43
.
.
.
Bukan main gembira lagi Naeun dan Jungwon bila Jungkook hendak membawa kami ke rumah halmeoni. Dapatlah mereka bermain di pantai depan rumah halmeoni.
Awal-awal aku pesan, jangan main air, kami bukannya bawa pakaian lebih.
"Tak apa, appa ada bawakan baju lebih untuk kita semua."
"Yeay!"
Nampaklah yang Jungkook dah lama plan, aku je yang lalai.
Sekejap, maksudnya baju aku sekalilah kan? Terus aku toleh pandang Jungkook.
"Baju saya sekali ke?"
"Yup."
"Yang kecik-kecik sekali?" Tanyaku lurus tapi masih bertapis buatkan Jungkook tergelak.
"Yup, yang kecik-kecik sekali." Balasnya dengan getaran tawa yang masih berbaki.
Aku jeling dia lepas tu pandang luar tingkap. Walaupun dah lama kahwin dengan dia, aku masih segan bab-bab macam ni dengan Jungkook. Rasanya dia pun tahu.
Macam sekarang ni, rasa terbakar je muka.
"Buat apa nak malu? Lebih dari tu pun saya dah pernah tengok. Kalau tak, tak adanya berderet anak dekat belakang, dalam perut tu lagi. Masih malu dengan saya?"
Bisiknya dengan senyuman mengusiknya buatkan makin membahang muka, huaaa mesti blushing teruk sampai dia gelakkan aku!
"Sebab inilah saya pernah kata pada awak, sampai bila-bila awak seorang gadis untuk saya. Setiap sentuhan saya bagaikan sentuhan pertama untuk awak."
Bisiknya lagi, takut anak-anak dengarlah tu, menggatal lagi!
Pehanya aku pukul geram tapi masih lembut buatkan dia tergelak lagi.
Baru saja aku hendak menarik tanganku semula, dirasakan tangan kirinya menggenggam lembut tanganku, seolah-olah ingin tanganku kekal di situ, di atas ribanya. Akhirnya aku hanya membiarkan. Tersenyum dia saat aku menurut permintaannya.
.
.
.
Kalau hari itu Heeseung dapat bermain dengan pasir untuk pertama kalinya, hari ini giliran Jake pula. Tak menang tangan aku dengan Jungkook menjaga si kembar ni dari makan pasir!
Kami sekeluarga duduk bersila setempat, membuat istana pasir besar bersama. Tersenyum aku melihat sisi manja Naeun saat bersama Jungkook.
Aku tahu, bebanannya sebagai anak sulung kami, yang sepatutnya digalas oleh abangnya, Jeon Eunwoo.
Hari ini, biarlah dia merasa bebas untuk bermanja dengan kami. Aku nak dia tahu, tiada bezanya dia dengan adik-adiknya.
Jungwon pun tak kurang manjanya, duduk di atas riba aku sambil membuat istana pasir, tak padan dah berstatus abang!
Heeseung dengan Jake hari ini diajar untuk berdikari, duduk di atas kaki sendiri! Walaupun kadang-kadang menjerit kami berempat bila si kembar ni mula nak merangkak jauh atau hendak melantak pasir!
Hujung-hujungnya aku hanya diam, duduk memerhati Jungkook, Naeun dan Jungwon yang bergabung tenaga menyiapkan istana pasir binaan kami. Heeseung dan Jake pun turut sama membantu tapi lebih kepada buat-buat sibuk, tergelak aku melihat.
Tanpa sengaja, sepasang mata aku bertembung dengan sepasang mata milik Jungkook yang sedang menatapku cukup redup dan lembut. Terpalit rasa risau pada renungan matanya itu.
Senyuman aku ukirkan untuknya, memberitahunya yang aku baik-baik saja.
Namun seolah-olah masih tidak berpuas hati, dirinya mengatur langkah menghampiri aku sebelum dia duduk di sebelah aku. Membiarkan kepala lututnya menyentuh lembut lututku.
Dia menunduk, lama dia memerhati setiap inci wajahku. Tersenyum aku melihat riak wajahnya sekarang, jelaslah dia sedang risaukan aku.
"Penat?" Tanyanya perlahan dan aku hanya menggeleng perlahan.
"Sakit?" Tanyanya lagi dan sekali lagi, aku menggeleng.
"Risaukan saya?" Tanya aku pula, mengusiknya buatkan dia tersenyum halus, suka bila aku mengajaknya bergurau.
"Saya tak pernah tak risaukan awak, Yerim.." Balasnya perlahan, tiada senyuman di bibirnya. Tahu dia benar-benar maksudkan kata-katanya.
"Saya okaylah. Saya cuma nak duduk diam, perhati awak dengan anak-anak."
