46

.
.
.

Rasa kami cuma makan ramen pada pukul 3.30 pagi tapi entah kenapa dirasakan cukup romantis. Mana tidaknya, dari tadi dia saja yang menyuap aku. Sesekali dia turun sama berkongsi ramen dengan aku.

Tak banyak yang kami bualkan. Hanya makan dengan senyap, sesekali berbalas renungan dan senyuman. Sesekali hampir tergelak tengok muka satu sama lain, bergegar badan kami menahan tawa. Tak mahu anak-anak bangun pula nanti, dah satu hal.

Tak perlukan candle light dinner atau makan di restoran bertaraf lima bintang, cukup dengan hanya duduk di sisinya, aku rasa bahagia. Seperti sekarang, duduk bersebelahan dengannya di meja makan.

"Tulah. Ajak makan sama-sama tadi tak nak. Jual mahal. Saya masak punyalah sedap untuk dia, dia nak ramen."

"Baby yang naklah."

"Ha yalah tu. Jual nama anak."

Tersengih aku mendengar komennya sebelum seketika, aku hanya diam. Memerhatinya menghabiskan sisa kuah ramen di dalam mangkuk.

Mungkin perasan sejak tadi aku hanya diam, memerhatinya, lantas dia menoleh, melihatku. Seketika aku dan dia hanya berbalas renungan.

"Awak masih marahkan saya?" Tanyaku perlahan. Rasa sedih pula bila soalan itu aku tujukan pada dia. Memikirkan yang seminggu ini, aku tidur dalam keadaan dia sedang memarahi aku.

"Mana ada saya marah." Balasnya perlahan, dirasakan cukup lembut.

"Habis tu?" Tanyaku.

"Merajuk je." Balasnya sebelum kami sama-sama tertawa perlahan.

"Masih merajuk dengan saya?" Tanyanya pula buatkan aku tersenyum hambar.

"Mana ada saya merajuk."

"Habis tu?"

"Tak nak kawan awak je." Balasku pula buatkan dia tertawa lagi.

Kini aku hanya membiarkan saat dirinya perlahan-lahan menunduk sebelum kedua-dua tanganku ditarik lembut agar aku turut sama duduk berhadapan dengannya.

"Saya cuma.. risaukan awak.." Tuturnya perlahan, tidak sikit pun melihatku.

"Semakin hampirnya waktu untuk bayi ini dilahirkan, semakin saya risaukan awak, Yerim.." Luahnya perlahan, masih enggan melihatku buatkan hatiku terusik.

Sebab itukah dia selalu menangis di dalam tidurnya?

"Memang inikah yang awak mahukan, Yerim?" Tanyanya perlahan. Kini tatapan matanya menikam tepat sepasang mataku.

"Bodohnya saya, menjauhkan diri dari awak dengan harapan awak akan mengubah fikiran untuk saya.. Sedangkan saya tahu, awak tak akan dengar cakap saya.." Tanyanya perlahan dengan senyuman hambar terukir di bibirnya.

Apa yang dia mahukan? Mengharapkan aku untuk setuju dengannya? Untuk gugurkan kandungan ni?

Sanggup dia meminta semua itu dengan senyuman terpalit di bibirnya?

Perlahan-lahan tangan aku tarik dari terus berada di dalam genggamannya.

"Apa awak harapkan dari saya? Setuju dengan awak untuk gugurkan kandungan ni? Itu yang awak nak?" Tanyaku dengan rasa berang yang mula tak tertahan, terpancar jelas di wajahku. Merenungnya tajam.

"Itu yang terbaik untuk awak.. Awak pun tahu.."

"Kita dah pernah bincangkan tentang ni dan awak sendiri tahu apa keputusan saya."

"Tolonglah,Yerim. Tolong jangan pentingkan diri awak sendiri. Yang mahukan bayi ini cuma awak. Tak ada gunanya awak pertahankan dia kalau nyawa awak sendiri dalam pertaruhan."

Berderau darahku saat mendengar kata-katanya yang begitu lancar meniti di bibirnya, seolah-olah sudah dipendam lama di dalam hatinya.

Yang mahukan bayi ini cuma awak..

Jadi, itu yang dia rasakan selama ini?

"Saya tak nak apa-apa jadi pada awak, Yerim. Tolonglah.."

Aku hanya diam, membiarkan tatapan matanya yang sarat dengan air mata menikam lembut sepasang mataku.

Saat tangannya hendak menyentuh tanganku, lantas aku mengelak.

"Awak bencikan baby ni?" Tanyaku perlahan dan dirinya hanya diam. Seolah-olah tahu jawapan yang bakal dirinya berikan padaku nanti akan menyakiti diriku sendiri.

"Saya tak bencikan dia, Yerim.."

"Tapi awak tak sayang dia.. Saya tak pernah nampak awak gembira setiap kali awak temankan saya ke hospital.." Tak semena-mena riak wajahnya mula terlihat kabur di pandanganku saat genangan air mata mula mengaburi penglihatanku.

Terlihat dirinya hanya diam, menatapku dengan matanya yang berkaca.

