12
.
.
.
"Terima kasih tau. Nanti esok time seminar saya pulangkan balik dekat awak."
Ucapku seraya langkah aku atur bersamanya menuju ke pintu bilik aku yang tertutup rapat.
"Okay je, madam." Balasnya seraya tersengih, pada masa yang sama tangannya mula memulas tombol pintu bilik sebelum daun pintu ditarik.
Sebaik saja pintu terbuka luas, darahku berderau saat melihat susuk tubuh seseorang sedang berdiri tegak di hadapan pintu, merenungku cukup tajam.
Jungkook..
Untuk seketika, aku hanya diam, membiarkan panahan matanya menikam tepat anak mataku sebelum renungan matanya berganti arah pada Eunwoo di sisiku.
"Awak student ke lecturer?" Tanyanya kepada Eunwoo dengan panahan matanya cukup tajam merenung lelaki itu sekarang.
"Dia student saya—"
"I'm talking to him, not you." Potongnya tegas seraya panahan matanya berganti padaku buatkan aku terdiam.
"Kalau student, buat cara student. Sekarang ni pukul berapa? Arahan yang diberi kepada pelajar tadi apa?" Perlinya bertubi-tubi kepada Eunwoo tapi aku pula yang terdiam.
Eunwoo pula dah serba salah dekat tepi aku, menunduk seraya tangannya mengusap perlahan belakang tengkuknya.
"Balik bilik awak sekarang." Arahnya kepada Eunwoo seraya mengundur, memberi ruang kepada Eunwoo untuk keluar dari bilikku.
"Awak siapa nak beri arahan pada student saya? Dia student saya, bukan student awak, awak tak ada hak nak marah dia—"
"Saya suami awak, Choi Yerim. Oh, dan kalau awak lupa, saya ada hak atas awak." Pantas dirinya memotong percakapanku buatkan sekali lagi, aku terdiam.
Turun naik nafas aku, menahan geram dengannya. Mataku turut sama merenungnya tajam.
Sempat Eunwoo tengok aku sebelum dengan riak wajah serba salahnya, dirinya mula mengatur langkah perlahan keluar dari bilikku.
Aku hanya memerhati Eunwoo memakai kasut sementara dari sisi mataku, dapat aku rasakan Jungkook sedang merenungku tajam.
"Maaf, Eunwoo." Tuturku perlahan pada Eunwoo saat dirinya selesai memakai kasut.
"Tak apa, madam." Balasnya seraya tersenyum hambar, sempat dia curi-curi tengok Jungkook sebelum laju je dia tunduk bila perasan yang sejak tadi Jungkook tak habis-habis merenungnya tajam.
"Saya balik bilik dulu, madam." Serba salah Eunwoo meminta diri dariku sebelum laju saja langkahnya diatur meninggalkan aku dan Jungkook.
Kini aku hanya diam dengan panahan mata aku tertumpu pada belakang tubuh Eunwoo yang kian menjauh.
Lalu tanpa menunggu lama dan tanpa mempedulikannya aku mula mengundur sebelum daun pintu aku tarik namun belum sempat aku menutup pintu, pantas saja tangannya menghalang daun pintu dari tertutup.
"Saya tak habis lagi dengan awak, Yerim."
"Awak nak apa lagi? Pergi balik bilik awaklah—"
Belum sempat aku menghabiskan kata, lantas aku terdiam, terkejut saat dirinya menolak tubuhku memasuki bilikku sebelum dirinya turut sama melangkah masuk ke dalam bilik. Kini pintu bilik tertutup rapat sebelum dikunci rapi.
"Bawa lelaki masuk dalam bilik?"
Belum sempat aku mengatakan apa-apa, suaranya ditekankan saat soalan itu ditujukan kepadaku atau lebih tepat, memerliku.
"Dah tak tahan sangat sampai dekat sini pun jadi?" Perlinya lagi buatkan darahku berderau.
"Awak nak tuduh saya apa sekarang ni? Saya cuma pinjam charger phone dia and dia datang sini untuk hantar pada saya, that's it—"
"Kenapa tak pinjam je dari saya dan perlu ke dia masuk sampai dalam bilik ni? Kalau dah tak tahan, cari jelah apa-apa alasan, asalkan jumpa. Mana maruah awak sebagai perempuan, Yerim—"
Belum sempat dirinya menghabiskan kata, tanpa berfikir panjang pipi kirinya aku tampar kuat dengan degupan jantung yang dirasakan cukup laju menahan marah.