Senyuman masih kekal di bibir, membiarkan sepasang anak matanya bergerak perlahan memerhati setiap inci wajahku.
"Gembirakah awak hari ini, Yerim?" Tanyanya perlahan, matanya mula terlihat berkaca buatkan hati aku turut diterpa rasa sebak.
Tersenyum lagi sebelum aku mengangguk.
"Gembira sangat-sangat.." Balasku, cukup tulus dari dasar hati, aku benar-benar memaksudkannya.
Terlihat dirinya turut sama tersenyum. Untuk seketika kami hanya diam, saling berbalas senyuman dan tatapan mata.
"Saya rindukan awak.." Tuturnya perlahan.
Hati dirasakan luluh saat mendengar luahan hatinya yang satu ini. Ternyata dia punya perasaan yang sama seperti aku. Merindukannya sedangkan dirinya sentiasa ada denganku.
"Saya pun rindukan awak.." Balasku dengan senyuman.
Semakin jelas genangan air mata yang memenuhi tubir matanya tika ini namun senyuman masih turut sama terukir di bibirnya.
"Kalau saya perlu untuk membuat awak jatuh cinta semula dengan saya, hanya untuk melihat senyuman dan tawa awak semula, saya akan buat, Yerim.."
Dengan renungan matanya masih kekal pada sepasang mataku, kata-katanya itu dirasakan menyapa lembut pendengaranku.
'Jatuh cinta semula'..
Tahukah dia sampai ke saat ini, aku masih mencintainya.. Sampai bila-bila, hanya dia..
.
.
.
Setelah makan malam di luar, kami kembali ke rumah halmeoni, hendak bermalam di sana sebelum pulang ke Seoul awal pagi esok.
Sepanjang perjalanan pulang, di dalam kereta terasa sunyi sepi saat Jeons semuanya sudah lena diulit mimpi. Mungkin kerana kepenatan dan kekenyangan.
Senyuman terukir di bibir saat melihat betapa lenanya tidur mereka, masing-masing terlentok kepala ke sisi mereka.
"Seronok sangat main tadi." Komen Jungkook seraya matanya turut sama mengerling cermin depan kereta, melihat Jeons di situ sebelum kami sama-sama tersenyum dan bertaut mata.
Sampai saja di hadapan rumah, enjin kereta dimatikan. Sempat Jungkook menoleh, melihat anak-anak kami sebelum panahan matanya beralih pada aku.
"Awak tunggu sini sekejap. Saya bawa masuk anak-anak."
"Nak saya tolong?" Tanyaku seraya turut sama membuka tali pinggang keledar.
"Tak apa. Awak duduk sini sekejap. Jagakan kereta dengan yang lain. Kejap lagi saya angkat awak sekali."
Sempat Jungkook kenyitkan mata kepada aku sambil tersengih sebelum pintu kereta dibuka. Aku hanya tertawa seraya menggeleng perlahan.
Akhirnya aku hanya menurut. Memerhati Jungkook yang ulang-alik beberapa kali mengangkat dan membawa masuk Jeons ke dalam rumah.
Pusingan terakhir, tubuh Naeun diangkat, cukup cermat dan berhati-hati, seolah-olah tidak mahu lena puteri kesayangannya itu terganggu.
"Awak tunggu situ. Sekejap lagi saya datang ambil awak."
Baru saja aku hendak membantah, Jungkook awal-awal sudah berlalu pergi sebaik saja pintu kereta bahagian belakang ditolak perlahan.
Akhirnya aku hanya menurut, menunggunya di dalam kereta. Sempat aku termenung sehinggalah pintu kereta tempat dudukku dibuka dari luar.
Tersengih Jungkook melihat muka ngantuk aku. Dia dah start senyum mengusik. Ha nak buat apalah tu?!
Tak sempat aku nak buka kuda-kuda bila dia terus mencempung tubuhku, dibawa ke dalam dukungannya, gaya bridal style. Feeling-feeling pengantin baru sekejap.
"Jungkook!"
"Shh, jangan bising. Nanti anak-anak bangun." Balasnya selamba dengan sengihan seraya menutup dan mengunci pintu kereta.
Dibiarkan aku yang masih keliru di dalam dukungannya. Tanganku berpaut erat pada belakang lehernya.
"Jom!" Bisiknya teruja pada telinga aku buatkan aku mengeliat geli di dalam dukungannya buatkan dirinya tertawa perlahan.
"Shh, duduk diam-diam, sayang. Tak sabarnya dia." Sempat dia menunduk seraya melemparkan senyuman nakalnya padaku. Ingat aku tergugatlah tu?!
Siap dia nanti, lepas je dia turunkan aku nanti, memang aku geletek dia sampai menangis!
