19

.
.
.

Perlahan-lahan kereta aku berhentikan di bahu jalan dengan panahan mataku kini tertumpu pada rumah banglo yang terletak tidak jauh dariku sekarang.

Rumah omma.

Pasti Jeons ada di dalam sana.

Hanya mereka dapat menceriakan aku sekarang.

Lantas telefon pintar aku keluarkan dari beg tanganku sebelum nombor telefon omma aku hubungi.

"Yerimie."

Tersenyum aku saat mendengar suara ramah omma memanggilku sebaik saja panggilanku dijawab.

"Omma, anak-anak Yerim dah tidur ke?" Tanyaku dengan senyuman, rindu pula.

"Anak-anak kamu?"

Perlahan-lahan senyumanku memudar saat mendengar suara omma yang jelas keliru.

"Anak-anak Yerim tak ada dekat sana ke?"

"Anak-anak kamu tak ada dengan omma, Yerim. Petang tadi pun, Jungkook dah bawa balik Heeseung dengan Jaeyun."

Dadaku mula terasa sesak, nafas yang diatur juga mula terasa laju.

.
.
.

Tanpa menunggu lama, terus aku mengubah destinasi aku ke suatu tempat yang entah kenapa, aku cukup yakin anak-anak aku ada di situ.

Semakin hampir aku dengan destinasi itu, semakin kuat degupan jantungku. Tidak sanggup membayangkan apa yang bakal aku lakukan sekiranya andaian aku tadi benar-benar berlaku.

Stereng kereta aku genggam kuat.

Kini kereta aku mula membelok masuk ke dalam kawasan perumahan yang cukup tidak asing bagiku, dulu.

Mungkin ada majlis di dalam sana, tanpa berhenti untuk pemeriksaan di pondok pengawal, aku tidak memerlukan akses untuk terus masuk ke dalam kawasan perumahan itu.

Kini mata aku terpaku pada kereta yang bergerak selang satu kereta dari aku saat pacuan empat roda itu mula membelok ke arah yang sama bakal aku tuju nanti.

Kereta milik Jungkook.

Terasa cukup rapuh, semudah itu tubir mataku dirasakan kembali sarat dengan air mata.

Stereng kereta aku genggam kuat.

Aku dah tak kisah, sikit pun aku dah tak peduli tentang dia dan perempuan itu. Yang aku kisahkan, yang aku pedulikan, hanya anak-anak aku.

Perempuan itu boleh ambil Jungkook dari aku tapi bukan anak-anak aku.

Kini aku mula memasuki lorong yang menempatkan rumah itu, mengekori kereta Mercedes-Benz hitam itu.

Terlihat signal kereta itu berkelip beberapa kali saat kami semakin menghampiri rumah itu sebelum keretanya berhenti tepat di hadapan pintu pagar rumah itu yang tertutup namun tidak berkunci.

Perlahan-lahan kereta aku berhentikan di bahu jalan, tidak jauh dari keretanya dan ternyata dirinya masih tidak sedar akan kehadiranku. Terlihat dirinya melangkah turun dari kereta sebelum pintu pagar rumah itu dituju.

Kini panahan mataku tertumpu tepat pada pintu utama rumah itu yang mula terbuka dari dalam.

Seolah-olah bebanan berat menghempapku, dadaku dirasakan cukup sesak saat melihat Jungwon dan Naeun berlari-lari anak keluar dari rumah itu.

Semakin sebak saat melihat perempuan itu melangkah keluar dari rumah itu dengan Jaeyun di dalam dukungannya. Terukir senyuman di bibir perempuan itu saat melihat Jungkook sekarang.

Kini aku hanya menjadi saksi, melihat Jungwon dan Naeun memeluk erat tubuh Jungkook dengan perempuan itu mula mengatur langkah perlahan mendekati mereka dengan Jaeyun di dalam dukungannya.

Air mata tak dapat aku tahan, menangis tanpa suara, memikirkan yang aku tiada lagi tempat di sisi mereka. Stereng kereta aku genggam kuat.

Wajah perempuan itu aku renung lama, melihat senyumannya sekarang buatkan tangisanku mereda sendiri, berganti dengan rasa amarah. Sebelum perlahan-lahan panahan mataku cukup tajam tertumpu pada Jungkook.

