40
.
.
.
"Tengah buat apa?"
"Baru habis meet."
"Dah makan?"
"Belum, nantilah."
"Nak saya balik sekarang ke?" Perlinya di talian sana.
Mata aku gulingkan ke atas. Dia ni bukan boleh dibuat main, karang betul-betul dia balik. Pagi tadi pun bukan main susah aku suruh dia pergi saja kolej, tak payah temankan aku dekat rumah.
"Kejap lagilah saya makan."
"Saya ada kelas sekejap lagi. Hantar gambar baru saya percaya. Lagi 10 minit awak tak bagi bukti, saya balik. Bye."
Tegas dan serius saja dia memberi arahan sebelum panggilan dimatikan.
Ih, dah datang mood lecturer dia, menyuruh orang saja kerjanya, ingat aku student dia lagi?!
Geram sebab dia matikan call dulu masih berbaki, phone aku letak di atas meja bersebelahan katil.
Heeseung dan Jake yang tertidur di atas katil aku perhati sekilas sebelum langkah aku atur keluar dari bilik, nak ke dapur. Ambil makanan.
Ni pun kira nasib baik Jungkook kasi aku jalan sendiri dan aku sendiri tak tahu kenapa aku patuh sangat, nak dengar cakap dia. Dia bukan suami aku lagi pun.
.
.
.
<Snowball 🐰
Saya tengah makan
Ingatnya dia tengah sibuk mengajar tapi laju pula dia online, membalas mesej aku.
Bagi gambar dulu
Baru saya percaya
Ish, dia ni kan?! Ingat aku budak kecik ke?
Akhirnya aku ambil juga gambar bibimbap hasil air tangan dia untuk aku. Sanggup dia bangun awal, masak ikut tutorial youtube masa aku masih belum bangun.
Sent!
Sekeping gambar bibimbap yang penuh aesthetic aku berikan padanya. Bukan aku tak perasan, selagi aku belum hantar gambar atau membalas mesej dia, selagi tulah dia kekal online, menunggu aku. Dia ni ada kelas ke tidak?!
Kenapa makan sikit?
Dah awak chat saya
Saya berhentilah makan sekejap
Jangan risaulah
Kejap lagi saya makan sampai habis
Saya tak pernah tak risaukan awak Yerim
Terasa sesuatu, jauh di dasar hati saat membaca sebaris pesanannya itu buatku.
Bagi saya gambar awak tengah makan
Saya nak tengok
Buat apa?
Lebih-lebih siapa nak layan? Geram pula aku!
Bagi sajalah
Ke awak nak video call dengan saya?
Saya lagi suka
Ish, memaksa pula!
Tahu yang dia benar-benar tekad. Aku ambillah juga gambar sekeping, dua. Selfie dengan abe bibimbap. Macam mak,mak facebook aku buat thumbs up.
Sent!
Muka belum mandi
🐒
Sempat pula dia mengusik aku?!
Biarlah
Sibuk
Dahlah fokus pada kelas awak
Students saya tengah jawab quiz
Habislah
Dah awak leka macam ni
Ramailah yang curi peluang meniru
Then, mereka patut berterima kasih pada awak sebab dah mencuri perhatian saya
;)
Tersenyum nipis aku. Dah lama aku tak rasa macam ni tika berbalas mesej dengannya. Kali terakhir mungkin dulu, semasa aku masih salah seorang seorang pelajarnya dan dia, lecturer aku.
Kenapa minta gambar saya?
Awak tak percayakan saya?
Bukan
Cuma mahukan gambar awak
Sebagai bekalan buat saya bila saya rindukan awak nanti
Terasa sesuatu saat membaca pesanannya itu, menyentuh jauh di dasar hati aku. Tersentuh dan sebak.
.
.
.
Selesai mandikan Heeseung dan Jake, bermulalah sesi perang buatku, paling susah nak pakaikan mereka baju. Dahlah dua lawan satu!
Awal-awal Jungkook dah pesan, jangan pandai-pandai nak mandikan Heeseung dengan Jake. Tunggu dia balik, baru dia yang mandikan, mungkin takut aku kepenatan tapi aku peduli apa?
Senyuman masih kekal di bibir, melayan kerenah Heeseung dan Jake, memakaikan mereka baju di atas katil. Lepas setengah jam jugalah aku berhempas-pulas menyarungkan pakaian ke tubuh mereka, akhirnya siap juga! Letih!