Masuk saja ke dalam bilik halmeoni, kami masing-masing terdiam tengok katil halmeoni yang sudah cukup kuota dengan Jeons yang lena tidur, mempersembahkan pelbagai gaya.
"Lupa pula anak ramai."
Hampir tergelak aku dengar komen Jungkook tapi aku tahan. Terus dia menunduk bila dia perasan aku sengih, menahan gelak. Tersenyum juga dia melihat aku.
"Tidur dekat ruang tamu jom, macam dulu-dulu." Bisiknya, mengusikku buatkan aku tak mampu menahan senyuman.
Teringat saat kali pertama aku tidur di sini, dengannya di ruang tamu rumah ini.
"Nak?" Bisiknya lagi dengan senyuman.
"Saya ikut je mana awak bawa saya." Balasku selamba, tahan senyum. Jual mahal kononnya. Akhirnya tergelak juga dia mendengar jawapanku.
"Saya gembira,.. melihat Yerim saya perlahan-lahan kembali.."
Bisiknya lagi, menyentuh jauh ke dasar hati aku. Aku hanya diam, membiarkan renungan redupnya menikam lembut sepasang anak mataku silih berganti. Senyuman halus terukir pada seulas bibirnya.
"Ke mana awak nak bawa saya malam ni?" Tanyaku dengan sengihan, mengusiknya. Tak mahu kami terus hanyut dalam rasa sebak yang mula menguasai kami.
"Tempat paling special. Tempat di mana kali pertama kali saya tidur di sisinya, perempuan yang saya cintai tapi waktu itu dirinya masih belum tahu. Maka mengharaplah saya sendiri. Berangan di sisinya, oh begini rasanya bila kami sudah berkahwin nanti."
Ceritanya perlahan seraya mengatur langkah ke ruang tamu. Aku masih didukung, cukup cermat dan berhati-hati.
Terukir senyuman di bibirnya saat menceritakan isi hatinya tika itu tapi tidak pula dia melihat aku sekarang ini. Telinganya pula terlihat merah. Dia menahan malu saat bercerita isi hatinya pada aku dulu?
Senyuman tak dapat aku tahan.
Membayangkan dia yang terlihat sombong denganku tapi sebenarnya punya perasaan padaku.
Aku didudukkan di tepi ruang tamu sementara dia ke almari yang terletak tidak jauh dari aku.
Terlihat dia mengeluarkan tiga buah bantal, sehelai selimut dan selimut tebal (toto) sebagai alas tempat tidur kami nanti.
Aku hanya memerhati dia membentang toto di tengah-tengah ruang tamu. Dua buah bantal diletakkan di atasnya, bersebelahan.
Satu lagi bantal diletakkan di tengah-tengah toto, menjadi pemisah antara dua bahagian di atas toto itu. Selimut diletakkan di hujung toto.
Jungkook dah mula nak mendekati aku. Sebelum dia dukung aku, terus aku merangkak naik ke atas toto. Tergelak dia melihat tingkah aku yang mungkin terlihat keanak-anakkan untuknya.
Dengan tawa yang masih berbaki dan perlahan-lahan berganti dengan senyuman, dirinya mengambil tempat duduk di hadapanku.
Bantal di tengah-tengah toto dialihkan dulu, membiarkan kepala lutut kami saling bersentuhan saat kami duduk saling berhadapan.
Aku senyum, dia senyum. Aku menunduk, tangan kirinya aku tarik lalu aku genggam. Tersenyum dia, suka dengan kelakuanku.
"Ceritalah lagi." Pintaku. Tersenyum dia mendengar permintaanku.
"Tentang apa?" Tanyanya lembut dengan senyuman masih menghiasi bibir, sepasang matanya masih leka menatap aku. Seolah-olah tidak pernah bosan melihatku.
"Apa awak rasa malam tu, malam pertama kali kita tidur bersama."
Lain macam bunyinya buatkan aku blushing sendiri sebelum dia tergelak.
"Apalah yang dia fikir tu." Usiknya seraya mengusap lembut pipiku, mesti pipi aku tengah blushing teruk.
"Maksud awak masa pertama kali kita tidur sama-sama di sini ya?" Tanyanya lagi, meminta kepastian dan aku mengangguk laju. Tersenyum lagi dia.
"Sepanjang malam saya berdebar, bila terfikir yang awak ada dekat sebelah saya. Teruja betul rasa dia bila melihat awak tidur di sebelah saya, cantik, sangat cantik di mata saya.. Macam tak pernah nampak perempuan."
Ceritanya buatkan aku tertawa. Laju saja jari telunjuknya diletak pada bibirnya, mengingati aku supaya jangan gelak kuat sangat, anak-anak tengah tidur tapi pada masa yang sama, badan dia pun bergegar tahan gelak. Masing-masing tahan gelak buatkan situasi dirasakan makin kelakar.
