47
.
.
.
Perlahan-lahan mata aku celikkan dari terus terkatup rapat saat cahaya silau menjengahku. Untuk seketika, aku terpisat-pisat, cuba mengadaptasi suasana di sekitarku.
Aku di wad hospital.
Seperti hilang ingatan, aku cuba mengimbas semula apa yang terjadi sebelum ini.
Aku mengalami pendarahan.
Lantas aku menunduk, meraba-raba perutku sendiri, mencari benjolan yang menjadi bukti wujudnya satu nyawa di dalam rahimku.
"Yerim jangan risau, baby Yerim okay."
Terangkat kepala aku saat suara perempuan cukup halus dan lembut menyapaku. Saat aku menoleh, terlihat Eunha sedang tersenyum ke arah aku. Elok saja dia berdiri di jendela tidak jauh dari aku.
"Kuatnya dia, macam omma dia.."
Tersenyum aku mendengar kata-katanya itu walhal mataku mula digenangi dengan linangan air mata.
Kini sepasang mata Eunha bergerak perlahan ke sisi aku yang satu lagi buatkan aku turut sama menoleh.
Barulah aku tersedar, sejak tadi Jungkook ada di sisiku. Tertidur dalam posisi terduduk di atas kerusi dengan kepalanya direhatkan di atas katil, dekatnya dengan tanganku. Tangannya masih tidak lepas dari menggenggam tanganku.
Senyuman hambar terukir di bibirku saat melihat keadaannya sekarang yang dirasakan cukup menyentuh hati. Menjagaku, pada masa yang sama menanggung rasa risaunya yang menggunung untukku sehingga dirinya kelelahan.
"Semalaman dia tunggu awak bangun. Langsung tak nak berganjak dari duduk di sebelah awak. Tak makan, tak minum. Hanya menunggu di situ, menatap awak."
Dengan sepasang mataku masih tertumpu di raut wajah penuh kelelahan Jungkook itu, hati mula diterpa rasa sebak. Serisau itu dirinya padaku, sehingga tak lalu untuk makan dan minum.
Apa akan jadi padanya jika aku betul-betul pergi dari hidupnya nanti?
Genangan air mata mula dirasakan cukup sarat. Rasa risau dan peduli tentangnya.
Perlahan-lahan tanganku menyentuh atas kepalanya sebelum rambutnya aku usap lembut dan perlahan, penuh rasa kasih dan cinta untuknya.
"Saya ada appointment dengan patient lain sekejap lagi. Saya keluar dulu ya?"
Kepala aku angkatkan. Berbalas renungan dengan Eunha sebelum kami berbalas senyuman.
"Terima kasih." Sempat aku mengucapkan terima kasih pada Eunha.
"No worries." Balasnya dengan senyuman sebelum dirinya membawa diri menjauhi aku lalu mula hilang dari balik pintu wad ini.
"Yerim.."
Perlahan-lahan aku menunduk, kembali menatap Jungkook saat terdengar suaranya, merintih perlahan memanggilku di dalam tidurnya.
Terkedu saat melihat air matanya yang mengalir perlahan dari kelopak matanya yang masih terpejam rapat.
"Saya minta maaf, Yerim.."
Di dalam tidurnya kini, dia menangis, meminta maaf padaku.
Hati terasa luluh melihatnya menangis di dalam lenanya tika ini.
"Maafkan saya.." Rintihnya lagi di dalam lenanya, air mata masih membasahi pipinya.
Setitis air mata aku biarkan mengalir perlahan ke sisi mataku, membasahi telingaku.
Aku hanya membiarkan dirinya menangis di dalam tidurnya. Rambutnya masih aku elus lembut. Sesekali tanganku mengusap lembut pipinya, menyeka air matanya.
Terlalu banyak air matanya mengalir untukku. Sedangkan tidak semudah itu, untuk seorang lelaki sepertinya menangis..
"Baby kita.. Baby kita, Yerim.."
Terdengar lagi dia bersuara di dalam esakan halusnya. Tangisannya mula terdengar begitu jelas, cukup memilukan. Tidak sanggup terus melihatnya begitu, pipinya aku usap perlahan.
"Jungkook.." Panggilku perlahan, cuba menyedarkannya dari mimpinya yang memilukan.
Terdengar esakan halusnya lagi sebelum perlahan-lahan matanya dicelikkan. Untuk seketika, dirinya hanya diam, terkebil-kebil dengan air mata yang masih berbaki sebelum perlahan-lahan dirinya duduk tegak.
Kini sepasang matanya yang masih berbaki dengan linangan air mata, menatapku redup namun cukup sayu.
"Yerim.."
Perlahan suaranya memanggil namaku sebelum dirinya menghampiriku, mengambil tempat duduk di sisiku di atas katil.
Aku hanya membiarkan saat dirinya memeluk tubuhku cukup erat. Walaupun dirinya hanya diam, aku tahu, dirinya menangis di bahuku tanpa suara.
Hujung hidungnya ditekan lembut di leherku, seolah-olah merasakan sendiri denyutan nadiku di situ. Terasa hiba melihat keadaannya sekarang.
