Epilogue
Bab epilogue ini diisi dengan 2000+ patah perkataan. Diminta jangan tertidur HAHA! Happy reading guys, last chapter ni, nanti rindu. ;)💜
.
.
.
[LIMA BULAN KEMUDIAN]
Perlahan-lahan mata aku celikkan seraya kepala aku angkatkan sedikit saat tubuhku mula merasakan cukup dingin. Seperti biasa, bangun saja dari tidur pasti aku akan mencari seseorang.
Jungkook.
"Jungkook.."
Panggilku perlahan seraya tanganku bergerak perlahan, menyentuh bahagian tempat tidurnya di sisiku namun tiada buatkan kelopak mataku terbuka luas.
Dengan posisi baringku masih meniarap, kepala dan mataku seiring bergerak ke sekelilingku mencarinya, masih tak ada.
Kali ni aku baring menelintang sebelum panahan mataku tertumpu tepat pada meja kerja aku dan Jungkook yang terletak berhadapan dengan katil kami.
Terlihat dirinya sedang duduk di meja kerjanya, sibuk menanda kertas dengan hanya lampu meja sebagai sumber cahayanya. Mungkin tidak mahu mengganggu lenaku.
Sempat aku mengerling jam digital di atas meja bersebelahan katil yang menunjukkan hampir dua pagi.
Perlahan-lahan panahan mataku kembali tertumpu padanya. Tanpa kata, aku leka memerhatinya yang tekun menanda kertas namun sesekali terlihat tangannya menahan mulutnya dari menguap.
Pastinya dirinya kepenatan.
Dari pagi sampailah petang mengajar di kolej. Sampai saja di rumah, gilirannya pula membantu aku jaga anak-anak. Nak pula sepanjang aku pantang ni, dialah yang buat kerja rumah.
Malam kalau twins nangis, belum sempat aku dengar twins nangis, dia dah bangun dulu, tengok-tengokkan twins, buatkan susu atau tukarkan pampers bila perlu.
"Jungkook."
Panggilku sekali namun terlihat dirinya masih tekun menanda. Nak pula dia tengah pakai cermin mata, nampak fokus betul, handsome pun ya.
Eh, menyempat pula puji suami sendiri.
"Sayang."
Nah kau, panggil je sayang terus dia angkat kepala pandang aku buatkan aku tergelak. Terlihat dirinya tersenyum saat sedar yang aku sudah terjaga dari tidurku.
"Nape?"
Tanyanya gedik dengan sengihan buatkan aku tertawa lagi.
"Sini." Panggilku dan terlihat dirinya menggeleng seraya tersenyum nakal. Senyuman dia tu, dah tahu dah dia nak mengusik aku.n
"Panggil sayang dulu."
"Kan dah panggil tadi."
"Panggillah lagi." Pintanya lagi, kali ni siap lentok-lentok kepala lagi. Akhirnya tersenyum juga aku buatkan dirinya tertawa.
"Sayang, sinilah." Panggilku, kali ni aku pula lentok-lentok kepala, menirunya buatkan dirinya tertawa.
"Okay, sayang." Balasnya seraya bangun dari terus terduduk di meja kerjanya.
Tak lepas renungan mata kami saling bertaut saat dirinya mengatur langkah menghampiri katil sebelum dengan ganasnya dirinya memanjat naik ke atas katil, mendekatiku buatkan kami sama-sama tergelak.
Aku hanya membiarkan saat dirinya memeluk pinggangku cukup erat sebelum dirinya mengucup lembut ubun-ubun rambutku, pipi kananku dan berakhir pada seulas bibirku.
Tergelak aku bila tengok cermin mata dia yang senget sebab sibuk kiss aku tadi. Terlihat dirinya hanya tersengih seraya membiarkan saat aku menarik lembut cermin matanya lalu aku letakkan di meja bersebelahan katil.
"Kenapa tak tidur lagi?" Tanyaku seraya mengusap lembut rambutnya.
"Tunggu twins nangis." Balasnya selamba buatkan aku tergelak. Terlihat dirinya tersenyum dengan panahan matanya menatapku lembut, suka melihat aku ketawa kerananya.
Sempat kami sama-sama mengerling katil baby yang terletak bersebelahan dengan katil kami.
"Banyak lagi ke kerja?" Tanyaku seraya mengerling sekilas meja kerjanya.
"Taklah, sikit je. Saja nak siapkan malam ni juga. Jadi esok malam, saya ada masa untuk awak." Jelasnya buatkan aku tersenyum.
"Rehatlah. Nanti awak tak cukup tidur macam mana?" Tanyaku dan terlihat dirinya tersenyum sebelum terasa tangannya mengusap lembut pipiku.
"Risaukan saya ya?" Usiknya sebelum sesi romantis kami dipotong dengan tangisan bayi buatkan kami sama-sama menoleh, memandang katil twins yang tidak jauh dari kami.
