51
.
.
.
[JEON JUNGKOOK'S POV]
Hampir setengah hari dirinya tidak sedarkan diri dan sepanjang tempoh itu juga, debaran di dada ini dirasakan laju, menahan rasa bimbang yang tak tertanggung untuknya.
Aku tahu dia kuat.. Aku kenal Yerim, dia kuat.. Dari dulu..
Tak lalu makan mahupun minum, aku setia menemani dia di sisinya. Menatapnya dengan harapan dirinya akan bangun, melihatku dengan senyumannya yang indah.
Tidak lepas tangannya dari genggamanku. Sesekali aku bangun, memperkemaskan selimut yang menyelimuti tubuhnya, tak mahu dirinya kesejukan. Tahu, dirinya tidak tahan sejuk.
Terlalu merindukannya, ubun-ubun rambutnya aku kucup lembut dan perlahan. Mengharapkan dirinya bangun tatkala merasakan sentuhanku.
Raut wajahnya yang tampak tenang aku tatap lama. Terlihat cukup tenang, seolah-olah dirinya hanya sedang tidur, lena diulit mimpi. Seperti tiada sedikit pun kesakitan menyentuh tubuhnya.
Sering aku perasan wajahnya terlihat berseri saat mengandungkan puteri bongsu kami kali ini. Pipinya yang sedikit berisi, terlihat kemerah-merahan. Bibirnya yang semula jadi merah jambu, bulu matanya yang lentik dan bulu keningnya yang tersusun cantik.
Terlihat sangat cantik, seolah-olah kandungan ini tak langsung menjejaskannya, walhal kesakitan yang dirinya tanggung pastinya tidak kuat untuk aku tempuhi.
Lelah menunggu, aku akan merehatkan kepalaku di atas katil, dekat dengan tangannya, memberitahunya yang aku sentiasa ada dengannya. Tangannya masih setia di dalam genggaman tanganku.
Dengan kepala aku masih rehatkan di atas katil, telapak tangannya aku buka sebelum aku tekapkan ke pipi kiriku, membayangkan tangan halusnya mengusap lembut pipiku. Mata aku pejamkan seraya ibu jariku mengusap lembut kekura tangannya.
"Semoga Yerim saya cepat sembuh.. Saya rindu nak bergurau dengan awak, Yerim.. Saya rindu usikan awak.."
Bisikku perlahan, meluahkan isi hatiku dengan mata yang terpejam, menahan getaran sebak di dada.
"Baru semalam awak bergurau dengan saya,.. Baru semalam saya melihat senyuman dan tawa awak.. Luluhnya hati saya melihat awak di sini sekarang.."
Mata aku celikkan seraya perlahan-lahan mendongak, menatapnya dengan kepalaku masih direhatkan di sisi katil, melihatnya dengan genangan air mata.
"Tak sepatutnya saya biarkan awak kepenatan semalam.. Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak penat, Yerim?"
Soalku perlahan, melihat matanya yang masih terpejam rapat, menyentuh jauh ke dasar hati.
"Tak nak saya risaukan awak ya?" Soalku lagi, kali ini dalam nada yang sering aku gunakan tika kami bergurau. Senyuman terukir di bibir, senyuman mengusikku untuknya walhal air mata dirasakan begitu sarat.
Kini perlahan-lahan kepala aku angkatkan, melihat sendiri perut Yerim yang bergerak-gerak, perlahan namun jelas. Telapak tangan aku letakkan di situ.
Tersenyum hambar aku saat merasakan sendiri pergerakan puteri bongsu kami di situ. Semakin aktif bila tendangannya menyapa telapak tanganku.
"Jangan kuat-kuat, kesian omma.." Pesanku seraya mengusap lembut di situ. Seolah-olah mengerti, kali ini lembut saja pergerakannya di situ. Seolah-olah hanya menggesel-gesel kepalanya di telapak tanganku.
"Nanti baby dah lahir, dah besar... Jaga omma elok-elok ya? Omma dah banyak berkorban untuk baby.. Nanti kita jaga omma baik-baik ya?"
Pintaku seraya kepala aku rehatkan menghadap perut isteriku, mengusap lembut di situ.
"Sayang omma ya? Tahu omma nak jumpa dia, tu yang kuat dekat dalam tu? Sebab nak jumpa kami nanti ya?" Soalku dengan senyuman.
"Nanti jumpa omma, jangan lupa cakap terima kasih.." Selorohku sendiri dengan senyuman hambar masih terukir di bibirku.
