jari telunjuk dan jari tengahku, bersedia untuk apa-apa jika dia cuba mengapa-apakan aku.
"Awak nak apa dari saya?" Soalku lagi, tidak mahu terlihat cemas dengan hanya berdiam diri. Walhal hendak mengatur satu langkah pun aku gerun.
"Rasanya madam dah lama tahu apa yang saya nak.." Perlahan saja pertuturannya.
"Saya tak tahu apa yang awak nak, so please, leave me alone."
Pintaku perlahan, masih cuba mengawal aturan nafas yang laju dan pertuturan yang mula terdengar cemas.
Terdengar tawanya perlahan.
"Tak payah buat-buat tak fahamlah. Kau sendiri tahu dari dulu, aku nak kan tempat kau. "
"Habis tu kau nak apa dari aku?" Soalku tanpa gentar, menutupi rasa gerunku di hadapannya. Sekali lagi tawanya tercetus.
Selangkah dia menghampiri aku, selangkah juga aku mengundur menjauhinya. Tangan masih menggenggam kunci kereta, satu-satunya pertahanan diri buatku.
"Aku nak kau mati."
Berderau darah aku tika tanpa kiasan, tak berperasaan dia bersuara. Senyuman tak lagi terukir di bibirnya, renungan matanya dirasakan tajam menikamku.
"Kalau aku tak dapat tempat kau, sekurang-kurangnya tak ada sesiapa boleh ada di tempat kau."
Mendengar pertuturannya saja sudah jelas yang tiada lagi kewarasan di akal fikirannya, tak masuk akal.
"Kenapa dia sayang sangat dekat kau? Sebab kau tahu cara untuk puaskan dia di atas katil? Tengok gaya pun aku tahu, kau cuma pemuas nafsu buat dia. Anak pun ramai."
Terus hilang segala rasa gerun aku padanya, bertukar dengan rasa bengang yang meluap-luap. Ditambah dengan senyuman sinis dan renungan menghinanya pada aku. Amarah dirasakan tak tertahan bila renungan sinisnya jatuh pada perutku, seolah-olah hina di matanya.
"Thanks for that. I take your words as a compliment. Sekurang-kurangnya aku puaskan nafsu suami aku sendiri. How about you? Menggatal dengan suami orang tapi kesian, tak dilayan. Kalah juga dengan isteri dia yang dah mengandung, beranak banyak kali ni."
Lantang aku bersuara, membiarkan renungan tajamnya padaku. Malah tatapan mata aku turut sama tajam menikam anak matanya.
"Tak payah nak bangga sangatlah. Kau ingat aku tak tahu kisah silam kau? Jungkook tolong kau sebab kau kena rogol dengan pakcik kau sendiri kan? Tak perlu nak bangga sendiri sedangkan sejak awal kau jumpa dia, kau memang dah tak suci."
Berderau darahku tika dirinya dengan senyuman sinisnya, membuka aib aku sendiri. Entah dari mana dia mendengar semua itu aku sendiri tidak tahu tapi aku pasti, Jungkook tak kan pernah menceritakan semua itu padanya.
Namun tanpa sedar, aku turut mengukirkan senyuman.
"Memang, memang aku dalam keadaan tak suci masa aku jumpa dia, dia sendiri tahu. Tapi dia pun tahu, semua yang jadi pada aku bukan atas kemahuan aku. Dia terima aku, kisah silam aku.."
Terlihat dirinya hanya diam, masih menatapku dengan renungan tidak puas hatinya.
"Mungkin kisah kita hampir sama tapi apa yang membezakan kita, aku tak akan sesekali cuba rampas sesuatu yang aku tahu, milik orang lain.. Percayalah satu hari nanti, kau mesti akan jumpa seseorang yang tulus untuk menerima kau, mencintai kau.. One day, you'll find your own 'Jungkook', Sara.."
Perlahan aku bersuara dan dapat aku lihat matanya yang mula berkaca saat menatapku sekarang.
