59

.
.
.

[3 BULAN KEMUDIAN]

Sudah tiga bulan berlalu, aku cuba untuk terlihat biasa di hadapan semua orang, terutamanya saat aku bersama Naeun kerana aku tahu, yang dia ada cuma aku..

Cepat saja masa berlalu, usia kandungku sudah mencecah enam bulan. Setiap hari semakin terasa pergerakannya menyapaku.

Setiap malam aku menangis sendiri, tiada siapa yang tahu. Kadangkala di saat aku menangis sendirian, terasa dirinya menyapaku dengan pergerakannya yang cukup perlahan, mengingati aku yang aku tidak sendirian.

Pagi ini aku sibuk menyiapkan Naeun untuk hari pertamanya ke tadika. Terasa sebak pula saat memikirkan betapa pantasnya masa berlalu, kini usianya sudah empat tahun.

Setelah Naeun lengkap berpakaian uniform, sengaja aku kelipkan hair clip berbentuk arnab pada hujung rambutnya sebelum aku tersenyum sendiri saat menatapnya sekarang.

Kalaulah Jungkook ada bersama dengan kami sekarang..

Tak semena-mena mataku mula terasa panas dan membahang.

Namun cepat-cepat aku mengalihkan tumpuanku dengan mengambil beg galas milik Naeun di atas sofa berdekatan katil.

Kemudian aku kembali duduk di hadapan Naeun di atas katil sebelum tali beg miliknya aku sarungkan ke kedua-dua bahunya.

"Omma.."

"Hmm?"

"Bila appa nak balik?"

Terdengar suara Naeun perlahan menyapaku buatkan perlahan-lahan kepala aku angkatkan, berbalas renungan dengannya.

Terlihat tatapan matanya yang polos menikam tepat anak mataku buatkan aku kehilangan kata-kata.

Selama tiga bulan ini, beberapa kali dirinya bertanyakan persoalan yang sama namun seringkali omma dan Somi pantas menukar topik sehinggakan Naeun sendiri terlupa.

Tapi kini, aku hanya berdua dengannya.

Tidak mahu lagi mengelak dari terus menjawab persoalannya, perlahan-lahan bibirku mengukirkan senyuman, namun terasa cukup pahit.

Rambutnya aku usap lembut dan perlahan.

"Naeun rindu appa ya?" Tanyaku walaupun aku sendiri tahu jawapannya.

Terasa sebak saat melihat matanya mula berkaca menatapku sekarang. Terlihat dirinya mengangguk perlahan dengan mata yang berair.

Tidak sanggup melihatnya sekarang, tubuh kecilnya aku tarik ke dalam pelukanku sebelum sisi kepalanya aku kucup perlahan dan lembut.

Mata aku pejamkan, tidak mahu menangis di hadapannya. Mata kembali aku celikkan dengan senyuman cuba aku ukirkan semanis mungkin sebelum aku mengundur dari terus memeluknya.

"Dahlah jangan sedih-sedih. Nanti balik sekolah, omma belikan Naeun banana uyu, nak tak?"

"Nak!!"

Tergelak aku saat Naeun mula bersorak penuh semangat walaupun hakikatnya terasa cukup sebak saat melihat betapa naif dirinya sekarang, masih kecil untuk aku berterus-terang dengannya tentang ayahnya sendiri.

.
.
.

"Belajar elok-elok, appa hantar Yeonjun pergi tadika untuk...?"

"Main!"

"Belajar." Tutur Jimin perlahan dan lembut namun matanya membulat merenung geram Yeonjun yang bersorak keriangan gaya otomen buatkan aku tergelak.

Kebetulan pula Jimin dan Kak Yumi turut menghantar Yeonjun di tadika yang sama dengan Naeun sementara mereka masih tinggal di Korea untuk setahun lagi sebelum mereka pulang ke Australia.

Disebabkan Kak Yumi sibuk menjaga baby Soobin yang demam, terpaksalah Jimin sendiri yang menghantar Yeonjun ke tadika denganku dan Naeun, sekali jalan.

"Naeun pun belajar elok-elok tau, tolong tengok-tengokkan abang Yeonjun ni, kalau dia makan pasir ke pukul kawan dia ke, uncle bagi kuasa uncle dekat Naeun untuk pukul dia tapi jangan kuat-kuat tau."

Aku hanya tertawa saat Jimin memberi pesanan kepada Naeun. Aku hanya memerhati saat Jimin mula duduk bertinggung di hadapan Naeun sebelum tubuh Naeun dipeluk.

Tanpa aku sedari, aku mula membayangkan Jungkook berada di tempat Jimin sekarang. Memeluk Naeun, cukup erat dengan senyuman terukir di bibirnya.

Kalau dirinya ada di sini sekarang, pastinya dirinya akan melakukan perkara yang sama. Memberikan pesanan kepada Naeun dengan senyuman terukir di bibirnya.

Mungkin dirinya lebih berat hendak berpisah dengan Naeun berbanding aku dan Naeun sendiri saat kami pulang meninggalkan Naeun di sini nanti.

