38
.
.
.
CHOI YERIM'S POV—
Hari ini aku sudah diberi kebenaran untuk pulang. Baguslah. Hampir lemas aku dalam wad ni, rimas. Dalam bulan ni saja entah berapa kali aku dimasukkan ke sini. Belum lagi beberapa bulan akan datang nanti.
Sebaik saja aku membuat keputusan untuk menyimpan kandungan ini, inilah risiko yang aku perlu tanggung. Bleeding, berulang-alik hospital dan rumah. Mungkin juga akan bersalin pramatang nanti.
Bersalin secara C-section, komplikasi semasa kelahiran dan mungkin juga nyawa aku sendiri bakal menjadi pertaruhan tapi semua itu tak langsung dapat mengubah semula keputusanku, untuk membiarkan janin ini terus menumpang di dalam rahimku.
Walaupun hati dirasakan cukup hiba saat memikirkan Jeons tapi entah kenapa ada satu perasaan hadir, menetapkan semula pendirianku untuk membiarkan bayi ini terus hidup.
Sesi keluar wad aku hari ini dirasakan cukup hambar. Hanya aku dan Jungkook. Jeons di rumah omma, rindu aku pada mereka mula dirasakan tak tertanggung. Silap aku, asyik memikirkan diri sendiri.
Atas nasihat doktor, aku tidak dibenarkan untuk berdiri lama atau terlalu banyak bergerak, apatah lagi membuat kerja berat. Dengar saja pesanan itu, mode overprotective Jeon Jungkook terhadap aku terus on, menyala.
Aku nak turun katil pun dia tak kasi, diangkatnya aku lalu tubuh aku didudukkan di atas kerusi roda namun tak pula aku melawan, apatah lagi melihatnya. Tahu dengan cara ini, dirinya akan lebih terasa jauh denganku, memang itu kemahuan aku.
"Awak sangat ringan, Yerim.." Tuturnya perlahan saat tubuh aku didudukkan di atas kerusi roda. Dapat aku dengar getaran suaranya perlahan, seolah-olah menahan hiba melihat keadaanku sekarang.
Aku hanya diam, tidak langsung melihatnya. Sekali lagi aku mengalihkan pandangan saat dirinya melutut di hadapanku, memperbetulkan posisi kakiku.
.
.
.
"Omma dah balik?!"
"Yeayy!! Omma dah balik, omma dah balik!"
"Uma da alik! Yeyy!!"
"Mama lik!!"
Tergelak aku saat sebaik saja pintu rumah omma ditolak perlahan oleh Jungkook, aku disambut penuh ceria oleh Jeons.
Jungwon dan Naeun apa lagi, terus menerpa ke arahku yang masih di atas kerusi roda. Sementara Heeseung dan Jake dah terhinjut-hinjut atas sofa nampak aku buatkan aku dan Jungkook tergelak. Lama lagi tu, mahu dua-dua terbang.
Mata aku pejamkan, menahan rasa sebak namun bahagia saat Jungwon dan Naeun memeluk erat tubuhku sebelum pipiku dikucup lembut oleh mereka.
"Rindunya dengan omma!"
"Rindu nak dengar omma membebel suruh mandi, jangan buli adik!" Komen Jungwon pula buatkan aku tertawa lagi. Rambutnya yang lebat aku usap lembut dan perlahan, penuh kasi sayang.
Kini aku dibawa pula menghampiri ruang tamu, mendekati sofa di mana Heeseung, Jake dan omma berada. Bukannya aku tidak perasaan sejak tadi omma memerhati aku dengan rasa sayu, sepasang mata tuanya jelas punya rasa bersalah padaku.
Sampai saja di hadapan sofa, berebut dua bujang kecik ni nak hug and kisses aku. Dengan tawa, aku hanya membiarkan saat Jungkook membantu mereka dua berasak-asak duduk di atas ribaku sebelum kedua-duanya terus menerpa ke tubuhku, memelukku cukup erat.
Kepala Heeseung dan Jake aku kucup silih berganti. Sekali lagi, rasa itu kembali bertandang di hati. Sebak namun bahagia.
