🌼5
.
.
.
-[9 BULAN KEMUDIAN]🌼
Tengoklah, balik lambat lagi.
Alasan yang dibagi sama setiap hari.
Ada kelas tambahanlah. Ada kelas gantilah. Ada meeting lah. Ada aktiviti itulah, inilah. Ada-ada jelah alasan dia. Geram aku!
Aku pun lecturer juga, tak adalah busy memanjang macam dia!
Macam hari ni, aku sengajalah nak mengada-ngada. Pagi tadi tumpang dia, suruh dia hantar aku pergi uni.
Tapi tengoklah sekarang, sampai dah nak senja, tak diambil-ambilnya aku depan pagar uni ni.
Jangan sampai aku lepak sekali dengan wak jaga dekat pondok guard tu, tengok bola sama-sama.
Tunggu punya tunggu, akhirnya muncul juga Mercedes Benz yang cukup familiar buat aku, mendekati aku sebelum perlahan-lahan berhenti tepat di hadapan aku.
Tak tunggu lama, sebaik saja si empunya kereta ni turunkan cermin tingkap, terus aku cekak pinggang lalu mulalah sesi membebel-
"Kalau saya tahu awak lambat macam ni, baik saya suruh Jungwon naik basikal datang sini ambil saya tadi-"
Terdiam aku saat cermin tingkap turun sepenuhnya, terlihat susuk tubuh seorang gadis duduk tercegat di kerusi bahagian penumpang, bersebelahan dengan Jungkook yang tengah serba salah tenung aku dari seat pemandu.
Ni siapa ni? Bakal-bakal mak tiri Naeun dengan Jungwon ke?
.
.
.
"Thank you, sir sebab tolong saya tadi, siap hantar saya balik pula tu. Maaf sangat sebab menyusahkan sir. Kalau sir tak ada tadi, tak tahulah apa jadi dekat saya."
Aku perhati je perempuan ni dari tadi. Dahlah duduk dekat seat yang sepatutnya jadi hak milik aku, sebelah Jungkook.
Ni aku pula yang kena duduk belakang, sakit mata tengok diorang berdua menggedik lagikan menggatal depan aku.
"Haha, tak apa. Sama-sama."
Eleh, gedik.
Kali ni aku tenung pula pantulan imej Jungkook pada cermin sisi depan kereta. Jodoh kuat sangat kut, kebetulan pula dia pun tengok aku dekat cermin.
Aku pun apa lagi, jeling dia tak puas hati sebelum pandangan aku lemparkan jauh-jauh keluar kereta. Ikutkan hati, dengan Jungkook sekali aku nak lempar keluar dari kereta ni, geram!
"Saya masuk rumah dululah. Thanks again, sir. Jumpa esok, bye."
"Bye. Hati-hati."
Wah, menyirap pula aku dengar suara Jungkook sekarang ni.
Sabar, Yerim. Sabar.
Sebaik saja perempuan tu keluar meninggalkan aku berdua dengan Jungkook di dalam kereta, mood di dalam kereta ni mula bertukar tegang.
Aku masih dengan ego aku, tenung luar macam nak tembus cermin kereta ni.
Dari sisi pandangan mata aku, dapatlah aku tangkap dia lambat-lambat pusingkan badan dia menghadap kerusi sebelum pelan-pelan dia jengulkan kepala dia dari belakang kerusi, curi-curi tengok aku.
Ingat comellah tu?!
"Sayang.."
Panggilnya meleret, gedik.
Dah menggatal dengan perempuan lain lepastu nak menggedik dengan aku!
"Marahkan saya ya?" Tanyanya lembut tapi langsung tak meredakan kemarahan aku sekarang ni.
Saya bukan marah, kecewa!
"Maaflah. Saya cuma tolong dia je. Dia kan student saya. Dia hampir kena ragut tau, nasib baik saya sempat tolong. Risau nak tinggalkan dia sorang-sorang tadi, tu yang saya bawa dia sekali. Satu jalan kan, apa salahnya tumpangkan sekali-"
"Kenapa tak tumpangkan je satu kolej tadi? Tak muat? Tak apalah, esok-esok kita beli bas pulak. Biar senang awak nak tumpangkan mana-mana perempuan lagi lepas ni."
"Apa cakap macam tu?"