"Kejap lagi kita sambung." Usiknya lagi, siap kenyit mata dekat aku sebelum dirinya mengesot turun dari katil.
.
.
.
Hujung minggu ini, Jungkook mengajak kami sekeluarga tidur di rumah omma. Aku pun sebagai isteri mithali lagikan solehot, hanya menurut.
Selepas membantu omma menyiapkan hidangan makan malam, langkah aku atur ke ruang tamu.
Senyuman terukir di bibirku saat dari jauh, terlihat empat ketul Jeon kesayangan aku tengah duduk mengelilingi Jungkook di tengah-tengah ruang tamu. Dah macam tengah buat kenduri.
"Jeon Naeun?"
"Saya!"
"Jeon Jungwon?"
"Saya!"
"Jeon Heeseung?"
"Gaga!"
"Jeon Jaeyun?"
Kali ni semua menoleh, memandang Jaeyun yang sibuk dengan dunianya sendiri, gigih nak hisap ibu jari kaki sendiri.
"Jeon Jaeyun, appa panggil ni." Tegur Jungkook seraya mengangkat tubuh kecil Jaeyun lalu didudukkan di atas ribanya.
"Nama Jaeyun, Jaeyun. Faham?"
"Jake?" Tanya Jaeyun seraya mendongak memandang Jungkook buatkan aku tergelak.
"Bukan Jake. Jaeyun, sayang, Jaeyun—"
"Jake!" Tiba-tiba saja Jaeyun bersorak penuh riang di peha Jungkook, siap angkat tangan lagi buatkan aku tergelak lagi.
Habislah, dah melekat nama 'Jake' dekat dia.
"Fine. Ikut awaklah, Jake."
Akhirnya, pasrah juga Jungkook lepas seminggu cuba biasakan Jaeyun dengan nama dia sendiri, Jeon Jaeyun.
"Jom makan." Ajakku seraya duduk bertinggung di sebelah Jungkook sebelum tubuh Heeseung aku dukung.
Heeseung yang masih kecil seolah-olah sudah mengerti, pantas saja dirinya memeluk erat leherku.
"Jungwon nak dukung juga."
Ah sudah.
.
.
.
"Yerim."
"Yerimie."
"Sayang."
Perlahan-lahan mata aku celikkan saat terdengar suara seseorang yang tidak putus-putus berbisik lembut, memanggil namaku.
Kini kelopak mataku mengerdip perlahan, menikmati pemandangan yang cukup indah di hadapanku tika ini.
Membiarkan panahan mataku bertaut erat dengan sepasang matanya yang sejak tadi menatapku cukup lembut.
Terukir senyuman halus di bibirnya buatkan bibirku turut sama tersenyum.
Terlihat dirinya tak mampu menahan tawa saat aku mula tersengih-sengih macam kambing lepas tak habis-habis kena tenung dengan dia.
"Temankan saya keluar sekejap, nak?" Pelawanya buatkan aku terkebil-kebil sendiri. Dahlah baru bangun, ajak keluar pula.
"Sekarang pukul berapa?"
"Satu."
"Satu? Satu petang?!" Tanyaku dengan mata membulat, pantas aku duduk. Terlajak tidur ke aku? Ya tuhan, dahlah tidur rumah mertua. Habis tercalar title menantu solehot aku!
Terlihat dirinya cukup tenang gelakkan aku seraya turut sama duduk bersila denganku.
"Bukanlah. Satu pagi."
Makin berkerut dahi aku. Pukul satu pagi macam ni, nak pergi mana? Lepak mamak tengok bola?
"Awak nak keluar?"
"Iya."
"Sekarang?"
"Ya, sayang."
"Ajak saya?"
Kali ni dia gelak, pasrah agaknya dapat isteri loading macam aku.
"Iya."
"Nak pergi mana?"
"Nanti awak tahulah." Balasnya dengan senyuman penuh makna buatkan mata aku kecilkan saat merenungnya sekarang, buatkan dia tergelak lagi.
"Tak payah ajak anak-anak?" Tanyaku dan terlihat dirinya menggeleng. Mentang-mentang tengah duduk rumah omma.
"Sekejap je."
.
.
.
"Lah, nak ajak saya pergi Mcd ke? Cakaplah awal-awal!"
Tanyaku saat kereta Jungkook mula memasuki bahagian drive thru Mcd. Terlihat dirinya hanya tertawa melihat reaksi terujaku.
"Jungkook, nak ayam goreng boleh?"
"Boleh."
"Nak lima ketul untuk saya boleh?"
Tergelak dia dengar request aku sebelum dia hanya mengangguk.
"Astu nak burger GCB boleh?"
"Boleh sayang."
"Nak dua boleh? Takut tak kenyang."
