65
.
.
.
Setelah selesai melakukan pemeriksaan kandungan di klinik, aku terus mencuri peluang untuk ke hospital, berjumpa dengan Jungkook.
Sampai saja di dalam wad, sempat aku berjumpa dengan omma, berbual sebentar dengannya sebelum omma meminta diri untuk keluar, hendak membeli makanan di kafeteria.
Setelah aku ditinggalkan sendirian, berdua dengan Jungkook, langkah aku atur mendekati katil sebelum dengan senyap, aku mengambil tempat duduk di kerusi bersebelahan katil.
"Jungkook, saya datang ni.." Tuturku perlahan dengan senyuman seraya tangannya aku genggam.
"Saya baru lepas check up tadi, check up terakhir sebelum baby lahir." Ceritaku dengan senyuman, tidak lepas mataku dari terus menatapnya lembut.
"Doktor kata saya okay, baby pun okay. Doktor ada cakap, saiz dengan berat baby dah cukup. Patutnya semalam atau hari ni saya dah rasa apa-apa tanda atau contraction tapi tak ada pula. Doktor cadang saya ambil induction. Orang kata induced labour lagi sakit, takutnya." Aduku kepadanya sambil tayang muka sedih.
"Harap-harap petang ni ke malam ni saya rasa apa-apalah, awak doakan tau." Tuturku lagi dengan senyuman.
Namun perlahan-lahan senyumanku memudar, wajahnya aku tatap cukup lama.
"Awak doakan saya dengan baby nanti okay.. Sekurang-kurangnya baby kita okay, itu pun dah cukup.."
Pintaku perlahan, tangannya masih aku genggam erat.
"Awak bangunlah.."
"Kalau apa-apa jadi dekat saya masa saya lahirkan baby kita nanti,.. macam mana dengan Naeun?" Tanyaku dengan getaran suara perlahan, menahan sebak.
"Dia masih kecil, Jungkook.."
.
.
.
Malam ini, aku hanya bertiga dengan Somi dan Naeun di rumah sementara appa ke hospital, menghantar makanan untuk omma. Keluarga Jimin dan Kak Yumi pula tidur di rumah keluarga Yumi malam ini.
Kini aku sedang duduk semeja dengan Somi dan Naeun di ruang makan.
Sejak tadi hanya Somi dan Naeun saja yang makan sementara aku hanya memerhati, sesekali menyuapkan makanan pada Naeun dan mengelap mulutnya sekiranya comot.
"Yerim."
Kepala aku angkatkan dari terus memerhati Naeun yang masih terkial-kial menggunakan chopstick khas untuk kanak-kanak seusianya.
Angkat saja kepala, mataku bertembung dengan sepasang mata milik Somi yang sedang merenungku tak puas hati.
"Makanlah." Pintanya seraya mengerling ke arah bekas makananku yang masih penuh namun aku hanya menggeleng perlahan.
"Aku tak ada seleralah."
"Tak ada, kau kena makan juga. Kau ingat aku tak tahu last kau makan, pagi tadi kan? Makanlah."
"Nantilah."
"Yerim, jangan degil kenapa? Kau nak makan apa, kau cakap je dengan aku. Aku tak boleh masakkan tapi aku boleh order kan. Ha, cakap cepat kau nak apa? Sekarang juga aku order kan. Kau nak lamb chop, chicken chop, cicak chop, semua boleh—"
Aku hanya tertawa perlahan saat dirinya mula membebel namun bebelannya serta merta terhenti saat telefon pintarnya yang sejak tadi tidak bersentuh di atas meja makan mula bergetar hebat menandakan ada panggilan masuk untuknya.
Sepantas kilat Somi capai telefon dia sebelum terukir senyuman di bibirnya saat melihat skrin telefonnya sekarang buatkan aku tahu siapa pemanggilnya. Mestilah tunang kesayangan.
"Aku angkat call kejap tau." Pintanya dengan senyuman seraya mula berdiri, telefonnya dipeluk erat ke dada.
"Jawab jelah dekat sini." Tuturku tak puas hati.
"Malu." Ucapnya gedik seraya dengan ayunya menyelitkan rambutnya ke belakang telinganya sebelum aku dikerling manja.
Aku hanya menggeleng perlahan saat melihat dirinya mula berlari-lari anak menuju ke ruang tamu, meninggalkan aku berdua dengan Naeun di ruang makan.
