72

.
.
.

"Choi Yerim! I love you!"

Aku hanya ketawa saat dia melaungkan kata-kata itu sambil sky diving di udara dengan senyuman sebelum dirinya tertawa.

Dari bawah ni, aku hanya memerhatinya yang mula menghampiri aku, jangan jatuh dekat aku sudah. Fikir sweet?

Kelihatan dia mula berlari-lari anak saat kakinya sampai di dataran dan entah sengaja atau apa, terus dia menerpa ke arah aku dengan sengihan sebelum kami sama-sama tergolek jatuh di atas rumput.

Habis aku dengan dia sama-sama kena tutup pakai payung terjun dia. Dapat aku dengar getaran suaranya, comel je bila dia giggling macam ni. Aku syak dia minum ketum sebelum sky diving tadi, bahagia semacam dia hari ni.

Handsome pula tengok dia berpeluh macam ni, dengan rambut dia basah, serabai pun still kacak. Halah-halah.

"Kenapa tengok saya macam tu?" Tanyanya dengan sengihan. Macam tak betul je kitorang ni berborak bawah payung terjun.

"Awak memang 7 hari seminggu, 24 jam sehari, 60 minit sejam, 60 saat seminit handsome ek?" Tanyaku buatkan dia ketawa, tawa manly dia buatkan aku cair sendiri.

"Awak pula memang 7 hari seminggu, 24 jam sehari, 60 minit sejam, 60 saat seminit cantik macam ni?" Tanyanya dengan senyuman nakal dia tu buatkan aku hampir terkondensasi.

Kan tak pasal-pasal aku tersengih suka, seronok dia gelakkan aku.

Dengan sengihan masih terukir di bibirnya dan panahan matanya masih menikam lembut anak mataku, payung terjun dialihkan dari atas kami, membiarkan cahaya matahari yang tidak terlalu terik menyapa kami.

"Jom sky diving, turn awak pula."

Pantas aku menggeleng. Tak naklah. Tachod. Aku tahu aku ada pengalaman terjun bangunan 20 tingkat tapi kalau terjun setakat suka-suka gini—ah memang berwawasan sangat aku terjun bangunan haritu cakap cenggini.

"Takutlah, Jungkook."

"Tak apa, saya teman. Kita sky diving berdua, saya guide awak. Kalau awak nak tahu saya ni sky diver berpengalaman tau, saya ada lesen sky diving ni dari umur saya 20 tahun. Kiranya saya ni dah ada empat tahun pengalaman tau. "

"Hah? Yeke? Membongak je awak ni. Ada ke lesen sky diving?" Tanyaku dengan kerutan di dahi buatkan dia ketawa.

"Jomlah, sky diving berdua dengan saya."

Alah-alah, dah mula dah dia menggoda aku dengan suara comel, muka comel dia tu.

.
.
.

"Awak okay?"

"Hah?!" Tanyaku kuat, cuba menyaingi bunyi helikopter ni buatkan Jungkook yang duduk di belakangku tertawa sendiri.

"Awak okay?!" Tanyanya sambil mendekatkan wajahnya kepadaku.

"Dah mula menyesal dah ni!" Balasku buatkan dia ketawa lagi.

"Tak apa, saya ada." Balasnya perlahan tapi dengar pulak aku. Makin berdebar aku bila dia tiba-tiba back hug aku, memeluk erat bahu aku dengan dagunya direhatkan di atas kepalaku.

"Kejap lagi kita dah nak terjun tau."  Pesannya dan aku hanya mengangguk, sebenarnya aku dah rasa macam roh aku dah merayau keluar dari badan dah ni.

"Okay, jom."

"Hah?! Kata kejap lagi?!"

"Sekarang, sayang." Balasnya sambil tergelak. Nak tak nak terpaksalah aku berdiri bila dia pun berdiri sebab 'jacket' yang aku tengah pakai ni bersambung dengan dia punya, dah macam kembar siam dah aku dengan dia.

Bila pintu helicopter ni dibuka, angin kuat mula menyapa aku buatkan aku terfikir dari manalah datangnya keberanian aku dulu.

"Ready?" Tanya Jungkook. Badannya berada di belakang badanku, terasa begitu rapat. Sesekali belakang kepala aku ni terhentak dekat dada dia.

"Of course no! " Jeritku melawan deruan angin yang kuat buatkan Jungkook ketawa lagi.

"Saya kan ada. Kita jump eh? Kalau takut tutup je mata dulu, nanti saya suruh awak buka mata, baru buka, okay?" Lembut dia memberi kata semangat akhirnya aku mengangguk. Cepat terjun, cepat habis.

Mata aku pejamkan.

"Satu, dua, tiga. "

"Aaaaaa!!!"

Aku punya menjerit bila badan aku ni laju je ditarik graviti, si Jungkook ni pulak rileks gelak dekat belakang aku atau lebih tepat, atas aku. Kemain dia bersorak padahal ni dah kali kedua dia terjun.

Bibir aku ni pun tak behave, menggeleber sana sini kena tiup angin. Mesti hodoh namampus, harap Jungkook tak curi-curi tengok aku. Jatuh saham nanti.

