55

.
.
.

Setelah membeli makanan di kafe, langkah aku atur perlahan kembali ke wad dengan bungkusan makanan di tanganku.

"Omma!"

Langkahku terhenti sebelum aku menoleh. Senyuman tak dapat aku tahan saat melihat Naeun dengan langkah kecilnya, berlari-lari anak mendekati aku dengan senyuman menampakkan gigi arnabnya.

Di belakang pula terlihat Somi yang begitu struggle ya mengejar seketul Jeon Naeun yang sangat aktif dan ceria.

"Anak omma."

Sampai saja di hadapan aku, belum sempat pun aku duduk bertinggung hendak menyambutnya, Naeun dah peluk kaki aku buatkan aku tertawa.

Atas kepalanya aku usap perlahan sebelum aku duduk bertinggung di hadapannya.

Wajahnya yang memiliki iras Jungkook aku tatap dengan senyuman sebelum tubuhnya aku bawa ke dalam pelukanku, seketika aku merasa tenang.

"Kau makan apa time pregnant Si Kecik ni? Aktif benau. Dari parking lot aku kejar dia kau tahu!"

Aku hanya tertawa saat Somi mula membebel kepadaku, Naeun pula hanya tersengih sambil memelukku erat, memintaku melindunginya dari cubitan ketam Aunty umi nya.

Perlahan-lahan aku kembali berdiri tegak dengan tanganku menggenggam erat tangan Naeun.

"Kau buat apa dekat bawah ni?" Tanya Somi, sempat matanya mengerling ke arah beg plastik lutsinar di tanganku yang berisi bungkusan makanan yang aku beli tadi.

"Beli makanan."

"Ha! Kan elok macam ni, makan. Ni, omma siap suruh aku bawakan makanan untuk kau lagi. Kau kena makan tau semua ni. Aku tak kira, kang membebel mak aku bila aku balik nanti, tengok-tengok Tupperware ni penuh lagi."

"Yalah, yalah. Aku makan semua. Jomlah naik."

Balasku dengan senyuman saat Somi membebel kepadaku, tahu yang dirinya hanya risaukan aku.

Tangan Naeun aku tarik dan baru saja kami hendak mengatur langkah, terdengar suara seseorang memanggil namaku buatkan kami menoleh.

"Yerimmmm!!"

Terkebil-kebil sekejap aku bila tengok Yoonji tengah berlari ke arahku sekarang dengan bakal tunangnya, Yoongi sedang gigih mengejarnya dari belakang, fikir ni Kuch Kuch Hota Hai ke main kejar-kejar dekat lobi hospital ni?

Ada kenduri ke apa ni tiba-tiba semua datang ni?

"Hai Somi!"

Sempat Yoonji menyapa Somi dan belum sempat aku cakap apa-apa, terus dirinya memelukku erat sebaik saja dirinya sampai di hadapanku buatkan aku terkebil-kebil sekejap, masih terkejut dengan kehadirannya.

"Hi, Somi." Kali ni Yoongi pula menegur Somi dengan nafas yang tercungap-cungap minta nyawa lepas berlari.

"Macam mana kau tahu aku dekat sini?" Tanyaku saat pelukan antara kami terlerai.

"Tadi aku datang rumah kau tapi kau tak ada, jadi aku call lah kau tapi kau tak jawab astu aku call pula Somi tapi tak dapat juga astu aku dengan tak malunya pergi call mak mertua kau, dia cakap kau dekat sini, sebab tu aku datang, nak jumpa kau, rindu."

Tergelak aku dibuatnya, jarang-jarang Yoonji cakap dia rindu aku. Rasanya dah berbulan aku tak jumpa dia.

"Naeun! Ingat Aunty lagi tak? Eeee comelnya dia! Jom ikut aunty balik nanti nak? Dekat rumah aunty banyak jajan tau."

Naeun pun apa lagi acah-acah gedik peluk kaki aku sambil senyum-senyum, curi-curi tengok Yoonji, nasib baik comel macam aku, eh.

Tiba-tiba pula Si Naeun ni malu-malu, curi-curi tengok Yoongi yang tengah senyum tengok dia.

"Tu dah kenapa tu?" Tanya Somi tak puas hati melihat kegedikan Naeun saat bermain mata dengan Yoongi.

"Uncle handsome sangat eh?" Usikku buatkan Naeun tersengih malu, cepat-cepat dia nyorok belakang aku.

