57
.
.
.
Dah masuk semester kedua, barulah aku sibuk nak bergiat aktif dalam kokurikulum, gichew.
Mula-mula tak tahu nak masuk apa, tapi kawan-kawan aku ajak masuk kelab hiking. Macam seronok.
Petang ni ada perjumpaan kelab, maka dengan itu, habis je waktu kelas, kami pun mencemar duli ke dataran.
Dari jauh aku dah nampak Jungkook on the way ke sini.
"Sir buat apa kat sini?" Tanyaku bila nampak Jungkook dah mula berdiri depan kami semua.
"Sir kan pensyarah yang bimbing kelab ni. Tu pun tak tahu ke? Apalah kau ni dah nak masuk setahun belajar dekat sini tak kan tak tahu?" Kutuk Yoonji.
Sumpahlah aku tak tahu. Aku just tenung Jungkook yang tengah on call dekat depan. Aku tahu dia perasan aku ada dekat depan dia ni tapi macam biasalah, dia mesti buat-buat tak kenal aku.
Tiba-tiba datang pula miss Hana.
Shit.
Dia ni buat apa pula dekat sini?
"Jangan cakap kau tak tahu miss Hana pun lecturer pembimbing kelab ni." Yoonji yang perasan aku tenung Hana tak lepas dari tadi mula tegur aku.
Tak guna.
Boleh tak aku tarik diri sekarang?
Aku tengok Jungkook selamba berbual dengan Hana tapi aku boleh nampak gaya mereka sekarang sekadar rakan kerja.
Tapi mata aku tak lepas dari memandang jari manis milik Hana. Terlihat cincin pertunangan dia dan Jungkook masih tersarung pada jari manisnya.
Berbeza pula dengan Jungkook. Hanya cincin pertunangan aku dengannya masih tersarung elok pada jari manisnya.
Namun aku sangat pasti bagi orang lain yang melihat, tanggapan mereka itu cincin pertunangannya dengan Hana.
Mereka pun tak cakap apa-apa soal putus tenang mereka, sah-sahlah orang lain masih ingat mereka masih bersama.
Aku mulalah overthinking dekat bawah pokok ni. Ya tuhan.
"Comel je miss Hana dengan Sir Jungkook kan. Sepadan gitu." Hayoung memuji dengan sengihan.
"Kan. Respect betul dengan diorang, even suka sama suka, bercinta, tapi tak pernah tunjuk. Comel je." Jiwoo pula menambah.
Aku pandang Yoonji. Yoonji padang aku. Sebenarnya Yoonji dah tahu, yang aku ada hubungan dengan Jungkook. Rasanya kawan-kawan aku yang tahu cuma Yoonji dan Somi.
" Okay, guys. Good afternoon. Terima kasih sebab sudi hadir petang ni. So petang ni kita akan pilih ahli jawatankuasa and then next, saya akan terangkan apa aktiviti kita through this semester, okay?"
Jungkook mula membuka sesi perjumpaan. Sakitnya mata aku ni bila tengok Hana saja berkepit dengan Jungkook. Berdiri punyalah dekat, macam nak melekat lengan dengan lengan, dasar kembar siam.
" Dah ah wei, aku tak nak ah masuk kelab ni, baik aku masuk kelab gotong-royong ke berenang berirama ke, maleh aku." Bisik aku dekat Yoonji.
Baru je aku nak bangun, Yoonji tarik tangan aku sampai aku terduduk balik.
"Kau jangan nak jadi drama akasia sangat. Kenapa kau tak nak? Sebab menyampah tengok miss Hana berkepit dengan Sir? Kalau aku jadi kau, time hiking nanti, aku tolak je miss Hana tu jatuh gaung. Siapa lagi nak sedarkan dia tu kalau bukan kau?"
Yoonji berbisik keras di telinga aku bagaikan hasutan syaitan. Aku pandang miss Hana. Makin bersirap aku tengok dia senyum-senyum pandang Jungkook.
.
.
.
<Snowball🐰
Merajuk dengan saya?
Mana ada
Kalau tak merajuk
Kenapa hari ni langsung tak chat saya?
Oh, perasan rupanya. Selalunya memang aku yang kacau dia. Dia pula balas bila perlu, kadang-kadang seen kan aku, kadang-kadang reply lambat. Aku fahamlah, dia busy.
Bila aku tak chat ni, reti pulak cari aku? Rindulah tu.
Selalu saya chat
bukan awak layan pun
Ni kalau dah ungkit kisah silam saya, tandanya awak memang merajuklah ni.
Ish, dia ni kan! Sempat usik aku.
Nak call?
Video call?
Takyah.
Awak kan busy.
Aku nampak dia online, tapi dia tak typing lepas aku balas macam tu. And then dia offline.
Huaaa nak nangis.
.
.
.
"Yerim, temankan aku jap."
Aku bangun dari terus baring bila Somi tegur aku. Kacaulah Somi ni, aku baru nak layan perasaan lepas dua puluh minit kena seen dengan abang dia.
"Nak pergi mana?" Tanyaku malas. Dah malam kut. Dah nak masuk pukul sepuluh dah ni.
