5

.
.
.

"Saya tanya, dari mana?"

Ulangnya lagi, terlihat cukup tenang namun dapat aku lihat rahangnya diketap kuat, seperti menahan dirinya dari menghamburkan amarahnya padaku.

"Siapa yang ambil awak dekat kolej tadi?"

Tanyanya lagi saat aku masih diam.

"Awak keluar dengan siapa, Choi Yerim?"

"Kawan." Balasku pendek seraya memalingkan tubuhku sebelum pintu rumah aku tutup perlahan.

"Awak tahu tak hampir dua jam saya tunggu awak dekat bus stop tadi? Separuh mati saya risaukan awak. Berkali-kali saya cuba call, mesej awak tapi tak satu pun awak jawab. Sekarang awak balik, awak cakap awak keluar dengan kawan awak?"

"Yalah. Habis awak nak saya jawab apa? Keluar dengan skandal saya? Dengan Eunwoo?"

"Tak lawak, Choi Yerim! Awak tahu tak saya risaukan awak? Sekurang-kurangnya, inform pada saya! Jangan ikut suka awak je nak buat apa!"

Terkedu saat dirinya meninggikan suaranya padaku dengan renungan matanya tajam menikam anak mataku.

"Saya kena jaga awak, kena jaga anak-anak lagi. Bukan awak seorang je yang saya kena jaga, Yerim. Tolonglah faham."

Belum sempat dirinya selesai berkata-kata, spontan diriku menghamburkan tawa.

"Bukan awak seorang je." Sindirku, mengulangi ayatnya tadi dengan getaran tawa perlahan.

"Awak yakin yang selama ni awak cuma jaga saya dengan anak-anak kita?" Perliku dan terlihat riak wajahnya mula berubah, terkedu.

"Awak nak cakap apa sebenarnya ni, Yerim?"

"Jangan tanya saya, tanya diri awak sendiri, Jeon Jungkook! Betul ke selama ni, yang awak pedulikan, yang awak risaukan, hanya saya dengan anak-anak kita?!"

"For god sake, stop manipulating my words, choi yerim!"

Dengan pandangan yang mula dikaburi air mataku sendiri, sepasang mataku turut sama berbalas renungan tajam dengan sepasang anak matanya yang menikam tepat anak mataku.

"Appa.."

Dengan takungan air mata yang kian mengaburi pandanganku, terlihat Jungwon dan Naeun berdiri tidak jauh dari kami.

Air mata tak dapat aku tahan dari mengalir perlahan membasahi pipiku saat melihat riak wajah ketakutan mereka.

"Ini yang awak nak anak-anak kita nampak kan?" Tuturnya perlahan, cukup hanya di pendengaranku dan dia buatkan mataku terpejam rapat. Terasa cukup sebak saat air mataku mula dirasakan tak tertahan.

Tanpa pamit, terdengar dirinya membuka pintu rumah sebelum ditutup kembali. Beberapa detik berlalu, terdengar pula enjin keretanya dihidupkan.

"Omma.."

Air mata semakin deras mengalir saat merasakan pelukan Naeun dan Jungwon pada pinggangku.

Perlahan-lahan aku duduk bertinggung di hadapan mereka sebelum tubuh mereka aku tarik ke dalam pelukanku. Mata aku pejamkan, menangis tanpa suara.

.
.
.

Hujung minggu ini aku hanya duduk di rumah bersama Naeun, Jungwon, Heeseung dan Jaeyun.

Sejak dirinya keluar malam tadi, sehingga ke pagi ini, dirinya masih belum pulang ke rumah dan sikit pun, aku tak peduli.

Mungkin sekarang ini dirinya sedang seronok menghabiskan waktu dengan 'student' kesayangannya yang satu itu.

Sementara aku membantu Jungwon dan Naeun menyiapkan kerja sekolah mereka di ruang tamu dengan Hee dan Jake awal-awal dah conquer TV, ralit betul menonton kartun Tayo the Little Bus, terdengar loceng rumah berbunyi untuk beberapa kali.

Untuk seketika aku hanya diam dengan tatapan mataku tertumpu pada pintu utama rumah sebelum aku bangun dari terus duduk di antara Naeun dan Jungwon.

Sempat aku mengusap lembut rambut mereka sebelum langkah aku atur menuju ke pintu utama rumah.

.
.
.

Sejak tadi mata aku tak lepas dari merenung pacuan empat roda di hadapanku sekarang. Terlihat masih baru dan bak kata pepatah melayu, segar dari kilang.

"Jadi, awak nak cakap kereta ni, saya punya?" Tanyaku lagi kepada lelaki yang memperkenalkan dirinya kepadaku sebagai car dealer untuk kereta ini.

Sekali lagi, kereta Vellfire putih di hadapan aku tika ini, aku tatap.

"Iya, suami puan yang belikan."

"Siapa?" Tanyaku seraya kembali menoleh.

"Encik Jeon Jungkook. Tak percaya? Ni dokumen dia."

Kali ni dia hulurkan dokumen dan fail berserta dengan pen kepadaku.

Dihujung dokumen itu, tercatat elok tandatangan Jungkook.

"Kenapa pula dia belikan saya ni?"

"Entahlah, puan. Saya cuma car dealer, bukan presiden persatuan makcik-makcik bawang. Manalah saya tahu."

Tersengih aku dengar gurauan kasar lelaki itu sebelum perlahan-lahan senyumanku hilang dengan tumpuan mataku kembali pada kereta itu yang sudah terletak elok di halaman rumah.

Hebat permainan dia.

Kalau dulu pujuk pakai Mcd, sekarang sebiji Vellfire dia bagi aku.

.
.
.

Baru sejam yang lalu kereta Vellfire itu menapak di halaman rumah, aku terus buat perasmian bagi pelancaran pergerakan kereta tersebut.

