66
.
.
.
"Anak appa dah bangun?"
Terdengar dirinya berbisik perlahan, seolah-olah tidak mahu lenaku terganggu sebelum terdengar dirinya tertawa perlahan diikuti dengan suara rengekan bayi.
Kelopak mata yang terasa berat cuba aku celikkan sebelum perlahan-lahan pandanganku terbuka luas dan mula terlihat jelas.
Dengan badan yang masih terasa lemah, mataku bergerak perlahan mengawasi sekelilingku sebelum renungan mataku terpaku pada seseorang yang sedang duduk di sisiku di atas katil ini.
Terukir senyuman halus di bibirnya dengan matanya tidak lepas dari menatap bayi di dalam dukungannya yang terkebil-kebil, turut sama menatapnya dengan tatapan polos.
"Comelnya anak appa ni.."
Tuturnya sendiri dengan senyuman. Kekura tangannya mengelus lembut pipi bayi yang sejak tadi terlihat cukup selesa di dalam dakapannya.
Kali ini dirinya tertawa perlahan saat bayi di dalam dukungannya menggumam perlahan seraya jari-jemari kecil bayi itu menggenggam penuh jari kelengkengnya.
Jungkook..
Melihat dirinya tertawa dan tersenyum sekarang cukup buatkan dadaku terasa cukup sesak menahan rasa sebak.
Ini bukan mimpi kan?
Pandanganku mula terlihat kabur sebelum mata aku pejamkan, membiarkan air mata mengalir perlahan membasahi sisi mata dan telingaku.
Sampai ke tahap ini, aku rindukan dia..
"Yerim.."
Perlahan-lahan kelopak mata aku celikkan kembali. Dengan pandangan yang dikaburi dengan air mata, terlihat omma sedang merenungku dengan tatapan yang jelas risaukan aku.
Terasa tangannya mengesat lembut air mataku dengan renungannya lembut menatapku cukup peduli buatkan aku semakin sebak.
Mata aku pejamkan, tak mampu menahan tangisanku di hadapannya. Saat terasa tubuhku dipeluk erat, esakan tak dapat aku tahan. Di dalam dakapan omma, aku menangis.
.
.
.
"He can't start a regular respiration within a minute after birth, so we considered it as Asphyxia neonatorum. Kami akan berikan bantuan pernafasan pada baby sampai tahap oksigen baby stabil dan dia mampu bernafas sendiri. Disebabkan baby masih perlukan pemantauan ketat dari kami, buat masa ini baby Puan kami tempatkan di NICU."
Dengan bantuan Somi yang membawaku ke sini menggunakan kerusi roda, kini aku berada di hadapan cermin kaca yang memisahkan antara luar dan dalam wad NICU.
Walaupun pergerakanku cukup terbatas di atas kerusi roda ini, kepala aku jengukkan sedikit ke hadapan dengan mataku bergerak perlahan, mencari dirinya.
"Baby kau dengan abang yang hujung sekali tu. Nurse ada tanya nak letak nama apa tapi aku tak tahu. Aku suruh letak dulu nama JK Junior. Comel kan?"
Pantas pandangan aku talakan pada sisi kiriku, merenung tepat ke arah inkubator yang terletak di barisan paling hujung.
Terlihat tubuh kecilnya berada di dalam inkubator itu, sesekali tangan kecilnya bergerak perlahan mencari sesuatu untuk digapai buatkan aku tersenyum hambar.
Namun perlahan-lahan senyumanku memudar, terasa cukup sebak saat melihat tiub dan alat bantuan pernafasan yang terpasang padanya.
Dengan pandanganku yang mula dikaburi dengan genangan air mataku sendiri, perlahan-lahan tanganku menyentuh cermin kaca di hadapanku sekarang, tidak lepas mataku dari terus menatapnya.
"Omma minta maaf.." Tuturku perlahan. Terasa cukup luluh saat melihat keadaannya sekarang.
Untuk kali kedua, aku hampir kehilangannya.
"Terima kasih,.. sebab bertahan sampai sekarang.." Ucapku perlahan dengan mataku tidak lepas dari terus menatapnya.
Perlahan-lahan aku menunduk, tidak sanggup untuk melihatnya lebih lama sebelum mata aku pejamkan. Tangan aku genggam kuat, membiarkan air mataku mengalir tanpa suara.
"Yerim.."
Terdengar suara Somi memanggilku perlahan dengan dirinya mula mengambil tempat duduk bertinggung di hadapanku sebelum terasa tanganku digenggam erat.
"Bukan salah kau.."
Tuturnya perlahan saat mata aku celikkan, menatapnya.
"Jangan risau, baby kau okay, percaya cakap aku. Kalau kau nak tahu, keturunan Jeon ni semua kuat-kuat belaka. Tak percaya, kau tengok Naeun, kuat makan, kuat membebel, dah jadi kakak dah dia kan?"
