41
.
.
.
Sebelum masuk tidur, aku menggosok gigi dan mencuci muka di dalam tandas. Jeons sudah nyenyak tidur, maka tinggallah aku berdua dengan Jungkook yang masih terjaga. Sementara aku di tandas ini, Jungkook masih sibuk di meja kerjanya.
"Yerim?"
Terdengar suara Jungkook memanggil namaku dari luar.
"Ya?" Sahutku dengan mata terpejam dan muka yang masih berlumuran dengan pencuci muka.
"Nak pinjam stapler awak boleh? Stapler saya tertinggal dekat kolej."
"Ambillah. Dekat laci meja saya." Balasku tanpa membuka mata. Pili air aku buka sebelum wajah aku bilas dengan air.
"Okay."
Beberapa detik berlalu, senyap saja dia di luar sana. Entah jumpa ke tidak tu. Jungkook dengan Jungwon ni tak ada beza, cari barang mana pernah jumpa. Harapkan aku juga yang tolong carikan.
Setelah selesai menggosok gigi dan membersihkan muka, tuala kecil di bahagian penggantung berdekatan sinki aku tarik lalu aku gunakannya untuk mengelap wajahku. Langkah aku atur keluar dari bilik mandi.
"Jumpa?" Tanyaku seraya kembali menutup perlahan pintu tandas sebaik saja keluar dari situ.
Terlihat dirinya sedang duduk di sisi katil, menunduk dengan sehelai kertas di tangannya.
Perlahan-lahan langkah aku terhenti di hadapannya saat mula tersedar apa yang berada di tangannya tika ini.
Akhirnya aku hanya diam, membiarkan dirinya membaca isi kandungan surat itu. Terlihat sepasang matanya tertumpu lama pada tandatanganku yang aku turunkan di hujung surat itu.
Surat penceraian aku dan dia.
Perlahan-lahan dirinya mengangkat kepala, berbalas renungan denganku. Deruan nafas mula dirasakan panas dan laju saat melihat sepasang matanya yang terlihat berkaca tatkala menatapku sekarang.
Lantas aku mengalihkan pandanganku dari terus berpaut pada renungannya saat dirinya perlahan-lahan berdiri seraya mengatur langkah perlahan menghampiri aku.
"Apa ni Yerim?" Tanyanya perlahan. Dapat aku dengar jelas getaran suaranya menahan rasa hiba, terkilan.
"Senekad ini awak hendak berpisah dengan saya?" Tanyanya lagi saat aku hanya diam. Suaranya cukup perlahan, seolah-olah menahan rasa perit di tekak dan dadanya tika ini, sama seperti aku.
"Tak cukup dengan buat keputusan awak untuk terus simpan kandungan ni, awak buat keputusan ini sendiri tanpa berbincang dengan saya? Pernah tak hanya untuk sekali, awak fikirkan tentang saya sebelum awak buat semua keputusan ni?"
Aku hanya diam, mendengar luahan hatinya tika ini cukup membuatkan hati aku turut merasakan pedih.
"Mana satu yang awak nak, Yerim? Berpisah hidup atau berpisah mati dengan saya? Awak cakap dengan saya, Yerim.."
Rintihnya perlahan. Dirasakan cukup sebak saat dirinya menyebut tentang 'berpisah mati' denganku.
"Saya lagi sanggup berpisah hidup dengan awak daripada berpisah nyawa dengan awak, Yerim.. Sekurang-kurangnya saya masih dapat melihat awak, sekurang-kurangnya saya merindukan seseorang yang masih ada dengan saya.. Sekurang-kurangnya saya tahu kesayangan saya masih terus hidup walaupun bukan lagi bersama saya.."
Mata aku pejamkan saat rasa sebak mula dirasakan menerpa ke dada.
"Tapi pernah ke awak berikan saya pilihan?" Tanyanya perlahan.
"Awak buat keputusan untuk simpan kandungan ni dan saya buat keputusan untuk terus ada di sisi awak sampai bila-bila, itu keputusan saya. Jangan paksa saya untuk lepaskan awak lagi, Yerim.. Keputusan saya muktamad, sampai bila-bila, awak tetap isteri saya.."
"Awak dah lepaskan saya, Jungkook.."
"Saya tahu dan setiap saat saya menyesal, Yerim.. Tolonglah jangan paksa saya lagi, tolonglah.."
Air mata tak dapat aku tahan saat melihatnya mula menangis di hadapanku.
"Kalaulah saya boleh paksa awak untuk gugurkan kandungan ni, saya akan paksa awak tapi saya tahu, awak tak kan dengar cakap saya kan? Saya akan tandatangan surat cerai ni kalau awak janji dengan saya untuk gugurkan kandungan ni, awak sanggup?"
Lantas aku menunduk, enggan menjawab soalannya.
"Sebelum ni awak yang minta saya simpan kandungan ni.."
"Kalaulah saya tahu yang kandungan ni membahayakan awak, Yerim.. Tapi awak tak bagitahu saya.." Rintihnya dengan tangisan halusnya buatkan hati aku turut sama terusik.
