64

.
.
.

[3 BULAN KEMUDIAN]

Tali beg tanganku aku genggam erat, tengok kiri kanan dulu, pastikan line clear.

Lepas betul-betul pasti yang tiada siapa memerhati, langkah aku atur secepat mungkin ke pintu utama rumah walaupun rasa masih terkedek-kedek langkah yang aku atur sekarang ni, maklumlah tinggal tunggu hari.

Baru saja tangan aku hendak menyentuh tombol pintu rumah, terdengar suara seseorang berdehem di belakangku buatkan tubuh aku menjadi statik.

"Nak pergi mana, mak buyung?"

Alamak.

Lambat-lambat badan aku pusingkan, menghadap Somi yang awal-awal sudah bercekak pinggang, merenungku tajam.

"Eh, dah bangun?" Tanyaku sambil tersengih, buat-buat comel, harapnya menjadi. Terlihat Somi menggeleng perlahan, masih merenungku geram.

"Kau nak pergi hospital kan?" Duganya buatkan perlahan-lahan senyuman aku memudar.

Lambat-lambat aku menunduk. Dapat aku dengar keluhannya perlahan.

"Kitorang bukan tak nak bagi kau jaga abang aku tapi kau kan dah nak bersalin, duduklah rumah. Nanti kalau jadi apa-apa dekat kau time kau jaga abang aku macam mana?"

"Tapi kan aku jaga Jungkook dekat hospital, nanti apa-apa jadi dekat aku bukan ke lagi senang sebab memang dah dekat hospital—"

"Menjawab, menjawab. Nampaklah dari mana Naeun dapat perangai kuat menjawab dia tu."

Sekali lagi aku menunduk, tayang muka sedih. Time-time macam nilah Naeun tak ada nak back up aku.

"Aku rindu abang kaulah." Aduku sambil tayang muka sedih, tenung Somi.

"Fikir sweet lah tu? Tak ada, tak ada. Duduk rumah. Ni aku nak keluar kejap, kau jangan curi-curi keluar eh."

Senyuman aku tahan. Oh, nak keluar kejap eh? Tak bagi aku curi-curi keluar eh? Ngokeyhh.

.
.
.

"Terima kasih."

Tuturku dengan senyuman kepada pelayan kafeteria hospital ini seraya mengambil bungkusan makanan yang aku pesan buat omma setelah selesai membuat pembayaran.

"Yerim."

Terbantut langkahku hendak meninggalkan kaunter kafeteria ini saat datang seseorang menegurku.

Sebaik saja aku menoleh, terlihat Seokjin sedang menghampiriku dengan senyuman terukir di bibirnya.

"Sorang je?" Tanyanya seraya menarik lembut tanganku agar menjauhi kaunter saat perasan yang kami sedang menghalang laluan pelanggan lain.

"Berdua. Ni." Gurauku hambar sambil tunduk pandang perut aku buatkan dirinya tertawa sebelum dirinya terangguk-angguk faham.

"Oh, sorry. Tak nampak tadi." Usiknya buatkan aku tertawa.

"Giliran awak pula ke untuk jaga Jungkook?" Tanyanya, cukup tahu yang aku dan omma sering bertukar tempat untuk menjaga Jungkook.

Aku hanya tersenyum seraya menggeleng perlahan.

"Sebenarnya omma tak bagi, suruh duduk je rumah tapi.." Sengaja aku biarkan ayatku tidak berpenghujung sebelum aku hanya tersenyum hambar.

Terlihat Seokjin hanya tersenyum.

"Betullah kata Jungkook, awak ni keras kepala." Usiknya dan aku hanya ketawa perlahan.

"Kita duduk sekejap nak? Kebetulan ada sesuatu yang saya nak sampaikan pada awak."

Pelawanya buatkan aku berdebar sendiri namun senyuman aku cuba ukirkan seraya mengangguk kecil.

"Sure."

.
.
.

"Dah berapa minggu?"

"39 minggu."

