2
.
.
.
Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Naeun, Jungwon, Heeseung dan Jaeyun awal-awal, pukul sebelas tadi sudah terlena di bilik tidur masing-masing, kecuali twins yang masih berkongsi bilik denganku dan Jungkook.
Sejak tadi aku sendirian di dalam bilik, menyibukkan diri di meja kerja, menyediakan slide presentation dan kuiz untuk kelas esok.
Terdengar pintu bilik dibuka dari luar sebelum terdengar derapan langkah kaki seseorang memasuki bilik ini namun tak sikit pun aku mengangkat kepala, tahu siapa.
Dari sisi mataku, dapat aku lihat dirinya bersiap-siap hendak keluar, hoodie disarungkan ke tubuhnya sebelum kunci keretanya di atas meja diambil, cukup bersahaja seolah-olah aku langsung tiada di hadapannya. Tak sikit pun dirinya memandangku.
Saat langkahnya diatur keluar dari bilik ini, barulah aku mengangkat kepala, memandang pintu bilik yang sudah tertutup rapat.
Pen di dalam genggamanku aku genggam kuat dengan mata yang mula terasa panas dan membahang.
.
.
.
<Kelab Kutu-kutu Bulanan
Jihan, Eunji, Sunghoon, Sunwoo, Taehyun
<Sunwoo
Nama penuh Lee Sara
21 tahun
Mak ayah dia dah lama meninggal
Dia sekarang duduk dengan makcik, pakcik dia
<Sunghoon
Dengar cerita makcik dia baru je meninggal
So sekarang dia tinggal berdua dengan pakcik dia
<Jihan
Dengar cerita pakcik dia kaki judi kan?
<Taehyun
Bukan tu je, pakcik dia spesis ambil vaksin bawah jambatan jugak
Hisap gam, tong gas semualah.
Kunyah ketum, ha banyak lagi.
Senang cerita memang penagihlah pakcik dia.
Semua dia dah try.
Silap-silap catnip untuk kucing tu pun dia dah try
Ghisauu
<Eunji
Kesiannya, hope dia tak apa-apalah. Dahlah duduk berdua je dengan pakcik dia, tak betul pulak tu.
<Jihan
Kan.
Sedang mereka rancak memberi laporan untukku, aku hanya diam, membaca pemerhatian mereka dengan teliti.
Membaca kisahnya mengingatkan aku kepada sesuatu.
Kisah aku sendiri.
<Sunwoo
Btw madam
Kami ada lagi satu maklumat ni
Ha yang ni madam mesti suka
Apa dia?
<Jihan
Sara dah ada pakwe lah madam
Handsome teruk
Terdiam aku saat membaca maklumat yang satu itu. Patutnya aku rasa lega kerana mungkin Sara sebenarnya bukan saingan untuk aku, tapi.
Siapa yang hubungi Jungkook pagi tadi? Dan untuk apa?
Apa yang awak rahsiakan dari saya, Jeon Jungkook?
Seolah-olah tahu namanya diseru, terdengar pintu bilik tidur aku dengannya dibuka dari luar.
Pantas aku menutup telefon pintarku lalu aku letakkan di tepi laptop. Lantas aku berpura-pura sibuk, menghadap laptop saat dirinya memasuki bilik ini.
Hampir setengah jam dia keluar tadi, kini dirinya pulang dengan bungkusan Mcd di tangan.
Nak pujuk aku?
Tapi muka masih beku. Eloklah tu, aku merajuk dengan dia, dia pun merajuk dengan aku.
Terlihat dirinya semakin menghampiri meja kerja kami namun aku masih diam, berpura-pura tidak menghiraukannya.
Sehinggalah terlihat dirinya menarik kerusi di hadapan meja kerjanya menghampiriku sebelum selamba dirinya mengambil tempat duduk di sebelahku lalu bungkusan beg kertas Mcd di letakkan betul-betul di sebelah laptop milikku.
Masih dengan egoku, aku masih berpura-pura sibuk dengan tugasku dengan tumpuanku masih pada skrin komputer ribaku sehinggalah terasa kerusiku ditarik agar aku duduk berhadapan dengannya.
Sempat aku merenung anak matanya tepat yang sejak tadi merenungku kosong sebelum pautan mata antara kami aku leraikan.
"Makan." Arahnya sepatah buatkan tumpuan mataku kembali tertumpu padanya.
"Tak nak." Balasku dua patah, turut sama mempertahankan egoku.
"Awak tu dahlah cepat masuk angin. Dari petang tadi tak makan apa-apa, nanti masuk angin macam mana?"
"Kentut jelah, biar keluar balik."
Balasku lurus seraya kembali hendak memalingkan tubuhku menghadap meja kerja namun laju saja dirinya menghalang, kembali menarik kerusiku agar berhadapan dengannya.