"Omma.."
Kini aku menunduk memandang Naeun saat dirinya memanggilku dengan sebelah tangannya menarik lembut hujung bajuku.
"Omma makanlah." Pintanya cukup polos buatkan bibirku spontan menguntumkan sebuah senyuman.
"Naeun makanlah dulu, nanti omma makan." Balasku dengan senyuman seraya tanganku mengusap lembut belakang kepalanya.
Terlihat dirinya hanya mengangguk. Dengan senyuman, aku hanya memerhati dirinya menikmati semula makanannya. Rambutnya yang dibiarkan melepasi bahunya aku usap perlahan dan lembut.
Namun perlahan-lahan tanganku terhenti dari terus mengusap lembut rambutnya, senyumanku turut sama memudar saat aku mula merasakan ngilu pada bahagian perutku.
Perlahan-lahan aku menunduk dengan tanganku mula mengusap lembut perutku.
Untuk seketika aku hanya diam, menunggu untuk rasa ngilu ini surut namun pengakhirannya tak kunjung tiba buatkan peluh dingin mula membasahi dahiku.
Detakan jantungku mula terasa laju. Mata aku pejamkan, menahan rasa ngilu yang mulai tak tertanggung.
Dengan nafas yang terasa laju, mata aku celikkan. Tanpa berkata apa-apa, perlahan-lahan aku bangun dari terus duduk di sisi Naeun, tidak mahu dirinya melihat aku kesakitan.
Namun baru saja aku hendak mengatur langkah, perlahan-lahan aku kembali menunduk saat merasakan ada cecair yang mengalir dari celahan pehaku ke hujung kakiku, tanpa henti.
Tanganku mula berpaut pada kerusi dengan sebelah tanganku mencengkam kuat hujung bajuku.
Saat aku menunduk, terlihat darah yang mengalir tanpa henti ke hujung kakiku, mula mengotori lantai. Tak semena-mena pandanganku mula dikaburi dengan air mataku sendiri.
"Omma.."
Mata aku pejamkan, tangisan tak dapat aku tahan, menahan sakit dan takut.
"Yerim.."
.
.
.
Berkali-kali aku mencuba, semuanya terasa sia-sia. Tercungap-cungap aku cuba mencari nafas, setiap nafas yang aku atur terasa cukup sukar.
Air mata tak dapat aku tahan, terasa cecair hangat mula mengalir perlahan membasahi sisi tepi mataku, pandanganku mula terlihat cukup kabur.
Terdengar suara jururawat dan doktor silih berganti, mendorong aku untuk terus mencuba namun tubuhku terasa cukup lemah.
"Puan, with all your strength, I want you to push. Your baby need you now. Your baby already stuck for a long time, how struggling you're now, so is your baby."
Dengan mata yang terpejam, teresak-esak aku menangis. Terasa cukup bersalah dengan bayiku sendiri.
Apa yang aku mampu lakukan sekarang hanya menangis, menahan rasa sakit yang tak tertanggung dengan dada yang terasa cukup sesak, kecewa dengan diriku sendiri kerana terlalu lemah.
Aku hanya membiarkan saat alat bantuan pernafasan mula dipasangkan pada mulut dan hidungku.
Saat merasakan kontraksi, dengan berbekalkan tenaga yang ada, sekali lagi aku cuba untuk meneran sehingga kiraan sepuluh sebelum aku kembali terbaring.
Tercungap-cungap aku mencari nafas. Walaupun dengan bantuan alat pernafasan namun nafas yang aku atur masih terasa cukup sukar dan menyesakkan dadaku.
Terasa cukup lelah sehinggakan aku tak mampu untuk menangis lagi, kelopak mata aku terasa cukup berat. Terdengar suara jururawat dan doktor memintaku untuk kekal sedar namun terasa cukup sukar buatku.
Saat mataku terpejam, aku mula membayangkan saat kali pertama Naeun diserahkan kepadaku, dengan adanya Jungkook di sisiku. Masih terlihat jelas di ingatanku senyumannya saat pertama kali melihat Naeun.
"Saya dah tak larat, Jungkook.."
"Saya minta maaf.."
Tuturku di dalam hati.
"Saya tak mampu, Jungkook.."
"Saya tahu awak mampu, awak kuat, Yerim.. salah satu perkara tentang awak yang buat saya jatuh cinta pada awak, saya tahu awak kuat.."
