25

.
.
.

Sekelip mata, aku kembali bertukar dingin dengannya. Malam tadi, sekali lagi aku tertidur di dalam pelukannya namun saat tersedar, terus aku keluar dari rumah sementara yang lain masih belum bangun dari lena.

Aku sendiri tak tahu ke mana destinasi yang hendak aku tuju, nak pula sekarang memang hujung minggu. Kebetulan pula aku dapat panggilan telefon dari Yoonji.

Katanya dia dah selamat bersalin, dapat baby girl!

Terus aku pergi ke hospital, nak tengok anak buah baru.

Sampai saja ke hospital swasta itu, terus aku ke wad yang menempatkan Yoonji. Masuk saja dalam wad, aku disambut oleh Yoongi dan Ni-Ki sementara Yoonji awal-awal dah angkat tangan dekat katil dengan baby girl dalam dukungannya, sedang menangis.

Belum tengok pun dah tahu mesti anak dia putih melepak kalah kertas A4!

.
.
.

"Comelnya dia." Pujiku sambil cuit pipi Hoyeon, anak dara Yoonji. Tersenyum aku saat melihat betapa selesa dan tenangnya si kecil ini tidur dalam dukunganku.

"Tengoklah mak dia. Harapkan bapak dia, jangan haraplah. Mata pun sepet."

Selamba badak Yoonji kutuk suami sendiri buatkan aku tergelak. Mentang-mentang Yoongi temankan Ni-Ki pergi beli air dekat vending machine luar, kemain dia punya kutuk eh?

"Yerim."

Kepala aku angkatkan dari terus menatap wajah Hoyeon saat Yoonji memanggil perlahan namaku.

"Kau okay?" Tanyanya cukup peduli. Mungkin dulu aku akan menangis kalau soalan itu ditujukan kepadaku namun sekarang aku tak merasakan apa-apa.

Aku hanya tersenyum nipis seraya mengangguk kecil.

"Aku okaylah."

"Mata kau sembap, Yerim.. Aku tahu kau tak okay.." Tuturnya perlahan buatkan aku menunduk, mengelak dari terus bertatapan mata dengannya.

Tak sepatutnya aku membebani Yoonji dengan masalah rumah tangga aku. Kali terakhir aku bercerita tentang masalah aku dan Jungkook padanya adalah sewaktu kami berjumpa di kafe tempoh hari.

Segala pergaduhan aku dengan Jungkook, aku simpan rapi sendiri. Sampailah aku membuat keputusan untuk bercerai dengan Jungkook, segalanya aku simpan sendiri.

"Tak apalah, aku okay." Balasku seraya tersenyum lagi. Kali ini aku membiarkan sepasang mata milik Yoonji merenung tepat anak mataku, tahu yang dia sedang memastikan sama ada aku benar-benar okay.

"Fine. Kalau aku dapat tahu kau tipu aku, siap kau." Ugutnya buatkan aku tertawa. Sekali lagi kami menunduk, menatap wajah tenang Hoyeon yang cukup lena diulit mimpi.

"Amboi dia punya tidur, macamlah dia yang penat beranak tadi."

Tergelak aku bila Yoonji selamba memerli anak sendiri seraya tangannya selamba mencubit geram pipi Hoyeon. Dengan aku-aku sekali ikut geram tengok pipi gebu Si Hoyeon ni.

"Best nya dapat baby girl." Tuturku perlahan seraya mengusap lembut pipi Hoyeon.

"Aku doakan yang kali ni, kau dapat baby girl. Boleh buat kawan Si Naeun nanti. Kadang-kadang kesian juga aku tengok Si Naeun tu tak ada kawan, yalah adik dia semua lelaki. Paling meriah si Jungwon lah aku tengok."

Sekali lagi aku tergelak. Teringat Jeons sebelum perlahan-lahan tawa aku mereda, berganti dengan senyuman hambar. Rasa bersalah kerana meninggalkan Jeons tadi.

Rasa bersalah, kerana aku tahu keputusan aku untuk berpisah dengan Jungkook nanti pastinya akan memberi kesan pada mereka.

Selfish kan aku?

