58

.
.
.

Cepatnya masa berlalu, sekarang dah mid semester kedua aku. Aku dengan Jungkook? Makin in love gichew. Tapi dah biasa dah kalau dia buat-buat tak kenal aku dekat kolej, aku faham.

Pasal miss Hana pula aku dah malas nak fikir, cukuplah aku percayakan Jungkook sorang.

Tentang Sir Kim pula, aku cuma kerap jumpa dia dalam kelas. Selalu jugalah dia aim aku dalam kelas.

Kadang-kadang minta tolong aku bawakan barang dia pergi unit even aku bukan lagi representative untuk kelas dia. Budak lain dah ganti tempat aku.

Aku pun jarang jumpa Jungkook. Chat pun bila ada masa. Apatah lagi on call dan video call, jangan haraplah. Dia pun sibuk.

Makin sibuk bila final exam dah nak dekat, banyak projek dan assignment, aktiviti kelab lagi.

Akhirnya waktu-waktu yang dinantikan semua student, cuti mid sem!

Dan cuti mid sem ni juga, majlis perkahwinan Jimin dan Yumi bakal berlangsung.

Jungkook yang ambil aku dan Somi pagi ni. Lepas hantar Somi dekat rumah keluarga diorang, tinggallah aku berdua dengan dia dekat dalam kereta.

"Jom makan nak?" Ajak Jungkook sambil mula memutar stereng kereta, tanpa memandang aku.

Memang aku dari tadi duduk belakang. Malas nak tukar tempat ke depan. Dah macam Datin aku kat belakang ni.

"Eleh, cakap jelah nak ajak dating." Usikku buatkan Jungkook tersengih.

"Perasan." Balasnya dengan sengihan masih terukir di bibirnya.

"Nak makan apa?" Tanyanya lagi.

"Tak kisah."

Dia hanya angguk.

"Tak sangka Jimin dengan Yumi dah nak kahwin kan. Cepatnya."

"Kejap lagi kita pula." Usiknya sambil kerling aku sekilas dari cermin depan. Kelihatan dia tersengih suka.

"Malas nak layan." Komenku buatkan dia ketawa.

"Okay apa kita kahwin awal. Saya pun dah kerja, kolej pun tak larang student kahwin, kan?"

Aku tahu dia tanya ni sekadar nak mengusik. Aku pun rasa macam tak masuk akal je nak fikir semua benda ni. Aku baru 19 tahun kut walaupun dua bulan lagi aku nak masuk 20 tahun. Sumpahlah tak masuk akal.

" Seramlah. Nanti kalau kahwin ada anak macam mana?"

"Protection kan ada. Kita hold dulu." Selamba dia merancang makin lebar sengihan dia. Dalam diam nuckal jugak dia ni, babap kang.

"Gelilah awak ni!" Marahku buatkan dia ketawa.

"Saya guraulah. Take your time, saya tunggu."

.
.
.

"Nak belikan diorang apa eh?" Tanyaku pada Jungkook.

Sekarang ni kitorang dekat mall. Lepas makan tadi aku terus ajak dia cari hadiah untuk Jimin dan Yumi.

"Belikan jelah diorang bangku. Jimin tu kan pendek, Yumi pun pendek. Takut dua-dua tak sampai nak capai balang atas kabinet rumah diorang je nanti. Siapa nak tolong?"

Sempat pulak dia buat lawak hambar dekat sini.

"Main-mainlah awak ni. Betul-betullah."

"Ni lah, kita belikan diorang set baju baby." Cadang Jungkook.

"Kan baru kahwin, kenapa pula tiba-tiba kasi baju baby? Ish."

"Jimin kan gelojoh."

Dia ni kan, tak habis-habis kutuk abang sendiri, berdendam betul. Entah apa dosa Jimin tu dekat dia pun aku tak tahulah.

"Kita belikan diorang set pinggan mangkuklah, okay kan?"

"Klishe nya." Komennya selamba tapi aku buat-buat tak dengar.

Aku terus pergi bahagian pinggan mangkuk. Aku sibuk belek-belek set pinggan mangkuk mana yang menarik sementara Jungkook hanya memerhati.

Aku menoleh bila telefon dia berbunyi. Dia keluarkan Iphone dia dari poket seluar dia dan aku pun sama-sama menyibuk nak tengok siapa yang call, dia pun langsung tak halang, kasi aku tengok sekali.

Hana

Aku pandang dia. Dia masih tenung skrin.

"Kenapa dia call awak?" Tanyaku.

"Mana saya tahu, angkat pun belum." Perlinya. Ih, geramnya aku.

"Kenapa tak block nombor dia?" Marahku.

"Yerim sayang, dia kan colleague saya. "

Ah, ini semua alasan!

"Nak saya angkat tak?" Tanyanya dengan senyuman yang ditahan. Saja nak menguji kesabaran akulah tu.

.
.
.

