45
.
.
.
Selesai membuat ultrasound dan pemeriksaan lain, Dr.Cha meminta aku dan Jungkook untuk duduk sebentar di mejanya. Ada hal hendak dibincangkan katanya dan kami hanya menurut.
Bukannya aku tak perasan. Sepanjang pemeriksaan ini, terbias rasa risau dan resah di wajah Jungkook. Tahu yang dia risaukan aku dengan baby.
"Buat masa ni, keadaan Puan Yerim dengan baby baik-baik saja tapi sayangnya, placenta masih menutupi cervix. Tapi awak berdua jangan risau, seiring dengan janin membesar, placenta mungkin akan bertukar posisi."
"Harap awak berdua bersedialah dengan pelbagai kemungkinan untuk beberapa bulan ni. Bleeding mungkin kerap terjadi nanti, bezanya cuma light or heavy bleeding. Sekiranya berlaku, cepat-cepat dapatkan rawatan di hospital. Seandainya berlaku pendarahan tanpa henti dan membahayakan puan dan baby, puan mungkin perlu menjalani c-section kecemasan walaupun baby masih dalam pramatang."
Aku hanya diam sebelum lambat-lambat aku mengangguk. Tak sikit pun menoleh sedangkan aku tahu, Jungkook sedang menatap sisi wajahku.
"Dah terlambat ke doktor untuk.. buang kandungan ni?"
Berderau darahku saat mendengar persoalan itu, datangnya dari Jungkook..
Lantas aku menoleh, menatapnya tak percaya. Terlihat dirinya enggan berbalas renungan denganku, pandangannya lurus pada Eunha di hadapan kami.
"Kandungan Puan Yerim hampir mencecah 24 minggu. After 24 weeks, we as a doctor may only terminate the pregnancy for serious medical reasons. Dalam kes ni, ada beberapa kriteria yang kami perlu tengok. Boleh dikatakan banyak prosedurnya nanti dan sudah semestinya, perlu dilakukan atas kerelaan pesakit sendiri."
Di hujung katanya, panahan mata Eunha tertumpu pada aku. Tahu yang dirinya bersimpati denganku dan pada masa yang sama, cukup tahu dengan pendirianku.
Aku tetap mahukan bayi ini.
.
.
.
Sepanjang perjalanan pulang sehinggalah sampai di rumah, masing-masing berdiam diri. Aku menjauhkan diri dan dia pula, mendiamkan diri.
Berlarutan hingga hari bertukar malam. Jeons semua sudah tidur, sunyi sepi. Aku di meja kerja dan dia di atas katil.
Sejak tadi langsung tak pandang aku, mukanya mungkin tampak kosong tak berperasaan tapi tingkahnya seperti ingin menunjukkan kepada aku yang dia sedang merajuk dengan aku.
Aku sendiri keliru apa yang dia nak merajuk dengan aku? Bukankah sepatutnya aku yang marahkan dia?
Akhirnya aku hanya buat tak tahu saja di meja kerja. Membuat research untuk kelas esok walaupun pinggang dan pinggul aku mula dirasakan lenguh kerana terlalu lama berada di dalam posisi duduk.
Sempat aku mengerling dengan ekor mata saat dia bangun dari katil. Langkahnya diatur pula ke tandas. Tahulah aku dia sudah bersiap sedia hendak tidur. Pastinya hendak mencuci muka dan menggosok gigi terlebih dahulu.
Dikuasai rasa ego, aku buat tak peduli lagi bila dia keluar dari tandas. Hampir aku tewas dengan rasa ingin melihatnya saat aku dapat merasakan langkahnya diatur mendekati aku namun aku masih diam menunduk, buat-buat sibuk.
"Dah berapa jam awak duduk dekat situ. Baringlah dekat katil, rehat lepas tu tidur." Mendatar saja dia menegur aku tapi entah kenapa, terselit nada risau dan peduli di dalam intonasi suaranya.
"Banyak kerja." Balas aku selamba, tak pandang dia pun. Mata masih fokus pada skrin laptop.
Tanpa keizinan aku, terus dia menarik laptop di hadapanku menghadapnya yang sejak tadi berdiri di sisi meja kerjaku. Aku hanya memerhati saat dia mematikan laptop milik aku sebelum komputer riba aku itu ditutup rapat.
Aku angkat muka, tayang muka tak puas hati dekat dia.