"Kau tahu tak sebelum kau datang tadi, tak habis-habis Si Hoyeon ni menangis. Tak tahulah aku nak buat apa. Nasib baik kau sampai, kalau tak dah lama aku suruh Yoongi tinggalkan Si Hoyeon ni dalam lif."

Kalau dengan Si Yoonji kalau setiap saat tak buat aku gelak memang tak sah!

"Tengok tu, tenang je dia dengan kau.." Kata Yoonji seraya tersenyum dengan panahan matanya tertumpu pada Hoyeon buatkan aku turut sama menunduk, menatap wajah polos bayi yang belum cukup sehari pun melihat dunia.

"Mungkin sebab dia tahu kau tengah ada isi.." Tutur Yoonji perlahan seraya memandangku buatkan aku terdiam.

Terus hilang senyumanku seraya kembali menunduk, mengelak dari terus bertatapan dengan Yoonji yang mula perasan dengan reaksi drastikku.

"Kau belum bagitahu sir?"

"Dia tak perlu tahu. Lagi pun aku dah buat keputusan." Balasku perlahan tanpa perasaan. Sengaja aku membiarkan ayatku tergantung di situ sebelum kepala aku angkatkan, kembali menatap Yoonji yang jelas risaukan aku.

"Aku akan gugurkan kandungan ni."

.
.
.

Lepas hampir dua jam aku melawat Yoonji di hospital, akhirnya aku pulang ke rumah. Tak sanggup nak tinggalkan Jeons lama-lama.

Masuk saja ke dalam rumah, seperti yang aku jangka, Jungkook sedang menungguku di ruang tamu. Tak tunggu lama, terus dia menghampiri aku.

"Pergi mana? Kenapa tak bagitahu saya dulu? Kenapa matikan phone awak? Awak tahu tak saya risaukan awak, Yerim?" Tanyanya namun aku langsung tak menghiraukannya.

Langkah tetap aku atur sehinggalah tangannya menyentuh tanganku buatkan aku pantas menepis tangannya.

"Don't you dare to touch me again after what you've done to me."

Tuturku perlahan namun keras dengan renungan mataku menikam tepat sepasang matanya buatkan dirinya terdiam.

Untuk seketika, aku hanya membiarkan sepasang matanya menatapku cukup redup sebelum aku kembali mengatur langkah.

"Saya akan ikut permintaan awak. Awak nak saya ceraikan awak? Saya akan ceraikan awak tapi jangan lupa, kita ada perjanjian."

Perlahan-lahan langkah aku terhenti saat kata-katanya itu menyapa perlahan pendengaranku.

"Ikut setiap syarat yang saya berikan pada awak dan saya akan ceraikan awak.  So please,.. Return my yerim that I used to love.."

Rintihnya namun aku masih diam.

Used to love.

Macam mana dengan sekarang? Dia masih sayangkan aku?

Senyuman hambar terukir di bibirku, menutup kesedihanku sendiri. Dengan senyuman masih terukir di bibirku, badan aku pusingkan menghadapnya, berhadapan tepat dengannya.

"Okay fine. I'll treat you as my husband, I'll follow all the conditions you put on me but make sure, five months from now, you keep your promise to divorce me."

Dengan senyuman masih utuh di bibirku, cukup tenang setiap bait-bait kata itu aku ajukan padanya.

Dapat aku lihat matanya mula berkaca saat menatapku sekarang namun tak sikit pun mengusik perasaanku. Hati dirasakan cukup kosong saat menatapnya kini.

"Saya janji, saya akan lepaskan awak.."

.
.
.

Seperti yang dia mahukan, hari ini, di hadapan keluarganya sendiri, aku berpura-pura untuk terlihat bahagia menjadi isterinya.

Hari ini dia mengajak kami sekeluarga ke rumah omma, makan malam di sini. Somi dan Beomgyu pun turut ada sama di sini. Cukup meriah dan tak sesaat pun aku berhenti dari terus dengan lakonanku.

Bukan semudah itu untuk aku memaafkan omma dan Somi tapi mungkin ini yang terbaik sebelum aku keluar dari keluarga ini.