"Awak akan bencikan dia kalau apa-apa jadi pada saya nanti?"

Dada dirasakan sesak saat dirinya hanya diam.

"Dia anak awak, Jungkook.."

"Naeun, Jungwon, Heeseung dan Jake dah cukup untuk saya.. Yang saya perlukan hanya awak Yerim.. Saya nak awak terus ada dengan kami.. Sesukar itukah untuk awak faham?"

Hati dirasakan luluh. Sepasang anak matanya aku tatap silih berganti, mengharapkan yang semua itu hanya kata-kata palsu darinya namun saat melihat riak wajahnya sekarang, aku tahu dirinya benar-benar memaksudkannya.

Dia tak mahukan bayi ini.

Tidak mahu terus melihatnya, lantas aku turun dari kerusi.

"Yerim.."

Tanpa mempedulikannya, langkah aku atur laju meninggalkannya seraya tangan menyeka laju air mata yang tak semena-mena mula mengalir deras.

.
.
.

Sejak tadi mata aku pejamkan rapat, cuba untuk melelapkan mata namun dirasakan tak berdaya. Tanganku sejak tadi menyentuh bahagian bawah perutku, menahan rasa cramp yang tiba-tiba datang menjengah. Hampir setengah jam aku menahan rasa.

Sekejap-sekejap aku menukar posisi tidurku agar lebih selesa namun tak satu pun menenangkan aku. Peluh dingin mula membasahi dahi dan leherku saat rasa cramp yang sejak tadi tidak surut ini mula dirasakan cukup ngilu.

Bahagian bawah perutku dirasakan seperti ditusuk-tusuk dengan jarum-jarum halus, cukup mengilukan hingga aku merasakan takut untuk bergerak walau seinci. Kaki mula dirasakan sejuk dan membeku.

Sudahnya aku hanya baring mengiring menghadap dinding dengan sebelah tanganku menggenggam kuat hujung bantal. Mata aku pejamkan, menahan sakit yang dirasakan mulai tak tertanggung.

Dapat aku dengar bunyi suis lampu tidur di sisi katil di hidupkan seraya gegaran kecil di belakangku.

"Yerim?"

Terasa bahuku digenggam dan ditarik lembut namun aku masih diam dengan mata yang terkatup rapat.

"Ya tuhan, Yerim.. Kenapa ni?"

Dapat aku dengar getaran suaranya, cemas melihat aku. Dirasakan tangannya mengelap peluh di dahiku sebelum dirasakan selimut yang menutupi tubuhku sejak tadi ditolak ke hujung kaki aku.

"Yerim.."

Perlahan-lahan mata aku celikkan saat terdengar suara Jungkook yang tergamam, kehilangan kata-kata.

Lantas aku menunduk, turut sama melihat ke arah yang sama dengan panahan matanya, tertumpu tepat pada cadar katil.

Degupan jantung mula dirasakan laju, detakannya dirasakan begitu kuat. Tanpa menunggu lama, tangan aku bawa, menyentuh bahagian itu.

Berderau darahku saat dirasakan telapak tanganku yang basah saat menyentuh bahagian itu.

Tak semena-mena genangan air mata dirasakan mula memenuhi tubir mataku. Telapak tanganku yang dirasakan basah dan melekit aku bawa tepat ke hadapan muka.

Melihat sendiri darah pekat yang terpalit penuh pada telapak tanganku.

.
.
.

Sampai saja di perkarangan hospital, aku yang terlantar di atas katil diusung masuk ke bahagian ruangan kecemasan. Suasana cemas dan kesibukan semua orang menguruskan aku dirasakan lambat berlalu di penglihatanku.

Aku merasa tenang, setenang-tenangnya. Sedangkan Jungkook, menangis di sisiku dengan dirinya tak henti-henti merayu kepada mereka untuk menyelamatkan aku. Langkahnya diatur laju mengikuti aku, sentiasa ada di sisi aku.

"Jungkook.." Panggilku perlahan. Tangannya yang sejak tadi menggenggam tanganku, aku tarik lembut.

Lantas dirinya menunduk, terhenti tangisannya saat melihatku sekarang namun laju saja air matanya kembali mengalir saat melihatku sekarang.

"Saya dengan baby okay.." Pujukku dan terlihat semakin deras air matanya mengalir.

"Awak jangan nangis, nanti saya nangis.." Pintaku dengan genangan air mata yang sejak tadi aku tahan.

Terlihat dirinya menggeleng, tangannya menyeka pantas air matanya.

"Tak, saya tak nangis.."

Tersenyum aku saat mendengar pujukannya yang dirasakan keanak-anakkan.

"Encik, sila tunggu dekat luar."

Terlihat Jungkook enggan hendak berlalu pergi, panahan matanya terlihat sayu melihatku, terasa berat hendak meninggalkan aku.

"Tak apa, awak pergilah.. Saya okay.."

"Yerim.."

"Doakan baby dengan saya okay, ya?" Pintaku dengan senyuman.

Terlihat dirinya mengangguk walaupun aku tahu, dia cuba menahan tangisannya di hadapanku.