"Nak jalan sendiri atau nak saya dukung sampai katil?" Tanyanya atau lebih tepat, mengugut aku.
Baru saja dia hendak menghampiri aku, berura-ura hendak mengangkatku, pantas aku bangun sebelum langkah aku atur melepasinya, bergerak terus menuju ke katil.
Tanpa membasuh muka dan menggosok gigi terlebih dahulu, terus aku baring atas katil, menghadap dinding. Selimut aku tarik menutupi seluruh tubuh aku, dari atas kepala sampai hujung kaki. Tunjuk protes dekat dia, merajuk.
Kenapa tiba-tiba aku gedik macam ni?
Dapat aku rasakan derapan kakinya kian menghampiri katil sebelum dirasakan gegaran kecil di atas katil, tepatnya di belakangku. Tahulah aku dirinya sudah merangkak naik ke atas katil.
Tapi tak pula aku membuka mata, apatah lagi menoleh melihatnya. Di bawah selimut ini, mata aku pejamkan rapat.
Untuk seketika suasana dirasakan cukup hening. Perlahan-lahan mata aku celikkan saat dirinya hanya diam.
Sudah tidurkah dia? Atau hanya diam memerhati aku?
"Kalaulah awak dengar cakap saya, Yerim.."
Terdengar suaranya cukup perlahan menyapa pendengaranku, mendebarkan dadaku tanpa sebab.
"Mungkin ada betulnya apa yang awak cakapkan pada saya dulu.. Tak sepatutnya saya selamatkan awak masa awak cuba gugurkan kandungan ni.."
"Mungkin juga lebih baik awak gugur saja masa awak jatuh dekat rumah omma dulu.."
Berderau darahku tika kata-katanya itu dirasakan begitu jelas menyapa telingaku.
Hati dirasakan luluh, terkilan dengan pengakuan hatinya. Degupan jantung dirasakan laju, menahan rasa marah yang tiba-tiba meluap saat mendengar kata-katanya itu.
Teganya dia, mengharapkan yang bayi ini gugur, anak kami sendiri.
Selimut aku turunkan seraya duduk dari terus terbaring. Lantas aku menoleh, menatapnya cukup tajam.
"Awak sedar tak apa yang awak cakap?" Tanyaku, menahan diri dari menghamburkan amarahku padanya.
"Saya sedar, Yerim. Awak pula, sedar tak awak yang nyawa awak di dalam pertaruhan sekarang ni? Apa awak harapkan dari saya? Gembira dengan keadaan awak yang macam ni?"
"Yang macam ni, apa?" Tanyaku, mula merasa berang.
"Nyawa awak mungkin akan jadi pertaruhan nanti! Awak tak sedar atau apa, Yerim?!"
Berderau darahku tika melihatnya tika ini. Memarahiku namun sepasang matanya mula terlihat sarat dengan air matanya sendiri tika menatapku sekarang.
"Tak terfikirkah awak soal saya dengan anak-anak bila apa-apa jadi pada awak nanti, Yerim? Ya saya tahu. Saya kejam, memilih awak lebih dari bayi ni tapi tidak kejamkah awak Yerim, membuat keputusan ini sendiri?"
Rintihnya perlahan, getaran suaranya dirasakan jelas buatkan aku turut merasakan sebak di dalam getar suaranya.
"What if you didn't make it, Yerim.."
.
.
.
Seminggu berlalu, seminggu juga dirinya tidak bercakap denganku, mengelak dari aku. Mungkin dirinya masih ada denganku tapi kehadiranku di sisinya pula dibiarkan tak nyata padanya.
Mungkin dirinya cuba mengabaikan aku namun aku tahu, dirinya masih punya rasa peduli padaku, menjagaku dalam diam.
Seringkali aku menangkapnya memerhatiku ketika aku sedang tidur namun aku hanya membiarkan. Tahu, dirinya sedang melepaskan rasa rindunya padaku. Menatap wajahku dengan senyap dan sesekali, dia akan menangis saat melihatku buatkan aku turut menahan hiba tanpa suara.
Balik saja kerja, mesti dia yang akan masak, menguruskan kerja rumah dan anak-anak. Pantang aku buat kerja rumah, esoknya mesti dia buat dulu. Sanggup sidai kain malam-malam semata-mata tak nak aku sidai paginya nanti.
Kadang-kadang dapat aku lihat betapa lelahnya dia di dalam tidur. Tersentuh dan pada masa yang sama, rasa bersalah saat melihatnya tidur dalam kelelahan, menyentuh jauh ke dasar hatiku.