Kini, dapat aku bayangkan dirinya mengucup lembut dahi Naeun, beralih pula pada kedua-dua belah pipi Naeun sebelum terlihat Naeun pula mengucup pipi kirinya lembut, buatkan dirinya tersenyum.

Perlahan-lahan bibirku mengukirkan senyuman.

.
.
.

"Jungkook, saya datang ni."

Tuturku perlahan dengan senyuman sebelum beg tanganku, aku letakkan di atas kerusi bersebelahan katil.

Tanpa menunggu lama, aku menunduk sebelum dahinya aku kucup, lembut dan perlahan.

"Dah mandi belum ni?" Tanyaku dengan senyuman seraya tanganku mengelus lembut rambutnya yang mulai tumbuh walaupun aku tahu, tiada respons darinya.

"Rindu saya tak?" Tanyaku lagi dengan mataku masih tidak lepas menatap wajahnya yang terlihat cukup tenang, seperti lena diulit mimpi.

"Lambat Puan datang hari ni."

Aku menoleh saat datang seorang nurse menegurku dengan senyuman ramahnya buatkan aku turut tersenyum.

Sudah tiga bulan aku menjaga Jungkook di sini, sampaikan staff wad ni pun dah kenal aku.

Kini mata aku tertumpu pada besen berisi air dan tuala kecil yang dibawa sekali oleh jururawat tersebut.

"Saya baru je nak tolong lap-lapkan badan patient. Tunggu puan tak sampai-sampai, selalu puan yang buat."

"Eh tak apa, biar saya yang buat."

Halangku dengan senyuman seraya menghampiri nurse tersebut.

"Cemburu eh?"

Eh sempat pula nurse ni usik aku.

Aku hanya ketawa sambil memerhatinya yang mula meletakkan besin di hujung katil.

"Naeun mana?"

Nampaknya Naeun lagi famous dari aku.

.
.
.

Perlahan-lahan tangan kanannya aku letakkan di atas ribaku sebelum dengan senyap, tangannya aku lap cukup lembut menggunakan tuala basah.

"Nasib baik nurse tadi tak sempat 'mandikan' awak kalau tak, sukalah awak kan? Yalah, dia kan cantik, slim gitu. Tak macam saya, dah macam Doraemon, tengah pregnant pula tu, entah anak siapa entah dalam ni."

Bebelku sendiri sebelum aku terdiam, rasa senak sekejap bila kena 'sepak' dengan anak sendiri. Eh sentap pula dia, macam ayah dia dulu-dulu, perli sikit sentap.

"Amboi dia, back up appa eh?"  Tanyaku dan aku hanya tertawa perlahan saat terasa pergerakannya sekali lagi.

Kini tangan Jungkook aku tarik sebelum aku letakkan di atas perutku. Kali ni makin galak dia bergerak saat merasakan telapak tangan Jungkook di atas perutku, macam tahu-tahu je tangan abah dia.

Dengan senyuman, kepala aku angkatkan, memandang Jungkook namun perlahan-lahan senyumanku terasa cukup hambar, tahu yang dirinya tak akan memberikan sebarang respons kepadaku.

Perlahan-lahan aku menunduk, kembali mengelap lembut lengannya.

"Hari ni Naeun dah daftar masuk tadika, dia tak nangis pun, siap halau saya balik adalah." Aduku, buat-buat sedih seraya menunduk dengan tangan masih sibuk mengelap tubuhnya.

"Dia ada tanya saya pasal awak, dia cakap dia rindu awak.." Ceritaku lagi cukup perlahan sebelum perlahan-lahan kepala aku angkatkan, menatapnya.

"Tapi awak jangan risau, saya cakap je nak belikan dia banana uyu lepas dia balik sekolah nanti, terus dia happy balik." Sambungku lagi dengan tawa perlahan.

"Lepas tu, tadi lepas hantar Naeun, saya pergi check up baby, doktor kata semua okay, heartbeat, berat. Cepat kan masa berlalu? Baby dah masuk enam bulan dah. Nanti tengok-tengok, saya dah kat labor room dah."

Ceritaku lagi dengan tawa seraya menunduk, kali ini tuala kecil aku rendamkan ke dalam air di dalam besen sebelum tuala tersebut aku perah.

"Awak bangunlah cepat,.. Nanti siapa nak temankan saya?"

Tanyaku perlahan seraya menunduk, tak semena-mena mataku mula terasa panas dan membahang.

Perlahan-lahan tanganku terhenti dari terus mengelap lembut lengannya sebelum mataku tertumpu pada cincin perkahwinan kami yang masih tersarung elok pada jari manisnya, begitu juga pada jari manisku.

"Tak apalah, awak rehatlah selama mana yang awak nak, saya tunggu.."

.
.
.












Sekali lagi, maaf lambat update sebab sis tak confident, tengoklah betapa hambarnya part ini, sebelum ini dan juga akan datang. Tunggu tau, sikit je lagi. :')

110 VOTES FOR UNLOCK NEXT CHAPTER BOLEH? :)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top