Handbrake aku tarik sebelum kereta aku mula bergerak menghampiri rumah itu sebelum kereta aku berhentikan tepat di sisi kereta Jungkook.

Tanpa menunggu lama, pintu kereta aku buka sebelum langkah aku atur turun dari kereta. Pintu kereta aku tutup tanpa mempedulikan semua mata yang kini tertumpu padaku.

"Omma!"

Senyuman aku ukirkan untuk Jungwon dan Naeun dengan langkah aku atur mendekati mereka. Tak sikit pun aku memandang Jungkook dan perempuan itu yang masih terkedu dengan kehadiranku.

"Jom balik? Omma ada belikan Kinder Joy tau tadi. Heeseung mana?" Tanyaku dengan senyuman seraya menarik tangan Jungwon dan Naeun.

"Yerim.."

Terdengar suara Jungkook memanggil namaku perlahan namun tak sikit pun aku mengangkat kepala.

"Dekat dalam, tidur." Beritahu Naeun buatkan aku tersenyum.

"Naeun tolong ambil adik boleh?" Pintaku dan Naeun hanya mengangguk sebelum kami sama-sama tersenyum.

"Kita balik eh?" Tanyaku kepada Jungwon sebelum laju saja dirinya mengangguk buatkan aku tertawa.

Sementara Naeun masuk ke dalam rumah itu, hendak mengambil Heeseung, aku dan Jungwon mula mengatur langkah ke kereta tanpa mempedulikan Jungkook yang mengekori aku.

"Yerim.. Saya boleh explain. Tolonglah dengar penjelasan saya untuk kali ni.. Yerim.."

Tanpa mempedulikan rayuannya padaku dan wajah Jungwon yang cukup keliru, aku masih tak mengangkat kepala, enggan melihatnya yang masih terdesak mengekori aku.

"Jungwon duduk dalam ni ya? Nanti omma masuk." Pintaku saat Jungwon mula melangkah masuk ke dalam kereta.

Kali ini Naeun pula menghampiri aku dengan Heeseung yang masih tidur di dalam dukungannya.

"Naeun duduk dalam kereta dulu ya? Jaga adik-adik, nanti omma masuk." Pesanku pula kepada Naeun, senyuman masih utuh di bibirku.

Naeun hanya mengangguk, sempat aku membantunya masuk ke dalam kereta dengan Heeseung di dalam dukungannya sebelum pintu kereta aku tutup rapat.

Kini senyumanku terus hilang, dengan tak sikit pun aku menoleh, memandang Jungkook yang masih berdiri di sisiku, langkah aku atur ke perempuan itu.

Jaeyun yang masih tidur di dalam dukungan perempuan itu aku pandang.

Kini tanpa sikit pun melihat perempuan itu, tubuh kecil Jaeyun mula aku sentuh, hendak mengambilnya dari terus berada di dalam dukungan perempuan itu.

"Jangan bagi."

Tersentak saat tanpa perasaan, suara dirinya di belakangku itu menyapa perlahan pendengaranku.

Memberi arahan kepada perempuan di hadapanku tika ini, yang sedang memeluk erat tubuh Jaeyun di dalam dukungannya, seolah-olah akulah ancaman buat anakku sendiri.

Nafas aku mula terasa laju, cukup berang dengan arahannya pada perempuan itu. Lantas aku menoleh, bertentangan mata dengan sepasang matanya yang jelas sedang merenungku.

"Siapa awak untuk awak bagi arahan macam tu? He's my son." Tuturku perlahan namun cukup tegas. Tanpa mempedulikan renungan redupnya padaku, sepasang matanya aku renung tajam.

"Anak kita Yerim.." Tuturnya perlahan dengan renungan matanya masih menatapku, cukup lembut.

"Awak nak bawa anak-anak kita pergi mana, Yerim?" Tanyanya buatkan aku tertawa perlahan.

"Awak kisah apa? Selama ni pun, ada awak kisah ke saya dengan anak-anak buat apa? Yang awak kisahkan cuma perempuan ni!"

