64
.
.
.
"Happy new year!"
Semua mula bersorak keriangan, pada masa yang sama persembahan bunga api dimulakan. Tidak lepas mata aku melihat kemeriahan cetusan warna bunga api di hadapanku.
Pertama kali sambutan malam tahun baru aku semeriah ini. Aku menoleh memandang Somi saat dirinya memelukku.
Ya, aku dah berbaik dengan dia. Terima kasih dekat Jungkook sebab jadi orang tengah even sempatlah aku dengan Somi buat sinetron tadi.
Berair pula mata aku tiba-tiba, nah kau tak pasal-pasal aku nangis tapi senyuman masih terukir dekat bibir aku.
Aku ni dah gila ke apa?
"Wei, janganlah nangis. Kau takut mercun ke?" Tanya Somi buatkan aku ketawa sambil seka air mata sendiri.
"Abang, tengoklah tunang abang ni."
Laju je aku mengelak bila Jungkook yang sejak tadi berdiri sebelah aku mula jengukkan kepala dia dekat depan aku, nak tengok muka aku.
Makin sedih pulak aku bila dengar Jungkook ketawakan aku sebelum terasa dia peluk bahu aku dan kepala aku dibawa ke dadanya.
"Lapar ke?" Tanya Jungkook, nak mengusik akulah tu. Aku tak tengok muka dia tapi aku tahu dia tengah gelakkan aku.
"Dahlah jangan nangis, nanti orang ingat saya dera awak pulak." Pujuknya sambil menunduk, terasa tangannya turut sama membantu aku mengesat air mata aku.
"Dah ah, nak cari pakwe lah macam ni." Rungut Somi, dengkilah tu.
"Kau jangan nak menggatal. Kau tu kecik lagi, belajar." Marah Jungkook tapi yang sentapnya aku.
"Tapi Yerim—"
"Dia lain." Potong Jungkook selamba buatkan aku ketawa.
Oh aku menggatal dengan dia tak apalah ni?
"Kalau nak dating lain kali jangan ajak orang, ih nyampah!"
Baru je Somi nak acah-acah merajuk, aku terus peluk bahu Somi sebelum kami sama-sama sambung tengok persembahan bunga api yang makin rancak di hadapan kami.
"Handsome-handsome kan lelaki kat sini, geram tengok." Ucapku sambil tengok kiri kanan dengan Somi.
"Tulah tu."
Tiba-tiba pula ada orang berdehem nak attention. Toleh-toleh je aku nampak Jungkook dengan muka keruh dia mendekati aku sebelum bahu aku dipeluk dan ditarik mendekatinya.
Geli leher aku dibuatnya bila dia kepit leher aku dengan lengan dia buatkan aku ketawa.
"Cakap apa tadi?" Tanyanya buatkan aku ketawa.
.
.
.
"Sebelum masuk kolej, saya nak awak belajar naik kereta, ambil lesen kereta. Sem depan duduk rumah, tak payah duduk hostel lagi. Okay?"
Cadang Jungkook seraya mengambil tempat duduk di sebelahku. Entah cadangan ke arahan ni.
"Kenapa pula?"
"Bagilah peluang junior lain duduk, asyik awak je duduk situ."
Ah, ini semua alasan!
"Tapi saya mana ada kereta kalau saya ada lesen pun."
"Kat luar tu ha, ada tiga, pilih je awak nak bawa yang mana." Selamba dia bersuara sambil sedut banana milk dia.
Amboi, riak kemain dia. Dia ni sugar daddy aku ke apa?
"Itu semua kan kereta awak, bukan kereta saya."
"Dah tu awak naik jelah kereta sorong nanti."
Buat lawak pulak dia babap karang ish!
Dia ketawa bila tengok muka tak puas hati sebelum dia betulkan posisi duduk dia betul-betul menghadap aku.
"Pakai jelah, saya punya awak punya, okay? Yang penting ambil lesen dulu. Nanti senang kalau awak nak pergi mana-mana."
Mulalah hati aku ni tersentuh dan disentuh, terharu. Tak terbalas rasanya jasa dia untuk aku.
"Jungkook saya tak tahu macam mana nak balas balik semua yang awak bagi pada saya..Macam mana kalau saya tak mampu balas balik?" Tanyaku dengan mata yang mula berair, alah emosi kemain.
"Saya tak minta pun awak balas balik, lagi pun saya cuma buat apa yang termampu. Tak payah fikirlah. Apa yang saya nak cuma awak happy and achieve semua yang awak nak dalam hidup awak, itu je, okay?" Tanyanya lembut buatkan aku makin tersentuh.