"Awak risaukan dia, habis awak tak risaukan saya? Saya tunggu awak sorang-sorang tadi, Jungkook. Kalau apa-apa jadi dekat saya tadi, awak tak kisahlah kan? Yalah, student awak lagi penting dari saya. Agak-agak kalau saya kena culik tadi pun awak tak peduli-"
"Choi Yerim."
Terdiam saat suaranya perlahan namun cukup tegas, memotong pertuturanku. Dapat aku lihat riak wajahnya berubah drastik saat kata-kata terakhirku tadi meniti lancar di bibirku.
"Awak boleh bergurau dengan saya tapi jangan sesekali, awak bergurau lagi macam tadi dengan saya. Saya pernah ada di situasi yang awak guraukan tu dan awak rasa saya tak pedulikan awak?"
Tersentap saat soalan itu ditujukan kepadaku. Terdengar dengan jelas intonasi suaranya yang jelas, kecewa dan terkilan denganku.
Mata aku mulalah berair saat dirinya hanya diam, merenungku dengan tatapan matanya yang jelas cukup terkilan denganku sebelum dirinya kembali duduk membelakangkanku.
Tanpa kata, enjin kereta mula dihidupkan. Dengan dada yang mula sesak, menahan ego dari menangis, pandangan aku lemparkan ke luar kereta yang mula bergerak perlahan.
.
.
.
"Omma nangis ke?"
"Mana ada omma nangis."
"Habis tu kenapa mata omma berair?"
"Masuk habuk jelah." Balasku seraya tergelak walaupun hakikatnya aku memang menangis.
Jarang-jarang aku menangis depan Naeun dengan Jungwon tapi entahlah malam ni, lemah betul. Tak pasal-pasal aku menangis depan diorang.
Terhibur juga hati ni bila dua-dua buah hati aku ni sibuk pujuk aku.
Tengoklah, aku merajuk pun, appa diorang tak datang pun pujuk. Sibuk dengan kerja dia. Aku masak tadi pun dia tak makan.
Hati aku ni dahlah spesis tisu, tisu basah pula tu. Bila dia buat aku macam ni, hati aku ni, dah serupa tisu basah ditimpa hujan.
Aku nangis dalam bilik ni pun dia tak tahu. Sanggup tu buat kerja dekat ruang tamu, semata-mata tak nak hadap muka aku.
"Omma janganlah nangis..." Kali ni Naeun pula pujuk aku.
Dengan senyuman, tangannya yang tak henti-henti mengusap lembut pipiku, aku sentuh lembut.
"Tak adalah, tak nangis pun."
Bohongku walaupun terang lagikan bersuluh air mata aku tengah mencurah-curah mengalir.
"Omma gaduh dengan appa eh?"
"Taklah.."
"Appa marah omma?"
Huaaaa!!
Emosi lak aku dengar soalan Jungwon ni, on the spot betul soalan dia, straight ke hati.
"Taklah, tak adalah.." Balas aku sambil tergelak walaupun dah cukup banjir muka aku sekarang.
"Naeun, Jungwon, jom tidur. Esok sekolah kan?"
Mata aku pejamkan bila dengar suara Jungkook yang entah sejak bila masuk bilik ni. Dapat aku rasakan dirinya menghampiri aku atau lebih tepat, menghampiri Jungwon dan Naeun yang ada di sisiku sejak tadi.
Aku pejam mata ni dengan harapan, aku tak nampak dia, jadi dia tak nampak aku.
"Jom, tidur."
Ajaknya pada Jungwon dan Naeun, langsung tak pedulikan aku.
Sedihnya bila jelas-jelas dia nampak aku nangis sekarang ni tapi dia buat tak tahu je.
"Good night, omma.."
Terdengar suara Jungwon dan Naeun mengucapkan selamat malam untukku sebelum dirasakan pipi dan dahiku dikucup lembut.
Nak tak nak, terpaksalah aku buka mata aku yang pastinya dah nampak sembap. Senyuman aku ukirkan untuk Jungwon dan Naeun.
Tanpa pedulikan tatapan Jungkook padaku, tubuh Jungwon dan Naeun aku tarik ke dalam pelukanku sebelum dahi dan pipi mereka aku kucup lembut.
Dapat aku rasakan dirinya tak lepas dari terus menatap wajahku, mungkin sedar mataku yang mula terlihat sembap.
.
.
.
Sementara Jungkook tidurkan Naeun dengan Jungwon, cepat-cepat aku cuba untuk tidur. Harapnya dapat tidur sebelum dia masuk bilik balik nanti. Tu pun kalau dia sudilah nak tidur dekat sebelah aku malam ni.