Herdikku cukup lantang dengan tanganku menunding tepat ke arah perempuan itu yang masih diam di belakangku.

Kini aku menoleh, berhadapan tepat dengan perempuan itu.

"Puas hati kau tengok aku gaduh dengan dia depan kau? Ini yang kau nak kan? Trust me, kau dah dapat lebih dari yang kau nak. Kau nak dia? Kau ambillah."

Seolah-olah dirinya tiada di belakangku, tanpa perasaan kata-kata itu aku lemparkan pada perempuan itu yang masih tergamam melihatku.

"I take care of him when he's sick, I wait for him when he's in a coma, I used to cry like I'm going to die when  I almost lost him but you know what, he doesn't appreciate all that. We'll see if he can appreciate your sacrifice when he's sick again later."

"Or you're the one who runs first when he's sick later. Faham-faham jelah, not all women like hairless men." Dihujung kataku, sempat aku tersenyum, menahan tawa.

"Kau boleh ambil dia, kau boleh ambil alih tempat aku dalam hidup dia tapi jangan sesekali, kau sentuh anak-anak aku."

Terus mati senyumanku, mataku merenung tepat sepasang matanya sebelum aku kembali menghampirinya.

Namun belum sempat aku mengambil Jaeyun dari dalam dukungannya, aku menjadi kaku saat Jungkook terlebih dulu mengambil Jaeyun sebelum tubuh kecil Jaeyun dipeluk erat, seolah-olah aku suatu ancaman buat Jaeyun sedangkan aku ibunya.

"Bagi anak aku." Tuturku tegas dengan renunganku cukup tajam merenungnya.

"No! Just look at yourself! You don't look like the yerim that me and the kids know! What is your guarantee that our children are safe with you? Please,.. don't risk the lives of our children just because of your anger.."

Bagi dia, aku ancaman buat anak-anak aku sendiri? Sedangkan aku sanggup pertaruhkan nyawa aku sendiri untuk anak-anak aku bila aku sendiri pilih untuk lahirkan mereka. Aku sanggup mati untuk pastikan mereka terus hidup.

Perlahan-lahan aku menunduk, melihat Jaeyun yang mula menangis di dalam dukungan Jungkook. Dengan tangisan, sepasang mata polosnya tertumpu padaku buatkan dadaku terasa sebak.

"Awak nak bawa yang lain, bawalah.. tapi tinggalkanlah Jaeyun dengan saya.. Sekurang-kurangnya ada seorang pengikat antara kita ada dekat dengan saya.. Sekurang-kurangnya bila ada Jaeyun dengan saya, saya tahu, saya masih belum kehilangan awak sepenuhnya.."

Dengan getaran suaranya yang perlahan dan tenggelam di dalam tangisannya, dirinya merayu padaku. Air matanya dilihat mengalir deras saat menatapku sekarang.

"Saya izinkan awak dengan anak-anak pergi.. Jaga diri awak dengan mereka baik-baik untuk saya.."

Pintanya dengan matanya terpejam, menangis tanpa suara, menunduk, membiarkan tatapan mata polos Jaeyun beralih padanya. Seolah-olah tidak sanggup melihat aku pergi.

Untuk seketika aku hanya diam, melihatnya sebelum pandangan aku kembali tertumpu pada Jaeyun. Terasa cukup sebak. Tidak mahu mengubah fikiranku, lantas langkah aku atur keluar dari halaman rumah ini.

Sempat aku mengesat air mataku sendiri, senyuman aku ukirkan sebelum aku mula masuk ke dalam kereta.

"Jom!" Tuturku ceria walaupun hakikatnya laju saja air mata mengalir namun cepat-cepat aku kesat.

"Adik Jaeyun mana?" Tanya Jungwon buatkan aku terasa sebak namun aku masih cuba tersenyum, handbreak kereta aku tarik.

Tak mampu untuk menjawab, akhirnya aku menangis sendirian namun sedaya-upaya cuba untuk bertenang. Tanpa menoleh kembali, kereta mula bergerak perlahan.












.
.
.








Ha, chapter sebelum ni tak tanya. So chapter ni nak tanya sikit, NAK SIS UPDATE TAK ESOK?! HAHA JAWAB PAT!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top