67

.
.
.

Setelah mendapat kebenaran daripada jururawat untuk aku keluar sebentar dari wad, kini aku berada di hadapan bilik wad yang menempatkan Jungkook, turut membawa Naeun bersamaku.

Perlahan-lahan aku menunduk, memandang Naeun yang kebetulan sedang mendongak, memandangku dengan senyuman terukir di bibirnya sejak tadi, terlihat cukup teruja hendak berjumpa dengan Jungkook.

Kalaulah dirinya tahu yang ini mungkin akan menjadi pertemuan terakhirnya dengan Jungkook.

Walaupun terasa cukup sukar buatku, senyuman cuba aku ukirkan untuknya. Tangan kecilnya aku raih sebelum aku genggam erat.

"Naeun-ah.." Panggilku perlahan seraya mengusap lembut kepalanya.

"Nanti masa Naeun jumpa appa, appa tengah tidur tau.."

Tuturku perlahan dengan senyuman hambar terukir di bibirku. Sukar buatku untuk berterus-terang dengannya walaupun mungkin dirinya masih belum mengerti seandainya aku menjelaskan padanya.

"Tapi tak apa, Naeun masih boleh cerita dengan appa,.. peluk, cium appa.. Appa pun mesti rindu Naeun."

Sambungku lagi dengan senyuman masih terukir di bibirku walaupun mulai terlihat cukup rapuh.

"Esok appa dah nak pergi, nanti Naeun peluk, cium appa puas-puas ya?" Pintaku dengan mata yang mula berkaca namun senyuman masih kekal di bibirku.

.
.
.

"Appa."

Terdengar suaranya perlahan, memanggil Jungkook, seolah-olah tidak mahu mengganggu lena appa nya.

Tidak lepas anak matanya dari terus menatap wajah Jungkook, melepaskan kerinduannya selama berbulan-bulan.

Perlahan-lahan dirinya mengambil tempat duduk di atas ribaku yang sejak tadi duduk di kerusi bersebelahan katil sebelum dirinya mendongak, memandangku.

"Omma.."

"Hmm?"

"Nak cium appa.."

Pintanya kepadaku buatkan hatiku terusik. Walaupun tubir mataku mula terasa sarat dengan air mata, aku hanya tersenyum.

Dengan bantuanku, dirinya aku dudukkan di atas katil, di sisi Jungkook. Pada mulanya, dirinya hanya diam, tidak lepas dari terus menatap Jungkook. Seolah-olah mengerti yang ayahnya bukan hanya sekadar terlena.

Lambat-lambat dirinya menoleh memandangku. Sedaya-upaya aku cuba terlihat biasa di hadapannya. Dengan senyuman yang masih kekal di bibir, aku mengangguk perlahan.

Perlahan-lahan matanya kembali tertumpu pada Jungkook sebelum dengan berhati-hati, dirinya mendekati Jungkook.

Terlihat dirinya mula mengucup lembut dan perlahan kedua-dua belah pipi Jungkook walaupun terbatas dengan alat bantuan pernafasan yang terpasang pada mulut dan hidung Jungkook.

Terasa cukup sebak saat melihat tangan kecilnya mula mengusap lembut rambut Jungkook.

"Eee, rambut appa dah tumbuhlah, hensem."

Tuturnya pada Jungkook dengan intonasi suara yang sering dirinya gunakan saat bergurau senda dengan Jungkook dulu buatkan aku tertawa perlahan namun pantas saja penglihatanku mula terlihat kabur dengan air mataku sendiri.

Sekurang-kurangnya aku mahu dirinya gembira saat bertemu dengan Jungkook untuk kali yang terakhir.

.
.
.

"Naeun, dah ya?"

"Alah, nape? Naeun nak duduk sini dengan appa."

"Naeun dah janji dengan omma kan tadi, nak jumpa appa sekejap saja. Lagi pun tadi kata nak jumpa adik."

"Jumpa adik?" Tanyanya teruja buatkan aku tertawa perlahan seraya mengangguk kecil.

"Iya. Nak tengok adik tak?"

"Nak! Tapi appa.." Senyumannya hilang seraya matanya kembali tertumpu pada Jungkook, terasa berat untuk meninggalkan appa nya.