Kini berkerut-kerut dahiku, merenungnya geram. Makin geram bila dia tenang-tenang buat muka selamba, tenung aku.
"Saya tahu saya dah melampau petang tadi. Saya terlalu ikutkan perasaan saya sampai saya abaikan perasaan awak." Tuturnya perlahan dengan renungan matanya mula bertukar redup, menatapku cukup lembut.
"Ya, awak memang macam budak-budak tapi perangai kebudak-budakkan awak tulah yang mewarnakan hari-hari saya. Tapi itu tak bermakna awak tak matang, Yerim.."
"Ya, awak memang mengada-ngada tapi perangai manja awak tulah yang paling saya rindukan tiap kali kita berjauhan. Awak manja tapi tak pernah menyusahkan saya.."
"Ya, awak bukan isteri yang sempurna untuk saya. Saya pun bukan suami yang sempurna untuk awak, jauh sekali. Tapi awak sempurnakan hidup saya. Cukup awak disamping saya, saya rasa hidup saya dah cukup sempurna."
Semudah itu, mataku mula dirasakan panas dan membahang.
"Saya tahu, saya banyak kali sakitkan hati awak, dah banyak permohonan maaf saya buat pada awak, dah berapa banyak Mcd saya korbankan untuk awak maafkan saya.."
Tersenyum juga aku saat mendengar ayatnya yang terakhir itu namun cepat-cepat aku tahan semula buatkan dirinya tersenyum.
"Tapi macam yang saya katakan tadi, saya bukanlah suami yang sempurna untuk awak tapi saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak.."
"Saya minta maaf, Yerim.."
.
.
.
Tak nak ganggu twins tidur, aku dengan Jungkook pun turunlah ke dapur sesenyap mungkin. Tak nak Naeun dengan Jungwon pula yang terbangun. Berebut Mcflurry aku nanti dengan Jungwon.
"Sanggup eh keluar malam-malam buta, beli Mcd untuk saya?" Gurauku buatkan dirinya tertawa.
"Omma pesan kalau gaduh suami isteri, selesaikan dulu sebelum tidur. Jangan bawa sampai ke tempat tidur. Ni pesan saya untuk awak juga." Pesannya padaku buatkan aku tersenyum sebelum aku hanya mengangguk.
"Jungkook."
"Hmm?"
"Awak nak tahu tak nama student saya yang temankan saya dekat bus stop petang tadi?" Tanyaku dengan senyuman buatkan dahi Jungkook berkerut, merenungku pelik.
"Nak buat apa?" Tanyanya.
"Mana tahu awak nak santau online dia." Gurauku buatkan dia tergelak.
"Memang taklah saya nak tahu nama dia. Gara-gara dia kita bergaduh." Omelnya dengan mulut muncung sedepa.
"Alah, naklah." Paksaku gedik buatkan Jungkook kembali merenungku pelik.
"Nak buat apa?"
"Cakap jelah nak."
"Yalah, yalah. Apa nama jantan tu?" Tanyanya, langsung tak cover dah dia punya hasad dengki tu buatkan aku tergelak.
"Nama dia Eunwoo, Cha Eunwoo."
"Ihh, dalam banyak-banyak nama, kenapa mesti sama dengan nama anak kita? Menyibuk je." Complain nya tak puas hati, berkerut-kerut dahi dia, tak suka.
Tergelak aku tengok perangai tak matang seorang Jeon Jungkook ni. Teringat time dia jealous kan Jimin dengan aku dulu. Macam inilah gayanya, macam budak-budak.
"Omma pesan kalau gaduh suami isteri, selesaikan dulu sebelum tidur. Jangan bawa sampai ke tempat tidur. Ni pesan saya untuk awak juga."
Perlahan-lahan tawaku mereda saat mengingati semula pesanannya padaku tadi.
Kali ini, panggilan telefon dan pesanan ringkas yang aku lihat di telefon pintarnya pagi tadi kembali menganggu fikiranku.
"Jungkook."
"Hmm?"
"Saya nak tanya something boleh?"
"Hmm, tanyalah."
"Siapa yang call awak pagi tadi?" Tanyaku lurus dan dapat aku lihat riak wajahnya berubah, terkedu.
Untuk seketika dirinya hanya diam, merenungku dengan riak wajahnya masih terlihat jelas terkedu sebelum dirinya duduk tegak.
"Salah nombor." Balasnya tenang buatkan aku pula yang terdiam. Jantungku mula berdegup laju, nafas yang diatur juga mula terasa sesak.
"Tu je? Tak ada pesanan mesej ke apa dari nombor tu, inform apa-apa?" Tanyaku lagi, menduganya namun serasa seperti seolah-olah ada bebanan berat menghempapku saat dirinya menggeleng perlahan.
"Tak ada."
He lied to me..
.
.
.
Bye yang balik asrama tu HAHA :') Yang bukan budak asrama tu, keep supporting gue yaa ;)💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top