24
.
.
.
Dah lama tak berhubung atau berjumpa dengan Seokjin, tiba-tiba saja aku dapat khabar berita dari Jungkook yang hujung minggu ni Seokjin bakal bertunang.
Akhirnya, berpunya juga doktor handsome tu. Ingatkan dah bengkok ke apa, risau juga. Katanya dapat doktor juga, cantik pula tu. Sesuailah dengan Seokjin, bekerjaya, ganteng lagi.
Hujung minggu ni, Jungkook membawa kami sekeluarga ke majlis pertunangan Seokjin yang diadakan secara tertutup di rumah keluarga Seokjin.
Dapat jugalah aku jumpa Hana dekat sana dengan suami dia, Jung Hoseok. Taeha pun dah besar, dah jadi kakak dah pun.
Sementara Jungkook ke bahagian buffet semula bersama Naeun, Jungwon dan Heeseung di dalam dukungannya, aku duduk berdua dengan Seokjin. Jake pula elok je tertidur dekat riba Seokjin.
Apalah budak kecik ni, punyalah riuh keliling, dia boleh pula tertidur? Siap menganga pula tu, macamlah penat basuh pinggan dekat belakang tadi. Ni kalau orang main kompang ni pun belum tentu dia bangun.
Tunang Seokjin pula, Choi Jisu sedang sibuk melayan rakan-rakan sekolejnya yang baru tiba tapi sempatlah juga kami bertegur sapa tadi. Peramah dengan senyuman.
"Tak apalah, biar Yerim je yang dukung budak kecik tu. Abang pergilah layan tetamu." Serba salah aku dibuatnya buatkan Seokjin tergelak.
"Alah tak apa, biar je. Lagi pun tengah tak ramai tetamu pun. Yerim makan je, biar abang jagakan Jake."
Haih, untunglah Jisu nanti dapat husband material macam Seokjin ni. Tapi aku pun untung juga dapat Jungkook. Sempat aku toleh pandang Jungkook yang sibuk melayan Jeons yang berebut nak aiskrim. Tersenyum aku melihat.
"Abang happy tengok Yerim dengan Jungkook dah okay.."
Kepala aku angkatkan, memandang Seokjin saat suaranya menyapaku perlahan. Terukir senyuman penuh keikhlasan di bibirnya.
Seokjin tahu?
"Maaflah kalau abang macam menyibuk. Tapi abang dah anggap Jungkook macam adik abang sendiri. Dia pun tak ramai kawan sebaya dia, jadi semua masalah dia, dia share dengan abang." Tuturnya perlahan dengan senyuman. Tangan kanannya pula menepuk perlahan dan lembut peha Jake.
"Abang tahu Jungkook dengan Yerim ada problem sebelum ni tapi jangan risau, Jungkook tahu batas untuk berkongsi cerita rumah tangga kau orang. Dia tahu mana yang patut dia berkongsi dan mana yang patut dia simpan sendiri, abang respect dia soal tu." Ceritanya dengan senyuman, dapat aku rasakan keikhlasannya dalam menyayangi Jungkook seperti adiknya sendiri.
"Masa dia merajuk dengan Yerim dua hari tu, dia tumpang tidur dekat penthouse abang. Hujan-hujan dia datang rumah abang, dia menangis tau. First time air mata jantan dia jatuh depan abang. Kiranya Yerim hebatlah dapat buat Jeon Jungkook nangis."
Tergelak aku dengar cerita Seokjin. Siapa sangka suami aku nampak je ganas tapi bab-bab gaduh dengan bini ni, sampai mengalir air mata.
Namun perlahan-lahan tawaku mereda, berganti dengan senyuman hambar.
Jadi betullah, dia tak pernah tidur serumah dengan perempuan itu. Itu semua hanya halusinasi aku.
"Abang tahu juga tentang Sara. Masa mula-mula Jungkook kena jaga Sara pun abang tahu. Jungkook ada datang mengadu dengan abang, omma Jeon paksa dia jagakan Sara. Jungkook pula mana tahan bila tengok omma dia nangis, jadi nak tak nak, dia pun setuju walaupun dalam fikiran dia masa tu hanya awak, Yerim.."
Aku masih diam namun setiap kata-kata dari Seokjin aku hadam sehabis mungkin. Tahu yang selama ini aku hanya salah faham dengan Jungkook. Niatnya memang cuma satu, jaga Sara untuk omma.
"Abang kenal Jungkook dari dia sekolah menengah lagi. Tak pernah lagi abang tengok dia sayangkan sesiapa macam dia sayangkan Yerim. Nak tahu bila abang nampak dia paling happy? Bila dia jumpa Yerim, bila Yerim ada dalam hidup dia.."
Tambahnya lagi dengan senyuman buatkan aku turut sama tersenyum.
"Meh, duduk sini meh."
