10

.
.
.

Sampai saja di destinasi, tidak seperti semua yang berpusu-pusu hendak keluar dari bas, aku memilih untuk tunggu.

Dapat aku lihat Jungkook dan perempuan itu awal-awal lagi tadi sudah turun dari bas bersama. Tak sikit pun dirinya menoleh ke arahku.

"Madam."

Lantas aku menoleh saat seseorang menegurku. Eunwoo.

Baru perasan yang dari tadi dia pun tak turun-turun, tunggu je dekat sebelah aku.

"Memang nak duduk sini sampai malam eh?" Tanyanya lurus.

"Awak pulak kenapa tak turun?"

"Macam manalah saya nak turun kalau madam tak bangun-bangun dari tadi? Madam nak saya terapung, lalu atas madam ke?"

Ya tak ya juga. Dia pun, siapa suruh duduk tepi tingkap? Dahlah favorite spot aku dalam bas.

Akhirnya bangun juga aku sebelum kami sama-sama mengatur langkah keluar dari bas dengan dirinya mengekori aku dari belakang.

Keluar saja dari bas, terlihat beg pakaianku sudah terletak elok di luar bas.

Dapat mengagak siapa yang mengangkat keluar luggage milikku, lantas aku menoleh, memandang Jungkook yang sudah mengatur langkah ke dataran pusat warga emas ini bersama dengan students nya yang lain.

.
.
.

Sampai saja tadi, kami diberi peluang untuk meletakkan barang dan berehat sebentar di bilik masing-masing.

Mungkin jodoh kuat sangat, kebetulan bilik Jungkook terletak bersebelahan dengan bilik aku.

Namun tatkala kami terserempak di hadapan bilik tadi, tak langsung dirinya menegurku dan semestinya aku juga akan buat benda yang sama.

Waktu makan tengah hari kami semua dipanggil semula untuk berkumpul makan sekali upacara perasmian di dewan makan.

Dan sekali lagi, saat keluar dari bilik untuk ke dewan makan, aku terserempak dengannya di luar bilik.

Kalau tadi dirinya berpakaian kasual dengan t-shirt kolej dan seluar track, kini dirinya lengkap berpakaian formal, gaya lecturer dia. Berkemeja putih dengan seluar slack hitam, siap pakai cermin mata lagi.

Macam tuhan dah lama rancang, kami je lalai, kebetulan aku juga turut sama memakai dress putih sekarang.

Mungkin kelam-kabut nak cepat, tali leher pun tak sempat pakai, dua butang atas juga tak dibutangnya.

Dengan jam tangan pemberianku masih terlilit elok di pergelangan tangan kirinya, tangannya ligat melipat lengan baju kemejanya hingga ke siku.

Sedar tak sedar, lama jugalah aku tenung dia, dalam tiga saat macam tu. Tak tunggu, langkah ingin aku atur meninggalkannya.

Namun belum sempat aku mengatur langkah, terasa tangannya menarik lembut tanganku sebelum jari-jemarinya dirasakan menggenggam penuh dan lembut jari-jemariku.

"Jom, kita dah lambat ni." Tuturnya tanpa memandangku dengan langkahnya diatur mendahuluiku namun tangannya masih menggenggam dan menarik lembut tanganku agar mengikuti langkahnya.

.
.
.

Masuk saja ke dalam dewan makan, kami terus membawa haluan masing-masing. Langkah aku atur ke meja makan yang sudah dipenuhi dengan para pelajarku.

Nak tak nak, terpaksalah aku duduk di sebelah Eunwoo memandangkan itu saja tempat yang tinggal buatku.

Sempat aku mengerling ke arah Jungkook yang mula mengambil tempat duduk di sebelah perempuan itu, Sara.

Ternyata aku tidaklah istimewa mana hanya kerana warna pakaian aku dan Jungkook sepadan tanpa sengaja hari ini tatkala melihat perempuan itu turut sama mengenakan dress putih.

Hendak pula mereka berdua duduk saling bersebelahan tika ini, terlihat cukup serasi dan sepadan.

Terasa perit saat melihat mereka berbalas senyuman dengan tautan mata antara mereka saling bertaut lembut tatkala Jungkook melabuhkan punggung di sisi perempuan itu.

.
.
.