"Jangan buat saya macam ni lagi, Yerim.."
"The thought of losing you is scaring me, Yerim.." Rintihnya di dalam esakan halusnya, buatkan aku turut merasa hiba.
Belakang kepalanya aku usap lembut dan perlahan.
"Saya okay, Jungkook.." Pujukku dan dirasakan dirinya menggeleng perlahan.
"Saya tak pernah nampak awak sepucat itu, Yerim.. Badan awak membeku, sejuk saat saya menyentuh awak.. Setiap kali awak memejamkan mata, saya takut Yerim.."
Akhirnya aku hanya diam, membiarkan dirinya meluahkan segalanya padaku.
"Tolong jangan pergi.. Tolong jangan tinggalkan saya.." Pintanya, menyuntik rasa sebak bertandang di hati.
Teringat tika dirinya sakit dan koma dulu,.. Perkara sama aku pinta darinya..
"Saya tak akan tinggalkan awak,.. Saya akan sentiasa ada di sisi awak, Jungkook.. Saya pernah beritahu awak kan? Di mana awak berada, di situ saya akan duduk bersama awak?"
Tuturku perlahan, memujuknya dengan senyuman walau hati dirasakan luluh, menahan tangisan.
Bagaikan anak kecil, dirinya mengangguk perlahan seraya memperkemaskan pelukan pada leherku, buatkan aku tersenyum lagi.
Kini belakang tubuhnya aku usap perlahan berkali-kali, cuba menenangkannya sehinggalah dirasakan pelukannya padaku dileraikan.
Dengan sisa air mata membasahi pipinya, wajahku ditatap lama, melepaskan rindunya padaku.
Lambat-lambat dirinya menunduk. Panahan matanya kini tertumpu pada tanganku yang sejak tadi berada di atas perutku.
Perlahan-lahan aku turut sama menunduk saat dirasakan tangannya menyentuh lembut atas tanganku.
Tahu niat sebenarnya, tangan aku tarik dari terus berada di bawah telapak tangannya lalu aku alihkan ke atas tangannya, menekan lembut tangannya ke atas perutku, membiarkan telapak tangannya merasakan sendiri wujudnya satu nyawa kami di situ.
Tersenyum aku dan dia saat merasakan pergerakan halus namun ligat dari baby di dalam sana, bergerak-gerak di telapak tangan Jungkook seolah-olah gembira disapa oleh appa nya.
"Jungkook.."
"Hmm?"
"Kenapa awak menangis tadi? Apa yang awak mimpikan?" Soalku perlahan buatkan sepasang matanya tertumpu tepat kepadaku. Wajahnya berubah riak, terkedu.
Untuk seketika dirinya hanya diam, menatapku dengan riak wajah yang jelas, menahan hiba.
"Saya mimpi baby kita dah tak ada.." Tuturnya dengan getaran suara perlahan. Dapat aku rasakan kepiluan dalam nada suaranya, menahan sebak.
"It seems so real that makes me realize, saya dah mula sayangkan dia.." Luahnya lagi tanpa melihatku namun dapat aku lihat matanya yang berkaca-kaca.
Terasa tangannya mengusap lembut perutku, membalas sapaan bayi yang masih ligat menyapa kami.
"Lagi pun macam yang awak kata, dia tetap anak saya, anak kita.. Walau apa pun, dia tetap our little princess.."
Di hujung katanya, lirikan matanya tertumpu padaku dengan senyuman mengusiknya buatkan aku turut sama tersenyum namun dirasakan laju saja air mata yang mengalir, terharu.
Akhirnya, dia dapat menerima bayi ini. Aku tak mahu, bayi ini terus hidup dengan ayahnya membencinya atau tak punya rasa sayang padanya.
Perlahan-lahan mata aku pejamkan saat dirinya menunduk, mengucup lembut dan perlahan ubun-ubun rambutku.
Dirasakan rambutku diusap lembut, merasakan belaiannya yang penuh kasih sayang di atas kepalaku.
"Maafkan saya kerana membebani awak dengan kegusaran hati saya. Rasa risau saya pada awak ini, biarlah saya tanggung sendiri.. Jangan difikirkan lagi tentang saya, ya?"
Seolah-olah tahu bebanan di hati, suaranya cukup lembut memujukku. Akhirnya menangis juga aku di hadapannya, melepaskan segala isi hatiku di hadapannya.
Dirasakan sisi kepalaku pula diusap lembut dan perlahan. Dahinya direhatkan di dahiku, hujung hidungnya menyentuh lembut hujung hidungku, memujukku tanpa kata.
"Awak sayang saya?" Tanyaku perlahan dengan mata masih terkatup rapat.
"Sentiasa.."
.
.
.
Malam ini aku bermalam di wad. Di atas permintaan aku sendiri, aku meminta Jungkook agar melarang omma untuk datang menjagaku. Biarlah aku sendirian di dalam wad malam ini. Sedangkan Jungkook yang ingin menjaga aku malam ini di dalam wad pun aku larang.
Aku cuba untuk tidur walaupun tidaklah lena mana namun dapatlah aku memejamkan mata untuk seketika.