Terasa cukup sebak saat mengingati kembali kata-kata semangatnya buatku saat dirinya menemani aku tika aku melahirkan Naeun dulu.
Perlahan-lahan kelopak mata aku celikkan, dapat aku dengar suara jururawat dan doktor tak henti-henti memberikan dorongan dan kata-kata semangat buatku.
Dengan bantuan jururawat yang memberi sokongan pada belakang kepalaku, aku menunduk dan saat aku mula merasakan sakitnya kontraksi, sekali lagi, berbekalkan tenaga yang ada aku cuba untuk meneran sehingga kiraan sepuluh.
Namun belum sempat sampai pada kiraan sepuluh, dapat aku rasakan tubuh kecilnya meluncur keluar sepenuhnya dari tubuhku.
Kini aku kembali terbaring, dadaku berombak laju mengatur nafas yang terasa cukup laju. Mata aku pejamkan, air mata aku biarkan mengalir perlahan.
"Tahniah puan. Puan dapat anak lelaki."
Perlahan-lahan mata aku celikkan seraya menunduk saat terasa tubuh kecilnya diletakkan di atas perutku.
Masih tidak percaya kini dirinya berada di dalam dakapanku, wajahnya aku amati.
"Jungkook.."
"Hmm?"
"Mesti best kan kalau dapat baby lagi."
"Lain macam je soalan awak tadi."
"Taklah, saya cakap je. Bila tengok Yeonjun, teringin pula nak anak lelaki."
"Kita kan dah ada seorang, Eunwoo."
"Tahu tapi teringin nak yang muka macam awak."
"Naeun kan ada."
"Tapi Naeun versi perempuan awak, saya nak yang versi junior awak. Boleh?"
"Boleh. Nak bila?"
Perlahan-lahan bibirku mengukirkan senyuman namun terasa cukup sebak.
Jungkook, kita dapat anak lelaki..
"Anak omma.." Bisikku perlahan dengan air mata mengalir perlahan, terukir senyuman di bibirku.
Tanpa mempedulikan jururawat yang sibuk membersihkan cecair pada hidung dan mulutnya, tangan kecilnya aku genggam dengan mata aku tidak lepas dari menatapnya.
"Doktor, baby masih tak gerak."
Kepala aku angkatkan saat terdengar suara jururawat menyapa perlahan pendengaranku.
Kini aku kembali menunduk, baru menyedari yang sejak tadi, dirinya langsung tidak bergerak mahupun menangis.
"Sayang.." Dibalik topeng pernafasan yang menutupi mulut dan hidungku, bibirku bergerak perlahan, memanggilnya. Tangan kecilnya aku gerakkan perlahan namun terlihat dirinya masih diam buatkan dadaku terasa cukup sesak.
Dengan pandangan mataku yang semakin kabur, tidak lepas mataku dari terus menatapnya, mengharapkan sebarang reaksi darinya. Belakang badannya aku usap lembut, tak semena-mena air mataku kembali mengalir.
"Bangun ya? Jangan buat omma risau.." Pintaku dengan getaran suara perlahan namun rasa sebak semakin menguasaiku saat dirinya masih diam dengan matanya terpejam rapat.
Detakan jantungku mula terasa laju saat jururawat mula membawa tubuh kecilnya menjauhi aku. Terasa cukup lemah untuk menghalang, aku hanya membiarkan.
Terlihat dirinya dibawa ke hujung bilik ini sebelum tubuh kecilnya hilang dari pandanganku, terhalang dengan tubuh jururawat di sekelilingnya.
Belum sempat aku bersuara, bertanyakan tentangnya, dadaku terasa cukup sesak, nafas yang aku atur mula terasa cukup sukar. Pandanganku mula terlihat cukup kabur, begitu juga pendengaranku.
Aku cuba untuk kekal sedar, hanya untuk memastikan dirinya baik-baik saja namun terasa cukup sukar.
Dengan pandangan yang terlihat cukup kabur, tidak lepas mataku dari terus memerhatinya dari jauh.
Perlahan-lahan kelopak mataku terpejam rapat dengan air mataku mengalir perlahan.
.
.
.
Hambar kan? Sorry. :') Tunggu tau lagi beberapa bab, habislah cerita ni. ;)
120 VOTES TO UNLOCK NEXT CHAPTER BOLEH? :')💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top