"Kau nak aku mati kan? Satu hari nanti, aku tetap akan mati.. Masa itu, terpulang pada Jungkook untuk memilih siapa yang akan menggantikan tempat aku nanti.. Sama ada kau atau perempuan lain, aku terima.."
Tuturku dengan senyuman walau mata turut dirasakan berkaca.
Perlahan-lahan aku menunduk, melihat perutnya yang mula menampakkan baby bump miliknya.
"Kita sama-sama ibu, mesti kita nak kan yang terbaik untuk anak-anak kita, kan? Mana tahu bila mereka dah lahir nanti, mereka akan berkawan?"
Soalku dengan senyuman. Terlihat dirinya perlahan-lahan menunduk, mengusap lembut dan perlahan perutnya sendiri.
"Saya maafkan awak.."
Tuturku perlahan buatkan dirinya perlahan-lahan mengangkat kepala, melihatku.
"Saya tak tahu sama ada saya akan ada peluang untuk berjumpa dengan awak lagi atau tidak selepas ini.. jadi.. saya nak awak tahu, saya dah maafkan awak.."
Walau separuh hati mengikhlaskan, aku bersuara perlahan.
Sedangkan Jungkook pun belum mendapat kemaafan dari aku, semudah itu aku memaafkan perempuan ini..
Terlihat dirinya perlahan-lahan menunduk, menangis di hadapanku.
Perlahan-lahan aku menghampirinya sebelum tubuhnya aku peluk. Membiarkan dia menangis di dalam pelukan aku. Bahunya aku usap perlahan dan lembut.
"Saya maafkan awak.." Tuturku lagi dengan senyuman halus, memujuknya.
Setelah dirasakan tangisannya mereda, tubuhnya aku lepaskan. Terlihat dirinya masih menunduk dengan tangisannya yang sudah reda, tatapan matanya kini tertumpu tepat pada beg Hee dan Jake yang masih berada di atas permukaan jalan bertar.
Aku hanya membiarkan, memerhati tanpa kata tika dirinya menunduk, mengambil beg tersebut dari terus berada di atas jalan sebelum beg itu dihulurkan kepada aku.
Untuk seketika kami berbalas renungan. Sekali lagi senyuman terukir di bibir aku. Perlahan-lahan beg Hee dan Jake di tangannya aku ambil.
"Terima ka—"
Belum sempat aku menghabiskan kata, aku mengerang kesakitan diikuti dengan bunyi tusukan pada bahu kananku. Perlahan-lahan aku jatuh melutut tika bilah pisau yang menusuk tembus bahuku ditarik semula dari bahuku.
Tangan kiri aku menekan kuat bahu kananku, membiarkan telapak tanganku yang dirasakan basah lecun dengan darahku yang tidak henti-henti mengalir. Dirasakan separuh tubuhku bermandikan darah yang laju saja mengalir.
Perlahan-lahan mata aku pejamkan seraya tersandar pada badan kereta, nafas dirasakan tersekat-sekat menahan denyutan yang menyakitkan pada tusukan di bahu kananku. Semakin lama semakin menyakitkan sehinggakan aku tak mampu membuka mata, dirasakan tak tertanggung.
Sekali lagi aku mengerang kesakitan tika dirasakan tanganku yang sejak tadi menggenggam kuat bahu kananku, disepak menggunakan kaki. Terdengar tawa perempuan itu, seolah-olah berpuas hati dengan reaksi aku yang menahan kesakitan.
"Siapa minta maaf dengan kau, bodoh?"
Belum sempat aku membuka mata, dirasakan kepala aku ditolak kuat dan kasar hingga aku jatuh terlantar di atas jalan.
"Aku tak perlukan kau untuk maafkan akulah, slut!"
"Aku akan pastikan kau betul-betul mati!"
.
.
.