Kali ni aku suruh dua budak kecik ni duduk diam-diam depan aku. Tersenyum aku, tahan gelak tengok mereka cukup patuh, duduk diam di hadapan aku. Dua-dua mendongak, tengok aku yang sibuk ratakan bedak atas telapak tangan.
"Kalau Hee dengan Jake pakai ni, omma boleh guarantee, bila besar nanti, handsome macam appa!"
Entah apa aku melalut ni, dah macam tengah promote barang, aku memberi jaminan. Hee dengan Jake macam faham, terangguk-angguk mereka sampai terangkat punggung!
Tergelak aku melihat mereka sebelum dengan penuh rasa kasih sayang, wajah mereka aku oleskan lembut dan perlahan dengan bedak. Muka Hee dulu, diikuti Jake yang siap-siap tadah muka.
Tersenyum aku melihat hidung mancung mereka, macam hidung Jungkook.
Kalau diikutkan muka Heeseung lah paling mirip dengan Jungkook, sama macam Naeun cuma raut wajah Naeun lebih lembut, perempuan kan.
Tersengih aku menahan tawa melihat muka polos Hee dan Jake yang dah macam tepung gomak, comel! Sengaja aku ikat rambut mereka berdua toncet ke atas satu, biar tak terkena bedak. Double cute!
"Buli anak ya?"
Terus aku menoleh. Terlihat Jungkook sedang berdiri di ambang pintu dengan sisi badannya disandarkan pada tepi pintu, menatapku dengan senyuman.
Dari tadi dia perhati aku senyap-senyap?
Janganlah dia terdengar yang aku kata dia handsome tadi. Takut sampai tidur nanti dia tak habis senyum.
Tapi bila melihat senyuman dia sekarang, tahulah aku memang dari tadi dia perhati aku diam-diam, stalker.
Bila dia balik pun aku tak perasan. Sibuk sangat menguruskan Hee dan Jake tadi.
Aku hanya memerhati saat dirinya mengatur langkah mendekati katil sebelum dirinya mengambil tempat duduk di hadapan aku, bersebelahan Hee dan Jake.
Atas kepala Heeseung dan Jake dikucup lembut dan perlahan sebelum dirinya mengangkat muka memandang aku.
"Nak juga?" Tanyanya, mengusik aku dengan senyumannya.
Tanpa menunggu jawapan aku, dirinya menghampiri aku sebelum belakang kepalaku disentuh lembut dan perlahan. Mata aku pejamkan saat dirasakan dahiku dikucup lembut, lama.
Perlahan-lahan mata aku celikkan saat dirasakan tangannya mengusap lembut dan perlahan rambutku.
Sebaik saja mata aku celikkan, sepasang matanya memaut erat dan lembut renungan mataku. Terasa hiba tatkala melihat senyuman halus dan lembutnya buatku.
.
.
.
Sunyi betul rasanya bila Jeons semua dah tidur. Jungkook pula ada di tandas, mencuci muka dan menggosok gigi, siap sedia hendak tidur. Sementara aku masih di meja kerja aku.
Kertas di tangan aku renung lama. Tandatangan sudah aku turunkan di hujung dokumen tersebut. Hanya tinggal ruangan persetujuan milik Jungkook yang masih kosong.
Lantas aku menunduk, memasukkan surat itu ke dalam laci meja saat terdengar pintu tandas terbuka.
Setelah laci tertutup rapat, kepala aku angkatkan. Terlihat Jungkook sedang mengatur langkah menghampiri aku.
"Jom tidur." Ajaknya dengan langkahnya semakin menghampiriku.
"Tidurlah dulu. Saya nak siapkan kerja sikit."
Belum sempat aku habis bersuara, tanpa kata, terus dia angkat aku sebelum tubuh aku didukung, dibawa ke katil.
Tak sempat aku nak buat-buat apa, aku dah dibaringkan di atas katil. Aku hanya membiarkan saat dirinya turut sama mengambil tempat baring di sisiku.
"Rehatlah." Sepatah dia bersuara, cukup lembut seraya meletakkan bantal di tepiku lalu selimut ditarik menyelimuti tubuhku.
Aku hanya diam, memerhatinya yang sibuk menguruskan aku sehinggalah dia menunduk, membalas renungan mataku, cukup redup. Senyuman halus terukir di bibirnya.
