51
.
.
.
Sampai saja di hospital, aku dan Somi mengatur langkah laju ke bahagian hadapan unit rawatan rapi. Kelihatan Jimin sedang duduk bersendirian di ruangan menunggu.
"Abang Jim."
Pantas Somi menghampiri Jimin yang sudah berdiri saat melihat kami. Kelihatan Jimin terkedu dengan kehadiranku.
Somi sejak tadi sudah teresak-esak menangis manakala aku masih berpura-pura kuat sedangkan aku terasa cukup rapuh sekarang.
"Abang Jungkook macam mana?"
Tanya Somi dengan tangisan dan aku masih kaku di tempatkan aku. Kelihatan Jimin memandang Somi sekejap sebelum dia memandangku pula.
Lama dia menatapku sebelum dia kembali memandang Somi.
"Abang pun tak tahu. Dah sejam abang tunggu dekat sini, masih tak ada apa-apa berita."
Akhirnya, tembok yang cuba aku bina untuk terlihat seperti tidak peduli akhirnya runtuh jua saat mataku mula terasa panas dan membahang.
"Yerim."
Kepala aku angkatkan memandang Jimin. Kelihatan dia merenungku sekejap sebelum langkahnya diatur kepadaku.
Sampai saja di hadapanku, tangannya menghulurkan sesuatu kepadaku.
Iphone milik Jungkook, jam tangan yang aku berikan kepadanya dan cincin pertunangan kami.
"Saya rasa awak yang patut pegang. Jungkook tak suka orang pegang barang dia tapi saya rasa kalau awak, dia tak kisah."
Mata aku pejamkan, menahan sebak namun laju saja air mataku mengalir deras membasahi pipi aku.
.
.
.
Sementara menunggu, barang-barang miliknya yang Jimin serahkan padaku tadi aku genggam erat.
" Abang, omma call.. "
Somi bersuara perlahan seraya menunjukkan telefonnya kepada Jimin dan aku hanya diam di sisi mereka.
"Jawablah tapi buat masa ni jangan bagitahu omma dulu." Tutur Jimin perlahan.
Somi mengangguk perlahan sebelum dia berdiri dan mula menjauhi kami, hendak menjawab panggilan dari Puan Jeon.
Kini tinggal aku berdua dengan Jimin. Aku menoleh memandangnya sebelum dia turut memandangku.
" Boleh saya tanya? "Tanyaku perlahan dan untuk seketika Jimin hanya diam merenungku sebelum dirinya mengangguk kecil.
" Tanyalah. "
" Awak tahu ke siapa yang buat semua ni pada Jungkook? "Tanyaku perlahan dan kelihatan Jimin terkedu dengan persoalanku.
" Siapa yang tikam Jungkook, Jimin? " Tanyaku lagi.
Dia masih diam, tidak menjawab persoalanku. Kelihatan dia menghela nafas perlahan.
" Pakcik awak. "
.
.
.
" Saya rasa selama ni pakcik awak stalk awak dan Jungkook."
"Dalam rakaman cctv kitorang nampak Jungkook kejar pakcik awak lepas nampak pakcik awak."
"Awak tahu kan kita semua dah lama cari pakcik awak lepas apa yang dia buat dekat awak."
"Tapi saya rasa pakcik awak sengaja buat-buat terserempak dengan Jungkook, untuk tarik perhatian Jungkook."
"Lepas tu diorang bergaduh sebelum.. Pakcik awak tikam Jungkook."
" Mujurlah ada rakaman cctv, ada bukti yang kukuh untuk buat pakcik awak meringkuk dalam penjara. "
"Ini semua salah saya kan, Jimin?" Tanyaku perlahan sambil menunduk.
"Saya selalu sakitkan dia.." Luahku perlahan.
Teringat saat dirinya menyelamatkan aku dari diri aku sendiri.
"Yerim, kalau Jungkook ada di sini sekarang pun, mesti dia akan cakap yang semua ni bukan salah awak. Awak tak buat apa-apa pun Yerim." Pujuk Jimin namun aku hanya diam.
Iphone milik Jungkook hidupkan dan apa aku nampak adalah gambar candid aku sebagai wallpaper telefonnya.
Aku tertawa perlahan melihat kehodohan diri sendiri. Punyalah comot aku makan waffle macam seminggu tak makan.
Dan apa yang aku perasan, gambar ni bukan gambar yang diambil olehnya tapi Somi.
Sebab aku ingat time situasi gambar ni diambil tapi aku langsung tak perasan Somi tangkap gambar aku.
Dia minta Somi tangkapkan gambar aku? Kenapa? Sebab rindukan aku? Kenapa tak video call je aku? Dasar ego.
Tak pasal-pasal aku emosi sendiri.
Tiba-tiba terdetik di hati nak buka telefon dia. Ada password.
Mula-mula aku try nama dia. Tak boleh. Hari jadi dia bila eh? Entahlah tak sempat tanya. Dia pun tak tanya birthday aku.
Tiba-tiba terdetik nak teka hari jadi sendiri. Tarikh lengkap hari lahirku aku masukkan dan akhirnya telefon dia terbuka.
Dia ingat birthday aku rupanya. Dalam diam, tak tanya pun birthday aku bila, tiba-tiba dah jadi password dia. Fikir sweet ke Jungkook.
Aku buka bahagian chat, nak tengok dia save nama aku apa.
Budak kecik 🐒
Dia samakan aku dengan monyet? Budak kecik dia panggil aku? Tak sweet langsung.
Nasib baik dia letak emoji monyet, mahu dia letak babi, menangis aku.
Aku pergi pula pada bahagian gallery. Pada mulanya bosan bila tengok gallery dia yang penuh dengan slide, nota, soalan dan formula fizik. Berdenyut otak aku tengok. Ingat student je simpan screenshot macam ni.
Namun lama-lama aku jadi sebak, geram pun ada bila banyak gambar candid aku yang Somi tangkap dan send pada dia. Patutlah selama ni tak chat, call aku seharian pun tak apa, semua Somi dah report. Benci betul. Last-last aku sorang yang rindukan dia.
"Yerim, awak menangis?"
Bila Jimin tegur aku barulah aku perasan yang aku menangis.
Aku sendiri tak tahu kenapa aku menangis. Jungkook boleh buat aku gila. Rasa marah, sayang, benci, menyampah, rindu semua boleh datang serentak bila teringatkan dia.
"Eh tak adalah." Ucapku sambil ketawa padahal laju saja air mata aku mengalir. Cepat-cepat aku kesat air mata aku.
Somi pun sudah kembali duduk dengan kami. Kelihatan dia merenung aku dengan mata yang turut sama berair.
Nasib baik kami sama-sama sedang risaukan keadaan Jungkook, kalau tak dah lama aku smackdown dia depan Jimin.
Kami sama-sama berdiri saat seorang doktor melangkah keluar dari dewan bedah.
"Siapa ahli keluarga pesakit bernama Jeon Jungkook?"
Jimin dan Somi mengangkat tangan dan aku pula cuba untuk bertenang, semakin laju Jantungku berdegup, risaukan lelaki itu.
"Maaf sebab awak semua perlu tunggu lama tadi, pesakit mengalami komplikasi saat pembedahan tadi."
Semakin risau aku dibuatnya saat mendengar perkhabaran tersebut namun aku cuba untuk menenangkan diri.
"Tapi awak semua jangan risau, pesakit kini dalam keadaan stabil."
Mata aku pejamkan, lega. Terasa bebanan yang aku pikul sejak tadi terus hilang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top