Tipulah kalau aku katakan yang aku langsung tidak terkesan dengan kebisuannya denganku. Membuatkan satu perasaan yang sering aku rasakan dulu kembali menyelubungi hati, merindukannya sedangkan dirinya berada dekat denganku.
Malam ini, langsung aku tidak menjamah makan malam yang disediakan olehnya. Membiarkan dirinya yang melemparkan riak risau padaku namun tak pula dia memujukku, masih dengan pendiriannya untuk terus memulaukan aku.
Sehinggalah masuk waktu tidur, aku langsung tidak menghiraukannya. Pertama kali juga, aku tidur membelakangkannya. Membiarkan belakang tubuhku menjadi tatapannya.
Mata aku pejamkan saat dirinya masuk ke dalam bilik, sehinggalah dirinya naik ke atas katil, aku masih berpura-pura tidur.
Sehinggalah mata aku terbuka luas saat terdengar bunyi keroncong datangnya dari perut aku sendiri. Lama dan kuat. Perut aku tutup pakai tangan, biar diam tapi tak juga.
Terdengar desahan nafas Jungkook di belakang aku, menahan tawa.
Huaa memalukan!
"Lapar ya?"
Macam tahu-tahu saja aku tengah buat-buat tidur, selamba dia bertanya. Terasa dirinya merapati belakang tubuhku.
"Mana ada saya lapar."
"Saya tak tanya awak pun. Saya tanya baby. Kan baby kan?" Usiknya seraya terasa tangannya menyentuh perutku sebelum terasa sentuhan lembutnya di situ.
Baby ni pun macam suka je kena usap dengan appa dia, wah bukan main seronok dia berguling-guling dalam tu ya?
Mata aku pejamkan balik, malas nak layan.
"Kenapa tak nak makan?" Tanyanya dan aku masih diam, mata masih terpejam rapat.
"Oh, mogok dengan saya? Macam tu?" Tanyanya lagi dan aku masih diam membisu.
"Oh, dah tak nak cakap dengan saya dah sekarang? Okay, kita tengok siapa paling lama boleh tahan. Awak ke saya."
Huaa, tiba-tiba rasa nak menangis bila dengar dia cakap macam tu. Sedih sendiri bila tangannya tak lagi menyentuh perutku.
Perlahan-lahan mata aku celikkan bila dirasakan dia menjauhi aku. Bantal diletakkan di antara kami dan dapat aku rasakan, dia turut sama tidur membelakangkanku. Tak selimutkan aku dulu pun, cium pun tidak macam selalu.
Sentap sendiri, dinding aku renung dengan genangan air mata. Hai lahh, sensitifnya aku.
.
.
.
Pukul tiga pagi, senyap-senyap aku keluar dari bilik. Langkah diatur cukup ringan agar tidak menghasilkan sebarang bunyi menuju ke dapur.
Sampai saja di dapur, terus aku ke meja makan. Tudung saji aku buka. Huaaa lauk Jungkook masak tadi semua dah habis.
Hujan, hujan, muka sedih.
Dapur gas pun kosong. Ingatkan adalah tinggalkan sikit untuk aku.
"Dahlah, nak lari rumahlah macam ni." Rungutku sedih sambil tunduk, tengok perut sendiri.
Nak masak tapi malas. Lagi pun, kalau aku masak nanti, mesti kantoi dengan Jungkook. Mana aku nak letak muka nanti? Bawah tudung saji yang dah kosong ni?
Akhirnya aku mendongak, tengok kabinet dapur dekat atas sana. Tempat yang menyimpan pelbagai jenis ramen.
Air liur aku telan. Membayangkan ramen yang sudah siap dihidang dengan kepulan-kepulan asap yang punya aromanya tersendiri.
Sekali lagi perut aku berbunyi. Baby yang tadinya tidur kini ikut sama menelan air liur dengan aku. Bergerak teruja dia di dalam sana.
"Okay, jom buat." Ajak aku.
Tanpa menunggu lama, langkah aku atur ke hadapan kaunter dapur sebelum pintu kabinet itu aku buka, itu pun kena jengket.
Siapalah yang ukur letak kabinet ni? Tinggi betul dia letak. Asal tak letak dekat tingkat atas je terus? Geram pula aku!