"Baby kena kuat macam omma tau.. Omma nak sangat jumpa baby.."
Terasa sebak tika kata-kataku sendiri mula menyesakkan dada. Tahu ini permintaan Yerim sendiri, ingin puteri bongsu kami selamat dilahirkan ke dunia ini.
Perlahan-lahan mata aku pejamkan, menahan air mata dari gugur namun dalam diam, aku tewas.
.
.
.
Perlahan-lahan kelopak mata yang terkatup rapat aku celikkan tika dirasakan rambutku dielus lembut dan perlahan.
Kepala aku angkatkan dengan sepasang mata yang mula celik sepenuhnya. Hati dirasakan luluh tika melihat dia sedang tersenyum kepadaku. Terlihat jelas betapa lemah dirinya sekarang namun dirinya masih tersenyum untukku.
Ingin saja aku memeluknya erat namun aku tahu itu hanya akan membuatnya semakin lemas. Akhirnya aku hanya bangun, mengucup lembut ubun-ubun rambutnya, melepaskan kerinduanku padanya di situ.
Terlihat air matanya gugur satu per satu tika aku mengucupnya, entah apa yang terpendam di hatinya namun membayangkannya sudah cukup menyesakkan dadaku.
Air matanya aku usap lembut, kali ini dahinya pula aku kucup perlahan, memujuknya tanpa kata. Membiarkan tangannya menggenggam erat pergelangan tanganku, seolah-olah melepaskan rasanya di situ. Matanya masih terpejam rapat, menangis di hadapanku.
"Saya minta maaf.. sebab dah banyak susahkan awak dengan anak-anak.."
Tuturnya perlahan dengan air mataku buatkan aku lantas menggeleng. Tidak henti-henti tanganku menyeka lembut air mataku.
"Awak tak pernah susahkan saya dengan anak-anak, Yerim.. Dari dulu, awak tak pernah susahkan saya.."
Hati dirasakan pedih tatkala dicengkam rasa sebak saat melihat tangisannya sekarang. Tersedu-sedan menangis di hadapanku dengan tangannya menggenggam kuat pergelangan tanganku.
"Saya selalu sakit.. Saya minta maaf.."
"Jangan cakap macam ni dengan saya, Yerim.. Awak tak pernah buat salah dengan saya.." Pujukku lagi walhal hati dirasakan luluh melihat setiap air matanya yang mengalir.
"Maafkan saya.."
Tak henti-henti dirinya memohon maaf kepadaku dengan matanya yang masih terpejam, menangis buatkan aku turut merasa sebak.
Akhirnya tubuh kecilnya aku peluk, membiarkan dirinya menangis di bahuku. Terasa tangannya menggenggam kuat bajuku. Esakan halusnya mula jelas kedengaran menyapa telingaku buatkan hatiku berdenyut sakit.
Tahu tiada kata yang mampu menenangkannya. Aku hanya diam, membiarkan. Sisi kepalanya aku usap lembut dan perlahan. Sesekali aku menunduk, mengucup lembut dan perlahan kepalanya. Semoga dia merasa tenang, semoga dia tahu yang aku sentiasa ada untuknya.
.
.
.
"Mesti omma menyampah dengan saya kan? Asyik sakit je, asyik dia je kena jagakan Jeons."
Aku hanya tersenyum saat dirinya merungut sama seperti kanak-kanak. Sejak tadi aku duduk di sisinya di atas katil. Sama-sama duduk berlunjur. Belakang tubuhku aku sandarkan pada palang katil sementara dia menyandarkan belakang tubuhnya padaku.
Aku hanya membiarkan, malah suka tika dirinya melentokkan kepalanya ke bahuku. Tak tunggu lama, atas kepalanya aku kucup lembut sebelum kepala aku rehatkan di situ, di atas kepalanya.
"Mana ada. Omma lagi suka anak-anak kita tidur rumah dia, meriah katanya, macam buat kenduri."
Bahagia rasa hati bila mendengar tawanya tatkala mendengar lawak hambarku. Berdebar-debar hati, teruja dan bahagia bila kepalanya dilentokkan manja di atas bahuku.
"Asyik masuk hospital je, mesti staff dekat sini dah kenal saya. Dahlah asyik nangis je."
Sekali lagi aku hanya tersenyum. Mendengar luahan hatinya yang polos seperti kanak-kanak kecil.
"Mana ada. Awak perempuan paling kuat yang pernah saya jumpa. Beruntungnya saya dapat memanggil awak sebagai isteri."