Setelah sesi makan dan ucapan rasmi dari pengarah program, aktiviti santai dimulakan dengan sesi 'ice breaking'.

Lain macam sesi ice breaking ni bila pengacara majlis mula datang dari meja ke meja, bertanyakan soalan kepada mereka yang terpilih. Ha ni yang rasa nak pergi tandas tak pun nyorok bawah meja.

Kali ini semua mata tertumpu kepada meja makan yang diduduki oleh Jungkook dan para pelajarnya saat emcee majlis sudah mengatur langkah ke situ.

"Three things about you?"

"Name Lee Sara, age twenty one years old, status single."

Terangkat kepala aku dari terus menunduk saat suara itu menyapa pendengaranku. Lantas panahan mataku tertumpu pada perempuan itu.

Single?

"Oh, single? Okay. Ideal type?"

"Sir."

Berderau darah aku saat cukup selamba perempuan itu menjawab soalan emcee itu dengan sepatah perkataan itu seraya jari telunjuknya menunding tepat ke arah Jungkook di sebelahnya. Terukir senyuman di bibirnya sekarang saat memandang Jungkook.

Dapat aku lihat Jungkook turut sama terkedu, sempat dirinya mengerling ke arahku sebelum dirinya kembali menoleh memandang Sara.

"How about you, sir? Your ideal type?"

Kali ini soalan itu ditujukan kepada Jungkook buatkan dirinya mendongak memandang pengacara majlis.

"My wife."

Balas Jungkook, cukup tenang tanpa sedikit pun menoleh memandang Sara yang terlihat senyumannya mulai pudar.

Seharusnya aku merasa gembira dan bangga dengan jawapannya namun entah kenapa, aku tak merasakan semua itu. Kosong.

"Lah, dah kahwin? Nampak maintain lagi. Patutlah student pun minat."

Aku hanya diam di saat yang lain tertawa saat mendengar seloroh emcee itu.

Terlihat Jungkook juga hanya tersenyum hambar saat mendengar gurauan itu dengan tatapan matanya dilemparkan kepadaku sekilas.

"Then, what's your ideal type in your wife?" Tanya emcee itu lagi kepada Jungkook buatkan tatapan matanya kini kembali tertumpu padaku sebelum perlahan-lahan beralih pada perempuan itu.

Melihat mereka saling bertatapan mata sekarang sudah cukup menyesakkan dadaku.

"She looks beautiful with long hair, she looks elegant when wearing white.."

Terangnya dengan renungan matanya masih tertumpu pada Sara buatkan dadaku terasa cukup sesak menahan sebak.

"Do you describe your wife or the woman next to you right now?"

Usik pengacara itu.

Bahkan akku turut sama sedar, apa yang Jungkook gambarkan sama dengan perempuan itu sekarang.

Terlihat perempuan itu mula tersenyum suka. Jungkook pula hanya diam dan mampu tersenyum hambar saat yang lain tertawa.

Tanpa menunggu lama, terus aku bangun sebelum langkah aku atur keluar dari dewan makan.

.
.
.

Masuk saja ke dalam bilik, laci meja bersebelahan katil aku tarik sebelum terlihat sebilah gunting terletak elok di dalam situ.

Tanpa menunggu lama, bilah tajam itu aku bawa bersama denganku ke dalam tandas sebelum pintu tandas aku tutup rapat.

Kini aku berhadapan dengan cermin sebelum tanganku berpaut pada sisi kanan dan kiri hujung sinki. Gunting di tangan aku genggam kuat sehingga terasa cukup ngilu.

Mata aku pejamkan, membiarkan dada yang terasa sesak dan tekak yang terasa perit menahan tangisan. Saat rasa itu mulai perlahan pergi, mata aku celikkan, merenung kosong pantulan imejku sendiri.

"She looks beautiful with long hair.."

Saat kata-katanya itu kembali bermain di fikiranku, panahan mataku kini tertumpu pada rambutku yang panjang mencecah bawah dadaku.

Sebelum bayangan perempuan itu yang turut sama memiliki paras panjang rambut yang sama denganku mula mengganggu fikiranku.

Dengan tangan yang bergetar perlahan, bilah tajam gunting itu aku bawa dekat ke leherku.

Dengan pandangan yang mula terlihat kabur, tidak lepas sepasang mataku dari terus menatap pantulan imejku sendiri.





.
.
.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top