Dengan mata yang mula terasa panas dan membahang, dirinya yang masih menunduk aku tatap dengan renungan tajam. Turun naik nafasku menahan marah dan rasa sebak yang menyesakkanku.
Terlihat dirinya tertawa perlahan seraya perlahan-lahan kepalanya diangkat sebelum renungan matanya kini tertumpu padaku.
"Have you just slapped me? Your own husband? Baguslah, awak dah mula hilang rasa hormat pada saya." Tanyanya dengan senyuman terukir di bibirnya buatkan aku semakin sebak.
"How about me? I'm your wife, Jungkook. Mana rasa hormat awak pada saya?" Tanyaku buatkan dirinya mendengus perlahan, menahan tawa.
"If you thought after what I saw earlier, our situation will remain the same as before, you are wrong, Yerim."
"Memang, memang kita dah tak sama macam dulu! Awak dah banyak berubah Jungkook! Awak sedar tak semua ni jadi sebab awak?!" Tanyaku dengan tekak yang mula dirasakan cukup perit menahan tangisan.
"Saya buat apa, Yerim?! Apa yang awak tak puas hati sangat dengan saya selama ni, awak bagitahu saya—"
"You cheated on me, Jungkook!"
Dadaku dirasakan cukup sesak menahan sebak saat dirinya hanya tertawa tatkala mendengar luahanku.
"Dari dulu, itu jelah modal yang awak ada untuk salahkan saya. Tak payah nak letak kesalahan awak pada sayalah—"
"Awak ingat saya tak tahu ke yang awak curang dengan Sara dekat belakang saya selama ni?!"
"Enough with that shit! I've already sick of it, Yerim!"
"How about me, Jungkook?! I'm the one who's being cheated by you, Jungkook!"
"I said enough, Choi Yerim!"
Terasa cukup sebak saat intonasi suaranya mula meninggi dengan renungan matanya cukup tajam menikam sepasang mataku.
Mana Jeon Jungkook yang punya rasa sayang dan hormat padaku dulu..
"I'm tired, as if we're both constantly running in the same circle .. again and again .."
Tuturnya perlahan dengan sepasang matanya mula terlihat berkaca saat menatap tepatku sekarang.
"You won't stop accusing me and Sara, will you? Go ahead. I'm tired."
Tuturnya lagi tanpa rasa bersalah buatkan dadaku semakin sesak.
"Sama ada tuduhan itu betul atau tak, awak yang tentukan, sebab memang itu yang awak buat dari awal kan?" Dengan senyuman, cukup tenang dirinya memerliku sebelum dirinya tertawa perlahan.
Mata aku pejamkan, menahan tangisan saat dirinya mula memalingkan tubuhnya, hendak mengatur langkah pergi. Air mata dirasakan mengalir satu per satu membasahi pipiku saat terdengar daun pintu dibuka sebelum kembali ditutup rapat.
.
.
.
Pagi ini, selepas semua selesai menikmati sarapan di dewan makan, sesi seminar pun bermula tepat jam sepuluh pagi di dewan utama kem ini.
Entah cuba terlihat profesional atau hanya kerana ego, kehadirannya yang dirasakan cukup nyata dan dekat denganku tika ini langsung tak aku hiraukan, mengabaikannya sepenuhnya.
Dapat aku rasakan, dirinya turut melakukan perkara yang sama padaku, seolah-olah kami tidak saling mengenali.
Ternyata ianya cukup menyakitkan untuk berpura-pura asing dengan dirinya yang punya makna dalam hidupku.
Tepat jam dua belas tengah hari, semua peserta diberi peluang selama 45 minit untuk berehat dan mengisi perut di dewan makan.
Semua mula berpusu-pusu hendak keluar dari dewan utama ini namun tidak bagiku. Aku hanya duduk di sudut hujung dewan, memerhati pintu utama dewan yang mula sesak.
Dalam diam, aku memerhatinya, Jungkook. Ego yang dipertahankan sejak tadi mula dirasakan beransur pergi saat sepasang mataku tidak lepas dari memandang dirinya, walaupun hanya belakang tubuhnya.