"Yerim, bukalah mata! Cantik!"

"Tak nak, takut!"

"Bukalah, rugi tak tengok!"

"Tak nak!"

"Percayalah cakap saya."

Akhirnya perlahan-lahan mata aku celikkan. Mula-mula takut-takut nak celik, dengan mata pedih lagi kena tiupan angin kuat tapi lama-lama aku sendiri kagum tengok pemandangan di bawah sana dari atas sini.

Semakin lama aku semakin tenang dan terbiasa, momentum yang aku rasai pun dah tak selaju tadi, momentum ke? Entahlah, kau tanya aku buat apa? Baik tanya Jungkook dia tahu.

"Cantik kan?" Tanya Jungkook dan aku hanya mengangguk.

"Nanti honeymoon kita datang sini lagi, sky diving lagi, nak?" Ajaknya mengundang tawa aku sebelum aku mengangguk kecil.

"Nah, pegang ni." Dia mengarahkan aku untuk pegang pemegang payung terjun saat payung terjun dibuka sebelum perlahan-lahan kami bergerak ke daratan, dapat aku lihat rumput menghijau yang terbentang luas di bawah sana.

"Yerim.."

"Hmm?"

"Kita kahwin nak?"

Di langit biru ini, perlahan suaranya menyapaku, melamarku sekali lagi dan kini, melamarku sebagai teman hidupnya.

.
.
.

Sudah tiga hari kami tidak bertegur sapa. Dapat aku merasakan dirinya cuba mengelak dari berselisih denganku saat di rumah. Mungkin dia terasa dengan aku.

Kerana aku tolak lamaran dia.

Aku cuma belum bersedia.

Tahun ni aku baru berusia 20 tahun, terlalu muda bagi aku untuk berkahwin di usia ni.

Dan tahun ni merupakan tahun kedua aku di kolej, tahun depan mungkin tahun terakhirku. Macam mana kalau aku tak dapat fokus pada pengajian aku nanti?

Kalau tiba-tiba kami ada anak nanti macam mana?

Jauhnya aku fikir, kahwin pun belum, dah fikir soal anak. Tapi sejujurnya, persoalan itu yang menakutkan aku.

Tapi sampai bila dia nak merajuk dengan aku ni?

.
.
.

Buku, kalkulator dan tepak pensil aku bawa ke ruang tamu. Dari jauh aku dah nampak Jungkook tengah duduk bersila depan tv, tanda kertas.

Tanpa pedulikan dia yang angkat kepala pandang aku, aku terus duduk dekat tepi dia. Dia pun masih dengan agenda tak nak kawan dia tu, dia tunduk balik.

Aku cuma duduk, tenung dia. Dia pun buat-buat busy tanda kertas.

"Kenapa tak minum banana milk yang saya belikan semalam? Penat saya belikan hujan-hujan semalam." Ceritaku sambil tayang muka sedih tapi sikit pun tak jalan.

Dia siap jeling tepak pensil aku lagi sambil tangan dia sibuk menanda, bukannya aku. Sian tepak pensil aku jadi mangsa keadaan. Ihh asal dia comel sangat ni?!

Tak boleh jadi ni, nampaknya banana uyu dah tak lagi mampu meruntuhkan keegoan dia.

Akhirnya aku buka buku fizik aku. Tepak pensil aku keluarkan sebelum sebatang pensil aku keluarkan. Tersengih-sengih aku tulis dekat ruang kosong hujung buku ni.

"Kook."

Dia jeling aku bila aku panggil dia. Ih tomene, gigit kang!

"Tengok ni." Pintaku sambil tolak perlahan buku aku ke dia, kasi dia tengok apa aku tulis.

"Sibuklah." Marahnya tanpa memandang aku buatkan aku ketawa.

"Tengoklah jap." Kali ni hujung t-shirt dia aku tarik. Dia mengeluh tapi tengok juga.

jangan ah majuk

"Apa conteng-conteng buku ni? Buat kerja awak, minggu depan dah study week kan? "

Dia tayang muka tak puas hati bila baca pesanan ringkas manual aku. Dia jeling aku astu buat balik kerja dia.

Ih, poyo!

Tak boleh jadi ni. Muka surat lain aku selak. Kali ni aku tulis apa yang aku nak tulis cantik-cantik, kalau boleh aku nak buat tulisan berangkai sekali tapi takut dia tak faham pula.

Setelah siap menulis pesanan itu, aku tersenyum sendiri. Aku dah buat keputusan.

"Jungkook."

"Pe." Sahutnya pendek tanpa memandangku. Tomene.

"Nak tanya soalan."

"Kalau main-main saya tak nak layan."

"Saya nak tanya pasal Simple Harmonic Motion ni."

Dia mengeluh tapi dia angkat juga kepala pandang aku. Aku sengih dekat dia sebelum buku aku sekali lagi tolak pada dia.

Aku hanya tersengih saat melihat dirinya hanya diam merenung tulisanku, renungan yang tampak keliru dan pada masa yang sama, tak percaya. Comelll.

Can you ask that question again?
Cause I want to say 'yes'.

.
.
.

Suka cita dimaklumkan next chapter adalah chapter last. 💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top