Setelah mengenakan baju bridesmaid yang diberikan kepadaku, aku posing sendiri depan cermin. Peach dress, ringkas tapi cantik.

Tengah aku fikir nak buat apa dengan rambut aku ni, kebetulan pintu bilik aku diketuk beberapa kali.

Mesti Jungkook.

"Masuklah." Laungku, memberi keizinan.

"Are you sure?" Tanyanya, jelas yang dia hormat dengan aku.

"Ya, masuklah."

"Saya masuk ni."

Aku menoleh bila pintu bilik aku dibuka dari luar. Terpegun sekejap tengok dia pagi ni. Handsome teruk. Jarang-jarang nampak dia pakai tuxedo. Handsome.

Kau tengok dua kali aku cakap dia handsome. Nah kau dah jadi tiga kali.

Kelihatan dia tersenyum dengan matanya tak lepas dari merenung aku. In love sekejap.

"Lah tak siap lagi ke? Buat apa dari tadi? Berangan?" Tanyanya sambil tersengih, langkahnya semakin menghampiri aku.

"Dah siaplah cuma saya tak sure nak ikat sanggul rambut ni or biar je jatuh. Awak rasa?"

"Dua-dua cantik." Pujinya perlahan dengan senyuman nipis buatkan aku berbunga sekejap.

.
.
.

Di dalam gereja, aku duduk bersebelahan dengan Somi. Hana duduk tidak jauh dari aku, dapat aku lihat sejak tadi mata dia tak lepas dari memandang Jungkook.

Berbeza pula dengan Jungkook, dari tadi main mata dengan aku. Handsome pula aku tengok dia berdiri dekat sebelah Jimin.

Setelah selesai sesi ikrar antara pasangan pengantin, maka Jimin dah tak single lagi. Semua bersorak keriangan bila Jimin dan Yumi kiss.

Kemudian kami ke luar gereja, mulalah sesi baling bunga. Kononnya siapa dapat sambut bunga tu, jap lagi kahwinlah tu tapi aku malas nak ikut. Even Somi yang single pun melebih dari aku, ikut join.

Aku cuma tengok dari jauh. Aku toleh bila Jungkook dah berdiri dekat sebelah aku. Kitorang sama-sama tengok dari jauh.

"Tak nak join ke?" Tanya Jungkook. Aku hanya menggeleng perlahan.

"Lama lagilah nak kahwin. Calon suami pun tak ada lagi." Usikku.

Dia ketawa perlahan dan kepalanya disengetkan sedikit merenung aku.

"Oh? Single lah ni? Kebetulan, saya pun. Tak nak try? Mana tahu jodoh."

Dia pun melayan je aku buatkan aku ketawa. Orang yang tengok aku sekarang ni mesti rasa gediknya aku ni.

"Jungkook."

Tengah aku dan Jungkook bergurau senda ni, datang pula seseorang menegur kami.

Hana.

Kelihatan wedding bouquet milik Yumi sudah berada di tangannya. Pasti dia yang dapat tangkap tadi.

Kelihatan yang dia cukup janggal dengan aku. Langsung tak nak pandang aku, matanya tertumpu penuh pada Jungkook.

Jungkook pula pandang aku, faham yang aku tak selesa dengan Hana.

"Diorang ajak tangkap gambar." Ajaknya.

"Okay, jom." Jungkook bersuara dan pada masa yang sama mengajak aku. Tangannya mula menarik tanganku.

"Tapi untuk family je."

Jungkook berhenti, Hana ditenung sekejap sebelum dia pandang aku.

"Tak apalah, pergilah."

"Ikutlah. You're my future wife, soon or later you'll be part of my family too. Right?"

"Tak apalah, Jungkook. Saya tak selesa."

Jungkook terdiam sebelum tangan aku dilepaskan.

"Okay. Saya hormat keputusan awak. Saya pergi kejap. " Ucap Jungkook dan aku hanya mengangguk.

Mata aku hanya memerhati dirinya dan Hana yang mula mengatur langkah seiringan menuju keluarga besar mereka yang mula berkumpul di hadapan gereja.

"Tu dia, bakal pengantin on the way!"

Usik salah seorang ahli keluarga mereka. Pastinya mereka belum tahu yang mereka dah putus. Aku hanya diam memerhati.

Tatkala mendengar usikan itu, dapat aku lihat tangan Hana mula merangkul lengan Jungkook.

Jungkook menoleh memandang aku buatkan aku cepat-cepat alihkan pandangan aku.

.
.
.

Guys, thanks tau yang sudi votes and comment tu. Sayang korang. 😭💜

Yang lain-lain tu yang suka baca cerita ni tapi malu-malu nak komen, nak tekan bintang oyen dekat bawah tu, paiti!🥺

Agaga gurau-gurau. Sayang korang jugak. 💜

Nak cakap yang cerita ni sememangnya panjang. Kalah Naagin bersiri. HAHA.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top