Tapi belum sempat aku terlelap, terdengar pintu bilik tidur kami dibuka dan ditutup semula cukup perlahan dan berhati-hati sebelum terdengar derapan kakinya diatur cermat mendekati katil.
Terpaksalah aku berpura-pura tidur saat dirasakan dirinya mula naik ke atas. Dengan aku baring mengiring membelakangkan tempat tidurnya, dapat aku rasakan dirinya mula baring mengiring menghadapku.
Kini tanpa kata, dapat aku rasakan tubuhnya dirapatkan pada belakang tubuhku sebelum dagunya direhatkan di atas kepalaku, buatkan aku terasa sebak.
Aku hanya membiarkan saat tangannya merangkul lembut pinggangku sebelum perlahan-lahan tangannya beralih ke atas perutku.
Semakin sebak saat tangannya mengusap perlahan dan lembut perutku.
"Aegi dah tidur?"
Terdengar getaran suaranya perlahan, menyapa bayi di dalam kandunganku.
Mungkin nak bagitahu appa dia yang dia tak tidur lagi, dapat aku rasakan tendangan darinya, khas untuk appa dia, tepat di mana telapak tangan Jungkook berada.
Terdengar Jungkook mendengus perlahan, mungkin menahan tawa saat merasakan tendangan baby di telapak tangannya.
"Appa nak minta maaf sebab hari ni, appa buat omma nangis.."
Tuturnya perlahan dan lembut buatkan aku kembali sebak.
Alah-alah, dia mula dah.
Kan aku nak nangis balik.
"Saya minta maaf, Yerim.."
Pastinya sejak tadi dirinya tahu yang aku hanya berpura-pura tidur, terdengar getaran suaranya perlahan, memohon maaf kepadaku.
"Nyawa awak, nyawa saya juga, Yerim.. it scares me, bila awak bergurau macam tu.."
Tak tunggu lama, laju je air mata aku ni mencurah-curah mengalir walaupun kelopak mata aku masih terpejam rapat.
Aku dan sensitip berpisah tiada, emosi memanjang.
Dengan diri yang masih menangis, mata aku celikkan seraya menoleh memandangnya. Tak padan dengan muka sememeh, muka Jungkook aku tenung buatkan dia tergelak.
Kali ni terasa tangannya mengusap lembut rambutku.
"Saya minta maaf.."
Tuturnya lagi dengan matanya masih setia menatap lembut mataku.
Malu tenung dia lama-lama dengan hingus aku tak habis-habis meleleh, aku tunduk seraya tangannya aku tarik.
Perlahan-lahan aku menggeleng, masih mengelak dari terus bertatapan dengannya.
Dapat aku dengar tawanya perlahan saat jari-jemari aku dok gentel-gentel jari dia, macam budak-budak.
"Saya yang patut minta maaf.." Pintaku di pagi raya sambil buat muka kesian, tenung dia.
"Tak, bukan salah awak. Salah saya." Pujuknya dengan senyuman, sekali lagi tangannya mengelus lembut kepalaku.
"Tak, saya.." Dalihku sambil nangis balik.
"Bukan.."
"Iya, salah saya.."
"Bukan, sayang.."
"Tak, memang salah saya."
Mungkin dah malas nak pujuk aku, boleh pulak dia gelakkan aku! Aku punyalah beria nangis ni!
Akhirnya, sampai ke sudahlah dua-dua tak nak kalah.
Tapi dua-dua terus senyap bila aku dengan Jungkook sama-sama dapat rasakan tendangan baby. Amboi budak ni, flying kick dia kasi aku. Mungkin menyampah dengan drama tamil mak, ayah dia.
Sebenarnya aku dengan Jungkook masih belum ready untuk baby ni, maklumlah dah lama tak ada baby.
Baby ni pun terjadi tanpa dirancang, wujud kerana omma, appa dia yang terangsang di malam birthday omma dia-
Sebab tu Jungkook selalu kata, baby ni hadiah hari jadi dia untuk aku.
Astu due date aku pula dekat-dekat dengan tarikh lahir dia. Eloklah tu, aku bagi balik hadiah dia time birthday dia.
Few days to go and we'll meet another Jeon, our little Jeon.
.
.
.
Nah, double update untuk korang sebab sis dah lama tak update HAHA!💜
By the way, maaf na special chapter ni banyak sangat, tiba-tiba banyak nau idea. :')
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top