27

.
.
.

Hari ini aku sudah dibenarkan untuk keluar wad. Tak sabar rasanya keluar dari sini. Tapi berita sedih aku dapat bila aku tak dapat jalan buat masa ni. Ini semua gara-gara kaki kiri aku terseliuh. Bengkak sampai berbalut. Rimasnya, nak turun katil pun payah.

"Biar saya dukung awak."

Terdengar suara Jungkook lembut saja menegurku seraya menghampiriku namun pantas aku menolak tangannya saat dirinya cuba untuk menyentuhku, siap sedia hendak mendukungku turun dari katil hospital ini.

"Tak payah, saya boleh turun sendiri."

"Nanti awak jatuh, Yerim." Halangnya dan aku masih berdegil dengan kedua-dua kaki sudah aku turunkan dari katil.

"Awak buat apa ni?" Tanya aku tak puas hati bila selamba badak je Jungkook terus angkat tubuh aku tanpa izin, tanpa salam.

Kelam-kabut aku peluk leher dia sebelum dengan cermat dan berhati-hati, aku didudukkan di atas kerusi roda. Kepala aku angkatkan, merenungnya tak puas hati.

"Saya cakap tak nak kan?" Tanya aku tak puas hati.

"Habis tu? Awak nak buat apa? Bangunlah balik pergi katil sana, lepastu datang sini balik." Usiknya seraya duduk bertinggung di hadapanku, membantuku menaikkan kedua-dua belah kakiku di atas alas kaki kerusi roda ini mengundang jelingan maut dari aku, sumpah tak puas hati.

Sempat dia mendongak pandang aku sebelum dia tertawa, sukalah tu dapat mengusik aku.

"Selagi awak tak sihat, selagi tulah saya kena jaga awak. So, cepat-cepatlah sihat ya sayang?" Usiknya lagi dengan senyuman terukir di bibirnya saat dirinya masih duduk bertinggung di hadapanku sebelum dirinya bangun.

Dengan hati yang tak rela, aku hanya membiarkan saat dirinya mula menolak kerusi rodaku keluar dari wad ini.

.
.
.

Tak dinafikan aku agak tersentuh saat omma dengan rela hati hendak duduk di rumah aku dan Jungkook, katanya hendak menjaga aku dan membantu aku dengan Jungkook untuk menjaga Jeons.

Punyalah risau Jungwon dengan Naeun tadi bila nampak aku balik dengan berkerusi roda. Tapi awal-awal aku dah yakinkan mereka yang aku baik-baik saja.

Ingatkan dekat hospital je aku dilayan macam pesakit, rupanya dah balik rumah pun, aku bawa sekali title pesakit tu.

Masuk je bilik, baring je atas katil, aku terus diharamkan oleh Jungkook untuk turun dari katil. Katanya sentuh je hujung jari kaki aku dekat lantai, dia bawa aku pergi balai jumpa polis. Sabar jelah.

Dari tadi pelawat aku paling kerap masuk tengok aku, dah tentu-tentu anak-anak aku. Dia orang siap lepak atas katil dengan aku, temankan aku sambil Naeun dengan Jungwon buat homework sementara Heeseung dengan Jake sibuk dengan mainan dia orang.

Jungkook pula sibuk buat kerja rumah, tolong omma yang patut. Sesekali dia masuk, tengok aku, pastikan yang aku okay dan pastikan yang kaki aku ni tak jejak pun lantai.

Sampailah waktu makan tengah hari, tinggallah aku sendirian dekat dalam bilik ni sementara yang lain makan di dapur.

Perlahan-lahan mata aku pejamkan, rehat sekejap. Namun perlahan-lahan mata kembali aku celikkan saat terdengar pintu bilik ditolak perlahan dari luar.

Terlihat Jungkook sedang mengatur langkah menghampiri aku sambil menatang dulang berisi hidangan makan tengah hari untukku.

Sebelum dirinya mengambil tempat duduk di sisiku di atas katil, dulang diletakkan di meja berhampiran katil. Aku hanya membiarkan saat dirinya perlahan-lahan mengambil tempat duduk di sisiku.

"Makan dulu, ya? Lepas tu sambung rehat." Lembut saja pertuturannya sebelum dulang diambil semula dari atas katil lalu diletakkan di hadapannya.

"Saya tak ada selera." Tuturku dingin seraya mata aku pejamkan.

"Makanlah sikit, kesian-"

"Kesian apa? Kesian baby? Memang saya hidup untuk kandungan ni je. Lepas dia lahir, saya mati ke tak awak kisah apa?"

"Apa awak cakap ni, Yerim?"

"Betullah saya cakap kan? Awak kisahkan saya sekarang ni pun sebab awak tahu saya mengandungkan anak awak, kan?"

"Saya kisah dan peduli tentang awak sebab awak isteri saya, Yerim. Sebab saya sayangkan awak, saya tak nak awak terus sakit macam ni." Tuturnya lembut namun cukup tegas.

"Jangan ingat hanya kerana saya tengah mengandungkan anak awak, kita tak kan berpisah. Walau apa pun jadi, saya akan tetap tuntut cerai pada awak."

"Boleh tak untuk sekali, awak berhenti sebut tentang cerai? Ya, saya tahu awak nak berpisah dengan saya, saya tahu tu, Yerim.. Tak perlu ingatkan saya berkali-kali, saya tahu.." Tuturnya perlahan, dapat aku lihat matanya yang mula berkaca saat menatapku sekarang.