Perlahan aku bersuara, cukup hanya aku dan dia yang tahu. Terlihat dirinya mendongak, merenungku lama sebelum kami berbalas senyuman. Sempat aku mendekatkan wajahku ke wajahnya, menyentuh sekilas pucuk hidungnya dengan hujung hidungku.
Tersengih dia sebelum dia kembali menyandarkan kepalanya ke bahuku buatkan aku tertawa perlahan.
"Maafkan saya sebab asyik menangis di hadapan awak.."
"Jangan meminta maaf pada saya, Yerim.. Saya tak layak untuk itu.." Tuturku perlahan. Terasa hiba setiap kali dirinya meminta maaf padaku sedangkan kesalahanku padanya terlalu banyak.
"Menangislah semahu-mahunya di hadapan saya. Asalkan jangan di belakang saya.." Pesanku sebelum atas kepalanya aku kucup lembut.
Lantas dirinya mendongak, melihatku, membalas tatapan mataku lama sebelum senyuman halus terukir di bibirnya. Belum sempat aku membalas senyumannya, kepalanya kembali disandarkan pada bahuku.
"Saya kesiankan awak dengan anak-anak.. Entah kenapa, saya rasa saya dah tak ada banyak masa untuk awak dengan anak-anak.."
"Yerim.." Perlahan aku bersuara, tak mahu dirinya menyambung kata yang dirasakan menyesakkan dadaku.
"Kalau apa-apa jadi pada saya nanti.."
"Yerim.."
"Janji dengan saya, jaga diri awak baik-baik.."
Rasa sebak menyelubungi hati tika kata-katanya itu menyapa perlahan pendengaranku.
"Tak perlulah saya memberi pesan pada awak untuk menjaga anak-anak kita dengan baik sebab saya tahu, awak ayah yang terbaik buat anak-anak saya.."
Dada dirasakan sesak saat dirinya mendongak, menatap wajahku dengan renungan lembutnya. Tahukah dia betapa lemahnya aku dengan renungan matanya yang satu ini..
Enggan berbalas mata dengannya, aku hanya diam, membiarkan sepasang anak matanya bergerak perlahan, memerhati setiap inci raut wajahku.
"Janji?" Soalnya perlahan. Lantas aku menunduk, membalas tatapan matanya. Tanpa berfikir panjang, aku menggeleng.
"Saya nak awak yang jaga saya macam selalu. You're not going anywhere. Tempat awak di sisi saya, sampai bila-bila. Saya yakin awak dengan baby akan baik-baik saja nanti. Jangan cakap macam ni lagi. " Pesanku, tegas namun masih lembut.
"Macam mana kalau—"
"Berhenti sebut perkataan 'kalau', Yerim.. Tolonglah.." Pintaku buatkan mulutnya terkatup perlahan.
Mata aku pejamkan tika dirinya kembali menunduk, merehatkan kepalanya di atas bahuku. Terasa tangan kananku ditarik lalu digenggam lembut.
"Jungkook.."
Suara lembutnya kini memanggil namaku perlahan namun aku masih diam dengan kelopak mata masih terpejam rapat.
"Awak tahu kan, walau apapun jadi pada saya nanti, saya akan sentiasa ada bersama awak.. Separuh nyawa saya ada pada anak-anak kita, tataplah mereka bila awak rindukan saya nanti.."
.
.
.
[CHOI YERIM'S POV]
"Awak serius ke nak ikut ni?"
"Iyalah, saya nak ikut. Tak nampak saya dah pakai cantik-cantik ni?"
Soalku tak puas hati, siap pakej pusing-pusing setempat depan dia.
"Eh, jangan pusing-pusing, tergolek nanti saya yang susah."
Tergelak aku bila dia membebel seraya memeluk bahu aku agar berhenti dari terus berputar di hadapannya. Kini tubuh aku dibawa agar berdiri menghadapnya.
Muka aku ditenung dalam-dalam, dahinya berkerut-kerut, serius habis!
Aku pula masih tersengih, tayang muka comel.
"Saya risau awak penat nanti.." Tersenyum aku saat dirinya cukup jujur memberitahu aku tentang kegusaran hatinya.
"Tak penatlah. Bukannya saya nak pergi mesin rumput ke apa. Saya datang, duduk, makan, tu je. Janji tak buat kerja berat-berat."
Yakin aku mengangkat sumpah dengan tangan kanan yang sudah terangkat separas kepala aku.
Tergelak juga dia melihat tingkah aku namun sekejap saja sebelum riak risau kembali terpancar di wajahnya.