Tersenyum aku saat tangan kecil Heeseung dan Jake bermain di wajahku, rindu sangat sampai hampir lupa muka mama sendiri agaknya.
Bukannya aku tidak perasan, sejak tadi Jungkook begitu ralit memerhatiku, senyumanku. Terukir juga senyuman di bibirnya, senyuman halus penuh kasih sayangnya saat melihat aku tersenyum namun renungan matanya, jelas menyimpan seribu satu rasa sepertiku.
"Yerim.."
Terdengar suara omma memanggilku perlahan, dapat aku kesan getaran pada suaranya, seolah-olah menahan perit tekak yang menahan tangisan namun aku masih diam, menunduk.
Tersentak aku saat omma mula melutut di hadapanku. Dapat aku rasakan Jungkook turut sama terkedu.
Omma yang tersedu-sedan menangis di hadapanku tika ini, aku tatap. Semahu-mahunya dirinya menangis di hadapanku dengan tangannya menyentuh lembut pehaku.
"Omma minta maaf, Yerim.."
Maaf.
Lagi dan lagi.
Aku dah muak, rasa kosong dengan sepotong ayat itu yang dirasakan tidak bermakna datangnya dari mulut mereka.
Akhirnya aku hanya diam, membiarkan dirinya bersungguh-sungguh menangis di hadapanku walaupun jauh di sudut hati aku tahu, dirinya betul-betul rasa bersalah denganku, membiarkan aku sehingga ke tahap ini.
"Kalaulah memaafkan itu semudah meminta maaf.." Tuturku perlahan dengan mataku masih tertumpu pada Heeseung dan Jake.
Cukup tenang tanganku mengusap lembut dan perlahan kepala Hee dan Jake, membiarkan renungan mata semua orang tertumpu padaku.
"Betapa murahnya kata maaf dari Puan dan anak-anak Puan sampaikan kemaafan saya dirasakan tak ada nilai bagi awak semua.. Memang kata maaf itu dibuat untuk mengulangi lagi?" Tanyaku perlahan dan suasana dirasakan cukup hening.
Tiada lagi panggilan 'omma' untuknya. Tahu sebaik saja Jungkook melepaskan aku, aku bukanlah siapa-siapa lagi di dalam rumah ini. Mungkin saja hanya ibu kepada cucu-cucunya.
"Terima kasih sebab Puan sudi menerima saya sebagai menantu Puan, isteri kepada anak lelaki Puan, menjaga saya seperti anak kandung Puan. Pertama kali saya merasakan pelukan seorang ibu, kasih sayang seorang ibu, semuanya datang dari Puan dan halmeoni.."
Hati mula dipagut rasa sebak saat mengingati halmeoni. Pertemuan yang sementara namun dirasakan cukup bermakna untukku.
Terlihat omma menunduk, tidak sanggup hendak terus bertatapan mata denganku, teresak-esak menangis di hadapanku. Sementara Jungkook, masih diam di belakangku tanpa kata.
"Kalau Yerim marahkan omma, cukuplah dengan marah dan bencikan omma saja.. Jungkook tak salah, Yerim.."
Perlahan-lahan bibirku menguntumkan senyuman halus.
"Dia boleh saja menolak permintaan Puan, tapi Yerim tahu,.. Dia terlalu baik.. Disebabkan kebaikan dia itulah juga, dia tolong Yerim dulu.. Disebabkan kebaikan dia itu jugalah, Yerim pernah jatuh cinta dengan dia dulu.."
Seolah-olah dirinya tiada di belakangku, aku bersuara perlahan. Terukir senyuman halus di bibirku. Mengingati semua kenangan aku bersamanya dulu, jauh sebelum adanya Jeons bersama kami. Hanya aku dan dia, tiada yang lain..
"Itulah kelemahan dia, terlalu baik.. Lemah bila melihat air mata seorang perempuan.. Lemah bila melihat ibunya menangis di hadapannya sedangkan isterinya pun turut sama menangis di belakangnya, kerananya.."