"Naeun, kalau handsome tu macam appa Naeun, bukan yang macam ni, ni bukan handsome, masam ya." Balas Yoonji tak kenangkan hati Yoongi yang dah start koyak dekat tepi dia. Alah macam aku tak tahu sangat diorang ni, love-hate je lebih.

"Kalau saya ni tak handsome, tak adanya saya kena kejar dengan staff SM dekat mall tau. Kalau saya ikut je audition haritu, dah masuk group Aespa dah saya tahu?"

Aku dan Somi hanya tergelak melihat pergaduhan 'laki bini' di hadapan kami ni sekarang.

"Naeun nak uncle dukung tak?" Pelawa Yoongi seraya mula duduk bertinggung di tepiku, cuba memujuk Naeun yang masih malu-malu dengannya.

Naeun dah mendongak pandang aku dengan muka 'boleh ke?' buatkan aku tergelak sebelum aku hanya mengangguk.

Naeun ni memang paling suka orang dukung dia, selalu memang Jungkook lah yang melayan.

Lepas dapat kebenaran dari aku, dengan malu-malunya dia mendekati Yoongi buatkan Yoongi yang cool pun tak mampu tahan diri dari tersenyum melihat tingkah gedik Naeun.

"Gediknya dia, sebiji macam omma dia time dekat U. Nasib baik time U dah jumpa abang aku, jinaklah sikit."

Kutuk Somi saat Naeun sudah berada di dalam dukungan Yoongi.

"Setuju." Sokong Yoonji, tak pasal-pasal aku jeling diorang, geram!

"Ep, tak elok jeling-jeling, kau tengah pregnant eh, jaga sikit perangai."

"Omg, pregnant lagi?!"

Dengan muka terkejut cipanzinya Yoonji bersuara seraya memandangku sebelum beralih pada perutku yang masih belum menunjukkan baby bump yang ketara.

Dia ni kan, gaya dia macamlah aku pregnant tiap tahun.

"Seriuslah Yerim? Aku dengan Somi kahwin pun tak lepas-lepas lagi? Third baby pula? Omaigad!"

Punyalah excited dia sampai aku ditarik ke dalam pelukannya buatkan aku tergelak walaupun sentaplah juga aku kena sindir dengan dia.

"Congrats, Yerim. Aku happy untuk kau.."

Tuturnya cukup perlahan, seolah-olah tahu yang berita gembira ini datang sekali dengan dugaan yang cukup memeritkan buat aku dan Jungkook.

Perlahan-lahan dirinya melepaskan pelukan di antara kami, terlihat matanya berair saat menatapku sekarang buatkan aku tahu yang dirinya sememangnya tahu apa yang menimpaku sekarang.

Dengan senyuman, dirinya menarik tanganku sebelum tanganku digenggam erat, menyalurkan semangat untukku.

.

.
.

"Yeay! Jumpa appa!"

Senyuman tak dapat aku tahan saat melihat betapa terujanya Naeun hendak berjumpa dengan Jungkook. Siap bersorak lagi dalam dukungan Yoongi buatkan kami tergelak.

Belum lagi Jungkook kalau nampak Naeun nanti, dahlah dia tak tahu Naeun ikut datang sekali jenguk dia petang ni.

"Mengada-ngadanya dia, anak bapak betul." Ejek Somi dan aku hanya tersenyum, rasanya semua tahu Naeun lebih rapat dengan Jungkook berbanding dengan aku.

Kini kami berlima sedang mengatur langkah menuju ke wad yang menempatkan Jungkook.

Memandangkan dirinya masih berada di dalam pemantauan ketat, dirinya ditempatkan di wad berseorangan.

Namun perlahan-lahan langkah aku terhenti saat melihat pintu masuk wad yang menempatkan Jungkook begitu sesak dengan doktor dan jururawat yang bergegas keluar masuk dari bilik itu.

Jantungku berdegup laju, mula merasakan ada sesuatu yang terjadi di dalam sana, pada Jungkook.

"Yerim.."

Membiarkan Naeun bersama Yoongi, tidak menghiraukan Yoonji yang memanggil namaku perlahan, langkah aku atur menuju ke hadapan wad tersebut.

Tanpa mempedulikan jururawat dan doktor yang terlihat cukup cemas bergilir ganti memasuki wad tersebut, dapat aku lihat Jungkook sedang terbaring di atas katilnya, tidak sedarkan diri.

"Encik, encik dengar tak? Encik?"