Sehinggalah aku terdengar pintu bilik wad persendirian ini ditolak perlahan dari luar, cukup cermat dan berhati-hati seolah-olah tak mahu mengganggu lenaku sedangkan aku tak tidur pun.
Di dalam samar-samar cahaya lampu dari koridor hospital, terlihat susuk tubuh Jungkook sedang membelakangkan aku, senyap-senyap menutup pintu bilik wad ini, masih belum sedar yang aku sedang ralit memerhatinya.
Tanpa sedar aku tersenyum, dalam diam aku suka dia datang menjengukku malam ini walaupun aku tahu, dia tak pernah pun meninggalkan aku sendirian. Sentiasa ada di luar wad, menemani aku dari jauh.
Mata aku pejamkan, berpura-pura tidur saat derapan kakinya menghampiri aku. Dapat aku rasakan dirinya sudah berdiri di sisi katil. Entah apa dia lakukan di situ untuk beberapa detik. Mungkin sedang memerhatiku dalam diam.
Sehinggalah aku dikejutkan dengan kucupan hangatnya di dahiku, cukup lembut dan perlahan, menyentuh jauh ke dasar hatiku.
Kali ini dirasakan pula telapak tangannya menyentuh atas perutku sebelum dirasakan sentuhan lembutnya di situ, mengusap perlahan perutku.
Terdengar desahan nafasnya perlahan, pastinya sedang mengulum senyuman khasnya saat menahan tawa tika kami sama-sama merasakan pergerakan baby menyapa telapak tangannya.
"Shh, tidurlah.. omma tengah tidur, bagi omma rehat ya?" Bisiknya pada baby tapi aku pula yang terusik.
Akhirnya perlahan-lahan kelopak mata aku celikkan, memerhati Jungkook yang masih leka dengan dunianya bersama bayi kami.
Perlahan-lahan hujung jari-jemari tangan kirinya aku tarik, lembut dan perlahan. Lantas dirinya tersentak seraya menoleh, membalas renungan mataku.
Untuk seketika, kami hanya diam berbalas renungan. Jari-jemarinya aku genggam buatkan bibirnya lambat-lambat mengukirkan senyuman untukku.
Tangannya yang sejak tadi di atas perutku mula bergerak perlahan ke atas kepalaku sebelum dirasakan rambutku diusap lembut dan perlahan. Tersenyum aku, suka dengan sentuhannya.
"Buat-buat tidur ya?" Usiknya sebelum hujung hidungku dicuit lembut. Aku hanya tersengih buatkan dia turut sama tersenyum.
"Kenapa tak tidur lagi?" Soalku.
"Tak biasalah tidur sendiri."
"Gedik."
Tersengih dia mendengar sepatah komen dari aku.
"Nak tidur dengan saya?" Tanyaku buatkan renungan matanya terus bertukar, terlihat bersinar saat mendengar pelawaanku. Tak pasal-pasal aku tergelak lagi.
"Boleh ke?"
"Saya pelawa sekali je. Tak nak sudah—"
"Eh, naklah. Siapa cakap tak nak? Memandai je." Laju dia memotong percakapanku sambil membuka kasutnya.
Tawa tak dapat aku tahan bila dia mula naik ke atas katil dan berhimpit-himpit denganku. Sehinggalah kami mula selesa di posisi masing-masing, baring mengiring menghadap satu sama lain.
Hampir tertanggal IV drip di tangan bila tubuhnya menghempap tiub yang menyalurkan cecair IV kepadaku namun cepat-cepat dia menarik tiub itu agar tak lagi dihempapnya. Tak pasal-pasal kami tergelak sendiri, tiba-tiba rasa kelakar.
Setelah tawa kami mereda, dengan senyuman, dirasakan tangannya memeluk erat pinggang dan belakang tubuhku. Tahu yang dia risau kalau-kalau aku tergolek jatuh dari katil ni.
"Cantiknya isteri saya malam ni."
"Cantik apanya? Dahlah pakai baju hospital."
"Pertama kali saya melihat awak, macam inilah rupa awak. Pakai baju hospital juga tapi jatuh cinta juga saya pada awak kan?"
Tersengih dia saat aku dengan mudahnya tersenyum. Terasa tangannya mengusap lembut pipiku.
Perlahan-lahan mata aku pejamkan saat dirinya menunduk, mendekatkan dahinya ke dahiku sebelum hujung hidungnya dirasakan menyentuh lembut pucuk hidungku. Cukup selesa.
Kini aku menunduk seraya perlahan-lahan membuka mata. Tangan kanannya yang melingkar di atas pinggangku, aku tarik, membiarkan dirinya yang mula mencelikkan mata, memerhatiku tanpa kata.
Lambat-lambat hujung jariku menyentuh cincin perkahwinan kami yang masih kekal tersarung di jari manisnya. Tidak pernah hilang dari jari manisnya, tanda dirinya masih milikku, kepunyaanku.
Dapat aku rasakan panahan matanya turut sama di situ. Membiarkan aku yang masih mengusap lembut cincin perkahwinan kami di jari manisnya.
"Jungkook.."
"Hmm?"
"Awak masih simpan cincin saya?"
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top