Disaksikan oleh Toh Puan Sri Jeon Naeun, Yang Berhormat Jeon Jungwon, Tan Sri Jeon Heeseung dan Datuk Jeon Jake.

Awal-awal aku dah masukkan diorang dalam kereta. Bukan main excited semua naik kereta baru, plastik seat pun tak buka lagi.

Bagaikan perasmian banjir, bertepuk tangan mereka saat aku mula menghidupkan enjin kereta.

"Siapa nak jalan-jalan?" Tanyaku seraya menoleh, memandang wajah-wajah ceria Jeon's.

"Saya!!"

"Aye!!"

Tergelak aku saat semua mula bersorak keriangan.

"Lesgaurr!!"

.
.
.

Setelah hampir sejam melepak di rumah omma dan setelah meminta persetujuan omma untuk aku meninggalkan anak-anak sekejap di situ, kereta aku pandu sendiri menuju ke suatu destinasi.

Semakin sampai aku ke destinasi yang menjadi tujuanku sejak tadi, semakin kuat detakan jantungku.

Perlahan-lahan kereta aku berhentikan di bawah pokok yang tumbuh tidak jauh dari destinasi utamaku.

Rumah itu.

Rumah yang pernah aku kunjungi bersama Jungkook dulu, saat dirinya dengan baik hati, menumpangkan perempuan itu pulang ke rumah itu.

Saat melihat halaman rumah itu yang terlihat kosong dan terbiar, perlahan-lahan keretaku bergerak ke hadapan rumah itu.

Ternyata rumah itu benar-benar kosong dengan keadaannya yang jelas terbiar, seperti tak lagi berpenghuni.

.
.
.

Sebelum pulang ke rumah omma, sempat aku singgah ke 7eleven berdekatan, ingin membeli susu pisang dan Kinder Joy buat Jeon's.

Masuk saja ke dalam kedai serbaneka itu, setelah mengambil bakul, langkah terus aku atur ke bahagian peti sejuk yang mempamerkan pelbagai aneka rasa dan variasi minuman.

Setelah mengambil dan meletakkan tujuh kotak susu pisang ke dalam bakul , langkah aku atur pula ke bahagian rak makanan ringan, mencari coklat berbentuk telur itu.

Terukir senyuman di bibirku saat melihat coklat kegemaran Jungwon itu terletak elok dalam barisan di rak paling atas berdekatan denganku.

Tanpa berfikir panjang, tujuh ketul 'telur' KinderJoy itu aku ambil lalu aku masukkan ke dalam bakul.

Baru saja aku hendak mengatur langkah ke kaunter, terlihat seorang pelanggan perempuan mengatur langkah terdahulu mendekati kaunter dengan dua kotak susu pisang di tangannya buatkan langkahku perlahan-lahan terhenti.

Hampir terlepas bakul di tanganku saat melihat perempuan itu sekarang yang langsung tak menyedari kehadiranku.

Lee Sara.

Dengan diriku berada tidak jauh di belakangnya, aku hanya memerhati dirinya membuat pembayaran di kaunter.

Terlihat dirinya menunduk, panahan matanya kini tertumpu pada rak kecil yang terletak di tepi meja kaunter itu buatkan mataku turut sama tertumpu di situ.

Tanpa segan silu, terlihat dirinya menarik keluar dua kotak condom yang tersusun di dalam rak itu sebelum diletakkan di sebelah dua kotak susu pisang yang diambilnya tadi.

Saat melihat perempuan itu mula meninggalkan kedai serbaneka ini, lantas aku meletakkan bakul di tanganku ke atas meja berdekatan pintu sebelum langkah aku atur laju keluar dari kedai ini.

Berderau darahku, kakiku dirasakan cukup lemah untuk terus melangkah, saat melihat dirinya memasuki sebuah kereta yang cukup tidak asing bagiku.

Kereta Honda Civic, pemberian Jungkook buatku dulu.

.
.
.

Hampir lima belas minit, aku mengekori kereta itu sehinggalah aku mula memasuki kawasan perumahan yang cukup tidak asing buatku.

Setiap jalan dan lorong yang diambil juga cukup tidak asing untukku. Kini aku mula dapat mengagak kemana halu tujunya tika ini.

Ternyata tekaanku tepat saat keretanya perlahan-lahan berhenti di hadapan pintu pagar rumah yang mencipta dan menyimpan seribu satu kenanganku bersama Jungkook di situ, pahit dan manis.

Rumah sewa Jungkook dan Jimin dahulu, di mana menjadi tempatku untuk menumpang teduh dahulu.

Mataku mula dirasakan panas dan membahang saat melihat kereta Mercedes Benz milik Jungkook ada di halaman rumah itu.

Beberapa detik berlalu, terlihat seorang lelaki mengatur langkah keluar dari rumah itu, mendekati pintu pagar yang tertutup rapat.

Dia

Jeon Jungkook..

Dengan dada yang terasa cukup sesak menahan hiba, tidak lepas mataku dari memerhati mereka dari jauh walau pandangan mataku mula terlihat cukup kabur.

Terlihat kereta Honda Civic yang dahulunya milikku itu mula memasuki halaman rumah itu dengan Jungkook masih setia memerhati sebelum pintu pagar ditutup semula.

Saat perempuan itu melangkah keluar dari kereta, terlihat Jungkook tertawa saat dengan penuh ceria, perempuan itu menayangkan sekotak susu pisang kepadanya.

Tawanya, tatapan matanya yang cukup lembut memerhati perempuan itu, cukup menyakitkan buatku.

Air mata dirasakan mengalir perlahan membasahi pipiku saat melihat mereka mula mengatur langkah bersama memasuki rumah itu.












.
.
.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top