Spontan aku tertawa perlahan saat mendengar kata-kata Somi buatkan dirinya turut sama tertawa.
"Dahlah jangan nangis eh?" Pujuknya lagi seraya tanpa segan silu mengesat lembut air mataku buatkan tanganku turut sama menghapuskan air mataku sebelum aku hanya mengangguk kecil dengan senyuman hambar.
Kepala aku angkatkan, kembali memandang inkubator yang menempatkan baby aku dan Jungkook.
"Kau dah fikirkan nama untuk dia?" Tanya Somi. Untuk seketika aku hanya diam sebelum aku menoleh, memandang Somi.
"Dah." Balasku dengan senyuman buatkan Somi turut tersenyum.
"Apa?"
.
.
.
"Omma tunggu dekat luar ya?"
Aku hanya mengangguk kecil seraya membalas senyuman dengan omma sebelum dirinya mengatur langkah keluar dari wad unit rawatan rapi ini, meninggalkan aku berdua dengan Jungkook.
Kini aku kembali menoleh, memandang Jungkook. Tanpa suara, aku hanya diam, mengamati setiap inci wajahnya.
"Jungkook,.. saya ni, Yerim.." Panggilku seraya tanganku menggenggam lembut tangannya. Senyuman aku ukirkan untuknya walaupun terasa cukup pahit.
"Baby kita dah lahir tau.. " Ceritaku dengan senyuman namun pantas saja tubir mataku digenangi dengan air mataku.
"Kita dapat anak lelaki.." Sambungku lagi dengan tawa perlahan, cuba menahan rasa sebak yang menerpa.
"Maaf saya tak dapat bawa dia jumpa awak.. " Tuturku perlahan.
"Saya sendiri cuma sempat pegang dia sekejap.." Sambungku dengan genangan air mata yang mulai mengaburi penglihatanku.
"Saya harap awak dapat jumpa dia walaupun sekali..sebelum awak pergi.."
Dengan suara yang mula bergetar perlahan menahan rasa sebak, air mata aku biarkan mengalir perlahan membasahi pipiku.
.
.
.
"Somi kata awak dengan Jungkook dapat baby boy, tahniah."
Aku hanya tersenyum hambar seraya menunduk sebelum kepala aku angkatkan kembali, memandang Seokjin yang baru saja datang melawatku di dalam wad.
"Terima kasih." Balasku pendek sebelum kami hanya berbalas senyuman dengan tatapan mata kami bertaut lama.
"Naeun tak datang sini?"
"Kejap lagi."
Terlihat dirinya hanya mengangguk seraya menundukkan pandangannya saat mendengar jawapan ringkas dariku.
"Yerim,.. boleh saya tanya awak sesuatu?" Tanyanya perlahan, cukup berhati-hati seraya kembali menatap anak mataku tepat.
Untuk seketika aku hanya diam, berbalas renungan dengannya sebelum lambat-lambat aku mengangguk kecil.
"Tanyalah."
"Dah berapa lama Naeun tak jumpa Jungkook?"
Tersentak saat soalan itu ditujukan kepadaku, untuk seketika aku hanya diam, menatapnya sebelum pantas aku menunduk, mengelak dari terus berpaut pada renungannya.
Aku akui, sudah lama Naeun tidak berjumpa dengan Jungkook. Sejak Jungkook disahkan koma lagi. Enam bulan sudah berlalu, tak sekali pun aku membawanya berjumpa dengan Jungkook.
Ada masanya dirinya menangis, mahukan Jungkook dan ada masanya, dirinya demam, terlalu rindukan appa nya.
"Ada baiknya awak bawa dia jumpa Jungkook hari ini,.. awak tahu kan esok,.. mungkin hari terakhir buat Jungkook.."
.
.
.
"Omma!"
Terukir senyuman halus di bibirku saat melihat Naeun dengan uniform tadika masih tersarung pada tubuhnya, sedang terkedek-kedek mengatur langkah memasuki wad ini diikuti dengan Somi mengekori dari belakang.
Sebaik saja dirinya sampai di sisi katilku, tak tunggu lama terus terkial-kial dirinya hendak memanjat naik ke atas katilku. Tak padan dengan tubuhnya yang kecil, gigih dirinya hendak naik sendiri ke atas katilku.
Terlihat penghuni yang lain di dalam wad ini turut sama tak mampu menahan senyuman dan tawa saat melihat telatah Naeun sekarang.
"Buka kasut dulu." Tegur Somi seraya membantu Naeun membuka kasutnya sebelum tubuh Naeun diangkat naik ke atas katil.
"Aceh!"
Tergelak aku dibuatnya saat Naeun sempat mengucapkan terima kasih kepada Somi sebelum tubuh kecilnya terus menerpa ke arahku, memelukku erat.
Tanpa menunggu lama, tubuhnya turut sama aku dakap erat. Belakang kepalanya aku sentuh sebelum pipinya aku kucup lembut, kiri dan kanan.