Sedang kami menikmati makan malam bersama, terdengar bunyi loceng rumah keluarga ini berbunyi beberapa kali menandakan adanya kehadiran tetamu.

"Biar Somi yang pergi tengok."

Kini semua mata tertumpu pada Somi sehinggalah dirinya hilang ke bahagian pintu utama rumah. Beberapa detik berlalu, terlihat dirinya kembali ke bahagian dapur dengan seseorang mengekorinya dari belakang.

Perempuan itu.

Lee Sara.

Tidak lepas mataku memerhati perempuan itu yang sebaik saja memasuki bahagian dapur, panahan matanya tertumpu pada Jungkook.

Mungkin Jungkook tak punya perasaan pada dia tapi aku cukup pasti, perempuan itu punya perasaan pada Jungkook.

Dari sisi mataku dapat aku lihat omma menyambut baik kehadiran perempuan itu yang mungkin sudah dianggap sebagai anak perempuannya sendiri.

Mungkin kalau Jungkook belum ada isteri, dah lama omma pinangkan perempuan tu untuk Jungkook, kan?

Lantaklah. Siapa peduli?

Lantas aku kembali menikmati hidangan makan malamku tanpa mempedulikan Jungkook yang tidak lepas dari terus merenungku sejak Sara jejak kaki di sini.

Mungkin risau yang aku bakal cemburu atau buruk sangka dengan mereka tapi percayalah, aku dah tak rasa semua itu.

.
.
.

Sementara yang lain menonton televisyen di ruang tamu, seorang diri aku mengemas di dapur. Membiarkan Sara 'mengisi' tempat aku di ruang tamu tika ini. Sekali-sekala feeling jadi bibik.

"Tolong basuhkan ni sekali, ya?"

Tanpa sempat aku mengangkat kepala, tersentak bahuku saat gelas mug kaca itu dibaling ke dalam sinki di hadapanku, nasib tak pecah.

Lantas aku menoleh, melihat perempuan itu. Sara. Terlihat dirinya tersenyum melihat reaksiku tadi yang jelas-jelas terkejut dengan tindakannya.

"Opss sorry, tak sengaja." Balasnya cukup manja macamlah aku ni Jungkook, siap buat gaya tutup mulut.

Kalau tak diikutkan aku sekarang ni dekat rumah mertua sendiri, dah lama aku sumbat span dekat tangan aku ni masuk dalam kerongkong dia bertemu anak tekak dia.

"Nak pergi tandas kejap, tak tahan." Sambungnya dengan senyuman masih terukir di bibirnya sebelum langkahnya diatur penuh lenggok ke bahagian tandas yang bersambung dengan bahagian dapur, tidak jauh dariku.

"Dasar tak cukup kasih sayang. Dulu pun aku anak yatim, tak ada pula terencat macam dia. Sabar Yerim, sabar." Bebelku sendiri seraya kembali menunduk, menyambung kerja membasuh pinggan di sinki.

Malas aku nak basuh cawan perempuan tu, terus mug yang dia baling ke sinki tadi aku buang ke dalam tong sampah. Memang layaknya dekat situ.

Macam tak ada apa yang jadi, aku sambung basuh pinggan.

"Biar saya tolong."

Kepala aku angkatkan saat datang seseorang menegurku seraya menyelit di tepiku di hadapan sinki ini.

Jungkook.

Aku hanya membiarkan saat dirinya menyambung kerjaku membasuh pinggan tadi.

"Tepilah, saya boleh buat sendiri."

"Tak apa, saya tolong awak."

"Kalau awak rasa dengan cara ni awak boleh pujuk hati saya, ubah fikiran saya, lupakan jelah Jungkook. Saya dah tawar hati dengan awak. Saya cuba bertahan sampai sekarang pun, sebab anak-anak. Kalau tak disebabkan anak-anak, saya pun tak sangguplah nak tunggu sampai lima bulan untuk berpisah dengan lelaki macam awak."

Terlihat tangannya perlahan-lahan terhenti dari terus menyental permukaan pinggan di tangannya dengan menggunakan span saat kata-kataku menyapa perlahan pendengarannya.