"Saya berjanji pada diri saya malam itu untuk tak tidur, ingin menatap wajah awak yang lena diulit mimpi hingga pagi. Hendak menggunakan peluang itu dengan menatap awak sepuas-puasnya. Sampai sekarang, saya tak pernah puas menatap awak, Yerim.. Jadi saya rasa tindakan saya malam tu sangat bodoh.."
Sekali lagi kami menahan tawa namun jantung dirasakan berdebar teruja, bahagia dengan luahan hatinya.
"Tapi malam tu juga rasa sakit saya datang, spoil betul. Mungkin tuhan tengah menegur saya, tak elok merenung anak dara orang.."
Tak tahulah nak gelak ke nak nangis mendengar luahannya yang satu ini. Akhirnya bergegar juga bahu kami menahan gelak.
"Saya bukan anak daralah.." Gurauku walaupun itulah kenyataannya. Pantas saja dia menggeleng.
"Sampai bila-bila awak tetap seorang gadis untuk saya. Pada malam itu, pada malam pertama kita juga, bahkan malam ini.. awak masih seorang gadis untuk saya. Kan saya dah cakap, setiap sentuhan kita, itulah sentuhan pertama awak, begitu juga saya. Manisnya masih ada."
Mata aku pejamkan seraya tersenyum saat hujung jarinya mencuit lembut dan halus hujung hidungku. Saat aku kembali membuka mata, terlihat senyuman manisnya masih terukir untukku. Betapa aku harapkan kami terus kekal begini..
"Risau betul saya masa awak sakit dulu.. Kenapa awak tak pernah jujur dengan saya?" Tanyaku perlahan. Terlihat dirinya hanya tersenyum hambar sebelum dirasakan rambutku dielus lembut.
"Saya tak nak awak kesiankan saya.. Saya tak nak kesayangan saya ni, risaukan saya.." Balasnya jujur.
"Ada masanya saya mempersoalkan takdir tuhan, kenapa tuhan mempertemukan saya dengan awak ketika saya sedang sakit tapi lama-lama saya tersedar, tuhan kurniakan awak pada saya di saat yang tepat, di saat mana saya perlukan sebuah kekuatan, untuk saya terus hidup.."
Matanya mula terlihat sarat dengan air mata saat menatapku sekarang. Terasa sebak saat tangannya masih mengelus atas kepalaku, cukup lembut.
"Ianya menghancurkan hati saya bila memikirkan yang saya dah mensia-siakan awak, hadiah terindah dari tuhan untuk saya, dititipkan pada saya ketika saya memerlukannya.."
"Meminta maaf kepadanya pun saya rasa tidak bermakna lagi untuknya.. Kadangkala dirinya tersenyum, tertawa dengan saya namun setiap itu, saya bertanya di dalam hati.. Adakah dirinya benar-benar bahagia?"
Tanyanya perlahan. Serta-merta hati diterpa rasa sebak yang memeritkan. Melihat matanya yang mula berkaca saat menatapku sekarang turut membuatkan hati ini terasa sebak.
Terlihat dirinya menunduk. Perlahan-lahan aku menunduk saat merasakan tangannya menarik lembut tangan kananku.
Terasa sebak semakin menguasai saat melihat cincin perkahwinan kami masih menghiasi jari manisnya sedangkan aku.. terasa kosong tanpanya..
"Terasa luluh setiap kali melihat jari manisnya yang kosong.. Adakah ini bermakna dirinya bukan lagi kepunyaan saya? Tapi bagi saya, saya kepunyaannya sampai bila-bila, sehingga ke akhir nafas saya, hanya dia.."
Genangan air mata mula dirasakan cukup sarat saat dirinya masih menunduk. Dapat aku lihat air matanya jatuh, satu per satu ke ribanya.
"Saya harap suatu hari nanti, saya dapat menyarungkan semula cincin perkahwinan kami di jari manisnya.. atas kerelaannya sendiri, sama seperti di hari perkahwinan kami dulu.. Terukir senyuman manis di bibirnya, air mata kegembiraannya, satu-satunya pengantin perempuan yang saya tak kan pernah lupa hingga ke akhir hayat saya.. Pengantin perempuan saya.."
Air mata tak dapat aku tahan saat sebaik saja dirinya menatapku, air matanya terlihat deras membasahi pipinya.
"Saya akan menunggu sehingga hari itu tiba.. Sama seperti saya menunggu kemaafan dari awak, Yerim.."
.
.
.
Rindu tak rindu? HAHAHA
Rindu korang :')💜
115 VOTES TO UNLOCK NEXT CHAPTER! ;)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top