Tidak lepas jari-jemari kecilnya dari terus menggenggam erat hujung jari-jemari Jungkook.

"Tak apa, nanti lepas jumpa adik, kita datang sini balik."

Bohongku dan terlihat seulas senyuman kembali menghiasi bibirnya seraya dirinya kembali menoleh memandangku.

"Betul ni?"

Untuk seketika aku hanya diam sebelum dengan senyuman hambar masih terukir di bibirku, aku mengangguk kecil.

"Yeayy! Okay!"

Aku hanya tertawa perlahan, menutupi rasa sebak yang mula menyesakkanku saat melihat reaksinya yang terlihat cukup polos.

Dengan pandangan yang mula terlihat kabur, aku hanya memerhati saat dirinya kembali menghampiri Jungkook sebelum pipi kiri Jungkook dikucup lembut.

"Bye, appa. Naeun nak jumpa adik. Nanti Naeun datang balik, appa tunggu tau."

Pesannya sebelum pipi kanan Jungkook pula dikucup perlahan.

"Naeun sayang appa tau.."

Tuturnya cukup polos sebelum kali ini, tubuh Jungkook dipeluk untuk kali yang terakhir, cukup erat.

"Annyeong, appa.."

.
.
.

Sampai saja di hadapan cermin kaca yang memisahkan antara luar dan dalam wad NICU ini, dapat aku lihat mata Naeun yang mula bersinar, mula mencari adiknya.

Perlahan-lahan aku menghampirinya sebelum rambutnya aku usap perlahan. Kini mata aku tertumpu pada inkubator yang masih bertulis 'JK Junior' pada tanda namanya.

Senyuman halus terukir di bibirku namun pantas saja tubir mataku mulai sarat dengan air mataku.

"Adik Naeun yang itu, hujung sekali. Naeun dapat adik lelaki, macam baby Soobin. Suka tak?" Tanyaku dengan hujung jari telunjukku menunding tepat pada inkubator yang menempatkan adik lelakinya.

"Suka! Nanti ada kawan macam Onjun!" Balasnya teruja seraya mendongak memandangku buatkan aku tertawa perlahan.

Perlahan-lahan tawaku mereda seraya menunduk, memandang dirinya yang masih terleka memerhati adiknya dari jauh.

Senyuman halus terukir di bibirku saat melihat dirinya tersenyum suka saat menatap adik lelakinya walaupun dari kejauhan, seolah-olah tidak sabar untuk berjumpa dan bermain dengannya.

Perlahan-lahan tanganku terhenti dari terus mengusap lembut kepalanya. Mata aku pejamkan, menahan diri dari menangis, senyuman tak mampu lagi aku ukirkan.

"Omma minta maaf, Naeun.."

Saat kata-kata itu hanya mampu aku ungkapkan di dalam hati, kelopak mata kembali aku celikkan.

Senyuman aku ukirkan sebelum aku mula duduk bertinggung di sisinya.

"Naeun-ah.." Namanya aku panggil seraya kedua-dua belah tangannya aku tarik lembut agar tubuhnya menghadapku.

"Omma nak pergi tandas, Naeun duduk dekat sini, tengok-tengokkan adik, boleh?" Pintaku dengan senyuman.

"Boleh!" Dengan penuh yakin dirinya membalas buatkan aku tertawa perlahan namun pandanganku mula terlihat cukup kabur dengan air mataku.

"Janji dengan omma, jaga adik baik-baik ya? Jagakan adik untuk omma dengan appa.."

Pintaku lagi dengan senyuman masih kekal di bibirku dan dapat aku rasakan air mataku mula melurut jatuh membasahi pipiku, satu per satu.

Semakin deras air mataku mengalir membasahi pipiku saat melihat tatapannya yang polos dan keliru, merenungku.

"Naeun pun, jaga diri ya?" Dengan suara yang bergetar perlahan, pipinya aku usap lembut dan perlahan.

"Omma sayang Naeun, sayang sangat-sangat.. Ingat sampai bila-bila, ya?" Dengan air mata yang mengalir deras, aku masih cuba untuk tersenyum.

Sedaya-upaya aku cuba untuk menahan diri dari memeluknya sebelum aku berdiri.