Perlahan-lahan mata aku celikkan. Kelopak dirasakan begitu berat. Kepala dirasakan begitu payah hendak digerakkan, begitu juga anggota tubuhku yang lain. Sedangkan ingin mengangkat satu jari pun dirasakan cukup sukar.
"Sayang.."
Lantas anak mata aku bergerak perlahan, mencari pemilik suara itu. Jungkook..
Terlihat wajahnya kini muncul di pandanganku. Tersenyum melihatku namun air matanya dilihat laju saja mengalir. Dirasakan tangannya mengusap lembut dan perlahan atas kepalaku.
"Syukurlah awak dah bangun.." Terasa begitu berat ayat itu diungkapkan dari belahan bibirnya sebelum dirasakan kucupan hangatnya pada dahiku, cukup lama buatkan aku terasa sebak sendiri.
Seolah-olah baru tersedar, lantas di dalam fikiran aku hanya teringatkan sesuatu.
Bibir aku kini bergerak perlahan dengan panahan mata aku penuh mengharap tertumpu pada Jungkook yang menatapku dengan kerutan di dahi.
Bibir aku bergerak namun tiada suara yang keluar, dirasakan cukup lemah.
"Saya tak dengar, sayang.." Tuturnya perlahan namun aku tahu, dia sedang menahan tangisan. Tak sanggup melihat keadaan aku seperti ini.
"Baby.." Ulangku lagi dengan air mata yang dirasakan mengalir perlahan, setitis demi setitis. Hanya sepotong ayat, dirasakan sukar untuk aku.
Terlihat dirinya tersenyum namun air matanya dilihat kembali mengalir sebelum dirasakan tanganku yang sejak tadi dirasakan kaku di sisiku, digenggam sebelum dibawa ke perutku. Diletakkan di atas perutku.
"She's fine.."
Beritahunya. Tangisan tak dapat aku tahan, akhirnya menangis jua aku di hadapannya namun dirasakan terlalu lemah sehinggakan aku tak mampu mengeluarkan apa-apa suara. Di bawah alat bantuan pernafasan ini, tercungap-cungap aku mencari nafas. Dirasakan sesak menangis tanpa suara.
"Yerimie.."
Terdengar getaran suaranya memanggil namaku namun aku masih memejamkan mata.
Perlahan-lahan dirasakan topeng bantuan pernafasan di atas mulut dan hidungku dialihkan. Dengan tangisan tanpa suara, aku hanya membiarkan tika bibirnya mengucup lembut pipiku kiri dan kanan, memujukku dengan senyap.
"Saya minta maaf.." Tuturku perlahan, dirasakan lelah.
"Please, don't say that.. Awak tak buat salah dengan saya Yerim.." Bisiknya perlahan, dirasakan bebanan tika dahinya direhatkan di atas dahiku.
"Saya tak habis-habis menyusahkan awak.. Saya janji lepas saya pergi nanti, saya dah tak kan susahkan awak lagi.."
"Yerim.. please, don't say something like that.."
Terasa tangannya menyentuh lembut belakang kepalaku, membiarkan aku menyebamkan wajahku ke bahunya. Bajunya aku genggam, menangis semahu-mahunya.
Mata terpejam rapat, menangis di dalam pelukannya. Walau dirinya hanya diam, aku tahu, dirinya turut sama menangis denganku.
.
.
.
Selalunya aku tak mahu Jeons datang melawat aku di hospital namun bila tahu yang Jake tak henti-henti menangis, rindukan aku, akhirnya aku setuju untuk Jungkook membawa mereka ke sini.
Habis meriah satu wad ni dengan kehadiran Jeons. Semua berhimpit-himpit hendak duduk satu katil dengan aku. Jungwon yang selama ini acah macho depan adik-adik pun sibuk berebutkan ketiak aku dengan Jake.
Akhirnya Naeun juga yang mengalah, duduk di atas riba Jungkook di kerusi bersebelahan katil.
Jake awal-awal sudah tertidur di ketiak aku bersama Jungwon yang elok memeluknya, sama-sama tidur di ketiak aku. Heeseung pula elok tidur di sisi sebelah aku yang satu lagi.