Tidak tahu apa reaksinya di belakangku tika ini, tenang aku bersuara, meluahkan isi hatiku dengan senyuman. Tak sikit pun air mata mengaburi pandanganku.
Hati dirasakan tenang namun jauh di dasarnya, aku merasa kosong.
.
.
.
Macam biasalah, bila mode overprotective dia datang, ke mana-mana aku pergi, ada saja dia. Rasanya hari ni tak pernah lagi kaki aku ni berpijak di bumi yang nyata. Ke mana-mana dia sajalah yang membawa aku, mentang-mentang aku ringan.
Seperti sekarang, aku berdua dengannya di dalam bilik. Dia sibuk dengan Ipadnya, menyemak tugasan yang dia berikan pada pelajar-pelajarnya. Sementara aku bosan duduk di sisinya di atas katil.
Ya, dia membuat kerja di atas katil. Tak mahu berpisah dengan aku. Kalau boleh tu, nak melekat je dengan aku. Kalah anak-anak.
Bosan duduk berdua dengannnya di atas katil, aku mula mengesot perlahan hendak turun dari katil tapi laju saja tangannya menyentuh lenganku, menggenggam lembut di situ. Dia punya cekap dan peka tu, macamlah aku ni Hee dan Jake yang mudah jatuh katil.
"Nak pergi mana?" Tanyanya, tumpuannya tak lagi tertumpu pada skrin Ipad nya yang masih menyala.
"Nak mandi."
Dengar saja permintaan aku, terus cermin matanya dibuka lalu diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Ipad juga ditutup lalu diletakkan di tempat yang sama.
"Okay, jom."
Terkebil-kebil kejap aku bila selamba dia mengajak sambil turun dari katil. Dengan mata mengerdip perlahan aku memerhatinya yang mengatur langkah ke sisiku, di tepi katil.
"Eh, buat apa ni?" Tanyaku, sempat aku pukul halus tangan dia yang dah nak menyentuh aku, hendak mendukung aku.
"Kata nak mandi, jomlah." Balasnya selamba. Sekali lagi dia cuba nak dukung aku tapi saja aku beratkan badan sambil menepis lembut tangannya.
"Saya boleh mandi sendirilah."
"Nanti kalau awak terjatuh, tergelincir, tergolek, tersadung ke apa macam mana?"
"Saya bukan budak keciklah nak jatuh-jatuh ni. Anak saya dah enam—"
"Dah nak masuk tujuh dah." Usiknya perlahan dengan sengihan buatkan aku terdiam.
Ramai juga anak aku. Boleh buat BTS.
"Dah tepilah, saya nak mandi. Sibuk je."
"Yerim, jangan degil boleh? Biar saya yang bawa Tuan Puteri ke bilik mandi, lepas tu Tuan Puteri bersiramlah sendiri, sumpah Tuan Hamba tak mengintai nanti."
Eleh, main bahasa istana pula, tak layanlah!
Terus aku jeling dia buatkan dia tergelak perlahan sebelum senyuman terukir di bibirnya saat menatapku sekarang.
"Tak payah, saya boleh jalan sendiri. Saya tak lumpuh lagi."
"Yerim, bukan selamanya saya nak dukung awak, bawa awak ke hulu ke hilir. Hanya untuk dua, tiga hari saja. Sampai awak dengan baby kuat, dah cukup. Awak sendiri dengar kan doktor cakap apa tadi?" Lembut saja pertuturannya mengingati aku dan aku hanya diam.
Sempat aku mencuri-curi melihatnya buatkan aku terdiam.
"Boleh ya saya dukung awak?" Tanyanya lembut, meminta izin. Akhirnya aku hanya diam, harapnya dia fahamlah.
Terlihat dirinya tersenyum lagi saat aku menjelingnya, tanda setuju. Kini aku membiarkan tangannya mula menyentuh belakang tubuh dan bawah pehaku sebelum tubuhku dirasakan cukup ringan berada di dalam dakapannya.
Pantas saja tanganku berpaut pada lehernya. Kepala aku sandarkan di bahunya, hujung hidungku dirasakan menyapa dekat lehernya, mencium aroma baunya.
