52

.
.
.

"Kesan tikaman pada tubuh pesakit hampir saja mengena pada bahagian jantungnya."

Tak dapat aku bayangkan apa yang bakal terjadi pada aku sekiranya tikaman tersebut mengena tepat pada jantungnya dan membuatkan aku kehilangannya.

Mungkin aku tak dapat memaafkan diri aku untuk seumur hidup aku.

Jimin pulang rumah sekejap untuk membersihkan diri sementara Somi membelikan makanan untuk kami.

Sementara aku, menemani Jungkook yang masih belum sedarkan diri di dalam wad unit rawatan rapi.

Keadaannya yang stabil namun cukup lemah membuatkan dirinya terpaksa di tahan di unit ini.

Sebak saat melihat keadaannya sekarang yang bergantung pada mesin pernafasan.

Namun lega saat melihat alat pernafasan yang dipasang pada mulut dan hidungnya berwap setiap kali dia menghembuskan nafas perlahan , buatkan aku tahu yang dia masih bernafas.

Tangannya aku genggam erat dan kekura tangannya aku usap perlahan. Wajahnya aku renung lama.

"Jungkook. Awak dengar?" Tanyaku perlahan.

"Doktor kata kami kena banyak borak dengan awak, biar awak terganggu dan terjaga. Awak jangan buat-buat tak dengar pula saya cakap dengan awak ni."

Ugutku, macam bodoh pula. Entah aku tengah cakap dengan Jungkook atau dengan mesin sebelah dia ni, dua-dua tak ada respons.

" Mesti sekarang ni awak tengah gelakkan saya kan? Sebab macam bodoh je cakap sendiri. "

Sebak saat dirinya masih tidak memberikan sebarang respons.

"Pasal hubungan kita.. Do you think I'm happy when you said you won't force me to get back with you?"

Random, tapi itulah persoalan yang aku nak sangat tujukan padanya.

"I would be more happier if you force me to get back with you, Jungkook.."

Tuturku perlahan dengan mataku masih merenung tepat matanya yang terpejam rapat.

"Stupid me, lepas saya hampir kehilangan awak baru saya sedar betapa saya sayang dan perlukan awak.."

Akhirnya aku menunduk, menangis lagi dengan senyap, tanganku masih menggenggam tangannya erat.

"Saya minta maaf." Tuturku perlahan dengan mata masih terpejam rapat.

Tersedu-sedan aku menangis di sisinya. Mesti buruk benar muka aku sekarang, muka tak cukup oksigen.

"Yerim-ah.."

Entah aku berhalusinasi atau apa sekarang, dapat aku dengar suara seseorang memanggil namaku perlahan.

"Choi Yerim.."

Sekali lagi namaku diseru perlahan, kali ni nama penuhku disebut buatkan kepala aku angkatkan.

Tatkala kepala aku angkatkan, aku jadi terkedu saat melihat Jungkook sedang menatapku dengan matanya merenungku lemah namun cukup redup.

Untuk seketika kami hanya berbalas renungan, aku masih tidak percaya yang dia sedang menatapku sekarang.

"Jungkook.." Namanya aku panggil seraya perlahan-lahan bangun dari kerusi yang sejak tadi aku duduki sebelum aku menunduk, mendekatinya dengan lebih rapat.

"Awak dah sedar?"

Dia hanya diam merenung aku.

"Kalau betul, cuba pejam mata awak."

Kelihatan bibirnya tersenyum lemah, mungkin rasa kelakar dengan aku yang nampak bodoh.

Namun dia hanya menurut, perlahan-lahan kelopak matanya dipejamkan sebelum dia kembali menatapku.

Aku tersenyum namun pada masa yang sama air mataku mengalir deras. Lantaklah kalau kena muka dia pun, aku dah tak peduli.

"Awak panggil saya ke tadi?"

"Ya.."

"Kenapa?"

"Awak bising sangat.." Rungutnya perlahan.

Aku tayang muka tak puas hati. Aku punyalah menangis sebab dia!

Kelihatan dia tersengih lemah.

"Saya rindu awak.." Luahku perlahan. Untuk seketika, hanya membiarkan renungan antara kami bertaut tanpa suara.

"Saya pun rindukan awak.."

.
.
.

"Saya tak nak pakai benda nilah, rimas.."

Tak padan dengan keadaannya yang masih lemah, bagaikan budak kecil, dia masih berusaha hendak mengalihkan alat pernafasan yang sejak tadi menutupi mulut dan hidungnya namun cepat-cepat aku menghalang.

"Pakai jelah, untuk kebaikan awak jugak. Lagipun boleh tutup sikit muka tak handsome awak tu, tak adalah menyampah sangat saya nak tengok awak."

Dia tayang muka tak puas hati tapi dia ikut jugak cakap aku. Akhirnya dia cuma terbaring dan matanya terpejam rapat. Mungkin masih terasa sakit.

" Jungkook. " Namanya aku panggil dan laju saja dia mencelikkan mata, memandangku.

" Sakit lagi ke? "Tanyaku, mulalah mata aku ni nak main air mata, benci betul.

Lama dia tenung aku buatkan aku makin sebak. Namun tenang dia menggeleng.

" Biasa je, macam kena gigit semut. "Balasnya selamba. Pertuturannya dah mula lancar seperti selalu, tak macam masa mula-mula dia sedar tadi, nak buka mulut pun payah.

Katanya kesan daripada pembedahan tadi, badan dia masih dalam keadaan lemah. Nak angkat tangan pun susah, inikan pula berjalan.

" Yerim. "

" Hmm? "

" Saya nak kencing. " Adunya dengan muka sedih.

" Kencing jelah. Awak kan dah pakai tube. " Balasku selamba sambil tenung pack berisi air kencing dia yang tergantung dekat tepi katil.

Sebab dia tak boleh jalan, terpaksalah dia kencing lalu tube.

"Ishhh, janganlah tengok. Malulah." Marahnya buatkan aku ketawa.

"Kencinglah cepat, saya tengok." Arahku selamba dah get ready tenung pack air kencing dia.

"Jijiklah awak ni. Jangan tenunglah benda tu, bentan nanti mata padan muka." Marahnya lagi buatkan aku ketawa lagi.

Bila lagi aku nak buli dia kalau bukan sekarang?

"Awak keluarlah dulu kasi saya kencing dulu. Nanti dah siap saya panggil." Pintanya sambil buat muka kesian.

"Tak nak."

"Saya dah tak tahan ni."

"Kencing jelah, saya tak halang pun."

Tiba-tiba dia diam je. Kencinglah tu. HAHAH.

"Kencing eh?" Usikku.

"Diamlah." Rungutnya dengan mata terpejam, malulah tu. Naik merah telinga dia dibuatnya.

.
.
.

"Nah, barang awak. Jimin bagi saya suruh pegangkan."

Iphone dan jam tangan miliknya aku serahkan kepadanya. Kelihatan dia masih menunggu sesuatu dari aku, aku cuma buat-buat tak faham.

"Cincin saya mana?" Tanyanya sambil tayang muka keliru. Comel sangat.

"Saya dah gadai."

As usual, secret weapon dia mestilah dengan tayang muka arnab sesat dia tu. Ingat comellah tu? Fine, memang kiyot pun.

"Nah."

Cincin pertunangan kami aku hulurkan kepadanya. Lama dia tenung cincin tu sebelum lambat-lambat dia ambil.

"Tapi ni cincin awak." Ucapnya keliru.

"Kenapa bagi saya?" Tanyanya lagi.

"Untuk awak sarungkan semula pada jari saya."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top