"Wah, dah nak keluar jumpa omma, appa dialah ni? Kena jaga-jaga, anytime je tu."  Pesannya dan aku hanya tersenyum seraya mengangguk.

"Tapi tulah, risau juga. Langsung tak tunjuk tanda-tanda nak keluar padahal jangkaan due date dalam minggu ni. Tunggu appa dia bangun dulu kut." Gurauku dan dapat aku lihat Seokjin hanya tersenyum.

"Awak kata nak sampaikan sesuatu pada saya tadi, apa dia?" Tanyaku saat teringat tujuan utama kami duduk bersemuka di kafeteria ini sekarang.

"Awak masih ingat apa yang saya sampaikan pada awak tiga bulan lepas, tentang Jungkook?"

Tanya Seokjin, cukup perlahan dan berhati-hati. Tersentap saat soalan itu ditujukan kepadaku buatkan aku hanya berdiam diri.

"Minggu hadapan, genap enam bulan Jungkook koma, tak sedarkan diri.. Awak faham kan maksud saya, Yerim?"

Tanyanya dengan panahan matanya menikam lembut anak mataku buatkan aku pantas mengelak dari terus menatapnya lebih lama.

"21 hari bulan 3, tarikh sah yang tercatat pada dokumen yang telah ditandatangani oleh Jungkook untuk pihak hospital menghentikan segala rawatan pada dia sekiranya dalam tempoh sebelum tarikh itu, dia masih belum sedar dari koma."

Perlahan-lahan pandanganku kembali tertumpu padanya yang merenungku dengan tatapan yang jelas, bersimpati denganku.

21 hari bulan 3, hanya berbaki tiga hari saja lagi..

Diluar kemahuanku, tubir mataku mula digenangi air mataku namun tidak lepas mataku dari terus menatapnya.

"Tak boleh ke tunggu sekurang-kurangnya,.. sampai baby kami lahir?" Tanyaku perlahan dengan tubir mata yang terasa cukup sarat dengan air mataku.

Terlihat untuk seketika dirinya hanya diam menatapku sebelum dirinya menunduk dengan kepalanya menggeleng perlahan.

"I'm sorry, Yerim.."

.
.
.

Hari ini aku tidur sendirian di bilik, membiarkan Naeun yang sudah tertidur di bilik Somi.

Sejak tadi aku hanya diam, duduk berlunjur di atas katil dengan iPad milik Jungkook terletak elok di atas ribaku, tidak bersentuh.

Sisi tepi gajet ini aku usap perlahan sebelum power button iPad ini aku tekan. Untuk seketika aku hanya diam, menatap gambar perkahwinan aku dan Jungkook yang dijadikan sebagai wallpaper iPad ini.

Wajah Jungkook yang sedang tersenyum aku tatap lama sebelum lambat-lambat hujung jari-jemariku mengusap lembut pipinya.

Sedar yang pandanganku mulai dikaburi air mataku, cepat-cepat aku mengalihkan tumpuanku dengan memasukkan kata laluan iPad ini, tarikh perkahwinan kami, hari di mana kami disatukan.

"Jungkook minta saya sampaikan pada awak yang dia ada tinggalkan sebuah pesanan untuk awak dalam bentuk audio yang tersimpan dalam iPad milik dia. Dengarlah bila awak betul-betul rindukan dia nanti, bila awak rasa awak betul-betul perlukan dia.."

Teringat pesanan Seokjin buatku saat dirinya menyerahkan iPad ini kepadaku, bahagian audio gajet ini aku buka. Baru hari ini, aku terdetik untuk membukanya.

Sebaik saja bahagian audio aku buka, terlihat satu audio di bahagian paling atas cukup menarik perhatianku.

Audio yang bertulis 'For Choi Yerim🌼' sebagai namanya itu aku tatap lama.

Sebelum perlahan-lahan tanganku mula memasukkan earphone yang sudah terpasang pada iPad miliknya, ke dalam cuping telinga kananku.