Tahu, dia masih trauma dengan apa yang terjadi pada aku dua minggu lepas.
"Saya janji saya duduk je." Sekali lagi, aku cuba yakinkan dia.
"Betul ni?" Soalnya, macamlah aku ni ada gaya tiba-tiba je panjat pokok jambu orang!
"Betul." Cukup yakin diri aku menjawab sambil mengangguk laju. Ni kalau tak nampak meyakinkan lagi ni tak tahulah aku.
Tersenyum juga dia melihat aku sebelum dirasakan tangannya mengusap lembut kepalaku.
"Yalah, awak boleh ikut."
.
.
.
Majlis baby shower anak ketiga Jimin dan Yumi disambut secara kecil-kecilan namun cukup meriah di rumah omma. Tak ramai pun tetamu. Hanya saudara dan rakan-rakan terdekat.
Baby gender reveal pun turut diadakan sekali tadi. Semua bersorak keriangan bila kepulan asap biru mewarnai keliling kami tika Yumi dan Jimin sama-sama melepaskan confetti powder.
Baby boy lagi!
"Samalah kamu dengan Jungkook, gene lelaki lagi kuat."
Hampir tersembur aku dengan Jungkook dengar komen omma yang tak bertapis.
"Lagi kuat Jungkook, omma. Dia kembar je dah dua pasang."
Kali ni Jungkook yang tersembur betul-betul dengar komen Jimin, mencetuskan tawa seisi rumah.
"Ni kalau kali ni kembar juga ni memang power lah, Jungkook. Dah boleh buat bengkel."
Makin sakan pula Jimin mengusik Jungkook yang jelas menahan malu sampai naik merah telinga buatkan aku tertawa sendiri melihat.
"Jungkook dengan Yerim dah check gender baby?" Tanya Yumi tika tawa kami mereda.
Sempat aku dan Jungkook berbalas pandangan, tersenyum sebelum terlihat Jungkook mengangguk perlahan kepada aku, memberi keizinan pada aku untuk memberitahu.
"Baby girl."
Beritahuku dengan senyuman buatkan seisi rumah ini turut sama tersenyum mendengar. Entah kenapa, dirasakan sebak dan terharu tika melihat reaksi mereka semua tika ini. Tampak ikhlas menumpang gembira dengan aku dan Jungkook.
.
.
.
"Omma! Heeseung buang air!"
Terkedek-kedek Naeun mendekati aku sambil mendukung Heeseung yang masih sibuk meneran dalam pampers. Berkerut-kerut dahi dia buatkan aku tergelak.
Jungwon dengan Jake pula masih seronok bermain dengan sepupu-sepupunya yang lain sementara Jungkook pula sedang sibuk membuat barbeque bersama Jimin, Beomgyu dan appa di halaman tepi rumah. Itulah menu makanan kami untuk malam ini.
Omma, Yumi dan Somi pula sibuk di dapur, membuat menu lain untuk santapan kami nanti. Aku pula yang dilarang sama sekali membuat kerja ini hanya ditugaskan untuk duduk di ruang tamu, memantau budak-budak bermain.
Setelah Heeseung diletakkan di sisi aku di atas sofa, seluar dan pampers yang tersarung di punggungnya aku tarik, pemeriksaan ontot Jeon Heeseung.
Lepas pasti yang tuduhan Naeun bukanlah fitnah semata-mata, beg tangan aku selongkar, mencari kunci kereta. Siap sedia hendak mengambil beg Heeseung dan Jake di dalam kereta. Tadi tak sempat pula bawa sekali masuk.
"Naeun jagakan adik-adik dengan yang lain dulu, ya? Omma nak pergi kereta kejap."
.
.
.
Beg Heeseung dan Jake yang berwarna biru cair bertemakan kartun Bus Tayo di tempat duduk belakang kereta aku capai sebelum pintu kereta kembali aku tutup dan kunci.
Baru saja aku hendak mengatur langkah semula masuk ke halaman rumah omma, seluruh tubuh dirasakan tersentak kuat dengan tindakan refleksku berhenti dari terus melangkah, menjadi kaku saat tubuh aku hampir berlanggar dengan seseorang yang entah sejak bila, berdiri tegak di sisi aku.
Pada masa yang sama beg Hee dan Jake terlepas dari tanganku, jatuh ke atas jalan bertar. Dengan degupan jantung yang dirasakan laju dan menyentakkan dada, kepala aku angkatkan, melihat gerangan di hadapan aku tika ini.
Perempuan itu.
Lee Sara.
"Hi, madam."
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top