Aku hanya membiarkan saat telapak tangannya yang lebar, menyentuh lembut pipi kiriku sebelum dirasakan jari-jemarinya mengelus halus dan lembut pipiku.
Perlahan-lahan dirinya menunduk, hendak mengucup rambutku namun belum sempat seulas bibirnya menyentuhku, dadanya aku tahan. Menghalangnya dari terus mendekati aku.
Riak wajahnya terlihat jelas terkedu dengan tindakanku sebelum perlahan-lahan berubah riak, terkilan.
"Saya bukan lagi isteri awak, Jungkook.."
Tuturku perlahan dengan nafas yang mula dirasakan panas dan menderu pantas. Membiarkan sepasang matanya yang mula berkaca saat menatapku sekarang.
"Awak isteri saya, Yerim.. Sampai bila-bila, awak tetap isteri saya.."
Dapat aku dengar getaran pada suaranya. Sepasang matanya masih kekal menatapku.
"Awak sendiri yang lepaskan saya, Jungkook.."
Semakin jelas air mata yang memenuhi tubir matanya tika ini saat kata-kata aku itu menyapa perlahan pendengarannya.
"I didn't mean every word that came out of my mouth that night, Yerim.. "
"Awak tahu tak betapa hancurnya hati saya dengan setiap kata yang keluar dari mulut awak pada malam tu? Hati saya terlalu hancur sampaikan saya dah tak ada rasa untuk menangis lagi disebabkan awak.."
Lantas dirinya menunduk seraya memejamkan mata, membiarkan air matanya mengalir perlahan di hadapanku.
"Saya cuba beri awak peluang kedua untuk awak sebab saya fikirkan anak-anak kita, saya cuba beri peluang kedua bagi awak sebab saya tahu yang saya ada, cuma awak.. Tapi awak.."
Aku mula kehilangan kata, dirasakan cukup sebak sehinggakan mula menyesakkan dadaku. Dilihat dirinya masih menangis di hadapanku dengan matanya masih terpejam.
"Awak sia-siakan peluang yang saya berikan pada awak.. Awak sia-siakan saya.."
"Kalau betul awak sayang dan cintakan saya, awak tak kan hina saya sampai macam tu sekali, Jungkook.. Bukan kemahuan saya untuk jumpa awak dengan keadaan saya yang dah tak suci.. Saya malu dengan awak, Jungkook.."
"Kadang-kadang saya berharap di kehidupan yang lain, kita akan berjumpa semula dan waktu itu, saya akan berjumpa semula dengan awak, dengan diri saya yang masih suci, untuk awak.."
Akhirnya malam ini, semua isi hati aku luahkan padanya. Yang selama ini semuanya aku pendam sendiri.
"Saya sayang dan cintakan awak, Jungkook.." Air mata tak dapat aku tahan, begitu juga dirinya. Esakan halusnya mula jelas kedengaran buatkan aku turut merasa sebak.
"Saya tak pernah bencikan awak.."
Semakin jelas kedengaran esakannya saat mendengar luahanku yang satu itu.
"No matter what, you're still the man I love .. You're still the man who saved me .. My first love .."
Air matanya yang membasahi pipinya aku seka perlahan dan lembut. Membiarkan dirinya teresak-esak menangis di hadapanku.
"Walaupun awak dah hancurkan hati saya, saya masih berharap yang suatu hari nanti, jika ditakdirkan kita hidup di kehidupan yang sama lagi, saya tetap ingin menjadi perempuan yang mencintai dan dicintai awak.."
Kepalanya aku usap perlahan, membiarkan rasa hiba menguasai kami. Segalanya aku luahkan padanya malam ini..
"Saya sayang awak, Yerim.. Demi tuhan, saya cintakan awak.."
Dengan getaran suaranya menahan tangisan, kata-kata itu diluahkan padaku. Sepasang matanya yang masih sarat dengan air mata, aku tatap lembut dengan senyuman menghiasi bibirku. Pipinya aku usap perlahan dan lembut.
"Kalau awak sayangkan saya, tunaikan permintaan terakhir saya, lepaskan saya, Jungkook.."
.
.
.
Maaf kalau rasa saya ni demand minta votes and comments tapi NAK MINTA JUGA HAHAHA!
105 VOTES AND 200 COMMENTS TO UNLOCK NEXT CHAPTER! ;)💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top