Kini lambat-lambat hujung jariku menekan butang mula.

"Sayang."

Sebaik saja rakaman suara itu bermula, terdengar suaranya memanggilku 'sayang' dengan nada suara yang sering dirinya gunakan saat mengusikku.

Dapat aku bayangkan senyumannya kini, sama seperti saat setiap kali dirinya mengusikku kerana aku dan dia tahu, bukan selalu dirinya memanggilku 'sayang'.

Kini terdengar tawanya perlahan buatkan hatiku terusik diterpa rasa sebak. Mata aku pejamkan, membayangkan dirinya ada bersama denganku sekarang, tertawa di sisiku dengan matanya menatapku lembut.

"Tak pernah terfikir untuk saya buat rakaman suara seperti ini untuk awak. Selalunya saya buat untuk presentation, untuk students saya. Tapi kali ini, saya buat khas, untuk awak, isteri kesayangan saya."

Seolah-olah dirinya ada di sini bersama denganku sekarang, suaranya di pendengaranku terasa cukup nyata.

Membayangkan dirinya sedang berbual denganku, menyampaikan kata-kata ini kepadaku dengan senyuman lembutnya buatkan aku terasa sebak.

"Mungkin ada cara lain untuk saya sampaikan semua pesanan ini nanti pada awak tapi saya pilih cara ini sebab saya tahu, sampai masanya nanti, awak akan rindukan suara saya.."

Air mata tak dapat aku tahan. Dengan mata yang masih terpejam, aku hanya membiarkan saat air mataku mula mengalir membasahi pipku, satu per satu.

"Untuk pengetahuan awak, sebelum saya rakam pesanan ini untuk awak,.. Saya dah buat sesuatu yang mungkin akan buat awak marahkan saya dan mungkin bencikan saya.. keputusan yang paling sukar yang pernah saya lakukan.."

"Kalau awak dah tahu, saya minta maaf, Yerim... Saya tahu, dari dulu, saya tak pernah jujur dengan awak.. "

"Bukan mudah untuk saya buat keputusan ni sedangkan saya tahu, awak dan Naeun masih perlukan saya,.. Dengan Naeun yang masih kecil.. Dengan awak tengah bawa baby kita.."

"Ada masanya saya menangis, semua yang berlaku sekarang ni, di luar kemahuan saya kecuali satu, baby kita.."

"Kalau ditakdirkan saya tak sempat jumpa dia, ceritalah tentang saya pada dia bila dia dah besar nanti, macam kita cerita tentang Eunwoo pada Naeun.. "

"Kalau ditakdirkan saya pergi nanti, tolong isi kekosongan tempat saya dalam kehidupan awak dan Naeun, ya? Saya izinkan."

"Bila Naeun dah besar nanti, pandai macam omma, appa dia, bagitahu dia yang appa bangga dengan dia.. Bila dia tanyakan tentang saya pada awak, ceritalah tentang saya dengan senyuman,.. andai dia rindukan saya, bagitahu dia yang appa selalu ada dengan Naeun,.. Ceritakan pada dia semua kenangan manis saya dan dia saat dia masih kecil yang mungkin dia terlupa,.."

"Untuk isteri kesayangan saya ni pula,.. walaupun saya dah pergi jauh dari awak nanti, awak tahu kan saya sentiasa ada dengan awak? Awak masih ada Naeun dengan baby kita, sebahagian saya dan separuh nyawa saya akan selalu ada dengan awak.. Jangan selalu sangat teringatkan saya ya? "

"Berat untuk saya tinggalkan awak tapi ini yang terbaik buat kita.. saya tak nak setiap hari, awak tunggu saya, terus mengharap yang saya akan sihat sedangkan saya tak mampu.."

"Saya minta maaf, Yerim.."

.
.
.







Sad ending?

Happy ending?

Thank you so much for all the support that I've received from you guys. I really appreciate it. Love you.🥺💜

120 VOTES TO UNLOCK NEXT CHAPTER ;)💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top