54
.
.
.
Selepas menghantar omma dan Naeun sehingga ke luar wad, langkah aku atur semula memasuki wad yang menempatkan Jungkook.
Dengan senyuman dan tatapan mataku tertumpu padanya yang turut sama menatapku dengan senyuman lemahnya, langkah aku atur mendekati katilnya.
Sampai saja di sisi katil, aku mengambil tempat duduk di kerusi berdekatan katil sebelum tangannya aku genggam lalu aku bawa ke bibirku, mengucup kekura tangannya lembut dan perlahan.
Terlihat senyumannya melebar namun masih terlihat cukup lemah.
Panik sekejap aku dibuatnya saat dirinya hendak mengalihkan alat bantuan pernafasan pada mulut dan hidungnya mengundang tindakan refleksku dengan menggenggam tangannya sebelum aku menggeleng perlahan.
Terlihat dirinya hanya tersenyum saat melihat betapa risaunya aku dengannya sebelum dirinya menggeleng perlahan.
"Saya dah okay.." Tuturnya cukup perlahan dan akhirnya aku hanya membiarkan.
"Sini." Kali ni dia panggil aku pula, memintaku agar mendekatinya.
"Nak apa?" Tanya aku tapi masih tak gerak, saja nak jual mahal buatkan dirinya tertawa namun terlihat masih lemah.
"Sinilah." Panggilnya lagi tapi laju saja aku menggeleng.
"Panggil sayang dulu." Tuturku, cukup demand buatkan dirinya tertawa lagi dengan mata terpejam sebelum dirinya kembali menatapku.
"Sayang, sinilah.."
Panggilnya lagi, nampak pasrah bethol mengundang tawa aku.
Dah puas buli dia, akhirnya aku ikutkan juga permintaan dia. Kerusi aku tarik agar mendekatinya lebih dekat, terlihat dirinya hanya diam memerhati dengan senyuman, sukalah tu.
Setelah aku berada lebih dekat dengannya, aku hanya membiarkan saat tangan kirinya yang terpasang dengan IV drip dan tiub menyentuh perlahan pipi kananku. Aku hanya tersenyum saat terasa ibu jarinya mengusap lembut pipiku.
"Rehatlah, awak mesti penat layan Naeun tadi. Macam biasalah, semua benda dia nak cerita dekat awak, kena gigit nyamuk pun nak report dekat awak."
Terlihat dirinya hanya tersenyum mendengar bebelanku, tahu yang dirinya masih terlalu lemah untuk tertawa.
"Macam awak.." Tuturnya perlahan dengan sengihan, nak mengusik akulah tu namun aku hanya tersenyum.
"Rehat, ya?" Tuturku lagi namun terlihat dirinya menggeleng perlahan sebelum dirinya hanya diam, menatapku dengan tatapan yang cukup redup namun sukar untuk aku tafsirkan.
"Nak berbual dengan awak.." Tuturnya perlahan buatkan aku tergelak namun hakikatnya aku cukup tersentuh dengan kata-katanya.
"Okay, nak cerita pasal apa?" Tanyaku, melayannya buatkan dia tergelak perlahan.
"Baby okay?" Tanyanya dengan senyuman dan aku hanya mengangguk.
"Dia okay." Balasku, terlihat dirinya hanya tersenyum.
"Omma dia okay?" Kali ni, dia tanya aku pula buatkan aku tergelak.
"Okay juga." Balasku seraya mengangguk. Dengan senyuman nipis terukir di bibirnya, tak lepas matanya dari menatapku cukup lembut.
"Omma dengan Somi ada report pasal awak dekat saya.." Adunya dengan senyuman, mengundang tawaku.
Namun perlahan-lahan tawaku mereda saat melihat dirinya hanya diam menatapku dengan tatapan yang jelas risaukan aku.
"Saya tahu awak risaukan saya,.. tapi awak tetap perlu makan, rehat secukupnya, bukan hanya untuk baby, tapi untuk diri awak,.. saya tak nak awak sakit, Yerim.."
.
.
.
"Kitorang dah on the way tau, jap lagi sampai. Kau nak apa-apa tak? "
"Aunty umi cakap ngan sape tu? Omma ke?"
"Ih, sibuklah budak kecik ni. Duk diam-diam-"
"Hi omma!"
Aku hanya tergelak saat mendengar Naeun dan Somi yang berebut nak bercakap dengan aku di talian sana.
"Kau tengoklah anak kau, menyibuk je. Aku ingatkan dia dah tidur, tahu-tahu je aku start kereta tadi, dia dah ada dekat tepi tingkap kereta aku, nak ikut. "
"Omma,omma, appa tengah buat apa?"
