53

.
.
.

"Jungkook, janganlah." Marahku saat dia hendak mengalihkan alat bantuan pernafasan dari mulut dan hidungnya.

"Tak apa, saya dah okay."

"Nanti kalau tiba-tiba awak sesak nafas macam mana?" Tanyaku geram.

"Tak apalah, awak kan ada. Boleh buat cpr dekat saya." Usiknya sambil tersengih nakal dan dalam sekelip mata, alat bantuan pernafasan tersebut ditanggalkan dari wajahnya.

"Gatal, degil." Semua aku kutuk buatkan dia ketawa perlahan.

"Yerim, nak bangun." Rengeknya, sambil hulurkan tangan, nak aku tolong dia bangunlah tu.

Bila dia sakit ni barulah nampak side clingy dia tu.

"Baring jelah, nanti kalau jahitan awak terbuka macam mana? Nak saya jahitkan pulak?" Tanyaku geram. Kelihatan dia memejamkan, mata menahan gelak.

"Janganlah buat saya gelak, tak pasal-pasal jahitan ni terbuka dulu." Rungutnya dengan sengihan.

Aku syak ubat bius pembedahan dia tadi masih effect dekat dia, high semacam, mudah terhibur pun ya. Haha.

"Tolonglah." Kali ni dia menggoda aku dengan muka comel dia.

"Tak boleh, Kook."

"Punggung saya kebaslah asyik baring je." Tayang muka kesian lagi. Halah halah ni yang lemah ni.

"Fine, nanti kalau jahitan awak terbuka padan muka memang saya picit biar rapat balik."

Terus dia pegang dada dia, tahu tachod.

"Kalau macam tu, awak duduklah sini, dekat sikit." Pintanya sambil menepuk perlahan sisi tepinya di atas katil.

Memang sejak tadi aku cuma duduk di kerusi dan tanpa banyak bunyi, aku hanya menurut. Perlahan-lahan aku duduk di sebelahnya. Dia hanya memerhati.

" Terima kasih sebab terima saya balik. " Ucapnya perlahan dengan senyuman.

"Terima kasih dekat awak juga sebab tunggu saya."

"Nak buat macam mana, dah tak ada pilihan lain,yang saya nak cuma awak." Usiknya. Kelihatan dia tersengih saat aku tersenyum.

"Saya minta maaf." Tuturku perlahan.

"Untuk?" Tanyanya lembut.

"Banyak."

"Tahu pun." Usiknya.

"Jungkook." Panggilku tak puas hati buatkan dia ketawa perlahan.

"Sini, tunduk sikit." Pintanya.

"Nak buat apa?" Tanyaku keliru.

"Tunduk jelah. Saya janji saya tak makan awak." Gesanya dan akhirnya aku menurut.

Terkedu saat dirinya mengusap lembut rambutku sebelum beberapa helaian rambutku diselitkan ke belakang telingaku.

"Awak tak ada salah dengan saya, Yerim." Tuturnya perlahan.

"Boleh awak janji dengan saya sesuatu?" Ucapnya perlahan dengan tangannya masih menyentuh kepalaku.

Untuk seketika aku hanya berdiam diri.

"Janji apa?"  Tanyaku perlahan.

"Janji dengan saya, walau apapun yang jadi lepas ni, awak akan percayakan saya."

.
.
.

Tatkala aku melihat omma dan appa Jungkook mula melangkah masuk ke dalam wad, aku siap sedia hendak keluar namun terasa tanganku ditarik dan digenggam erat buatkan aku terhenti.

"Stay sini." Pintanya.

"Saya bagi peluang awak berbual dengan keluarga awak." Tuturku perlahan.

"Sekejap lagi awak pun akan jadi sebahagian dalam keluarga saya. Duduklah."

Pujuknya perlahan dan akhirnya aku mengalah, kembali duduk di kerusi bersebelahan katilnya.

"Jungkook.." Kedengaran suara Puan Kim memanggil nama Jungkook, kedengaran cukup sebak sebelum tubuh anak sulungnya didakap erat.

Dasar anak derhaka, Jungkook ketawa perlahan saat mendengar tangisan Puan Jeon.