Bila melihat tiga bujang Jeons ni tidur dalam kepenatan, Jungkook pun buat keputusan untuk membawa mereka pulang.
Pada mulanya aku menghalang, biarlah mereka tidur di sini dengan aku tapi Jungkook kata, untuk keselesaan aku dan anak-anak, ada baiknya mereka berehat di rumah omma. Akhirnya aku hanya menurut.
Dengan bantuan Naeun sebagai kakak sulung, Naeun dan Jungkook sama-sama membawa tiga bujang kesayangan aku ni ke kereta. Jungkook mendukung Jungwon dan Heeseung sementara Naeun mendukung Jake, meninggalkan aku sendirian sebentar di dalam wad.
Hampir lima belas minit sendirian di dalam wad, terlihat Naeun seorang diri melangkah masuk ke dalam wad aku. Tersenyum aku melihatnya.
Pasti Jungkook mengamanahkan Naeun untuk menjaga aku sebentar sementara dia menghantar tiga bujang Jeons di rumah omma.
"Omma okay?" Soalnya sebaik saja sampai di sisi katil. Wajahnya terlihat jelas peduli dan risaukan aku, riak wajah ini yang dia sembunyikan di hadapan ayah dan adik-adiknya.
Terasa sebak saat melihatnya sekarang. Sebak menyelubungi hati tika memikirkan adakah terdetik di hatinya rasa terpinggir dariku?
Semenjak adanya Heeseung dan Jake, aku cuba memberikan perhatian yang sama rata untuknya dan adik-adiknya yang lain namun aku tahu, pasti dia merasakan kasih sayang aku untuknya tak sepenuhnya sama seperti dulu.
Rambutnya yang kian panjang aku usap perlahan dan lembut.
"Mestilah okay." Balasku yakin sambil tersenyum. Terlihat dirinya masih diam, menatapku dengan genangan air mata.
Kalau dulu, tika dirinya masih sekecil adik-adiknya, mungkin jawapan aku dapat mengaburinya namun sekarang, dirinya sudah cukup matang untuk mengerti..
"Nak baring dengan omma?" Soalku dengan senyuman. Tahu tadi dirinya tak berkesempatan untuk baring di atas katil ini denganku.
Tawa perlahan aku hamburkan tika dirinya laju mengangguk namun mata mula dirasakan panas dan membahang.
Aku hanya memerhati tika dirinya mula membuka kasut sebelum dengan berhati-hati dirinya naik ke atas katil lalu perlahan-lahan dirinya mengambil tempat baring di sisiku.
Bahunya aku peluk erat seraya tanganku mengelus lembut kepalanya. Satu perasaan hadir, menyentuh jauh ke dasar hati saat melihat dirinya tersenyum saat menatapku sekarang. Sudah lama aku tak memanjakannya.
"Dah makan?" Tanyaku, soalan yang dirasakan ringkas namun menyentuh jauh ke dasar hati kerana aku sedar selama ini, jarang sekali aku bertanyakan tentang makan minumnya..
"Dah. Halmeoni masak tapi lagi sedap omma masak."
Tertawa aku mendengar luahan hatinya.
"Tak baiklah, kecik hati halmeoni dengar nanti." Tegurku lembut seraya mencuit halus hidungnya buatkan dia tertawa.
"Naeun dekat sekolah okay?"
Hati dirasakan luluh tika bertanyakan setiap soalan ini padanya. Mula tersedar yang aku jarang bertanyakan perihal seperti ini padanya.
"Okay. Kawan-kawan Naeun semua baik. Cikgu pun okay. Homework banyak. Dulu omma selalu tolong Naeun buat homework, rindu nak kena bebel dengan omma.. tapi tak apa, Naeun boleh belajar sendiri, tengok dekat YouTube, tak pun tanya appa."