"Naeun duduk sini sampai Aunty Somi datang ya? Jangan ikut, omma.."

Dapat aku lihat matanya yang berkaca tidak lepas dari menatapku. Tanpa menunggu lama, langkah terus aku atur laju meninggalkannya yang tidak lepas dari terus menatapku.

"Omma.."

Mata aku pejamkan, menangis semahu-mahunya tanpa suara saat mendengar suaranya memanggilku namun tak sesaat pun aku berhenti dari terus mengatur langkah meninggalkannya.

"Omma minta maaf.."


.
.
.

Langkahnya diatur laju menyusuri ruangan koridor hospital ini dengan matanya ligat bergerak mencari seseorang sejak tadi.

Namun perlahan-lahan langkah Somi terhenti saat melihat susuk tubuh kecil Naeun yang sedang berdiri tidak jauh darinya, terlihat cukup leka memerhati sesuatu.

Akhirnya dirinya dapat menghembuskan nafas penuh lega sebelum derapan langkahnya diatur semula mendekati anak buahnya itu.

"Jeon Naeun."

Panggilnya dengan langkahnya semakin menghampiri Naeun dan belum sempat Naeun mendongak memandangnya, dirinya sudah duduk bertinggung di sebelah Naeun lalu tubuh kecil Naeun ditarik ke dalam pelukannya.

Matanya terpejam rapat, terasa cukup lega.

"Puas Aunty cari tau? Buat apa dekat sini?" Tanya Somi seraya melonggarkan pelukan antara mereka sebelum rambut Naeun diusap lembut.

"Jaga adik, omma suruh." Tutur Naeun cukup polos buatkan Somi diam sejenak, keliru.

Sempat matanya mengerling ke ruangan dalam NICU sebelum matanya kembali menatap wajah naif milik Naeun.

Setahunya sejak tadi memang Naeun ada bersama dengan Yerim. Sementara Naeun dan Yerim ada di dalam wad tadi, berjumpa dengan Jungkook, dirinya sempat menemani Puan Jeon membeli makanan di kafe.

Sepulangnya saja dari kafe, terus dirinya mencari Yerim dan Naeun saat melihat mereka tiada lagi di dalam wad bersama Jungkook.

"Omma mana?" Tanya Somi perlahan, mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Omma kata omma pergi tandas."

"Tinggalkan Naeun sorang-sorang dekat sini?" Tanya Somi tak percaya. Cukup kenal dengan Yerim, tidak mungkin kawan baiknya itu sanggup meninggalkan Naeun sendirian.

"Omma tak kasi ikut."

Sekali lagi, Somi terdiam. Dadanya mula berdebar, risaukan Yerim.

"Somi, Naeun, buat apa dekat sini?"

Kini dirinya menoleh tatkala datang seseorang menegur dari arah belakang. Ternyata Seokjin datang menghampirinya buatkan dirinya berdiri dari terus duduk bertinggung di hadapan Naeun.

"Hi, Naeun." Sempat Seokjin menegur Naeun cukup ramah seraya menunduk, mendekatkan dirinya pada Naeun sebelum pipi Naeun dicuit lembut buatkan Naeun tersenyum malu tapi mahu.

Tergelak Seokjin dibuatnya namun perlahan-lahan tawanya mereda saat melihat raut wajah Somi yang jelas risaukan sesuatu, seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Somi okay?" Tanyanya peduli buatkan Somi menoleh memandangnya.

"Abang ada nampak Yerim tak?" Tanya Somi buatkan Seokjin keliru sendiri.

"Tak ada pula. Kenapa?"

"Doktor!"

Belum sempat Somi hendak membuka mulut, terdengar suara cemas seorang jururawat memanggil Seokjin dengan derapan langkahnya semakin menghampiri.

"Doktor, ada emergency, we need your help."

"Emergency?"

"Kami jumpa pesakit dalam tandas."

.
.
.










Walaupun hambar, apa salahnya sedekahkan vote buat saya. Al-fatihah (dibaca). :')

Thank you pada mereka yang masih setia menunggu dan membaca.😭💜

120 VOTES TO UNLOCK NEXT CHAPTER EH? ;') 💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top