Kepala aku angkatkan saat terdengar suara Jungkook semakin menghampiri. Dibiarkan Naeun dan Jungwon mengambil tempat dulu sebelum dirinya pula melabuhkan punggung dengan Heeseung masih di dalam dakapannya.
Naeun dan Jungwon dah seronok melantak makan aiskrim sementara Heeseung masih tersedu-sedan sedut hingus, baru lepas nangis.
"Dahlah, jangan nangis. Nanti Heeseung dah sihat, appa belikan kilang aiskrim untuk Hee. Hee nak kilang apa? Magnum? Cornetto? Aiskrim Mat Kool? Semua boleh."
Tersenyum aku melihat Jungkook yang langsung tak kisah membebel sendiri dengan Heeseung. Air mata dan hingus Heeseung dilap menggunakan tisu, cukup lembut. Terserlah aura bapak-bapak dia buatkan aku tersenyum sendiri.
Heeseung pula tengah selesema, kesian dia.
Kali ni Jungkook toleh pandang aku, alamak kantoi tenung dia sambil senyum. Terlihat dirinya turut sama tersenyum.
"Handsome nya suami saya ni. Dahlah caring, handsome pula tu. Dalam hati mesti tengah cakap macam tu kan masa pandang saya tadi?" Usiknya, siap mengajuk cara aku bercakap lagi!
Awak tunggu , Jungkook. Siap balik nanti!
.
.
.
Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam tapi aku masih lagi tak rasa nak tidur. Jeons pula awal-awal dah tidur, kepenatan seharian jalan-jalan. Jungkook pula ada di dapur, nak minum air katanya.
Sejak tadi aku hanya diam, melihat gambar-gambar di dalam galeri telefon pintarku. Gambar-gambar Jungkook dan Sara yang aku ambil sebelum ini, aku lihat semula.
Lama aku merenung gambar yang aku ambil sewaktu aku datang ke rumah sewa itu selepas hampir dua hari Jungkook tak balik, selepas insiden perempuan itu allergic.
Dalam ingatan aku tika itu, apa yang aku lihat dan gambar yang aku ambil tika itu adalah Jungkook mengatur langkah bersama perempuan itu ke kereta miliknya di halaman rumah itu, dengan senyuman dan tawa mesra.
Namun gambar yang aku lihat sekarang, hanya Jungkook mengatur langkah ke keretanya, sendirian. Tiada garis senyuman pun di bibirnya. Wajahnya turut terlihat jelas yang dirinya cuma terpaksa untuk ada di situ.
"Sayang, tengok apa tu? Berkerut-kerut dahi."
Lantas aku menoleh saat suara Jungkook cukup perlahan dan lembut menegurku. Toleh saja, terlihat dirinya sudah merangkak naik ke atas katil sebelum dirinya mengesot perlahan menghampiri aku.
Kali ini bahu aku dipeluk lembut sebelum tubuh aku ditarik perlahan agar bersandar pada bahunya.
"Kenapa ni?" Tanyanya walaupun dia boleh saya melihat skrin telefon aku sekarang tapi aku tahu, dia mahu menjaga privasiku.
Kini aku perlahan-lahan menunduk buatkan dirinya turut sama menunduk, tahu yang kini mata kami sama-sama tertumpu pada skrin telefonku yang masih jelas memaparkan gambarnya di halaman rumah sewa itu.
"Saya ingatkan masa dua hari awak tak balik rumah lepas seminar dekat kem dulu, awak jaga Sara.." Tuturku perlahan seraya menunduk.
Kali ini dapat aku rasakan tangannya meraih lembut tanganku sebelum jari-jemarinya dikaitkan pada celahan jari-jemariku, menggenggam tangan kami menjadi satu.
"Bukan saya tapi omma.. Saya ada dekat situ pun sebab omma yang minta saya temankan sebab kami tahu, bila-bila masa je pakcik Sara akan datang kacau dia. Nak tak nak, saya terpaksa tidur situ tapi ada omma sekali."
Di hujung katanya, dirinya tersenyum, cuba meyakinkanku buatkan aku turut sama tersenyum namun cukup hambar.
"Selalu ke awak tumpangkan dia pergi, balik kolej?" Tanyaku buatkan dirinya terdiam.
"Mula-mula dulu memang saya tumpangkan dia sebab kami sehaluan tapi tak lama lepas tu, saya rasa tak selesa, saya tahu yang awak tak kan suka dengan apa yang saya buat,.."
Perlahan-lahan kepala aku angkatkan memandangnya. Dapat aku lihat panahan matanya yang cukup sarat dengan rasa bersalah padaku dan kekesalan terhadap dirinya sendiri.
"Setiap hari?" Tanyaku perlahan.
Dada terasa cukup sesak saat dirinya teragak-agak mengangguk.
Walaupun aku tahu dirinya tak punya perasaan pada perempuan itu tapi kini aku baru tersedar semula, dirinya tak pernah jujur denganku tentang perempuan itu.