Pintaku, saja nak raih simpati, lengan dia aku peluk buatkan dia tergelak lagi. Terhiburlah tu ada bini macam aku.
"Hmm, yalah."
"Nak aiskrim Mcflurry boleh?"
"Nak berapa?" Tanyanya dengan senyuman mengusik. Amboi, perli aku!
Setelah pesanan makanan kami siap, tak tunggu lama terus kami makan dalam kereta. Sementara Jungkook masih drive, sesekali aku menyuapkan makanan untuknya.
"Jungkook."
"Hmm?"
"Kalau saya gemuk nanti macam mana?" Tanyaku dengan sebelah tangan aku pegang ayam, sebelah lagi pegang burger buatkan dia tergelak.
"Sekarang pun dah tembam saya still sayang."
"Eeee Jungkook!"
Seronok pulak dia gelakkan aku, aku tengah mengamuk ni!
Tapi lama-lama aku perasan, jalan yang Jungkook ambil sekarang bukanlah jalan pulang ke rumah kami.
Ada kemungkinan ke kena culik dengan suami sendiri?
"Awak nak tinggalkan saya dalam hutan eh?" Dugaku buatkan dirinya spontan tergelak.
"Mana adalah."
"Habis, awak nak bawa saya pergi mana ni?"
"Adalah. Nanti awak tahu."
.
.
.
"Tidur jelah, nanti dah sampai saya kejutkan."
"Tak apa, saya nak temankan awak lagi pun banyak yang nak kena makan ni."
Kononnya tak nak tidurlah, sekali pekena dua burger GCB, terus aku masuk ke alam di sebalik mata, biarkan Jungkook drive sorang-sorang.
Tapi cepat-cepat aku celikkan mata seraya duduk tegak saat tersedar yang aku terlelap. Dengan keadaan masih mamai, dapat aku dengar tawa Jungkook.
"Dah sampai ke?" Tanyaku seraya hujung jari-jemariku mula menggosok kelopak mataku sendiri.
"Epp, jangan gosok mata." Tegurnya lembut seraya menarik tanganku dari terus menggosok mataku sendiri.
Kini tanganku dibiarkan kekal di dalam genggamannya seraya pandangan aku lemparkan ke luar kereta yang tak lagi bergerak.
Suasana tepi pantai dan bunyi ombak dari luar kereta tika ini terasa cukup dekat denganku.
Rumah halmeoni.
Terus aku toleh pandang Jungkook. Terlihat dirinya tersengih.
"Saya rindu halmeoni."
Tuturnya perlahan dengan senyuman hambar buatkan aku terdiam.
Sejak berita pemergian halmeoni sampai di pengetahuannya, tak sekali pun aku melihatnya menangis namun aku tahu, dirinya menangis tika tiada sesiapa yang tahu.
Perlahan-lahan bibirku turut mengukirkan senyuman sebelum tanganku turut sama menggenggam lembut tangannya.
"Esok pagi kita jenguk halmeoni." Ajakku dan terlihat dirinya tertawa sebelum dirinya hanya mengangguk kecil.
"Terima kasih sebab temankan saya." Tuturnya perlahan buatkan aku tersenyum sebelum aku menggeleng perlahan.
"Tempat saya memang dekat sisi awak."
.
.
.
Di bawah langit yang masih terlihat kelam, ditemani hamparan ombak yang beralun perlahan, aku dan dia sama-sama duduk di atas batu besar yang terletak tidak jauh dari persisiran pantai, tempat kegemarannya setiap kali kami ada di sini.
Mula merasa dingin, lengannya aku peluk erat sebelum kepala aku rehatkan pada bahunya buatkan dirinya menunduk, menatapku dengan senyuman halus terukir di bibirnya.
Mata aku pejamkan seraya tersenyum saat dirinya menunduk, mengucup lembut dan sekilas atas kepalaku.
"Dah pukul berapa?" Tanyaku dan dirinya hanya membalas dengan gelengan kepala perlahan.
"Entah, lupa pakai jam. Tengok gaya macam dah subuh je." Balasnya jujur buatkan aku tertawa perlahan.
"Agak-agak anak-anak dekat rumah okay tak? Risaulah." Luahku buatkan dirinya menunduk, memandangku.
"Mesti okay, omma kan ada. Lagi pun saya dah minta tolong omma tengok-tengokkan anak-anak kita."
Kali ni aku pula mendongak memandangnya. Aku senyum, dia senyum sebelum tanpa berfikir panjang, seulas bibirnya aku kucup lembut dan sekilas.
Terlihat dirinya terkedu, menatapku tak percaya sebelum dirinya tergelak. Sukalah tu.
"Mentang-mentang tengah berdua je ni, nakal eh." Usiknya seraya mencuit lembut pipiku buatkan aku tersengih.
Kini aku kembali memeluk erat lengannya seraya kepala aku kembali sandarkan pada bahunya.