"Abang okaylah, omma."

Atototot kenapa comel sangat bahasakan diri 'abang' dengan mak sendiri halah, halah.

Aku hanya tersenyum melihat mereka sebelum hilang terus senyuman aku saat secara tidak sengaja terbuat eye-contact dengan Tuan Park.

.
.
.

" Perempuan tu buat apa dekat sini?"

Terbantut niat aku hendak terus masuk ke dalam wad setelah membeli kopi di kafe tadi saat terdengar suara Tuan Park bertanyakan soalan itu kepada Jungkook.

Siapa perempuan tu? Aku?

"Dia yang jaga Kook dekat sini, dari semalam lagi. Kenapa? Tak puas hati?" Tanya Jungkook berani. Hari ini tutur katanya kedengaran lebih sopan saat berbicara dengan Tuan Park, berbanding tempoh hari.

"Bukan ke kamu dah setuju nak teruskan pertunangan kamu dengan Hana, kenapa masih berhubung dengan perempuan tu?"

Darahku berderau saat mendengar kata-kata tersebut. Tidak percaya dan keliru sebelum perlahan-lahan berganti dengan rasa kecewa.

Apa semua ni? Jungkook tipu aku lagi?

Tidak mahu mendengar lebih lagi, pantas aku mengatur langkah laju meninggalkan ruangan tersebut namun tanpa diduga, tubuhku berlanggar dengan seseorang.

Hampir saja aku tergolek ke belakang akibat perlanggaran tersebut namun laju saja tangan itu memeluk pinggangku.

"Shit."

Spontan aku mencarut saat melihat kemeja miliknya yang dikotori dengan cecair kopi dari cawan kertas di tanganku.

"Maaf saya tak sengaja."

"It's okay. I can see that." Tuturnya lembut buatkan kepalaku terangkat memandangnya.

Familiar betul suara ni.

Sir Kim.

"Are you crying?" Tanyanya perlahan setelah beberapa detik kami hanya berbalas renungan.

"Huh?" Tanyaku keliru. Terkedu saat tangannya selamba mengusap lembut pipiku, atau lebih tepat menyeka air mataku. Entah bila aku menangis pun aku tak perasan.

"Are you okay?" Tanyanya perlahan, kedengaran cukup lembut dan peduli.

.
.
.

"Sir buat apa dekat sini?"

"Nak melawat Jungkook, walaupun dia mungkin tak sudi terima kehadiran saya." Balasnya dengan sengihan.

Sekarang kami sedang duduk berdua di kafe. Entah apa anginnya mengajak aku minum di sini.

"Macam mana sir tahu Jungkook dekat sini?" Tanyaku keliru.

"Oh, dari Jimin."

Berkerut dahi aku buatkan dia tertawa perlahan.

"Saya lupa nak bagitahu awak and saya rasa Jimin pun tak ada bagitahu awak sebelum ni. Saya dengan Jimin kawan, not that close but we're friends. Dulu kami satu fakulti."

"Oh." Balasku pendek dan dia hanya tersenyum kecil.

"Awak okay?" Tiba-tiba dia bertanya buatkan aku menoleh memandangnya. Aku hanya ketawa dan mengangguk.

"Mestilah okay. Kenapa tanya?" Tanyaku pula.

"Taklah, tadi kan awak menangis.."

Terdiam sekejap aku dengar kata-kata dia.

"Jimin bagitahu saya awak dah bertunang dengan Jungkook. Jadi betullah awak dah berpunya. Kenapa tak cakap je dengan saya?" Tanyanya sambil tersengih.

Aku hanya tersenyum hambar. Entahlah, complicated sebenarnya hubungan aku dengan Jungkook sekarang ni.

" It doesn't make sense right? Saya tunang Jungkook, tapi Hana pun tunang dia. "

" But he choose you, right?"

Aku mendengus perlahan, senyuman lemah masih terukir di bibirku.

"Entahlah."

"Awak tak percayakan Jungkook?"

Soalan itu buatkan aku terdiam.

"Janji dengan saya, walau apapun yang jadi lepas ni, awak akan percayakan saya."

Kedengaran semula suara Jungkook perlahan menyapa telingaku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top