"Kalau ikutkan hati saya, sekarang juga saya nak kita berpisah. Tengok muka awak pun saya tak nak. Tapi disebabkan syarat bodoh awak tu, saya terpaksa hadap muka awak."

Tanpa berfikir panjang, kata-kata itu aku lontarkan padanya, di dalam fikiranku cuma satu, ingin menyakiti hatinya dan semudah itu, aku berjaya.

"Letaklah berapa syarat pun untuk saya sentiasa dekat dengan awak tapi hakikatnya, saya dah tawar hati dengan awak, Jungkook.. Dah tak ada ruang sikit pun dalam hati saya untuk awak.."

Entah kenapa, kata-kata itu meniti di bibirku hanya untuk menyakiti hatinya namun apa yang aku rasakan sekarang, dadaku terasa cukup sesak dengan lontaran kata-kataku sendiri. Seolah-olah aku sedang menipu diriku sendiri.

Terlihat dirinya masih diam, seolah-olah tak sanggup hendak bertatapan mata denganku namun aku tahu, tubir matanya mula sarat dengan air matanya sendiri.

"Nak sangat basuh pinggan tu kan? Basuhlah, saya nak pergi tandas."

Pantas aku mencari alasan untuk berlalu pergi saat tubir mataku mula dirasakan panas dan membahang.

Lantas langkah aku atur ke tandas berhampiran denganku dan seolah-olah terdengar yang aku hendak ke tandas, terus pintu itu terbuka dari dalam.

Sara.

Pastinya dia dah mendengar semua perbualan antara aku dan Jungkook tadi tapi aku langsung tak peduli. Baguslah dia tahu, memang semua ini jadi disebabkan dia pun.

Sempat aku dan perempuan itu berbalas renungan di ambang pintu tandas yang terbuka luas ini sebelum dirinya tersenyum.

"Hati-hati, licin." Pesannya dengan senyuman yang seolah-olah menyimpan makna tersendiri namun langsung tak ku peduli.

Sebaik saja dia keluar, terus aku melangkah masuk ke dalam tandas.

Pintu tandas aku kunci dan baru saja aku hendak membuka langkah ke bahagian sinki, telapak kakiku dirasakan berpijak pada permukaan lantai yang cukup licin sebelum aku mula hilang keseimbangan.

Tindakan refleksku adalah menjerit seraya tanganku mula mencapai sesuatu hendak berpaut namun tidak kesampaian sebelum sekelip mata, aku jatuh terduduk di atas lantai.

Aku menjerit sakit saat pergelangan kaki kiriku dirasakan berdenyut-denyut sakit, begitu juga bahagian pinggulku.

"Yerim!"

Dapat aku rasakan bahagian bawah tubuhku yang basah dengan air sabun. Sempat aku lihat botol sabun pencuci tandas yang masih terbuka di tepi sinki sebelum aku mula memejamkan mata dengan kepala yang menunduk, menahan sakit.

Rasa sakit yang aku rasa di bahagian bawah perutku dirasakan lebih menyakitkan dari rasa terseliuh dan kebas di kaki kiriku.

Dapat aku dengar pintu tandas ini dirempuh berkali-kali namun aku terlalu takut untuk bergerak, rasa ngilu yang aku rasakan semakin menjadi-jadi dan mula tak tertahan.

Perlahan-lahan aku terbaring di atas lantai dengan pandangan yang mula dirasakan kabur.

Air mata tak dapat aku tahan saat rasa sakit yang aku rasakan mula tak tertanggung. Semakin deras air mata yang mengalir saat melihat cecair merah mula bercampur dengan air sabun yang mencemari lantai tandas ini.

"Aku akan gugurkan kandungan ni.."

Belum sempat aku membuangnya, ianya pergi dulu tanpa sempat aku bersedia.

"Yerim!"

Terdengar rempuhan kuat dengan suara Jungkook memanggil namaku. Terasa tubuhku ditarik dan belum sempat aku melihatnya untuk kali yang terakhir, pandanganku serta-merta menjadi kelam.









.
.
.








Hi I'm back! Rindu tak? 🦍

By the way, siapa nak next chapter esok?! ;)💜







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top