"Yerim."
"Hmm?"
"Awak tahu kan saya sayang awak?"
Perlahan-lahan kepala aku angkatkan, memandangnya saat soalan itu ditujukan kepadaku. Terlihat dirinya perlahan-lahan turut sama menunduk, menatapku.
"Awak nak tahu satu rahsia?" Tanyanya dengan senyuman halus terukir di bibirnya.
"Awak ingat pertemuan pertama kita?" Tanyanya lagi dan aku masih diam.
"Mungkin itu kali pertama awak nampak saya tapi tak bagi saya." Ceritanya dengan senyuman masih kekal menghiasi bibirnya.
"Saya nampak awak lari dari wad. Tak tahu kenapa tapi saya ikut awak sampailah dekat rooftop."
"Mula-mula saya nak patah balik, biarkan awak dekat situ sendiri,.. sampailah saya nampak awak menangis,.."
"Lamalah juga awak menangis tapi entah kenapa, saya langsung tak pergi, temankan awak dari jauh.."
"Sweet tak?" Dihujung katanya, sempat dirinya mengusikku buatkan aku tertawa namun pada masa yang sama, laju saja tubir mataku digenangi dengan air mata.
"Sampai ke saat ni, saya bersyukur sebab saya ikut kata hati saya malam tu untuk ikut awak, temankan awak. Kalau tak, mungkin saya dengan awak tak kan ada pun dekat sini.."
Walaupun senyuman halus masih terukir di bibirnya, dapat aku lihat matanya yang berkaca saat menatapku sekarang buatkan aku turut merasa sebak.
Perlahan-lahan aku menunduk, melihat tanganku yang berada di genggaman tangannya. Mata aku kini tertumpu pada cincin perkahwinan dan pertunangan kami yang masih tersarung elok di jari manis kami.
Terdengar getaran tawanya perlahan saat jari-jemariku bergerak perlahan di atas jari manisnya, bermain dengan cincin pertunangan dan perkahwinan kami di jari manisnya.
"I don't know what will happen to us later but promise you, we will go through it all, together. No matter what happen, I'll always be still with you. Still with you, till death do us apart. "
Nafasku mula dirasakan laju, menyimpan seribu satu perasaan saat kata-katanya itu menyapa lembut pendengaranku.
Seperti yang dirinya katakan, aku sendiri tidak pasti apa yang bakal menanti kami namun aku tahu, semuanya akan baik-baik saja, dengan adanya dia di sisiku.
Perlahan-lahan hujung jari kelingkingku menyentuh lembut jari kelingkingnya sebelum jari kelingkingku aku kaitkan padanya.
Lantas aku mendongak, memandangnya dan ternyata dirinya sejak tadi tidak lepas dari terus menatapku.
"Janji?" Tanyaku dan spontan senyumannya melebar, melihat tingkahku sekarang sebelum dirinya mengangguk perlahan.
"Janji."
"Pinky promise?" Tanyaku seraya mengangkat jari kelingking kami yang masih saling berkait buatkan dirinya tertawa. Sekali lagi dirinya mengangguk.
"Pinky promise."
Tuturnya perlahan sebelum untuk seketika, kami hanya diam, menatap satu sama lain dengan senyuman.
Perlahan-lahan aku kembali menyandarkan kepalaku pada bahunya seraya membiarkan jari kelingking kami saling bertaut.
Terasa dirinya mengucup lembut rambutku sebelum dirasakan kepalanya perlahan-lahan direhatkan dengan cermat di atas kepalaku.
"Jungkook.."
"Hmm?"
"Sayang Jungkook." Tuturku spontan, mengundang tawanya.
"Sayang Yerim juga."
.
.
.
[END]
ALHAMDULILLAH HABIS JUGA YA SINETRON YINI AHAHA!
Di penghujung kata ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca cerita ni yang selalu support saya dan juga cerita ni.
Terutamanya bagi mereka yang selalu vote dan komen, sumpah terharu. :') Thanks korang, nak mention tapi terlalu ramai. Tapi tak bermakna saya tak ingat semua tau!
Happy rasanya bila nampak nama-nama korang dekat notification, terima kasih ya sebab gembirakan hari-hari saya yang sendu. :')💜
Insyaallah kita jumpa lagi dekat cerita saya yang lain? :')
I'm gonna miss you guys, seriously. :')
Bye korang, ada jodoh kita jumpa lagi.🌹
By the way, siapa nak Still With You Season 3? Teaser dah siap tapi tak nak syok sendiri jadi saya tanya dulu. Kalau tak ada yang nak, saya sambung je buat, lepastu berlakon sendiri HAHA!
SIAPA NAK SEASON 3 ANGKAT TIMUN! 🥒🥒🥒🦍
160 VOTES, 300 COMMENTS FOR SEASON 3!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top