"Kalau awak janji dengan saya untuk gugurkan kandungan ni, sekarang juga saya akan tandatangan surat ni.. Ini yang awak nak kan?"
"Saya nak baby ni, Jungkook.." Rintihku perlahan dengan mata yang terpejam, menangis tanpa suara.
"Tak cukup ke dengan anak-anak kita yang sekarang ni, Yerim? Awak dan mereka dah lebih dari cukup untuk saya, Yerim.."
"Kita tak perlu berpisah, kita buang kandungan ni, kita teruskan hidup kita macam dulu.. Just you, me and our little Jeons.."
Perlahan-lahan kepala aku angkatkan, memandangnya. Terasa sebak saat melihat matanya yang masih sarat dengan air mata.
"Kalaulah semudah itu.. Lepas apa yang awak buat pada saya, semuanya dah tak akan sama macam dulu, Jungkook."
"Jadi betullah? Awak buat semua ni, awak sanggup mati demi kandungan ni, sebab awak nak balas semua perbuatan saya pada awak, dengan cara ini? Dengan cara pergi dari hidup saya?"
Rintihnya lagi, mendesakku dengan persoalannya yang cukup menyesakkan dada. Enggan bertatapan mata dengannya, mata aku pejamkan.
"Kenapa awak buat saya macam ni, Yerim? Sebab awak marahkan saya? Sebab awak bencikan saya? Kenapa sampai macam ni sekali, Yerim.. Hilangnya awak, matinya saya, Yerim.."
Terasa cukup hiba tatkala mendengar getaran suaranya.
"Awak nak lahirkan baby ni, lahirkanlah tapi tolong,.. jangan paksa saya pergi dari hidup awak.. Saya nak jaga awak, saya tak nak awak tanggung sakit ni sendiri.. Walau apapun, awak tetap isteri saya, sampai-sampai bila, hanya awak.."
"Beritahulah saya bila satu hari nanti, awak ubah fikiran awak.."
"Saya tak nak hilang awak, Yerim.."
Aku hanya membiarkan saat dirinya memelukku erat, merelakan sentuhannya, membiarkan dirinya menangis di bahuku. Tanpa kata, kami menangis tanpa suara.
.
.
.
"Jungkook.."
Namanya aku panggil perlahan. Tiada balasan darinya, tahulah aku dirinya sudah nyenyak tidur.
Perlahan-lahan bantal yang terletak di antara kami, yang menutupi pandanganku dari melihatnya terus, aku turunkan.
Terlihat dirinya masih kekal dengan posisi tidurnya yang langsung tidak berubah sejak kami berkahwin, baring mengiring menghadapku.
Wajahnya yang terlihat cukup tenang diulit mimpi aku tatap lama. Cukup lama sehinggakan mataku dirasakan panas dan membahang.
Terasa sebak saat rasa rindu aku padanya dirasakan tak tertahan sedangkan selama ini, dirinya sentiasa ada di sisiku.
Perlahan-lahan tanganku menyentuh lembut pipi kanannya, membiarkan telapak tanganku merasakan kehangatan wajahnya.
Terasa luluh hatiku saat merasakan pipinya yang basah, melekit kesan dari air matanya sendiri yang mengering di pipinya.
Adakah tidurnya kini kerana lelah menangis?
Tak semena-mena hatiku turut diterpa rasa hiba. Tidak mahu menangis, hanya genangan air mata mengaburi penglihatanku.
Pipinya aku usap perlahan menggunakan ibu jariku, menyeka lembut air matanya.
"Kenapa awak buat saya macam ni, Yerim? Sebab awak marahkan saya? Sebab awak bencikan saya? Kenapa sampai macam ni sekali, Yerim.. Hilangnya awak, matinya saya, Yerim.."
Rambutnya aku usap lembut dan perlahan, sama persis aku lakukan kepada anak-anakku, menumpahkan segala rasa kasih dan cinta aku padanya.
"Saya tak pernah bencikan awak.. Saya cuba untuk bencikan awak tapi hakikatnya, saya hanya rindukan awak, Jungkook.."
Tidak mahu dirinya terus menyangkakan yang aku membencinya, segalanya aku luahkan padanya tika dirinya masih lena di sisiku.
"Tapi sukar untuk saya memaafkan awak.. saya cuba untuk memaafkan awak tapi saya tak mampu.. Mungkin juga kerana saya terlalu mencintai awak sehinggakan, ia cukup menyakitkan buat saya.. Dihina oleh lelaki yang saya cukup cintai, mencintainya dengan sepenuh hati.. Sebab saya tahu, yang saya ada, cuma dia.."
Segalanya aku luahkan padanya malam ini walaupun aku tahu, tak satu pun dia tahu..
"Terima kasih sebab pernah bahagiakan saya.."
Tidak bahagiakah aku sekarang? Sehinggakan perkataan 'pernah' itu meniti perlahan di bibirku..
Terasa rasa sebak menerpa di dada saat melihat air matanya mengalir perlahan membasahi pipinya, satu per satu. Sedangkan kelopak matanya masih terpejam rapat..