Tawa aku tercetus lagi walau dirasakan cukup sebak. Teringat dulu, setiap malam aku membantunya membuat kerja rumah dengan Jungkook sesekali datang mengganggu kami sambil membawa Jungwon, Heeseung dan Jake ikut serta mengacau kami.
"Nanti omma dah sihat, tiap malam kita buat homework sama-sama macam dulu-dulu nak?" Pelawaku dengan tanganku sejak tadi mengelus lembut rambutnya.
Tawaku tercetus lagi tika dirinya laju saja mengangguk dengan matanya yang terlihat bersinar saat menatapku sekarang. Sama persis seperti ayahnya bila teruja.
"Naeun.."
Perlahan dan lembut kau menyeru namanya. Rambutnya masih aku elus lembut, membiarkan tatapan matanya padaku.
"Omma minta maaf, ya? Omma banyak abaikan Naeun.. Naeun tahu kan, omma sayang sangat dengan Naeun?" Soalku perlahan dengan senyuman halus terukir di bibirku.
Terlihat matanya turut sama berkaca sepertiku sebelum perlahan-lahan dia mengangguk.
"Omma tak pernah abaikan Naeun pun.. Naeun tahu.."
Hati dirasakan luluh tika mendengar kata-katanya itu. Mungkin selama ini dirinya hanya diam namun aku tahu, dirinya mengetahui segalanya yang terjadi pada aku, pada aku dan Jungkook..
"Jangan terasa hati dengan omma, ya?" Pintaku seraya tanganku mengelus lembut pipinya.
Tersenyum aku tika dirinya mengangguk dengan senyuman walau tubir mataku dirasakan sarat dengan air mata.
Perlahan-lahan aku menunduk sebelum tangan kirinya aku tarik lalu aku letakkan di atas perutku tika aku merasakan pergerakan baby.
Tersenyum aku tika Naeun tertawa seraya mendongak melihatku saat merasakan tendangan kecil adiknya.
"Naeun tak kisah dapat adik lagi?" Soalku. Sudah beberapa bulan berlalu, baru hari ini aku berkesempatan bertanyakan soalan ini padanya.
"Taklah, tak kisah pun, suka adalah."
Tersenyum lega aku saat mendengar jawapannya. Tanpa jemu, tanganku mengelus lembut rambutnya, membiarkan tangannya masih kekal di atas perutku.
"Naeun nak adik lelaki ke perempuan?"
"Tak kisah, asalkan omma dengan adik sihat, Naeun okay."
Tergelak aku dengar jawapan selamat dari dia. Cukup dewasa dia menjawab persoalan aku.
"Alah, kita-kita je, cakap je. Naeun sebenarnya nak adik perempuan kan?" Usikku sebelum kami sama-sama tertawa.
Tawa tercetus lagi bila dia mengangguk.
"Dah penat kena wrestling."
Tergelak lagi aku mendengar luahan hatinya sebelum perlahan-lahan mereda, berganti dengan senyuman halus saat menatap wajahnya sekarang yang sama persis seperti Jungkook.
"Nanti adik dah lahir, Naeun tolong jagakan adik untuk omma boleh?" Pintaku perlahan seraya menyentuh lembut juntaian rambutnya.
"Jagakan appa sekali.. Boleh?" Soalku lagi. Kali ini dirasakan cukup berat untuk menatap sepasang matanya.
"Dan paling penting, jaga diri Naeun untuk omma, boleh?"
Dengan hati yang dirasakan rapuh, hati aku tabahkan untuk menatap sepasang matanya yang menatapku polos.
"Setiap malam sebelum tidur, Naeun jangan lupa beritahu diri sendiri yang omma sayang sangat dengan Naeun.. Sampai bila-bila.."
"Naeun kena kuat tau, untuk appa.."
.
.
.
Makin lama, makin panjang pula setiap chapter kan? 2000+ words bak hang HAHA :')
Sabar ya, kejap lagi sampailah penamat cerita ni. ;)💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top