Dirinya langsung tidak memberi respons.  Terlihat alat bantuan pernafasan tidak lagi terpasang padanya. 

"Jungkook.."

Namanya aku panggil, cukup perlahan dengan mataku masih tidak lepas dari menatapnya, tanpa aku sedari, aku mula mengatur langkah perlahan hendak memasuki wad itu.

"Puan, puan tak boleh masuk sekarang."

Langkahku terhenti saat seorang jururawat menghampiriku.

"Yerim.."

Kini terasa tangan Somi mula menarikku agar aku menjauhi pintu wad tersebut dan belum sempat aku melihat Jungkook untuk kali yang terakhir, pintu wad tersebut kini ditutup rapat.

Perlahan-lahan aku menoleh, memandang jururawat yang menghalangku tadi.

"Apa,— apa jadi dekat suami saya?" Tanyaku perlahan dengan degupan jantungku yang terasa cukup kuat dan laju.

Terlihat jururawat itu hanya diam menatapku, terlihat cukup berat hendak menjawab persoalanku.

"Patient alami sudden seizure tadi dan tiba-tiba terus tidak sedarkan diri.."

Darahku berderau saat kata-kata itu sampai di deria pendengaranku. Perlahan-lahan aku kembali menoleh, menatap pintu bilik itu yang tertutup rapat.

"T—tak mungkin, tadi dia okay.." Tuturku seraya kembali menatap jururawat itu.

"Dia borak dengan saya, dia cakap dia okay.." Tuturku lagi namun kali ini terasa cukup sesak saat aku mengungkapkan kata-kata itu.

"Maafkan kami, puan."

"Yerim, kita duduk dulu, ya?" Terdengar suara Yoonji cuba menenangkanku.

"T—tak, tadi dia okay, dia borak dengan aku, dia cakap dengan aku dia okay. " Terangku lagi dengan air mata yang mula tak tertahan.

"Yerim.." Terlihat Yoonji mula kehilangan kata-kata, wajahku ditatap dengan mata yang berkaca, bersimpati denganku.

Tangannya yang cuba meraih tanganku aku tepis dan tanpa mempedulikan jururawat yang menghalang laluanku, aku terus mengatur langkah menuju ke pintu masuk wad itu.

"Yerim!"

"Aku nak jumpa Jungkook!"

"Yerim, janganlah macam ni.."

Terasa tubuhku dipeluk erat, menghalangku dari terus mengatur langkah, aku cuba meronta, ingin melepaskan diri namun semuanya terasa sia-sia.

Akhirnya teresak-esak aku menangis di dalam pelukan Yoonji. Dapat aku lihat Somi yang turut sama menangis.

Perlahan-lahan mata aku beralih pada Naeun yang masih di dalam dukungan Yoongi, merenungku dengan matanya yang berkaca, menatapku keliru namun pada masa yang sama, risaukan aku.

"Omma.."

Panggilnya perlahan dengan tatapan polosnya buatkan aku tidak dapat menahan sebak, mata aku pejamkan sebelum aku menangis tanpa suara.

Namun perlahan-lahan tangisanku terhenti saat aku mula merasakan sakit pada bahagian bawah perutku, seperti ditusuk berkali-kali.

Perlahan-lahan aku menunduk sebelum dapat aku rasakan cecair mula mengalir perlahan dari celahan pehaku.

"Yerim.."

"Yerim, are you okay?"

Terdengar suara Yoonji menegurku namun tak sikit pun aku mengangkat kepalaku.

Masih tidak percaya dengan apa yang aku rasai sekarang walhal rasa sakit yang aku sedang alami sekarang mulai tak tertanggung, perlahan-lahan tanganku yang mula menggeletar menyentuh bahagian pehaku yang terasa basah dan melekit.

Mataku kembali ditakungi air mata saat aku melihat sendiri kesan merah darah pada tanganku. Dapat aku rasakan darah tidak henti-henti mengalir hingga ke hujung kakiku.

" Help! Someone's bleeding here!"

Perlahan-lahan kelopak mata aku pejamkan, dapat aku rasakan cecair hangat kembali mengalir perlahan membasahi pipiku saat mataku mulai terpejam rapat.

"Saya minta maaf, Jungkook.."

Ucapku perlahan di dalam hati dengan dada yang cukup sesak sebelum aku jatuh, rebah ke atas lantai.




















110 VOTES,250 COMMENTS FOR NEXT CHAPTER ;) 💜

Thank you!😭

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top