➹ u
"Jungkook..."
"Aku dah janji yang aku akan selalu ada dengan kau,kan?" Jungkook mengukir senyumnya. Aku masih kaku di tempatku. Mimpi ke ni?
"Tapi..."
"Maafkan aku sebab abaikan kau selama ni. Aku kerja keras sebab nak capai impian aku lagi satu." Jungkook menarik jari jemariku dengan lembut lalu disarungkan sebentuk cincin pada jari manis ku.
"Impian aku nak kahwin dengan kau." sambungnya dengan merenung dalam anak mataku dengan seikhlasnya.
"Kau sudi jadi isteri dan ibu kepada anak-anak kita nanti?"
"Saya tak mampu nak bersaing dengan berjuta peminat awak kat luar sana." balasku dengan tawaan halus di hujung ayat.
"Diaorang pula tak mampu nak halang aku untuk mencintai seorang perempuan yang aku sayang." Jungkook menarik tubuhku ke dalam pelukkannya.
"Suatu hari nanti mereka akan faham juga. Kau jangan risau, nae?" tuturnya lembut.
Aku mendongak memandangnya. "Jungkook."
"Ya?"
"Saya sudi jadi isteri awak."
Jungkook tersenyum begitu juga dengan aku. Aku mula menutup mata tatkala Jungkook merapatkan wajahnya kepadaku dengan lebih dekat. Hubungan yang kami bina selama ini akhirnya bakal menjadi hubungan yang setia sehingga ke hujung nyawa.
•••
The end.
Short story sempena hari jadi Jungkook 💓 Maaf segala kekurangan dalam cerita ini. Shae buat sepintas lalu je heheh.
Akhir kata, segala watak dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata serta tidak ada kena mengena dengan kehidupan sebenar tapi kita tahu setiap orang akan menjalani kehidupan mereka bersama pasangan yang tercinta nanti hiks ♡
Last, happy birthday Jeon Jungkook 🐇
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top