"Saya ada dekat luar, menunggu awak, Yerim.." Tuturnya perlahan dan kali ini aku pula mengangguk, masih tersenyum.

Seketika, dirinya masih kekal berdiri di situ, menatapku dengan renungannya yang jelas risaukan aku sebelum langkahnya diatur meninggalkanku.

Saat susuk tubuhnya berlalu pergi, senyuman tak lagi terukir di bibirku, mata aku pejamkan, menghamburkan tangisan yang aku tahan sejak tadi di hadapannya.

.
.
.

Sejak tadi susuk tubuh lelaki itu setia menunggu di hadapan unit rawatan rapi. Hampir sejam lebih, dirinya berdiri di situ, sepasang matanya terbias satu harapan. Mengharapkan isterinya baik-baik saja di dalam sana, bersama janin yang seharusnya menjadi puteri bongsunya.

Tangannya menggeletar teruk, sepasang matanya tak lepas dari memerhati pintu masuk unit rawatan rapi itu, mengharapkan susuk tubuh doktor atau nurse keluar dari situ, menyampaikan berita baik untuknya.

Air mata dibiarkan kering membasahi pipi namun tubir matanya sarat dengan genangan air mata. Tuhan saja tahu, betapa kuat detakan jantungnya tika ini, berdegup senada dengan rasa risau untuk isterinya.

Tak putus-putus doa di dalam hati, untuk isterinya.

Pergaduhannya dengan isterinya sebelum ini menjengah fikirannya, hatinya diterpa rasa sebak.

"Encik Jungkook."

Lantas Jungkook menoleh saat datang seorang perempuan menghampirinya.

Dr.Cha Eunha, doktor yang diberi amanah untuk merawat Yerim. Dapat saja panggilan telefon dari hospital menyatakan ada pesakitnya yang dimasukkan ke unit kecemasan, lantas Eunha membawa diri ke sini.

"Apa yang terjadi?" Tenang Eunha bertanya sedangkan hatinya turut sama berdebar risau.

Tidak seperti pesakit-pesakitnya yang lain, Yerim ini dirasakan punya tempat yang tersendiri di dalam hatinya. Sudah dianggap seperti kawannya sendiri.

Jungkook cuba menjelaskan namun tak semena-mena rasa sebak menguasainya, menghilangkan kata-katanya.

"She's bleeding so bad.. Saya tak pernah tengok muka dia sepucat itu.." Jungkook cuba menerangkan lebih namun didiamkan dengan rasa hiba yang meluluhkan hati.

"Tak apa, Encik.. Encik jangan risau.. Kami akan cuba yang terbaik untuk selamatkan Puan Yerim dengan baby.. Encik duduk dulu, bertenang ya?"

Sejujurnya, Eunha turut sama kehilangan kata-kata. Pertama kali, rasa hatinya menguasai dirinya sedangkan selama ini, dirinya cukup profesional tika berdepan dengan pesakit mahupun keluarga pesakit.

Kini semua mata tertumpu pada susuk tubuh seorang doktor yang melangkah keluar dari unit rawatan rapi itu.

"Siapa di sini penjaga bagi pesakit Puan Choi Yerim?"

Tanpa menunggu lama, Jungkook terus melangkah laju mendekati doktor lelaki itu. Eunha turut sama mengatur langkah ke arah doktor itu yang dia cukup kenal, rakan sekerjanya sendiri.

"Saya, saya suami dia." Jawab Jungkook dengan panahan matanya tertumpu tepat pada doktor itu. Mengharapkan hanya berita yang baik-baik saja datangnya dari doktor pertengahan usia itu.

"Macam mana dengan isteri saya?" Tanya Jungkook. Degupan jantungnya dirasakan kian berdegup laju, boleh dirasakan betapa kuat detakan jantungnya tika itu di dadanya.

"Syukurlah. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan, keadaan Puan Yerim sudah stabil dan baik-baik saja."

Lantas Jungkook memejamkan mata, dadanya dirasakan cukup lapang, lega saat mendengar berita itu. Air matanya kembali mengalir perlahan membasahi pipinya, menghamburkan rasa syukur di dalam hati.

Eunha yang mendengar turut sama mengucapkan rasa syukur di dalam hati, tersenyum lega.

Perlahan-lahan Jungkook mencelikkan mata, teringat akan sesuatu. Tak semena-mena jantungnya kembali berdegup kencang.

"Macam mana dengan kandungan isteri saya?" Tanyanya perlahan.

Saat melihat doktor di hadapannya itu hanya diam, seolah-olah sedang menyusun ayat yang sewajarnya untuk dirinya, degupan jantungnya kian berdetak laju.

Tahu kali ini, bukan berita gembira bakal diterimanya.

"Maafkan kami, Encik.."

"Kandungan Puan Yerim tak dapat diselamatkan.."








.
.
.







Sebab ada yang rindu and sis pun rindu korang, sis update malam-malam buta ni HAHAH

115 VOTES, 250 COMMENTS (RINDU NAK GULING-GULING TIME BACA KOMEN KORANG HAHA) TO UNLOCK NEXT CHAPTER! ;)💜






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top