"Saya tak tahu apa akan jadi dekat saya kalau awak tak ada.." Balasku perlahan, selama ini pun, aku bertahan hanya disebabkan dia.
Kelihatan dia terkedu dengan kata-kataku. Untuk seketika dia hanya diam merenungku.
"Jangan cakap macam tu."
"Do not rely on others, or even on me. You have to survive for your own self because end of the day, you only have yourself. Saya tak selalunya ada dengan awak, Yerim.."
Tuturnya perlahan buatkan jantungku berdegup laju, membayangkan dirinya tiada di hadapanku sekarang.
" Sebab tu dari sekarang saya nak awak lebih berdikari, but I know you're already an independent woman, jadi saya tak risau sangat kalau apa-apa jadi dekat saya nanti."
"Apa awak cakap ni?" Tanyaku dengan nafas yang mula mengatur laju, tak suka dengan kata-katanya.
"Saya cakap benda betul, Yerim. Kita tak tahu apa akan jadi dekat masa depan kita nanti, mungkin saya pergi dulu sebelum awak, kita tak tahu—"
"Saya tak suka awak cakap macam tu." Marahku buatkan dia terdiam. Pandanganku mula dikaburi air mata aku sendiri, makin sebak bila mata dia tak lepas merenung anak mata aku.
"Then, biar saya yang mati dulu." Tuturku tekad sebelum aku bangun dan langkah aku atur meninggalkannya tanpa mempedulikan suaranya memanggilku lembut.
.
.
.
"Macam mana? Okay?"
Tanya Jungkook saat aku masuk ke dalam keretanya. Dengan dia yang masih pakai seat belt, aku terus peluk dia.
"Saya lulus!"
Kedengaran tawanya perlahan sebelum dia membalas pelukanku, terasa tangannya mengusap rambutku sekejap.
"I know you can do it." Ucapnya saat pelukan antara kami terlerai.
"Lepas ni bolehlah awak bawa saya jalan-jalan pergi Busan." Usiknya sambil memulakan pemanduan.
Kalau dah handsome, bawa kereta pun handsome. Tak faham akulah. Ni kalau dia petik paku-pakis tepi jalan pun nampak handsome, mahu berhenti yang tengok.
"Huaaa rindu halmeoni! " Ucapku dengan muka sedih buatkan Jungkook terhibur sendiri.
Tak sabar nak jumpa halmeoni, nak kasi tahu dia yang sekarang ni aku dah selamat bertunang dengan Jungkook, cakepp.
"Lapar tak?" Tanyanya buatkan aku mengangguk laju.
"Lapar. Tadi pagi tak sarapan pun, nervous punya pasal." Aduku buatkan Jungkook tersengih.
Sekarang dah pukul dua belas lebih, mahunya tak lapar..
.
.
.
"Oh my god! Jungkook!"
Terus aku berlari ke dapur dengan telefon aku, mencari seketul Jeon Jungkook.
Baru je Jungkook nak buka peti sejuk, aku tutup balik buatkan Jungkook mengeluh dengan mata terpejam rapat, geramlah tu.
"Ni kenapa jadi beruk ni?" Tanyanya geram sambil tenung aku dengan mata membulat, alah tiottt.
"Tengok ni." Ucapku teruja sambil tayang skrin telefon aku dekat dia.
"Saya dapat pointer 3.8, okay kan?" Tanyaku teruja walaupun tadi koyak sekejap sebab tak dapat 4flat tapi kira okaylah dengan aku nya tak study sangat sebelum ni sebab broken dengan mamat depan aku ni.
"Kenapa physics dapat A- ni?"
Tanyanya sambil bercekak pinggang.
"Sebab awaklah, orang nak final exam dia minta putus pula,tak fokus orang tahu."
"Amboi, yang lain elok je sampai fizik tiba-tiba tak boleh fokus eh? Addmath tu elok je A+, terlebih fokus nampak?"
Eh, eh, dia perli kita balik?
.
.
.
"Yerim, sini kejap."
"Nak apa?" Tanyaku namun langkah masih aku atur mendekatinya yang sedang duduk di ruang tamu.
"Duduk." Arahnya dan aku hanya menurut.
Baru je aku duduk, dia dah hulurkan sesuatu dekat aku.
Kunci.
"Hadiah saya untuk awak sebab dapat pointer 4flat sem lepas and 3.8 this semester. Sem depan kalau dapat 4flat balik, saya kasi helikopter."
Aku ni dahlah mudah terhibur, tergelak juga aku dengan lawak hambar dia.
"Esok try bawa saya jalan-jalan naik Honda civic."
Aaaa tachoddd.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top