Rindukan bauan semula jadi tubuhnya, bau dia, Jeon Jungkook.. Rindukan degupan jantungnya yang cukup menenangkan buatku.
.
.
.
Tubuh aku dimasukkan ke dalam tub mandi yang kosong sebelum shower di atas tub mandi dihidupkan, membiarkan tubuh aku yang masih lengkap berpakaian ini dibasahi pancuran air jernih.
"Nak saya tolong bukakan baju?" Tanyanya selamba seraya mula mencangkung di sebelah tub mandi buatkan aku laju menggeleng.
"Tutup birai ni lepas tu hadap dinding, jangan curi-curi tengok saya!" Tegas aku memberi amaran, siap tunding jari dekat depan hidung dia.
Tapi tersengih-sengih pula dia! Macamlah aku nampak comel dekat mata dia, aku tengah nak nampak garang ni!
Naik juling mata dia tengok jari telunjuk aku sebelum tangan aku itu digenggam.
"Anything for my precious." Balasnya dengan senyuman buatkan aku terdiam sendiri. Tanganku dilepaskan sebelum dirinya bangun.
Tirai keliling tub mandi ditarik, menutupi ruangan ini sepenuhnya. Walaupun ada tirai, masih dapat aku lihat bayangnya.
Seperti yang aku minta, dia duduk di atas bangku kecil di sisi tub mandi ini, tidak jauh dari aku. Menghadap dinding, seperti yang aku mahukan.
"Jangan bangun sendiri. Nak apa-apa panggil saya." Pesannya cukup lembut, terasa sarat dengan rasa peduli dan kasihnya untukku namun aku hanya diam.
"Awak dengar?" Tanyanya perlahan dan aku masih diam. Perlahan-lahan aku mula membuka pakaianku di bawah pancuran air.
"Saya harap saya dapat lihat senyuman dan tawa awak semula.." Tuturnya perlahan buatkan aku tersentap.
"Saya rindukan senyuman manis awak, senyuman mengusik awak,.." Luahnya perlahan.
"Saya rindu nak melihat tawa awak,.. Cukup hanya dengan melihat awak tertawa, saya turut sama tersenyum.. "
Dapat aku bayangkan dirinya sedang tersenyum sekarang saat kata-kata itu meniti di bibirnya.
Perlahan-lahan aku menunduk saat ada suatu perasaan hadir, mengusik dasar hatiku.
"I miss you, Yerim.. "
Perlahan saja kata itu menyapa pendengaranku buatkan dadaku dicengkam rasa sebak.
"Jauh di sudut hati saya, saya sangat-sangat merindukan awak.. perempuan yang saya jumpa di rooftop hospital, perempuan yang saya lamar di atas langit biru, perempuan yang saya kahwini dengan rasa cinta dan sayang, perempuan yang terlalu besar pengorbanannya untuk saya dan anak-anak saya.."
"Tapi saya tahu, awak masih perempuan itu, Yerim yang saya sayang, Yerim yang saya cintai,.. Cumanya saya sendiri,.. yang membuat diri saya kehilangan tawa dan senyuman awak.."
Bayangnya, belakang tubuhnya aku tatap lama, sesekali mataku mengerdip perlahan, merasakan pancuran air pada tubuhku.
"Demi tuhan, saya menyesal Yerim.."
"Menyesal sebab mensia-siakan perempuan sebaik awak, bidadari buat saya.."
Dada dirasakan sesak, diterpa rasa sebak saat suara hibanya menyapa perlahan pendengaranku.
Perlahan-lahan aku menunduk, membersihkan diriku, mengabaikan air mata yang mengalir sama dengan pancuran air di wajahku.
.
.
.
Terima kasih tak terhingga pada mereka yang sentiasa menunggu cerita ni. Lagi-lagi yang sentiasa komen dan vote, semangat ja rasa nak sambung menulis, makasih ya! 😭💜
105 VOTES, 200 COMMENTS TO UNLOCK NEXT CHAPTER!;)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top