Terlihat dirinya cukup bersahaja mengatur langkah bersama perempuan itu sambil diikuti perbualan mesra antara mereka. Sesekali mereka memandang satu sama lain seraya tertawa bersama.
Saat mereka mula bersesak hendak keluar dari dewan ini, terlihat dirinya memeluk erat bahu perempuan itu sebelum tubuh perempuan itu ditarik rapat ke tubuhnya, melindungi perempuan itu dari dihimpit.
Lantas aku menunduk, tidak sanggup untuk terus melihat. Tekak dirasakan cukup perit, menahan rasa sebak yang mula menyesakkan dada.
Tidak cukup hanya mengabaikan kewujudanku, dirinya turut sama mengabaikan perasaanku, isterinya sendiri..
.
.
.
Tepat jam lima petang, hari pertama bagi program seminar kerjaya ini pun berakhir. Sebelum kami dibawa ke dewan makan untuk minum petang, kami diberi peluang untuk singgah di sungai berhampiran kem ini.
Sampai saja di tepi sungai, masing-masing dengan aktiviti sendiri. Ada yang sibuk tangkap gambar, ada yang hanya menikmati pemandangan indah di depan mata dan ada juga yang awal-awal balik bilik, buang masa katanya.
Aku pula lebih memilih untuk duduk di atas batu besar yang terdampar betul-betul di sisi sungai, sempat aku membuka kasutku sebelum aku mengambil tempat duduk di situ.
Tersenyum sendiri aku saat sebaik saja aku duduk berjuntaian kaki di atas batu itu, dapat aku rasakan arus lembut namun deras air sungai ini menyapa hujung kakiku tanpa henti.
Untuk seketika aku hanya termenung kosong, sesekali panahan mataku tertumpu pada para pelajarku yang masih seronok bermain air sungai tidak jauh dariku.
Perlahan-lahan aku menoleh ke sisi kananku, panahan mataku kini tanpa sembunyi tertumpu tepat pada dirinya yang turut sama duduk di batu besar berhampiran tepi sungai, agak jauh dariku.
Namun tidak sepertiku yang duduk sendirian, dirinya ditemani seseorang. Perempuan itu. Sara, duduk di sisinya dengan senyuman terukir di bibirnya, begitu juga dirinya.
Lantas aku mengalihkan pandanganku. Untuk seketika aku hanya diam, merenung kosong pemandangan sungai yang tadinya dirasakan cukup indah dan menenangkan namun kini tak lagi.
Sekelilingku mula dirasakan bergerak perlahan saat aku mula hanyut di dalam perasaanku sendiri.
"Madam! Jomlah, join kitorang!"
Panahan mataku kini beralih pada salah seorang pelajarku yang memanggilku dari tengah sungai.
"Jomlah, madam!" Ajak lagi para pelajarku yang lain namun semakin lama suara mereka dirasakan kurang jelas dan sayup-sayup kedengaran di telingaku.
Semakin hanyut dengan perasaanku sendiri, aku hanya tersenyum hambar kepada mereka sebelum tanpa kata, perlahan-lahan aku menuruni batu besar ini.
Lantas aku menunduk saat merasakan tapak kakiku kini berpijak pada permukaan batu-batu di dasar sungai. Kini perlahan-lahan langkah aku atur ke tengah sungai.
"Semua diminta naik semula ya. Paras air tiba-tiba naik pula, air pun deras, bahaya."
Tanpa mempedulikan arahan itu, langkah tetap aku atur ke tengah-tengah sungai tanpa memikirkan arus air sungai yang mengalir deras dengan permukaan batu di dasar sungai yang licin.
"Madam, hati-hati, licin." Dapat aku dengar suara Eunwoo semakin mendekat.
Tiba-tiba saja tubuhku mula dirasakan cukup ringan saat aku mula hilang keseimbangan.
"Madam!"
Aku mula merasa panik saat seluruh tubuhku tenggelam dibawa arus deras air sungai. Tercungap-cungap aku bernafas dengan tanganku terkapai-kapai mencari sesuatu untuk berpaut.
"Yerim!"
Baru saja aku hendak menarik nafas di permukaan dasar air, sekali lagi arus deras air mengheretku ke dasar sungai, menyukarkan aku untuk bernafas.
Pandanganku mula dirasakan cukup kabur sebelum perlahan-lahan bertukar kelam.
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top