Setiap hari, dia tipu aku?
Setiap hari dia balik lambat sebab perempuan itu?
Aku menunggu dia setiap hari di perhentian bas hanya kerana perempuan itu keutamaan dia?
Detakan jantung aku kian dirasakan laju saat menatapnya sekarang buatkan aku perlahan-lahan kembali menunduk.
"Sebelum saya mengandungkan Heeseung dengan Jake lagi,.. awak jaga dia kan?" Tanyaku perlahan tanpa sikit pun menoleh memandangnya.
"Yerim.."
"Saya tanya, jawablah."
"Ya, sebelum awak mengandung lagi.."
Walaupun aku dah tahu semuanya dari mulut omma tapi mendengar pengakuan dari mulutnya sendiri dirasakan lebih menyakitkan buatku.
Lantas tanganku di dalam genggamannya aku tarik.
"Saya minta maaf, Yerim.. Kalau boleh putar balik waktu, awal-awal lagi saya akan tolak permintaan omma untuk jaga dia.."
"Lebih mudah kalau dari awal, awak jujur dengan saya. Awak sedar tak berapa lama awak tipu saya?" Tanyaku seraya menoleh memandangnya. Tanpa aku sedar, panahan mataku mula bertukar tajam, menikam tepat anak matanya buatkan dirinya terkedu.
"Selama ni awak cakap saya tak matang sebab cemburukan awak dengan Sara sedangkan saya ada hak untuk rasa semua tu? Tapi awak buat saya rasa yang saya ni tak matang, macam budak-budak untuk rasa semua tu? Sedangkan awak tipu saya, biarkan diri awak rapat dengan perempuan lain?"
Tanyaku dengan dada yang mula berombak laju mengatur deruan nafas yang dirasakan cukup menyesakkan.
"Yerim.."
"Tergamak awak tipu saya? Tergamak awak buat macam tu dekat isteri awak sendiri? Awak tipu saya masa saya sedang mengandungkan anak awak sendiri, Jungkook.." Rintihku perlahan.
Hakikatnya dia tipu aku sebelum aku mengandungkan Heeseung dengan Jake lagi..
"Yerim, saya minta maaf.."
"Awak tak rasa bersalah ke setiap kali awak sentuh saya sedangkan awak tahu, setiap saat awak sedang menipu saya? Setiap kali saya terfikir, saya rasa jijik, Jungkook.."
Dengan tekak yang terasa perit, wajahnya aku renung tajam. Lantas tangannya aku tepis saat dirinya cuba untuk menyentuhku.
"I shouldn't deny my own instincts when I feel there's something wrong between you and sara .. " Tuturku perlahan, membiarkan sepasang matanya yang berkaca menatapku dengan linangan air mata.
"Tapi apa awak cakap? Awak cakap saya tak matang. Saya percaya bila awak cakap saya tak matang. Saya salahkan diri saya sendiri, saya deny naluri saya sendiri yang awak kata tak matang ni. Setiap saat saya takut apa yang saya sangkakan tentang awak dan perempuan tu betul-betul jadi, sampai saya jadi gila, Jungkook!"
Di luar kawalanku, suaraku mula meninggi. Mataku masih merenungnya cukup tajam.
"Awak buat saya macam orang bodoh! Tergamak awak biarkan saya mengandungkan anak awak bila awak tahu awak tengah tipu saya? Kalau saya tahu dari awal, saya tak kan pernah setuju untuk mengandungkan Heeseung dan Jake.. Kalau saya tahu dari awal kita akan jadi macam ni, saya tak nak pun kahwin dengan awak, Jungkook.. Kalau saya tahu dari awal hidup saya akan jadi macam ni, baik saya mati sebelum saya jumpa awak, Jungkook!"
Jeritku cukup lantang seraya kedua-dua tanganku mula memukul kepalaku sendiri, menahan diri dari menyakitinya. Berkali-kali, sekuat mungkin dengan tangisan.
"Yerim! Stop! You're hurting yourself! Tolonglah jangan buat macam ni!"
Terasa dirinya memeluk erat tubuhku, dapat aku dengar dengan jelas tangisannya.
"Lepaslah!"
"Saya minta maaf, Yerim.. Saya minta maaf.." Pintanya dengan esakan yang mula jelas kedengaran, tangannya masih memeluk erat tubuhku, membiarkan aku menolak kuat tubuhnya sendiri.
"Kenapa dulu awak tak biarkan je saya mati kalau sekarang awak buat saya macam ni, Jungkook.." Rintihku. Air mata yang aku tahan akhirnya mula mengalir perlahan membasahi pipiku. Dapat aku dengar dirinya turut sama menangis.
"Keputusan saya muktamad.."
"Saya tetap nak kita bercerai.."
.
.
.
Ada sikit tikijut ka tu? HAHA
By the way, insyaallah sis update lagi hari Jumaat ni, stay tuned! ;)💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top