"Omma akit lagi ke?" Bisiknya perlahan buatkan aku tersenyum. Dengan lembut, pelukan antara kami aku leraikan sebelum rambutnya aku usap perlahan.
Terlihat raut wajahnya yang jelas risaukan aku buatkan aku tertawa perlahan.
"Mana ada omma sakit."
"Semalam ada darah,.. mesti akit.." Tuturnya cukup polos dengan matanya yang berair, tidak lepas dari terus menatapku.
"Taklah, omma dah okay. Tak sakit pun." Pujukku dengan senyuman.
"Betul ni?" Tanyanya dengan air matanya yang mula mengalir membasahi pipinya buatkan aku tertawa perlahan.
"Iya, sayang." Balasku seraya mengusap lembut pipinya, menghapuskan air matanya.
Tiba-tiba saja dirinya kembali mendekatiku sebelum leherku dipeluk erat.
"Omma jangan tinggalkan Naeun sorang-sorang tau.."
Terdengar suara polosnya menyapaku perlahan buatkan aku tersentak.
Lambat-lambat aku menoleh, memandang Somi yang sejak tadi sudah mengambil tempat duduk di kerusi bersebelahan katil.
.
.
.
Sejak tadi tidak jemu aku mendengar celoteh Naeun yang rancak bercerita tentang aktivitinya sepanjang di tadika hari ini.
Somi pula keluar ke tandas, meninggalkan aku berdua dengan Naeun di dalam wad.
Dengan senyuman halus terukir di bibirku, aku hanya membiarkan dirinya meluahkan segalanya padaku walaupun ada masanya sukar untuk aku fahami pertuturannya yang masih pelat.
Entah kenapa, hari ini dirinya cukup manja denganku. Aku hanya membiarkan saat dirinya ingin duduk di atas ribaku.
Sementara dirinya duduk di pangkuanku, ikatan rambutnya aku perkemaskan.
"Omma."
"Ya, sayang?"
"Malam tadi Naeun mimpi appa."
Ceritanya penuh teruja seraya mendongak, memandangku dengan senyuman lebar terukir di bibirnya, menampakkan gigi arnabnya yang sama persis seperti Jungkook tatkala dirinya tersenyum.
Untuk seketika aku hanya diam, menatapnya sebelum senyuman cuba aku ukirkan untuknya walaupun hakikatnya terasa cukup sebak melihat kepolosannya sekarang.
"Ya?"
"Uhm! Naeun mimpi appa bawa Naeun pergi ice skating, ada adik sekali. Appa ajar adik ice skate, Naeun pun tolong."
Ceritanya penuh teruja buatkan hatiku terusik. Hanya mimpi menjadi tempatnya untuk melepaskan rindu pada Jungkook.
Dengan senyuman yang terasa rapuh, rambutnya aku usap perlahan. Di luar kemahuanku, tubir mataku mulai digenangi air mataku sendiri, mula mengaburi pandanganku.
"Dah berapa lama Naeun tak jumpa Jungkook?"
Sekali lagi, soalan itu bergema di fikiranku saat menatap wajah polos milik Naeun sekarang.
"Ada baiknya awak bawa Naeun jumpa Jungkook hari ini,..awak tahu kan esok,.. mungkin hari terakhir buat Jungkook.."
Sudah sampai waktunya untuk Naeun berjumpa dengan Jungkook, untuk kali yang terakhir.
"Naeun-ah.." Namanya aku seru perlahan dengan senyuman hambar terukir di bibirku.
"Naeun rindu appa tak?" Tanyaku walaupun hakikatnya aku cukup tahu betapa dirinya cukup rindukan ayahnya.
Dengar saja tentang ayahnya, terukir senyuman di bibirnya sebelum pantas dirinya mengangguk buatkan dadaku semakin sebak menahan sebak.
Sekali lagi, aku cuba untuk tersenyum walaupun terasa cukup rapuh.
"Naeun nak jumpa appa?" Tanyaku lagi dan terlihat senyuman polosnya melebar.
"Nak!" Balasnya ceria buatkan hatiku terasa luluh, tahu yang dirinya masih kecil untuk memahami semua ini.
"Petang ni kita jumpa appa, nak?" Sedaya-upayaku, aku cuba untuk mengekalkan senyumanku walaupun hakikatnya aku terasa cukup rapuh melihat reaksi polosnya sekarang.
"Nak,nak!"
Aku cuba untuk tertawa di hadapannya, menutupi kesedihanku di hadapannya sebelum tubuhnya aku tarik ke dalam dakapanku saat air mataku mulai tak tertahan.
Sesenyap mungkin, air mata aku biarkan mengalir perlahan membasahi pipiku.
.
.
.
Segala kehambaran di dalam bab ini dan bab-bab sebelumnya serta bab-bab akan datang amatlah saya kesali. Ha babaplah saya. :')
120 VOTES FOR NEXT CHAPTER JUSEYO, THANK YOU ;')💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top