Buka saja pintu kabinet, aku mengeluh lagi. Mata aku kini tertumpu sedih pada sepaket ramen yang diletakkan di rak paling atas kabinet itu. Manalah sampai aku nak ambil?
Siapa yang letak situ?! Mesti Jungkook! Mesti dia tak nak aku curi-curi makan ramen, sebab tu dia letak dekat situ.
Geramnya aku. Jangan main-main dengan perempuan pregnant tengah lapar eh!
Tak kira. Aku nak juga! By hook or by crook!
Tak tunggu lama, terus aku tarik salah sebuah kerusi dari meja makan sebelum aku bawa ke depan kaunter dapur. Tanpa berjeda lagi, sebelah kaki aku sudah naik ke atas kerusi.
"Nak buat apa tu, mak buyung?"
Dengan sebelah kaki masih di atas kerusi, kepala aku angkatkan. Terus tak jadi aku nak angkat lagi sebelah kaki naik ke atas kerusi bila terlihat susuk tubuh Jungkook menghampiri aku.
Bercekak pinggang, berkerut-kerut dahinya, merenung aku geram, macam nak dimakannya aku!
"Awak nak buat apa ni?"
"Nak ambil ramen." Balas aku yakin. Kaki sebelah masih atas kerusi, macam gangster pula cakap dengan laki macam ni.
"Dekat mana?"
"Atas tu." Balas aku selamba sambil tunding ke kabinet di atas sana. Sendiri letak, sendiri tanya, amende lah dia ni.
Jungkook mendongak, turut sama melihat sebelum dia mengeluh dengan mata terpejam. Tahan geramlah tu.
"Tak boleh. Turun sekarang." Arahnya seraya merenungku tepat. Sengaja matanya dikecilkan saat merenungku sekarang. Garanglah tu katanya, tak takutlah!
"Tak nak. Saya nak makan ramen. Awak pergi jelah tidur."
Aku mula tekad nak panjat naik sebelah kaki pula tapi laju saja Jungkook menghalang.
"Awak tu tengah mengandung. Lupa ke? Nak saya ingatkan macam mana awak boleh mengandung?"
Terbantut niat aku bila mendengar soalannya itu. Serta-merta muka jadi panas membahang sendiri. Malu. Nak pula aku yang paling banyak memainkan peranan time tu. Ish, Yerim masa-masa nilah kau nak throwback!
Akhirnya lambat-lambat aku turunkan sebelah kaki aku dari atas kerusi. Tunduk, tayang muka sedih bila sepasang kaki Jungkook sudah berdiri tepat di hadapan aku.
"Pantang orang leka sikit, macam-macam dia buat." Complain dia dan aku hanya mampu jeling dia, tunduk balik. Entah salah nampak ke apa, aku nampak dia senyum tapi cepat-cepat dia tahan.
"Laparlah tu." Usiknya.
"Mana ada."
"Saya cakap dengan baby. Perasan." Balasnya buatkan aku tayang muka sedih, tunduk balik.
"Saya ada simpan lauk untuk awak dekat peti sejuk. Pergi duduk sana, saya panaskan lauk untuk awak." Macam dah tertukar peranan suami isteri, dia pula yang melayan makan minum aku.
"Tak nak. Nak ramen." Balas aku sedih. Tiba-tiba mengada-ngada pula aku dengan dia malam ni.
"Jangan nak gedik. Makan nasi."
Makin rendah aku menunduk. Kepala aku angkatkan bila terdengar tawanya perlahan.
"Anak dah ramai pun, perangai macam ni juga. Dah duduk sana. Saya panaskan lauk." Terasa tangannya mengusap lembut atas kepalaku.
"Tak nak. Nak ramen juga."
"Tak boleh, sayang."
Aku tayang muka sedih, tenung anak mata dia dalam-dalam. Akhirnya mengeluh juga dia, pasrah dah gayanya.
"Yalah, yalah. Saya buatkan tapi kena bahagi dua dengan saya. Tak boleh makan banyak-banyak. Okay?"
"Alah, mana cukup. Nanti saya kena bahagi dua lagi dengan baby. Mana kenyang."
Tergelak dia dengar komen aku.
"Yalah,yalah. Saya ambil suku, awak ambil selebihnya. Boleh?"
Laju aku mengangguk sambil tersengih buatkan dirinya turut sama tersenyum.
.
.
.
Rindu korang :')💜
105 VOTES TO UNLOCK NEXT CHAPTER! ;)💜💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top