Pening sekejap aku nak layan mana satu.
"Appa tengah tidur." Akhirnya soalan dari Naeun aku jawab seraya menoleh, memandang Jungkook yang masih tidur walaupun seringkali aku melihat lenanya terganggu, mungkin masih terasa sakit dan tidak selesa.
Seperti sekarang, terlihat dirinya bergerak perlahan dengan mata yang masih terpejam namun terlihat dahinya yang berkerut seperti menahan sakit, terdengar keluhannya perlahan buatkan aku risau.
"Yerim, aku matikan call dulu ya. Nanti kau nak apa-apa, chat je aku. Bye."
"Bye, omma!"
"Bye, sayang." Tuturku perlahan dengan mataku masih tidak lepas memerhati Jungkook sebelum panggilan aku matikan.
Telefon aku biarkan di atas sofa yang aku duduki sejak tadi sebelum langkah aku atur menuju ke katilnya.
Terlihat dirinya masih mengerang kesakitan dengan mata yang terpejam rapat, tangannya yang menggenggam kuat cadar katil aku sentuh sebelum aku genggam erat.
Terlihat perlahan-lahan matanya dicelikkan sebelum dirinya menoleh, memandangku. Terasa sebak saat melihat tubir matanya yang ditakungi air mata, menahan sakit.
"Awak okay?" Tanyaku saat dirinya mulai terlihat tenang. Tidak lepas dirinya dari menatapku sebelum dirinya hanya mengangguk.
"Nak saya panggilkan doktor?" Tanyaku lagi dan kali ini dirinya hanya menggeleng.
Terlihat bibirnya bergerak perlahan di sebalik topeng bantuan pernafasan yang terpasang pada mulut dan hidungnya.
Aku menunduk, mendekatkan wajahku padanya saat aku tidak mendengar apa yang dirinya cuba untuk sampaikan kepadaku.
"Dah makan?"
Cukup perlahan dirinya bersuara buatkan aku terasa sebak. Dengan keadannya sekarang, sempat pula dirinya peduli tentangku.
"Nanti saya makan." Balasku dengan senyuman namun di luar kemahuanku, tubir mataku semakin berat dengan air mataku sendiri saat berbalas renungan dengannya sekarang.
"Makanlah, kesian baby.."
Bisiknya, sempat matanya dilirikkan pada perutku namun aku hanya tersenyum hambar.
"Makan ya?" Pintanya, cukup lembut buatkan dadaku terasa cukup sesak, menahan diri dari menangis.
Akhirnya aku hanya tersenyum sebelum aku mengangguk kecil. Terlihat dirinya turut sama tersenyum, namun terlihat cukup lemah.
"Pergilah beli makanan, saya tunggu.."
Tuturnya lagi dengan senyuman. Terlihat tubir matanya turut sama sarat dengan air mata, merenungku cukup redup dan lembut.
Untuk seketika aku hanya diam, terasa berat hendak meninggalkannya sebelum perlahan-lahan aku mengangguk.
"Saya tunggu awak dekat sini.. pergilah.."
.
.
.
Dengan hati yang terasa berat, akhirnya aku turun ke kafeteria hospital.
Saat aku mengatur langkah menyusuri koridor hospital, perlahan-lahan langkahku terhenti saat merasakan nyeri pada bahagian bawah perutku, seperti ditusuk-tusuk.
Sebelah tanganku berpaut pada dinding manakala sebelah tanganku lagi perlahan-lahan menyentuh perutku sendiri.
Peluh dingin mula membasahi dahiku, degupan jantungku mula terasa laju dan kuat. Mata aku pejamkan, menahan sakit.
Hampir saja aku merasakan hendak pitam sehinggalah rasa nyeri itu perlahan-lahan mereda dan hilang.
Dengan mata yang masih terpejam, deruan nafasku yang tadinya terasa cukup laju cuba aku kawal.
"Cik, cik okay?"
Perlahan-lahan mata aku celikkan, terlihat seorang jururawat datang menghampiriku.
"S-saya okay." Ucapku gugup seraya menoleh memandang jururawat itu sebelum aku menunduk, perlahan-lahan tanganku mengusap lembut perutku.
Jantungku kembali berdegup laju, risaukan baby di dalam kandungku. Sejak semalam, aku merasa cramp pada bahagian bawah perut aku namun belum pernah aku rasakan sesakit tadi.
.
.
.
110 VOTES,200 COMMENTS FOR NEXT CHAPTER BOLEH?!
Thank you so much for everyone who keep supporting me and this story, love you!😭💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top