71
.
.
.
Seokjin hanya diam, memerhati Jungkook yang masih menangis di hadapannya.
Melihat keadaan lelaki itu sekarang buatkan matanya turut sama berkaca. Belum pernah dirinya melihat lelaki itu menangis seteruk ini.
Perlahan-lahan Seokjin berdiri, memberanikan diri untuk melihat ke bawah.
Terlihat jurawat dan doktor yang sejak tadi hanya memerhati di rooftop itu kini turut sama melihat ke bawah dan ada juga yang menghampiri Jungkook, cuba menenangkannya.
Perlahan-lahan Seokjin menjengukkan kepalanya ke bawah sebelum dirinya menghembus nafas lega.
Terlihat tubuh wanita itu terbaring tidak sedarkan diri di atas alas pelampung yang cukup lebar dan tebal untuk menampungnya.
Mujurlah bomba sampai dan bersedia terlebih dahulu di bawah sana.
Seokjin kembali mendekati Jungkook sebelum dirinya perlahan-lahan melutut di hadapan lelaki itu.
"Jungkook."
Perlahan-lahan Jungkook mencelikkan kelopak matanya sebelum kepalanya diangkatkan.
Seokjin tersenyum nipis saat mata lelaki itu kini menatapnya dengan linangan air mata.
"Dia selamat."
.
.
.
Sejak tadi dirinya duduk di sisi perempuan itu, tidak makan mahupun minum, setia menunggu perempuan itu.
Wajah perempuan itu direnung lama, sesekali tangannya mengusap lembut rambut perempuan itu manakala sebelah tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan perempuan itu.
Hatinya terusik saat melihat kesan lebam yang masih belum surut pada belahan bibir wanita itu.
Perlahan-lahan dirinya menoleh saat terdengar pintu wad persendirian itu dibuka perlahan.
Terpacul wajah Seokjin dari balik pintu.
"Jungkook, ada orang nak jumpa kau dengan Yerim.." Tutur Seokjin perlahan sebelum muncul seorang perempuan dari belakang lelaki itu.
.
.
.
"Saya akan serah diri pada polis. Tapi sebelum tu, saya nak minta maaf pada awak, pada Yerim.." Tutur perempuan itu dengan matanya yang mula digenangi air matanya sendiri.
Tak sikit pun Jungkook mengangkat kepala memandang perempuan itu. Rasa amarahnya cuba ditahan.
"Sanggup awak buat semua ni pada Yerim? Dia percayakan awak, Hana.."
"Saya terpaksa, Jungkook.. Taehyung ugut saya.. Dia ugut saya dia akan sakitkan awak kalau saya tak ikut cakap dia, saya sayangkan awak, Jungkook.."
Pantas Jungkook menoleh, merenung tajam perempuan itu yang sejak tadi duduk di sisinya. Kesabarannya mula menipis saat mendengar alasan perempuan itu.
" Aku lagi sanggup mati, Hana.. "
.
.
.
" Kami masih cari jejak dia tapi apa yang aku boleh cakap, dia hilang macam tu je. Aku syak dia dah lari dari sini, jauh dari sini."
Terang Namjoon, rakan rapat Jungkook yang bekerja sebagai inspektor polis, turut membantu dalam siasatan kes Yerim.
"Maksud kau? Oversea?" Duga Jungkook buatkan Namjoon mengangguk perlahan. Dapat dilihat tangan Jungkook mula mengepal penumbuk, rahangnya diketap kuat.
"Perempuan yang kau cakap tu, Hana, dia baru je serah diri pada polis tadi tapi mungkin dia akan terlepas dari sebarang hukuman sebab kita tak ada bukti yang kukuh yang dia bersubahat dalam kes ni—"
"Nak kukuh apa lagi? Aku ada mesej dari Yerim yang perempuan tu ajak dia keluar malam tu. Kita boleh geledah telefon perempuan tu—"
"Jungkook, sabar. Kalau betul pun ada bukti, dia mungkin akan terlepas dari hukuman juga sebab dia sendiri bagitahu kau kan, yang dia terpaksa, dia mungkin ada bukti yang menunjukkan dia terpaksa, mungkin screenshot perbualan antara dia dengan Taehyung, sama je Jungkook."