"Pergi gate depan je. Ambil barang."
"Tak boleh ambil esok ke? Dah malamlah." Rungutku.
"Tak boleh, nanti basi."
"Makanan ke?" Bersinar mata aku. Aku bab-bab makanan ni memang laju.
"Haah. Nanti aku share lah dengan kau. Jomlah, temankan aku."
Demi makanan, aku bangun. Hoodie yang tergantung dekat kerusi aku capai.
.
.
.
Dari jauh, aku dah nampak seorang lelaki tengah berbual mesra dengan wak jaga dekat pondok pengawal.
Makin dekat makin perlahan langkah aku sebelum aku berhenti. Buatkan Somi pun berhenti.
"Kau kenapa?"
"Kau tak cakap abang kau nak datang?" Tanyaku dengan dahi berkerut geram.
Somi tersengih.
"Dia tak kasi aku bagitahu kau." Somi tersengih sambil tayang peace.
"Dah ah aku nak masuk bilik." Balasku geram.
"Alah ngada-ngada. Ikut jelah." laju saja Somi tarik tangan aku dan heret aku ke Jungkook. Aku pun bangang langsung tak melawan.
Sampailah aku dengan Somi di pondok pengawal. Kini mata aku bertatapan dengan sepasang mata milik Jeon Jungkook. Mulalah cair kejap aku.
" Ni adik saya. "Jungkook tersengih sambil kenalkan Somi dekat wak jaga di depan kami.
Memang aku pasu kat sini.
.
.
.
" Nah, abang belanja. "
Macam biasalah, mesti dia belanja mcd. Somi dah terkinja-kinja macam nak terbang dah.
Untuk Somi je ke? Aku?
Mata aku tak lepas pandang satu lagi bungkusan dekat tangan dia. Aku punya ke tu? Asal tak bagi aku? Huaaa nak aku merayu baru dapat ke?!
" Thanks abang, Somi naik dulu eh."
Bulat mata aku bila Jungkook hanya tersenyum dan angguk. Seriuslah? Mcd kat tangan dia tu bukan untuk aku?!
Aku jeling Jungkook geram. Dia pula buat-buat tak nampak. Dengan rasa geram yang amat, aku pun mula nak ikut langkah Somi masuk balik bilik.
" Somi je, awak stay sini dengan saya."
Berhenti terus aku bila dia bersuara, menegurku. Lah, nampak aku rupanya? Ingatkan tak nampak aku dari tadi.
.
.
.
Aku dengan Jungkook sama-sama duduk dekat pondok berdekatan pondok pengawal. Nasib baiklah tak ramai sangat student lalu sini malam-malam kalau tak kantoi nanti. Wak jaga pun dah tengok-tengok dah tu.
"Tak risau ke orang nampak awak berdua dengan saya ni?" Tanyaku, menduganya.
"Tak."
"Lupa ke awak tu dah bertunang dengan miss Hana? Nanti orang ingat awak ada skandal dengan saya pulak. Dah saya jadi perampas pulak."
"Saya kan dah putus dengan dia. Lagi pun kenapa nak peduli orang lain?"
"Tapi orang lain still ingat awak ni masih tunang miss Hana. Faham tak?" Tanpa aku sedar, intonasi suara aku mula bertukar nada marah.
"Sebab ni ke awak tak ada mood lately ni?" Tanyanya. Eloklah tu, soalan dijawab dengan soalan.
Aku alihkan pandangan aku dari terus berpaut pada renungannya.
"Awak nak saya bagitahu semua orang yang saya dah putus tunang dengan dia? I can do that if you want to."
"Tak payahlah."
"Yerim, kalau itu boleh puaskan hati awak, saya akan buat."
"Tak payah, Jungkook." Ucapku tegas. Entahlah, tiba-tiba rasa macam tak perlu. Cukuplah kami je tahu.
"Betul ni?" Tanyanya lagi dan aku mengangguk.
"Then, janganlah merajuk dengan saya." Pujuknya lembut.
"Mana ada merajuk."
"Dah tu, pandanglah saya."
Aku toleh pandang dia. Dia senyum.
"Look, kalau benda ni mengganggu awak lagi, just tell me. Anytime, saya akan bagitahu semua orang saya dah putus tunang dengan Hana and I'm officially and fully yours."
Ucapnya dengan senyuman buatkan aku tersentuh.
"Tapi tak nampak ke saya macam jahat nanti? Macam saya yang rampas awak dari Hana? Mesti diorang ingat saya yang buat awak putus tunang dengan Hana."
"Yerim, you need to stop thinking about others. Diorang tak tahu kisah kita, diorang tak ada hak untuk judge kita tapi pada masa yang sama kita tak boleh tutup mulut diorang kan? Just let them said what they want. Cukup awak dengan saya tahu, dah cukup. Okay? "
Lembut dia bertanya buatkan aku tersenyum dan mengangguk walaupun aku sendiri takut.
Bila dia perasan aku dok main-main mata dengan beg kertas mcd dekat sisi dia, dia ketawa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top