Sehinggalah dirinya perlahan-lahan membuka mata, berbalas renungan denganku sedangkan air matanya tidak henti-henti mengalir deras melurut jatuh ke hujung hidung mancungnya. Menangis denganku.
Dengan air mata mengalir perlahan, kami hanya diam, berbalas renungan yang sarat dengan rasa hiba.
"Tak bahagiakah awak sekarang, Yerim?" Suaranya perlahan, bertanyakan soalan yang sama persis dengan persoalanku sendiri.
Perlahan-lahan aku menunduk, memejamkan mata, enggan melihatnya saat air mataku mula dirasakan gugur, satu per satu di hadapannya.
"Awak tak pernah bahagia sepanjang kita hidup bersama.. Saya selalu menyusahkan awak,.. Saya selalu buat awak menangis.. Saya tipu awak.. Terlalu banyak pengorbanan awak untuk saya tapi saya,.. saya hina awak, Yerim.."
"Perempuan yang sepatutnya saya angkat tinggi darjatnya kerana telah banyak berkorban untuk saya, untuk anak-anak saya tapi kerana ego, marah dan cemburu.. saya memanggilnya dengan panggilan perempuan kotor.. "
Air mata tak dapat aku tahan, semakin deras membasahi air mataku. Luka yang masih belum surut berbekas di hati kini dirasakan kembali menyakitkan. Dada yang sejak tadi dirasakan ketat menahan sebak kini cukup sesak, menghamburkan tangisan.
"Saat pertama kali saya menyentuh awak, Yerim, saya tahu.. itulah sentuhan pertama yang sebenar-benarnya buat awak, buat saya juga.. Sentuhan pertama kita.. Bagi saya, tiada siapa yang pernah menyentuh Yerim saya kecuali saya.. Sampai bila-bila, hanya saya yang pernah menyentuhnya, tiada lelaki lain.. Sayalah sentuhan pertamanya dan saya berharap, saya juga yang terakhir buatnya.."
Semakin deras air mata yang mengalir, turut merasakan rasa sebak dan hiba yang mencengkam dadanya saat kata-katanya itu diluahkan padaku.
"Saya kata saya cintakan awak tapi saya tak pernah membahagiakan awak.. Yang saya nampak hanya senyuman dan tawa awak di hadapan saya.. Saya ingatkan itu dah cukup,.. saya ingatkan awak dah cukup bahagia dengan saya.. Sedangkan terlalu banyak tangisan yang awak sembunyikan di belakang saya.. Saya suami yang teruk, Yerim.."
Dapat aku dengar esakan halusnya, menangis denganku saat hujung katanya itu menyapa perlahan pendengaranku.
"Saya malu untuk meminta maaf pada awak, Yerim.. sebab saya tahu.. mendapat kemaafan dari awak pun saya tak layak.. Terlalu banyak luka yang saya tinggalkan di hati awak.. yang sepatutnya saya jaga seperti nyawa saya sendiri.."
"Awak berhak untuk menghukum saya tapi tolonglah jangan gunakan diri awak sebagai kelemahan saya.. awak kekuatan untuk saya terus hidup.. apa lagi yang saya ada bila awak pergi nanti?"
"Awak masih ada omma, awak masih ada anak-anak kita.."
Dengan matanya yang terpejam rapat menangis, dirinya pantas menggeleng.
"Tak akan ada yang sama dengan awak, Yerim.. Saya sanggup ikut awak bila awak pergi nanti.."
"Macam mana dengan anak-anak kita nanti? Sampai hati ke awak biarkan mereka hidup tanpa kita?"
"Tanya pada diri awak juga, Yerim.. Sanggup ke awak tinggalkan anak-anak kita terus hidup tanpa seorang ibu?"
"Saya izinkan awak untuk cari pengganti saya.. Isilah kekosongan tempat saya nanti dengan seseorang yang lebih baik.. yang sayangkan anak-anak kita, yang tulus mencintai awak.."
Terasa pedih saat mengungkapkan kata-kata itu namun bibirku masih menguntumkan senyuman halus untuknya, mengikhlaskan..
Sekali lagi, dirinya pantas menggeleng.
"Tak kan ada sesiapa yang mampu mengisi kekosongan awak, Yerim.. Hanya awak.."
Dirasakan tangannya menyentuh lembut pipiku, menangis semahu-mahunya di hadapanku dan aku masih diam.
"Keputusan saya muktamad, Jungkook.. Saya akan lahirkan baby ni, anak bongsu kita.."
"Yerim.."
"Awak akan temankan saya sampai dia lahir kan?" Tanyaku dengan senyuman buatkan dirinya menunduk. Menangis dengan matanya terpejam rapat, tidak sanggup untuk terus bertatapan mata denganku.
Perlahan-lahan aku menghampirinya, dahi aku bawa rapat ke dahinya dengan mata yang terpejam rapat sebelum tubuhnya aku peluk erat, membiarkan dirinya menangis semahu-mahunya di dalam pelukanku.
.
.
.
105 VOTES TO UNLOCK NEXT CHAPTER! ;)💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top