"Saya cuma ada lima bulan dengan awak,.. Bagi saya peluang untuk gunakan masa ni dengan baik bersama awak.. Ini saja peluang yang saya ada, Yerim.." Pintanya lagi dengan tubir mata yang mula terlihat semakin sarat dengan air mata.

Aku hanya diam, cuba terlihat biasa di hadapannya sedangkan aku tahu, aku sedang menipu diriku sendiri.

"Kalau awak tak nak anak ni, awak boleh serah pada saya nanti. Bila dia dah lahir, bila kita dah berpisah nanti.. Tolonglah jangan disebabkan kesalahan saya, awak nak buang dia.." Rayunya perlahan. Tak sanggup untuk terus bertatapan mata dengannya, lantas pautan mata antara kami aku leraikan.

"Sekurang-kurangnya bila awak bawa Jeons pergi nanti, saya masih ada seorang anak kita dengan saya.."

Terdengar getaran suaranya perlahan menyapa pendengaranku namun tak sikit pun aku peduli.

"Makanlah, jaga diri awak, bukan untuk baby tapi untuk awak, untuk diri awak sendiri.. Anak-anak masih perlukan awak.. Saya masih perlukan awak, Yerim.."

Di hujung katanya, suaranya berbisik perlahan seolah-olah tak mahu aku mendengarnya tapi menyapa jelas telingaku buatkan dada aku terasa sesak.

"Bagilah saya peluang untuk jaga awak macam mana awak jaga saya masa saya sakit dulu, Yerim.. "

.
.
.

Malam ini entah kenapa, Jake enggan berpisah tidur denganku. Seolah-olah tahu yang aku sedang sakit. Akhirnya kami biarkan Heeseung dan Jake untuk tidur bersama aku dan Jungkook malam ini.

Tepat jam pukul tiga pagi, aku terjaga dari tidurku. Tidak mampu untuk melelapkan mata kembali, akhirnya aku hanya memerhati Heeseung dan Jake yang nyenyak tidur di antara aku dan Jungkook.

Tersenyum aku saat melihat mereka tidur sekarang. Rambut Heeseung aku usap perlahan dan lembut sebelum beralih pula pada Jake.

"Tergamak awak biarkan saya mengandungkan anak awak bila awak tahu awak tengah tipu saya? Kalau saya tahu dari awal, saya tak kan pernah setuju untuk mengandungkan Heeseung dan Jake.."

Perlahan-lahan tanganku terhenti dari terus mengusap lembut rambut Jake saat kata-kataku sendiri itu bermain semula di fikiranku.

Tubir mata mula dirasakan sarat dengan air mata saat menatap wajah polos Heeseung dan Jake sekarang.

Tak sepatutnya kata-kata itu keluar dari mulutku, seolah-olah aku menyesal melahirkan mereka, anak-anak aku sendiri.

Apalah hidup aku tanpa mereka? Kosong. Merekalah penyeri hidup aku, sama seperti Naeun dan Jungwon.

Di dalam diam, aku menangis tanpa suara. Tanganku masih mengusap lembut rambut Heeseung dan Jake, silih berganti.

Tahu yang aku tak sanggup untuk meninggalkan mereka suatu hari nanti. Memikirkan bagaimana hidup mereka bila tiada aku di sisi mereka nanti? Macam mana dengan Naeun dan Jungwon nanti tanpa aku?

Perlahan-lahan mata aku pejamkan saat sebak di dada dirasakan semakin menyesakkan. Air mata dibiarkan mengalir deras membasahi pipiku.

Sehinggalah perlahan-lahan kelopak mata aku celikkan saat dirasakan telapak kecil Jake menyentuh lembut pipiku.

Terlihat sepasang mata polosnya menatapku, dapat dilihat wajahnya turut sama ingin menangis saat melihatku sekarang buatkan aku tersenyum.

Memberitahunya yang aku baik-baik saja. Tahu walaupun dia masih kecil, rasa empatinya cukup kuat, terutamanya pada mereka yang dia sayang.

"Mama.."

Panggilnya perlahan dan semudah itu, air mata aku kembali mengalir. Senyuman masih aku ukirkan untuknya walaupun aku tahu semua kenangan aku bersamanya tika ini tak kan pernah kekal dalam ingatannya bila dia dah dewasa nanti.

"Ya, sayang?" Sahutku perlahan dengan getaran suara yang jelas, menahan tangisan. Senyuman masih menghiasi wajahku.

Tidak sanggup untuk menatap terus sepasang mata polosnya, dirinya aku dekati sebelum kepalanya aku kucup perlahan dan lembut, begitu juga sisi kepala Heeseung.

"Omma minta maaf.. Omma tak pernah menyesal lahirkan Hee dengan Jake.. Omma minta maaf.." Pintaku perlahan, berkali-kali dengan air mata yang tak tertahan.

Tanpa aku sedari, sejak tadi ada sepasang mata tidak lepas dari terus memerhatiku. Menatapku dengan renungan redupnya yang kian sarat dengan air matanya sendiri saat melihat aku menangis sekarang.

Jungkook..

Tanpa aku sedari, dirinya turut sama menangis denganku.




.
.
.




Memandangkan minggu depan ramai yang exam dan saya pun turut sama exam, insyaallah sis update lagi jumaat nanti ya HAHA 💜




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top