Jungkook mendengus geram namun kesabarannya yang mula menipis cuba ditahan.
" Aku cadang kau kahwin jelah cepat-cepat dengan tunang kau tu, ramai betul yang nak kacau dia. " Namjoon mula bertukar mode kepada kawan karib Jungkook.
Jungkook hanya diam. Entah Si Namjoon ni nak ajak bergurau ke memang bagi nasihat, dia pun tak tahu.
" Tapi maaf kalau aku tanya ni tapi macam mana kalau.. " Tiba-tiba Namjoon bersuara lagi, sengaja ayatnya dibiarkan tergantung tidak berpenghujung buatkan Jungkook menoleh memandangnya.
"Apa?" Tanya Jungkook.
"Macam mana kalau Yerim pregnant?"
.
.
.
"Kau tu tak sihat lagi, tak reti-reti masuk wad sendiri?" Perli Seokjin saat melihat Jungkook yang masih setia duduk di kerusi bersebelahan katil pesakit yang menempatkan Yerim.
"Aku nak rehat kat sini." Balas Jungkook sambil merehatkan kepalanya di atas katil, menghadap Yerim.
Tangannya masih menggenggam erat tangan perempuan itu, risau benar perempuan itu ke mana-mana jika dirinya tersedar nanti.
Seokjin menggeleng perlahan.
" Aku faham kau ni memang in love benau dengan Si Yerim ni tapi jangan jadi bodoh boleh? Kau ingat dia suka ke bangun-bangun tengok muka kau pucat lesi macam tu?"
Perli Seokjin lagi, geram yang teramat dengan kawannya yang sudah dianggap sebagai adik tu.
Jungkook hanya diam, matanya dipejamkan dengan posisi duduk, kepalanya masih direhatkan di sisi Yerim di atas katil, genggamannya pada tangan Yerim diperkemaskan, tidak mahu dilepaskan.
Sejujurnya badannya terasa begitu lemah..
.
.
.
Perlahan-lahan matanya dicelikkan, seluruh tubuhnya merasa nyeri dan kepalanya pula berdenyut sakit.
Lambat-lambat kepalanya menoleh saat merasakan jari-jemarinya berada di dalam genggaman tangan seseorang yang kian melonggar.
Jungkook..
Kelihatan lelaki itu masih tertidur di sisinya. Tampak cukup kepenatan. Saat ini barulah dirinya perasan sejak tadi, lelaki itu memakai pakaian seragam yang sama seperti dirinya.
Rasa risau mula bertandang di hatinya.
Dengan badan yang masih terasa lemah, perlahan-lahan tangannya menyentuh rambut lelaki itu sebelum rambut lelaki itu diusap lembut dan perlahan.
Matanya mula berair saat menatap lama wajah lelaki itu, teringat saat lelaki itu merayu pada dirinya, untuk terus hidup.
"Saya minta maaf.." Tuturnya dengan tangannya masih mengusap lembut rambut lelaki itu sebelum terasa cecair hangat mula membasahi pipinya.
Tanganku terhenti dari terus mengusap lembut rambut Jungkook saat lelaki itu perlahan-lahan mula mencelikkan kelopak matanya sebelum panahan mata antara mereka bertaut.
Lelaki itu terlihat cukup tenang, mungkin dirinya sudah lama tersedar namun hanya berpura-pura tidur.
Dengan matanya yang mula berkaca, tangan perempuan itu yang masih di atas kepalanya disentuh sebelum digenggam lembut.
"Awak tak pernah buat salah dengan saya.." Tuturnya perlahan dengan senyuman hambar.
.
.
.
Hari ni sis double update sebab sis sendu. Malam ni sis update lagi satu chap hoho. 💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top