➹ t

Aku menunggu kedatangannya dengan hati yang teruja. Suasana malam di kawasan taman permainan yang berhampiri dengan rumahku sepi sekali. Hanya cahaya lampu jalan yang menerangi disertai dengan haiwan kelip-kelip yang selalu muncul pada waktu sebegini. Tenang.

"Hey budak." satu suara menegurku. Wajahnya diselindungi mask hitam begitu juga dengan tubuhnya yang disarung hoodie dan seluar jeans biru gelap. Aku tergelak kecil lantas berlari masuk ke dalam pelukannya.

Aku melekapkan wajah ke dadanya manakala dia memeluk erat tubuhku buat beberapa saat sebelum dirungkaikan. Kami berdua berjalan menuju ke bangku kosong yang tersedia. Di sinilah tempat kami bersua muka selalu dan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kawasan ini memang tertutup dari luar bandar.

"Rindu aku tak?"

"Ya Jeon Jungkook rindu sangat-sangat!" balasku dengan meramas kasar rambut hitam miliknya. Jelas matanya tersenyum menandakan dia ketawa di sebalik topeng mulutnya.

"Rindu kau lebih." kali ini giliran Jungkook mencubit pipi kananku selamba.

Tanganku digenggamnya lembut dan aku hanya membiarkan sahaja kebiasaannya sejak dulu. Langit malam yang berhamparkan bintang-bintang kecil itu menjadi tatapan buat kami berdua.

"Mesti awak susah nak keluar jumpa saya tadi, kan?"

"Tak. Untuk kau semuanya senang." katanya dan aku memang sudah agak dia berkata sedemikian.

"Mianhae." ucapku dengan senipis senyum.

Langsung Jungkook menatapku dengan kerutan halus di dahi. Mask nya ditarik sehingga ke bawah paras dagu. "Kau takde salah dengan aku, kenapa?" soalnya.

"Awak idol. Impian awak untuk jadi penyanyi yang terkenal. Saya tak nak jadi penyebab---"

"Kau penyebab semangat aku dari dulu sampai sekarang. So stay dengan aku, nae?" genggaman tanganku tadi dibawa ke bibir lalu diciumnya sekilas.

Aku sekadar mempamerkan secalit senyuman. Harap hubungan aku bersama Jungkook akan baik-baik sahaja.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top